Azmin Ali memberikan respon itu susulan dari kenyataan perwakilan Pemuda PAS Shah Alam, Aubidullah Fahim Ibrahim, yang berkata PKR tidak melakukan apa-apa untuk menghalang konsert tersebut yang dijadualkan pada 25 Julai tahun lalu di Shah Alam, kawasan yang didiami majoriti umat Islam.
PAS membantah penganjuran konsert tersebut kerana mendakwa Selena Gomez berpakaian seksi.
Azmin Ali |
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata Azmin dalam ucapannya pada hari terakhir konvensyen PKR Pulau Pinang di Seberang Jaya.
Diheret dalam pertikaikan di antara PAS dan PKR, JAKIM kemudian tampil memberikan jawapan balas.
Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata, kelulusan persembahan untuk konsert seperti itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya.
"Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti Jakim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
"Saya memohon kerjasama beberapa pihak untuk membuat rujukan dengan kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Jakim," katanya lagi.