Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label himpunan jutaan belia 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label himpunan jutaan belia 2012. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Jun 2012

KBS jawab isu KPOP dan mengaku dokumen yang disebarkan adalah sahih.




Oke, korang baca dulu penjelasan KBS kat atas neh. Dah baca? Bagus. Aku pun tak faham kenapa blogger umno meroyan cakap blogger pr menipu kat blog depa. Aku rasa depa tak berapa faham kot kandungan dalam keratan akhbar di atas. Baca baik2 larh der.

Meh aku buat perincian sket.

1. KBS mengaku dokumen yang tersebar tue sahih = benar = tulen.

2. Dan KBS mengatakan bahawa dokumen yang tersebar tue adalah invois awal.

3. Maksudnya kat sini invois tue memang wujud tetapi belum finishing lagi.

4. Kiranya incomplete statement larh neh.

5. Lepas melalui beberapa siri discussion, akhirnya mereka setuju artis kpop dibayar sebanyak rm900,000.00 ribu.

6. Dan akan dibayar guna wang penaja.

7. KBS sendiri mendapat penajaan lebih dari 20juta. Baca pengakuan depa kat surat atas neh oke.

8. Dan KBS kata ia tak menggunakan wang rakyat.

Oke.

Kalau KBS bercakap hal benar, bagusla. Aku pun no hal walaupun aku tetap tak gemar artis kpop dibayar beratus2 ribu sekalipun. Tapi oleh kerana tak guna wang kerajaan waima satusen pun so lagi larh aku no hal kan.

Cuma, aku nak tertanya2 kenapa ek penaja tue sudi bayarkan bagi pihak KBS kepada artis2 KPOP tue sebanyak 900,000.00 ribu? Boleh tak KBS jawab yang tue jek?

Logic thinking kan, kalau kita nak belanja kekawan kita rm10 ka apa ka, normal larh der. Tapi kalau nak belanja dia rm100 ka apa ka mesti ada sebab2 yang kukuh? Contoh kawan kita kawin, so kita belikan dia hadiah yang makan ratus, memang logic. Tapi kalau buta2 belanja dia tanpa sebab memang pelik, betul tak?

So aku pun teringin gak nak tahu apa sebab penaja2 neh sudi menaja program di bawah KBS pada himpunan jutaan belia 2012 yang lepas? Boleh tak sesiapa ulas? Mohon pencerahan. Tenkiu.

kah kah kah

Ameno : Makan lama makin terbongkar der..  

Rabu, 30 Mei 2012

Gambar belia terima upah rm30 tersebar.


Mana datang nya gambar neh? Siapa sebarkan? Kenapa disebarkan? Apa kaitan nya dengan himpunan jutaan belia 2012? 

Peh..

Dasat!

Aku sebenarnya dapat gambar neh dari blog omak kaw.


Kat atas neh link dia. Aku rasa berdasarkan kepada gambar maybe dorang suka2 nak bergambar dengan duit selepas terima upah. Selepas tue suka2 plak pergi upload kat media sosial. Lepas tue apa lagi kekawan depa yang memang sokong PR tak kasi can larh.. jadi dorang pun suka2 larh pergi sebarkan.

kah kah kah

Apa pun aku tunggu penjelasan dari mereka2 yang berada dalam gambar neh. Betul ke korang cuma dapat upah rm30 jek? Anda pasti? Tak lebih dari itu ka?

kah kah kah

Ameno : Bangga siot dapat rm30.. bila lagi kan? Ekekeke

Video BERDISKO di himpunan jutaan belia 2012 tersebar.

Yessszaaaa.......

Mari berjoget sampai mampos.

kah kah kah

Jom geng. Korang tonton video kat bawah neh. Lepas tue kita joget sama2. Nak joget kat himpunan jutaan belia 2012 tak dapat sebab dah lepas kan kita joget kat rumah sudahlah. Amek feel dengan menonton video neh oke.

Jommmmmmmmmm

Inilah hiburan yang disediakan oleh kerajaan barisan nasional. Apa lagi layankan beb. Free jek seme neh. Bersyukurlah kerajaan kita nak bagi hiburan free. Nak banding dengan negara lain? Dorang ada ke?

kah kah kah



Ameno : Lagu KPOP satu.. gua nak joget..

Najib muncul di program hiburan kat jepun beb.



Aku taktau nama rancangan neh apa. Mungkin rancangan neh macam berita artis di astro awani. Berita pasal hiburan dan isu2 terkini yang membabitkan dunia artis. Aku pun jarang tengok program tue kat awani so tak ingat plak nama rancangan tue apa.

Dalam video kat atas neh ada larh muka najib dan rosmah terpampang kat berita dorang. Selain tue wajah sabery chik pun ada. Tengah gelak2 tengok artis jpop berjoget. Bukan kpop oke tapi artis jpop. Kalau artis dari jepun kita panggil dia jpop. 

Konsep dia sama jek macam kpop di korea tapi di jepun dorang panggil jpop. Versi copycat gak tue. Tapi stail jepun larh. 

kah kah kah

Korang tengok video kat atas neh sendiri. Tatau nak rasa bangga ke atau apa. Nampak sangat najib neh kaki berhibur sampai orang luar negara pun lapor. Almaklumlah ketua negara kan sibuk menguruskan masalah rakyat. Mana depa ada masa nak bersalam dengan artis apa seme. Sebab tue depa dok beria2 memberitakan perkara yang "unik" lagi pelik neh kot.

Seronoklah najib, rosmah mansur dan sabery chik ek. Dapat masuk rancangan gosip. Bertambah2 glamer larh korang. Orang jepun maybe happy kot tonton berita kat atas neh di negara depa tapi kalau depa interview kita.. ekekek depa maybe akan terkejut sakan dengan reaksi majoriti rakyat malaysia. Percayalah......

kah kah kah

Ameno : Gelik tekak aku aiiiiii

Isnin, 28 Mei 2012

Himpunan Jutaan Belia edarkan borang kaji selidik beb..





Contoh borang yang diedarkan. Aku dapat dari rakan facebook menerusi email. Woooooor dorang nak tengok sejauh mana event neh mendapat sokongan dan sambutan orang ramai dengan mengedarkan borang kaji selidik neh rupanya. Selain tue pakat2 mengumpul survey sejauh mana sokongan orang muda terhadap bn. Samada dah kembali pulih ataupun lebih teruk berbanding dulu.

Tak kisah lah tue kalau dorang nak buat kajian apa seme. Cuma aku berharap korang seme yang dapat borang neh jangan jawab dengan betul plak. Tipu jek dorang. Tipu jek seme. Jangan bagi kerajaan jawapan yang betul. 

Kalau dorang dapat jawapan yang betul bermaksud dorang dapat mengumpul keputusan survey yang tepat. Bila dorang dapat mengumpul satu result survey tak kira lah samada result tersebut baik ataupun buruk kepada dorang, dorang akan fikirkan satu strategi untuk mengatasi ia kalau ia result yang buruk, dan kalau ia result yang baik dorang akan start berbangga diri. 

Kalau result tipu2 especially result yang memenangkan dorang, kalau dorang nak berbangga2 diri pun no hal. Lantak kan disitu. Biar dorang syok sendiri dan akhirnya lalai. Macam pru - 12. Dorang berlagak sangat last2 kalah 5 negeri. Macam tue larh kita nak buat sebenarnya untuk pru - 13. 

Jangan PR yang kembali melopong sebab hilang beberapa negeri sudah lah.  Aku tengok selangor ada harapan besar untuk jatuh kembali ke tangan bien. Siyes cakap neh der. Apa pun di masa2 akan datang kalau dapat borang kaji selidik tipu jek habis2. Jangan berikan mereka jawapan yang betul dan tepat. Selama neh kita dah puas kena tipu kali neh kita balas je larh balik. 

KAH KAH KAH

Ameno : Korang terlupa nak tulis nama rosmah mansur dalam senarai pilihan pemimpin tue hah.. kalau ada nama dia aku mesti pilih. Ekekeke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...