Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Januari 2018

Jangan Fitnah Mufti, Bertaubatlah Kata MB Selangor - Azmin Sindir Siapa?

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menulis di Twitternya dengan berkata adalah tidak wajar mana-mana pihak menfitnah dan memperlekehkan mufti.

"Tidak wajar mana mana individu mempersendakan dan memperlekehkan mufti kerana kepentingan politik. Kita boleh berbeda pandangan tetapi jangan aibkan orang lain," katanya pada kelmarin.


Tanpa menyebutkan sebarang nama, Azmin Ali juga menyeru agar agar individu tersebut hentikan sandiwara dan bertaubat nasuha.

"Memfitnah mufti adalah satu tindakan yang keterlaluan. Taubat nasuha. Hentikan sandiwara," katanya lagi.

Ramai pemerhati politik percaya Azmin tujukan kenyataan tersebut kepada Tun Mahathir Mohamed yang kini dalam polemik disebabkan mempertikaikan mufti yang dakwanya gagal bertindak menghalang 'fatwa ektreme' Hadi mempengaruhi masyarakat muslim ketika itu.


“Apabila PAS dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir, kenapakah perlu mufti-mufti tidak membetulkan kenyataan mereka? 

Mereka berdiam seribu bahasa seolah-olah mereka setuju dengan pendapat PAS.

Ia tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi mufti mencabar. Kenapakah ‘Amanat Hadi’ itu tidak disangkal oleh mereka?,” kata Mahathir sewaktu ucapan penggulungan di mesyuarat agung tahunan pertama PPBM di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC). 

MAZA yang juga Mufti Perlis ketika diminta mengulas akan kenyataan Mahathir itu menafikan mufti tidak bertindak sebaliknya menyatakan Majlis Fatwa Negara telah menjalankan peranannya apabila mengisytiharkan 'Amanat Hadi' sebagai sesat.

“Amanat itu nyata sekali mengisytiharkan perlembagaan negara ini sebagai kafir dan rakyat harus berjihad terhadap mana-mana orang yang berpegang pada Perlembagaan. 

Kandungan amanat itu, jika ia dilaksanakan, akan menjadi lebih berbahaya daripada kepercayaan pengikut Islam (IS) sekarang,” katanya seperti dilaporkan oleh New Strais Times pada semalam.

Polemik isu Memali kembali menjadi pertikaian apabila Mahathir membuka cerita mengenai peristiwa tersebut ketika berucap di perhimpunan Agung sulung PPBM yang pertama di IDCC.

PAS Johor juga dilaporkan membuat laporan polis kerana mendakwa Mahathir menfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang berhubung dakwaannya mengenai insiden Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Apa Dah Jadi Pada Harakah, Kakitangan Mengeluh Soal Gaji Luah Bekas Wartawan.

Oleh : Arif Atan
Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa juga. Apa lagi kalau tempat jatuh lagi dikenang.
Bila ada sahabat di Harakah beritahu saya, pimpinan Pas tidak peduli pun tentang kebajikan staf apabila gaji November pun belum bayar habis, tentulah sedih mendengarnya.
Sedangkan katanya, pimpinan Pas bergelar Ustaz dengan memiliki pusat tahfiz dari tahun ke tahun semakin bergaya mewah, berkereta besar.
Dan sejak dulu saya perhatikan gaya hidup mewah pimpinan Pas bergelar 'Ustaz' (belajar sastera, bahasa Arab pun 'diijazahkan' Ustaz), selain ada seorang tu ingatkan pada saya jangan lupa tulis gelaran Dato' dalam laporan berita! Padahal ramai pekerja Harakah pakai kapcai sampai ada yang ditimpa kemalangan balik lewat malam kerana deadline selain naik turun bas dan menapak ke LRT.
Pimpinan bergaya mewah, gila pangkat, harta gelaran dan kuasa. Nakhoda bermulut celupar, anak-anak buah tak keruan nasib.

Kebajikan anak buah yang bersengkang mata di organ parti tidak diendah. Nampak benar bermuka-muka bertopengkan agama! Amat mengaibkan.
Selepas habis pemimpin yang bagus dan peduli dengan staf Harakah berhijrah ke AMANAH, tinggal YB Datuk Mahfuz Omar yang sangat ambil berat, tanya dah dapat gaji ke belum. Sampaikan saya sudah lama keluar Harakah pun, Datuk Mahfuz siap telefon tanya, "kawan-kawan Harakah dah dapat gaji ka?"
Sekarang, beliau pun keluar Pas. Pada siapa pula baki pekerja Harakah mengadu nasib?
Moga kawan-kawan di Harakah diberi kekuatan dan ikhtiar untuk keluar daripada kesusahan. Dan buat pimpinan Pas bergelar ustaz itu, ustaz ini yang tidak peduli kebajikan pekerja Harakah tu, mungkin hanya bertaubat selepas kertas undi PRU14 dikira nanti! Itupun, mungkin kalau sedarlah! :-(

Isnin, 1 Januari 2018

Perjuangan PAS Kini Sudah Sesat - Lim Guan Eng.

Perjuangan PAS sudah sesat. Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika diminta mengulas berhubung peletakan jawatan ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar daripada PAS semalam.

Selain melabelkan PAS sudah sesat, Setiausaha Agung DAP itu juga menyifatkan PAS adalah parti politik pembangkang yang olok-olok kerana telah dipuji UMNO.


"Perjuangan PAS kini sudah sesat. Sesat sampai dipuji oleh Umno.

Jika Umno puji kamu sebagai sebuah parti politik pembangkang yang baik, kamu lingkup la. Kamu parti pembangkang yang baik sebab kamu ikut cakap mereka, dan tidak ganggu atau mengancam kedudukan mereka.

Itu tidak menjadikan kamu sebuah parti pembangkang yang sebenar. Kamu seperti parti pembangkang olok-olok," katanya dalam satu sidang media di Pulau Pinang tadi, memetik laporan The Malaysian Insight.


Terdahulu Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mengisytiharkan keluar dari parti PAS bersama isteri dan anak-anaknya tepat pada jam 11.59 minit malam, 31 December 2017.

Keputusan itu diambil kerana menurut Mahfuz;

1. PAS bersikap berkecuali yang menunjukkan PAS tidak menyedari penderitaan yang mencengkam rakyat.

2. RUU355 ialah alat propaganda politik bukan kerana komitmen tinggi demi Islam.

3. PAS sasarkan hanya 40 kerusi Parlimen yang menunjukkan parti itu tiada bersedia untuk mengambilalih pentadbiran negara (pusat).

Atas sebab-sebab tersebut dan beberapa alasan lain yang tidak dinyatakan oleh Mahfuz dalam sidang semalam, beliau memilih untuk keluar dari PAS kerana berasa dipermainkan.

Bomba, RELA, Pekerja Kesihatan, Jabatan Penjara, Maritim Diberikan Hak Untuk Mengundi Secara POS.

Tular di media sosial mengenai satu surat arahan kononnya pihak bomba diberikan kelonggaran oleh SPR untuk mengundi secara POS. Penyebaran surat berkenaan menerima pelbagai sangkaan samada positif mahupun negatif netizens di laman sosial.


Sebenarnya pada 17 November 2017 yang lepas, Bernama sendiri mengesahkan dan melaporkan anggota bomba adalah antara pihak yang diberikan kelonggaran untuk mengundi secara pos disebabkan 'masa bekerja' mereka yang mengikut shift.


Selain pihak bomba, petugas kesihatan, pekerja maritim, kakitangan jabatan penjara dan RELA turut menerima kemudahan yang serupa.

Baca berita dibawah ini ;

Oleh : Bernama

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang bertugas ketika pilihan raya umum (PRU) antara lima kategori yang akan dibenarkan mengundi secara pos pada PRU akan datang. 

Perkara itu diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mesyuaratnya pada 25 September lepas yang menetapkan lima kategori di bawah skim anggota keselamatan dan kesihatan sebagai pengundi pos. 

Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan berkata selain anggota JPBM, kemudahan turut merangkumi anggota dan petugas kesihatan (hospital dan klinik kerajaan sahaja), anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, anggota Jabatan Penjara Malaysia dan anggota Sukarelawan Polis.

"Kemudahan ini diberikan atas justifikasi bahawa anggota terbabit merupakan pemilih yang tidak dapat meninggalkan tugas mereka pada hari berkenaan untuk mengundi demi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin,” katanya. 


Sebelum ini kategori pengundi dalam negara yang boleh memohon untuk menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan pasangan yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal, petugas media dan petugas pilihan raya yang terpaksa mengundi di luar pusat mengundi. 

Mohd Hashim berkata kemudahan itu akan dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan pewartaannya telah dibuat pada 23 Oktober lalu berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2013. 

Manfaat yang diberikan ini adalah bertujuan memberikan hak mengundi kepada semua rakyat Malaysia tanpa diskriminasi dan halangan untuk melakukan pengundian. 

Bagaimanapun pihak kami tidak pasti samada penyebaran surat mengenai arahan pengundian pos ke atas pihak bomba seperti yang tersebar itu adalah sah ataupun tidak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...