Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Borang kaji selidik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Borang kaji selidik. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Disember 2012

Mahasiswa, korang meh sini kejap.

Aku nak ajar korang satu benda. Cara2 nak jawab borang kaji selidik yang sedang diedarkan secara meluas di universiti sekarang neh. Sebenarnya borang2 macam neh dah lama disebarkan da. Berbeza universiti berbeza la masa pengedaran nya. Tujuan nya nak kumpul hasil kajian.

Dan hasil kajian tue pula akan dijadikan penanda aras buat bn untuk merangka strategi seterusnya. Bagi yang sokong bn lantak p la ko nak jawab macam mana pun. Ada aku kesah? Tapi bagi yang tak sokong bn korang kena take note. Ingat, memberikan mereka jawapan yang betul, hanya membantu mereka merangka strategi untuk menawan ahti pengundi muda.

Perkara terakhir yang korang taknak buat selaku penyokong2 pr ialah tidak membantu bn mendapatkan kemenangan majoriti bukan? So pastikan menjawab dengan betul ikut apa yang aku ajar, bukan menjawab dengan betul mengikut apa yang bn mahukan.

Tadi ada informer dah attachkan satu borang kaji selidik. Dari universiti mana tah aku pun tatau. Lihat bawah ;


Untuk jawapan no 1 sampai no 4 jawab Ya. Untuk jawapan no 5 jawab tidak. Untuk jawapan no 6 ikut negeri masing2. Agak2 kalau korang duduk bawah pr cakap je tidak. Kalau bawah bn, cakap je ya. Untuk kerajaan pusat jawab ya. 

Untuk nama pemimpin letak je 3 tertinggi. Najib, Muhyiddin dan Rosmah. Err silap. Nama Rosmah tue letak la nama mana2 pemimpin yang korang rasa nak letak. Asalkan pemimpin bn sudah. Jangan letak PR pula hehe.

Bagi korang memang la korang tak heran nak jawab dengan jujur. Sebab korang fikir ala apa juga strategi yang najib buat aku tak lut. Tapi diri kita tak boleh pentingkan diri. Kita mesti sekat bn dari mempengaruhi pengundi lain juga. Ini motif untuk kita mengelat dari survey ini oke. Fahamkan. Oke bai.  

Isnin, 28 Mei 2012

Himpunan Jutaan Belia edarkan borang kaji selidik beb..





Contoh borang yang diedarkan. Aku dapat dari rakan facebook menerusi email. Woooooor dorang nak tengok sejauh mana event neh mendapat sokongan dan sambutan orang ramai dengan mengedarkan borang kaji selidik neh rupanya. Selain tue pakat2 mengumpul survey sejauh mana sokongan orang muda terhadap bn. Samada dah kembali pulih ataupun lebih teruk berbanding dulu.

Tak kisah lah tue kalau dorang nak buat kajian apa seme. Cuma aku berharap korang seme yang dapat borang neh jangan jawab dengan betul plak. Tipu jek dorang. Tipu jek seme. Jangan bagi kerajaan jawapan yang betul. 

Kalau dorang dapat jawapan yang betul bermaksud dorang dapat mengumpul keputusan survey yang tepat. Bila dorang dapat mengumpul satu result survey tak kira lah samada result tersebut baik ataupun buruk kepada dorang, dorang akan fikirkan satu strategi untuk mengatasi ia kalau ia result yang buruk, dan kalau ia result yang baik dorang akan start berbangga diri. 

Kalau result tipu2 especially result yang memenangkan dorang, kalau dorang nak berbangga2 diri pun no hal. Lantak kan disitu. Biar dorang syok sendiri dan akhirnya lalai. Macam pru - 12. Dorang berlagak sangat last2 kalah 5 negeri. Macam tue larh kita nak buat sebenarnya untuk pru - 13. 

Jangan PR yang kembali melopong sebab hilang beberapa negeri sudah lah.  Aku tengok selangor ada harapan besar untuk jatuh kembali ke tangan bien. Siyes cakap neh der. Apa pun di masa2 akan datang kalau dapat borang kaji selidik tipu jek habis2. Jangan berikan mereka jawapan yang betul dan tepat. Selama neh kita dah puas kena tipu kali neh kita balas je larh balik. 

KAH KAH KAH

Ameno : Korang terlupa nak tulis nama rosmah mansur dalam senarai pilihan pemimpin tue hah.. kalau ada nama dia aku mesti pilih. Ekekeke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...