Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 28 Mei 2012

Inilah pemilik no plat WWW.

Toksah nak ber-rahsia sangat larh. Benda macam neh sesiapa pun boleh tahu. 

kah kah kah

Aku baca berita pasal neh depa dok beria2 merahsiakan nama pemilik WWW. Dah kenapa nak ber-rahsia2. Bukan boleh buat duit pun kalau kita dapat tahu siapa pemilik no plat WWW kan? Nak kata emas pun bukan. Kalau curi no plat neh boleh jek dorang buat no plat baru. Pendek kata memang takde apa sangat pun kenapa benda neh dirahsiakan.

kah kah kah

Aku dapat info menerusi email tadi. Inilah pemilik sebenar WWW tue. 

 
Dan ini pula berita yang merahsiakan ia. Eley. Mesti dia dah tahu punyalah. Dah sampai masuk berita kan. Ekekeke. 

Tahniah lah ek. Dengan duit beribu2 beli no plat. Inilah ciri2 orang terlalu banyak duit. Aku hanya mampu cemburu jek.

kah kah kah

Ameno : Nak kumpul seratus ribu pun tercekik neh..

Undi PAS masuk syurga FATWA SESAT!

Berita terbitan utusan.


Ulama muda umno. Korang neh kalau meroyan no 1. Pandangan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi aku takmo sentuh sebab dia taktau keseluruhan kisah yang berlaku di sini. Mungkin utusan petik kenyataan dia kat mana2. Utusan memang terkenal dengan sikap suka petik, crop dan edit statement orang demi kepentingan ketua mereka. 

So tak mustahil juga ahli majlis fatwa masjidil haram menjadi mangsa serakah utusan malaysia. Memang tak mustahil der. Aku tak kata pandangan dia salah pun kat sini. Memang kalau TGNA keluarkan fatwa bahawa undi pas masuk syurga aku fikir tak perlu tunggu orang jauh2 komen. Orang dekat2 terlebih dahulu akan balon tgna.

Aku pun tatau sejauh mana level kebengapan wartawan utusan malaysia. Beza antara pandai dan bodoh neh ialah bukan seperti beza antara si cerdik dan si bangang. Sebaliknya ialah orang pandai tahu sejauh mana level kepandaian dorang manakala orang bodoh tak tahu sejauh mana level kebodohan dorang. 

Maksudnya kat sini kepandaian memang ada titik noktah tetapi tidak bagi kebodohan. Itu yang susah sket nak deal dengan orang2 macam neh. Sebab tak tau kat mana titik noktah bagi orang2 yang bodoh.

Kita taktahu sejauh mana dorang bodoh dan sejauh mana kebodohan dorang neh bakal menyusahkan kita pada masa akan datang. Itu bahayanya. Bukan kita seme tak tahu apa itu maksud fatwa. Fatwa itu bermaksud ;

Definisi Fatwa

Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Dari Segi Istilah

Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:

Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.

Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

Di ambil dari portal kerajaan sendiri. Sila klik sini.

Sekarang siapa pula yang terlibat dan layak mengeluarkan fatwa? Baca kat bawah neh ;

Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri. 

Klik sini untuk bacaan penuh.

Dari sini apa yang kita boleh rumuskan?

1. Fatwa hanya layak dikeluarkan oleh mereka2 yang mengangotai majlis fatwa kebangsaan

2. Mufti bagi negeri2

3. Selepas mengadakan muzakarah aka perbincangan untuk putuskan satu2 hukum secara bersama.

Jadi apa yang tgna sebut mengenai undi pas masuk syurga? Adakah kenyataan tgna ialah satu fatwa? Bukan. Tgna memang orang alim tetapi dia tiada kelayakkan untuk mengeluarkan apa2 fatwa sebab dia tidak mengangotai majlis fatwa kebangsaan kerana tuan guru bukan seorang mufti. 

Maksudnya kat sini ialah tuan guru bukan mengeluarkan fatwa sebaliknya tuan guru hanya mengeluarkan kenyataan jek. Siapa yang sangat tak cerdik sehingga menganggap setiap patah perkataan tuan guru ialah merupakan satu fatwa pula?

Kalau tuan guru kata "makan nasi",  adakah itu akan di anggap sebagai fatwa juga? Sapa tak makan nasi berdosa kah ? Adakah seme benda yang tuan guru ucapkan boleh di anggap fatwa? Habis tue dia dilarang berbicara kah? Arh sudah. Asal cakap jek fatwa. Macam mana neh?

Dorang selalu gunakan alasan bahawa kenyataan2 tgna mengelirukan pengikut2 setia pas tetapi sejak aku kenal baik dan betul dunia politik tak sekalipun aku TIDAK pernah terkeliru dengan kenyataan2 tgna pun. Aku sangat2 faham apa itu fatwa dan apa itu kenyataan.

Yang aku tengok selalu sangat terkeliru tue orang2 umno ada lah. Dorang sedaya upaya cuba memutarbelitkan statement tuan guru bagi nak membuktikan tuduhan dorang bahawa tuan guru tue sesat. Sebenarnya itu adalah satu langkah yang menyeksa diri sendiri. Faham tak? Korang letak tuduhan terlebih dahulu sebelum bukti. Akhirnya korang dah malkan diri sendiri. 

Bila benda tue dah makan diri mula larh nafsu menguasai diri untuk memutarbelitkan seme kejadian, seme kenyataan dan seme tingkah laku tuk guru. Usah kata pengikut2 bien, pengikut2 pr juga begitu sebenarnya. Jika korang letakkan tuduhan terlebih dahulu berbanding bukti korang akhirnya akan makan diri sendiri. 

Berhentilah menganggap apa saja yang keluar dari tuk guru ialah merupakan satu fatwa. Hidup jangan jadi sochai sangat. Kalau taktau, cari tahu dulu. Cari kefahaman. Kalau larh undi pas masuk syurga tue merupakan satu fatwa dah lama dah dorang tahan tgna dan masukkan dalam penjara.

Tapi disebabkan ia bukanlah satu fatwa sebab tue tiada apa2 tindakan di ambil terhadap tuk guru sampai sekarang. Umno tak habis2 cakap pas memecahbelahkan jemaah islam di malaysia tetapi siapa sebenarnya pecah perpaduan tue? Cuba tenangkan diri dan berfikir masak2 mengenai perkara yang disebut perpaduan tue. 

Boleh ke perpaduan wujud dengan orang yang hari2 fitnah ko kiri kanan atas bawah depan belakang? Orang gila pun taknak berpadu dengan ko kalau begini sikap dan akhlak ko. Ubahlah. 

Orang islam sekarang neh dok bertelagah jek sebab ko utusan lidah pembohong no 1. Lidah pemfitnah no 1. Punca umat islam bergaduh tue datangnya dari utusan. Jika utusan berhenti menfitnah, berhentilah segala2nya yang merasuk dan menghasut umat islam berpecah. Yang tue pun taktahu lagi ke? Orang yang memulakan api, orang itulah yang kena berhenti. Simple.

Ameno : Kalau tuan guru cakap nak pergi tandas? Mampoih seme orang anggap ia fatwa pula.. ekekeke.

Himpunan Jutaan Belia edarkan borang kaji selidik beb..





Contoh borang yang diedarkan. Aku dapat dari rakan facebook menerusi email. Woooooor dorang nak tengok sejauh mana event neh mendapat sokongan dan sambutan orang ramai dengan mengedarkan borang kaji selidik neh rupanya. Selain tue pakat2 mengumpul survey sejauh mana sokongan orang muda terhadap bn. Samada dah kembali pulih ataupun lebih teruk berbanding dulu.

Tak kisah lah tue kalau dorang nak buat kajian apa seme. Cuma aku berharap korang seme yang dapat borang neh jangan jawab dengan betul plak. Tipu jek dorang. Tipu jek seme. Jangan bagi kerajaan jawapan yang betul. 

Kalau dorang dapat jawapan yang betul bermaksud dorang dapat mengumpul keputusan survey yang tepat. Bila dorang dapat mengumpul satu result survey tak kira lah samada result tersebut baik ataupun buruk kepada dorang, dorang akan fikirkan satu strategi untuk mengatasi ia kalau ia result yang buruk, dan kalau ia result yang baik dorang akan start berbangga diri. 

Kalau result tipu2 especially result yang memenangkan dorang, kalau dorang nak berbangga2 diri pun no hal. Lantak kan disitu. Biar dorang syok sendiri dan akhirnya lalai. Macam pru - 12. Dorang berlagak sangat last2 kalah 5 negeri. Macam tue larh kita nak buat sebenarnya untuk pru - 13. 

Jangan PR yang kembali melopong sebab hilang beberapa negeri sudah lah.  Aku tengok selangor ada harapan besar untuk jatuh kembali ke tangan bien. Siyes cakap neh der. Apa pun di masa2 akan datang kalau dapat borang kaji selidik tipu jek habis2. Jangan berikan mereka jawapan yang betul dan tepat. Selama neh kita dah puas kena tipu kali neh kita balas je larh balik. 

KAH KAH KAH

Ameno : Korang terlupa nak tulis nama rosmah mansur dalam senarai pilihan pemimpin tue hah.. kalau ada nama dia aku mesti pilih. Ekekeke.

Ahad, 27 Mei 2012

Video kemalangan di himpunan jutaan belia tersebar.

Video neh ialah rakaman yang sempat dirakam oleh mereka sebelum kemalangan berlaku der. Rakaman beberapa minit sebelum kereta yang terlibat dalam sesi drag racing terbabas. Sejujurnya aku no komen apa pun dalam kejadian neh.

Benda dah kemalangan kan kita cakap banyak pun tak guna. Ada 17 individu yang dilaporkan cedera ketika insiden. Semua nya atas satu sebab iaitu kereta merempuh mereka. 

Aku nampak penghadang, tapi aku tak nampak pula pembahagi jalan atau apa2 pun yang melindungi penonton dari risiko di langgar pelumba sepertimana yang dinyatakan oleh menteri sebelum neh menerusi malaysiakini. Rujuk sini.

Diharapkan lainkali pihak penganjur boleh meletakkan pembahagi jalan batu konkrit. Yang biasa orang buat dalam perlumbaan. Dan jarakkan lagi penonton dengan jalanraya. Bahaya kalau dekat2, siyes. 

Kalau korang tengok kereta tue betul2 langgar penghadang sekali jalan jek membuktikan penghadang tue memang ringan dan kedudukan khemah pula sangat berdekatan dengan jalanraya. Sebab tue aku kata bahaya. Bila kereta terbabas, dengan mudahnya penonton jadi mangsa. Kat situ lah bahaya.

Apa pun semoga pihak yang tercedera akan pulih dengan segera. Lihat video kemalangan neh kat bawah. Start minit ke 5 dan ke atas ;




Ameno : Takde pasukan keselamatan ke kat situ? Lainkali mohon letak pasukan keselamatan supaya senang mengawal keadaan oke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...