Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Mac 2011

Lee Chong Wei telefon Rosmah Mansur sebelum menang All England!


Baca berita penuh kat bawah neh beb ;


PUTRAJAYA 15 Mac – Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All England awal pagi Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Chong Wei, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Chong Wei itu.

Chong Wei pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All England di Birmingham Indoor Arena, England.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata, beliau begitu yakin Chong Wei akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Chong Wei lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.

Beliau berkata, hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil perbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan “kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Chong Wei.”

Perdana Menteri juga berkata, sebelum bertanding Chong Wei menelefon Rosmah, yang merupakan satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

“Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang dan saya juga dapat bercakap dengan Chong Wei turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang,” katanya.

“Pada ketika itu, dia (Chong Wei) tidak menganggap Lin Dan sebagai penentang yang tidak boleh diatasi. Chong Wei juga telah menunjukkan permainan yang begitu hebat sekali dan tidak pernah rasa tertekan tetapi sentiasa mengatur permainannya berdasarkan kepada pelan permainan.

“Pada saya, bila dia mempunyai keyakinan dan komited kepada pelan permainannya, pada masa itu dia boleh mengatasi pencabarnya yang menjadi penghalang besar kepadanya untuk mencapai kejayaan,” kata Najib.

Najib berharap kejayaannya itu dapat dijadikan satu landasan kukuh untuk negara memenangi pingat emas di Sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun depan, yang merupakan “impian kita yang masih belum tercapai,

“Ini adalah harapan saya dan juga 27 juta rakyat Malaysia. Inilah harapan yang kita anggap sebagai cita-cita besar dan impian agung yang menuntut usaha semua pihak untuk menjadikannya satu kenyataan,” katanya. – Bernama

Nampak tak statement yang aku 'bluekan'  tue? Nampak kan?


So ini tips kepada pesukan-pesukan di malaysia. Baca baik-baik.


1. Korang kena ada no telefon rosmah
2. Mesti telefon rosmah sebelum bertanding untuk dapatkan kata-kata semangat
3. Insya-Allah lepas menang ada ganjaran menarik buat korang.


Berita ini dipetik dari utusan malaysia dan bukan harakah. Harap maklum.


Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah


lawak siott..

Tomok dan conneto ajak anda buat sesuatu 
Topup DIGI, ganjaran menanti 


Ameno : lawak..

Share this

13 Responses to " Lee Chong Wei telefon Rosmah Mansur sebelum menang All England! "

  1. Wah baguslah... tanya LCW plak btoi ka dia ada wat semua tu, ada dapat suma tu..kalau dapat hampa semua la yang dok pemohong..Kawan tu kaya raya, hampa suma tengok saja termasuk aku aku skali dok bertengkaq kat sini, undilah saya, undilah aku, sokonglah saya, sokonglah aku hahaha..Kita semua memang melayu bodoh tak heran myaa haaha...si Bee End tu pon bangang, si Pengkangkang pun bangang.. aku sokong G W Bush ja haha..lagi baik dari sokong Bee End atau Pemkangkang.....kuikuikui~

    BalasPadam
  2. sampai gitu sekali ulasan cerita dari utusan.. kenapa nama rosmah tak terlepas.. kenapa?? kenapa LCW tak telepon najib je??? meluat betul aku ngan big mama nie@!!!

    entry terkini Pasangan pengantin di tepi pantai semasa Tsunami..( ombak kuat )

    http://blogslucumenarik.blogspot.com/2011/03/majlis-persandingan-di-tepi-pantai.html?showComment=1300252418400#c5843735734201068465

    BalasPadam
  3. kahkahkahkah....
    ambik berkat bau bra dlu....kahkahkahkah....

    BalasPadam
  4. rosmah sentiasa cekap dari najib beb..

    BalasPadam
  5. korang jangan main2 dengan ayat2 rosamah tuh... tengok najib dah la dengan ayat rosamah terus jadi suami solehah..dia sendiri isteri soleh... wakaka.... nk juga promote nme rosamah.. nih mesti lepas najib jadi pm...rosamah lak ganti..x pon memang skang rosamah y pm.. tuh kena sebut

    BalasPadam
  6. apa sume org dah jadi anjing pelacur tua ni ke?

    BalasPadam
  7. admin, ada orang pernah kutuk keluarga ko ke???

    BalasPadam
  8. lawak giler kot...kata2 semangat from rosmah?? apakah...hua3..serius LAWAK

    BalasPadam
  9. ko menang banyak tu LCW...huhu..best betol jadi atlit yang 'menjadi' nih...kalah menteri besar incomenye masyuk2...jom gi beli raket badminton! haha...
    ScaniaZ latest post Panas!!!Remy Ishak Rangkul Tubuh Rozita Che Wan!!

    BalasPadam
  10. ish macam susah nak percaya jer akwkakakakakaka

    BalasPadam
  11. sumber drpd utusang mane boleh pakai die duk kipas jer.. bg aku x salah ada ganjaran tp biar ler berpada2.. kopak duit rakyat gak kalo tiap kali menang nak bg macam2.. najib tu claim duit gomen cam duit akaun die.. ape die heran dgn nasib rakyat biasa.. hampeh!!!

    BalasPadam
  12. lawak giler kot...kata2 semangat from rosmah?? apakah...hua3..serius LAWAK

    BalasPadam
  13. Wah baguslah... tanya LCW plak btoi ka dia ada wat semua tu, ada dapat suma tu..kalau dapat hampa semua la yang dok pemohong..Kawan tu kaya raya, hampa suma tengok saja termasuk aku aku skali dok bertengkaq kat sini, undilah saya, undilah aku, sokonglah saya, sokonglah aku hahaha..Kita semua memang melayu bodoh tak heran myaa haaha...si Bee End tu pon bangang, si Pengkangkang pun bangang.. aku sokong G W Bush ja haha..lagi baik dari sokong Bee End atau Pemkangkang.....kuikuikui~

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...