Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Milo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Milo. Papar semua catatan

Khamis, 12 Mei 2011

Barangan luput tarikh dijual semula.

Hish. Sadis betul lah keluarga neh. Kejam gila. Memang fefree je dapat gelaran paddykutty. Sendiri yang cari nahas. Geram siot bila aku tonton berita neh. Adalah dalam 5 minit yang lepas. Terus buat aku geram. Silap2 aku dah terbeli kot salah satu product mereka. Baca bawah dulu ;

Lokasinya nun di pedalaman di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak Lama.
Seminggu membuat risikan dan intipan malam semalam - banglo ini akhirnya digempur penguatkuasa KPDNKK.

Dan ini barangan yang ditemui. Dari serbuk coklat pelbagai jenama terkenal, serbuk teh hingga losyen badan dan lampin bayi dipercayai dikutip dari tong sampah.

Ada juga dari tapak pelupusan. Ada yang telah luput tarikh, lebih tiga tahun lalu. Serbuk coklat ini misalnya telah rosak tetapi akan dibancuh semula dan dijadikan aiskrim. Dan kemudian dijual kepada pelajar melalui penjaja di hadapan sekolah.

Ketika serbuan, dua wanita sedang melakukan kerja membuang cetakan tarikh luput pada botol susu segar.Seorang daripada mereka bertaraf penduduk tetap.Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan mengikut akta perihal dagangan 1972.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Osman Nawang berkata, barangan terbabit dijual kepada pengusaha restoran, warung dan kedai runcit.

Hampir 4,000 barangan termasuk beribu-ribu helai pelekat tin susu bernilai lebih 30 ribu ringgit dirampas.

OSMAN NAWANG/PENGARAH PENGUATKUASA KPDNKK SELANGOR


"Kita syaki barang2 ini dikutip samada daripada sumber2 yang telahpun bersepakat atau bersekongkol dengan mereka, terutamanya apabila kita dapati byk barg2 rejek dan sebagai dan mungkin juga kegiatan mengutip dari tempat2 pembuangan sampah atau mungkin kedai2 yang telah tamat tempoh barangan itu,mereka kutip semula dan cuci balik kemudian jual semula."

Keji dowh cara dorang meniaga cari untung neh. Betul2 fikir hidup sendiri je. Langsung tak hirau nyawa orang awam. Yang aku bengkek dengan berita tue dia tapis pula jenama2 barangan yang penjenayah neh proses semula. 

Tapi memang tak boleh nak salahkan berita tue 100% gak. Sebab apa bukan pembuat / pengilang yang menghasilkan product tue jual barang luput. Neh kerja orang lain. Mungkin kerja pihak ketiga. Kalau didedahkan nama jenama2 tue mungkin pengguna akan hilang kepercayaan nak beli barangan tue. Walaupun mungkin tak lama tapi aku fikir 2,3 bulan adalah kot. So kat situ merugikan semua pihak sebenarnya.

Barangan yang penjenayah neh proses semula, dia akan agih2kan pula kat kedai2 runcit, restoran2. Adoii.. taktahu product rosak neh dorang edarkan kat mana. Tak semesti operasi kat gombak dorang jual barangan tersebut kat gombak gak. Boleh jadi tempat lain. Silap2 luar dari area kl dan selangor. Kiranya benda neh boleh terkena kat sapa2 pun. Bayangkan enh, susu tin yang dah tarikh luput pun dorang leh proses dan jual semula. Itu yang luput. Kira ada maaf sket sebab luput tarikh walaupun ada yang sampai lebih dari 3 tahun.  

Tapi masalahnya bukan itu je yang dorang proses beb. Yang dorang kutip2 kat tong sampah dan tempat pelupusan sampah pun ada beb. Fack betul lah penjenayah neh.

Antara jenama barangan yang aku suspect lah ;

1. Horlick
2. milo
3. vico
3. nestum
4. susu tin yang ada omega2 kat depan tue.. brand apa aku lupa.
5. susu segar brand nestle kot.. ataupun marigold. Tak berapa cam sangat botol dia.

Tengok gambar kat bawah neh ;






Losyen neh nivea kot. Itupun dorang sanggup susah payah keluar modal untuk buat kerja haram macam neh. Memang fack lagi lah jawabnya. Yang paling jijik sekali ialah dorang siap proses pampers bhai. Pampers wa cakap lue. Pampers mana ada tarikh luput bhai. Kalau ada tak tahu pula aku. Kalau dah proses pampers untuk dijual semula.. adoii.. haizhh.. memang fack lagi lah kat dorang neh.

Pampers neh dah sah2 budak yang pakai. Ke pampers untuk orang TUA? Tak kisahlah baby ke orang tua ke yang pasti pampers neh untuk kegunaan mereka yang tak terdaya beb. Sampai terdesak nak cari duit gila fack sanggup buat kerja macam neh untuk cari rezeki. Memang patut pun di bagi fack kat dorang neh. Dasar fikir kocek sendiri je.

Yang tak boleh blah tue ble dorang buat aiskrim dari coklat yang dah luput dekat 3 tahun. Peh tue dorang jaja plak aiskrim tue kat budak2 sekolah. Kegiatan neh didalangi oleh satu keluarga. 1keluarga yang keji. Memang patut 1keluarga neh dapat fack berjemaah. Silap2 dah ada yang sakit sebab dorang neh. Dan silap2 dah ada kot yang mati juga pasal dorang neh. 

Ameno : Benci gila dengan manusia yang tamak.

Khamis, 31 Mac 2011

Terkini : Milo peket naik harga.


Aku baru lepas pulang dari kedai runcit. Ketika pergi kedai runcit tadi, aku beli ;

Milo peket 200gram
Susu tin
Keropok cheezel.

Waktu itu ada pemborong kat kedai tue tengah deliver barang. Ketika aku nak bayar ;
Pakcik kedai : Milo 4.50, susu tin 2.50, keropok 1.80..

Aku : Milo 4.50 ke 4.20?

Pakcik : Ha yelah, harga baru ke neh? dah 4.50 neh? tak perasan pula bila naik.

Aku : Saya beli dua minggu lepas tak silap rm4.20. Saya ingat.

Uncle : Sudah naik. sudah naik.. semua sekarang naik. Nanti itu makanan ringan pun naik. Sikit jam lagi.

Aku : Bila naik? Taktahu pun..

Pakcik : Saya pun baru tahu. Stok baru neh.

Aku : Untuk semua jenis? Besar kecik pun naik juga?

Pakcik : Entahlah saya tak check lagi.. tunggu dia kira stok dulu.

Memandangkan tiap-tiap bulan barang mesti naik, sampaikan peniaga sendiri pun tak perasan yang barang niaga mereka dah naik harga. Kita sebagai pengguna kena peka sikitlah. Kita kena tahu barang apa yang naik. Kalau kita taktahu, duit kita akan hilang macam tue je. Sebab kita tak berjimat cermat.

Memang aku tahu, korang akan cakap, korang dah berjimat habis. Sampai takde ruang nak melakukan pembaziran. Ini semua masalah kerajaan yang tidak kawal kerakusan peniaga. Aku setuju point-point korang. Tetapi nak tunggu kerajaan yang sedia-ada tumbang, kita perlukan masa. 

So, sementara nak tunggu benda itu jadi hakikat, kita kenalah berjimat cermat untuk teruskan hidup kan? Kita cakap banyak pun dah takde guna nya lagi. Barang makanan memang akan naik tiap-tiap bulan sambil ismail sabri tersengih-sengih depan tv bila tengok dafi menyanyi.

Dan aku yakin ismail sabri tidak akan war-warkan isu neh dalam media. Seperti selalu. Ismail sabri hanya akan cakap barang makanan di malaysia masih rendah berbanding negara lain. Kali neh aku ada bukti. Nanti aku scan dan upload sini. Tunggu.. 

Nota : Untuk rekod aku mmg beli milo jenis neh dan aku tak boikot product neh.

Ameno : Barang naik berat turun.

Rabu, 9 Februari 2011

Main facebook dapat hadiah.

Hah. Neh memang betul. Bukan tipu-tipu. Memang main facebook korang leh dapat hadiah. Hadiah-hadiah yang korang leh dapat ialah ;



Itulah antara hadiah yang korang leh dapat. Mulanya aku fikir neh seme penipuan. Tapi rupanya benda neh simple gila. Senang guna facebook je. Bagi korang yang ske buang masa dengan game bolehlah layan contest neh. 

Aku pun suka gak buang masa dengan game tapi masalahnya masa yang nak dibuang tue terhad. Dan data broadband aku pun terhad gak. Len larh kalau aku kat kl. Memang aku main habis-habisan game neh sebab guna streamyx. Heh

Aku dah check seme butiran dalam tue. Memang tiada penipuan ataupun kepincangan yang aku boleh pertikaikan. Melainkan korang kena beli product milo [aku assume neh normal sebab seme syarikat yang buat pertandingan pun akan suruh kita beli product mereka] sebab ianya ditawarkan oleh milo. Dengar citer milo neh product israel. Aku taktahu betul atau tidak. Pepandailah korang check sendiri kesahihan nya.

Untuk mendapatkan hadiah seperti di atas korang kena klik sini.

Ketika aku surf facebook milo tadi, aku ternampak mereka mengiklankan jawatan kosong. Sebenarnya tidaklah dia tulis jawatan kosong tapi dia tulis program latihan di nestle. Tapi aku assume program tersebut akan menawarkan peluang pekerjaan selepas tamat latihan. Khas untuk pemengang ijazah yang tengah cari kerja sekarang. Sila lah mohon sementara tawaran masih ada. Lupa pula nak amek link facebook tue tapi takpe korang klik je link kat atas sebab kat link tue ada direct link ke facebook milo yang tawarkan peraduan neh.

Ameno : Hah.. neh baru betul-betul tawaran menarik.. takde tipu-tipu dan belit situ sana sini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...