Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Julai 2014

Pengacara Jordan Bakar Dan Ludah Bendera Israel Secara Live Di Program TV.

Ketika rancangan sedang berlangsung tau. Haha.

Dasat kau. Pengacara tv kita berani buat tak? Tak payah sembang hal berat la. Hal ringan yang seperti berkata2 benar tentang pembangkang pun salah. Kritik kerajaan pun salah kalau depan tv sampai kena surat amaran dan disingkirkan dari program. Itu tak masuk lagi kalau dalam forum, orang buat panggilan kritik kerajaan terus diputuskan talian dan buat2 tak dengar. Ini kan pula nak ludah dan kutuk israel di tv? Tak payah nak berangan kot kita semua.

KAH KAH KAH

Aksi pengacara dari Jordan ;



Video rakaman tersebut ;



Post by Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam.

Kalau video gagal load, klik sini.
 
Mesti geng2 pro israel yang dalam ahti ada taman rasa sakit ahti kan. 

KAH KAH KAH 

Kbai.

Khamis, 29 November 2012

Kantoi kerjasama dengan ISRAEL - Penyokong UMNO, meh sini kejap.

Nah ;


Lepas tue nah lagi ;


Dah baca? Faham kan?

Rekaan?

Fitnah?

Super impose?

Tak aih. Kalau rasa fitnah p suruh menteri hang nafikan. Aku cabar. Benda neh siap masuk bernama lagi beb. Rujuk sini. Kat situ seme dokumen lengkap ada. Teliti la satu persatu. 

Amek masa hang jalankan kajian sendiri. Aku suka orang yang menganalisa info / maklumat yang dia dapat, bukan main terima bulat2. So aku nasihatkan penyokong2 umno, analisa la sendiri kalau lue berani. 

Apa pun 3 soklan aku nak tanya. Jangan tak jawab plak.

1. Yang berdagang dengan israel dan merestuinya, umno tapi yang kena maki hamun dan dikaitkan dengan yahudi, ialah BERSIH?

2. Yang buka pintu kerjasama ialah BN tapi yang kena hentam ialah PAKATAN RAKYAT?

3. Yang biarkan deligasi israel masuk ialah kementerian tapi yang dituduh bersetongkol dengan israel ialah ANWAR IBRAHIM?

Aku dari dulu lagi dah faham apa itu perniagaan dan prinsip kerjasama sesama negara untuk menaikkan ekonomi masing2. Kerjasama malaysia - israel ialah kerjasama untuk kepentingan bersama dan malaysia mendapat manfaat dari segi ekonomi. Itu hakikat. Suka tak suka itu belakang citer tapi itu adalah hakikat. 

Takmo la aku mengulas lanjut bab ekonomi. Dan aku tahu memang akan ada yang marah dan cakap alamak aiii tak berkerjasama dengan israel boleh mampos ka? Tak berdagang dengan israel tak boleh maju ka? Itu bukan soalnya beb. Soalnya benda tue dah berlaku dan apa sebab ia berlaku ialah malaysia sedang mencari manfaat untuk mengukuhkan ekonomi nya. Itu sebab ia berlaku. Salah or betul, lue boleh utarakan pada bn. Gua takmo campor.

Jangan salah faham.

Aku bukan bekap tindakan bn jauh sekali tindakan umno. Cuma aku tak major ekonomi so aku takmo ulas lebih2 dalam bab ekonomi. Aku ulas bab hipokrit sudah la.

Fikirkan. Yang seme2 BN tuduh2 kat PR kat BERSIH kat Anwar Ibrahim tue ialah benda2 yang dia sendiri buat dan amal. Tapi apasal dia tak marahkan diri dia sendiri sedangkan memang terbukti bn buat tapi kenapa dia marahkan orang lain yang tak terbukti buat? Bersandarkan persepsi je, bukti haram. Apsal penyokong umno? Apesal? Cuba jawab.

Khamis, 22 November 2012

Lagi bukti perdagangan Malaysia - israel.

Aku sebenarnya blur2 dalam isu neh. Aku nampak dorang sebarkan gambar dokumen ini di wall facebook. Korang tengok sendiri ;



Sumber : sini.

Syarikat perusahaan getah tue under kerajaan malaysia ka? Kerajaan malaysia ada saham ka dalam syarikat itu? Kalau ada saham bleh gak nak marah tapi kalau ia syarikat swasta aku tak fikir kita ada hak nak tentukan dengan siapa mereka mahu berdagang. Baiklah, kita mungkin benci dan anti israel tetapi perkara yang sama tidak boleh diaplikasikan ke atas orang lain.

Walaupun kita seme rakyat malaysia tetapi aku tak boleh nak paksa orang lain untuk anti israel sebagaimana yang aku anti. Itu yang aku nak sebutkan disini. Jika ini syarikat milik malaysia maka ada la sesuatu yang boleh dipersoalkan. A

ku mahu tahu kenapa bersih yang dituduh menerima dana yahudi, pr yang dituduh berkonspirasi dengan yahudi tetapi yang terkantoi berkerjasama dan menjalankan hubungan perniagaan dengan yahudi itu umno barisan nasional?

Itu jek la.

Kalau ia syarikat swasta aku no komen. Bagi aku mungkin malaysia tetap menetapkan bahawa swasta berhak meniaga dengan siapa. So polisi itu aku hormat je la. Boleh tak suka tapi aku tetap hormati polisi itu. Pasti ada sebab kenapa polisi seperti itu dimuktamadkan walaupun aku memang tak suka.

Dan aku suka nak dengar jawapan dari Mukhriz Mahathir. Apakah ini bahan ini untuk syarikat muslim palestine di palestine? Hehe. Soklan pagi tadi belum lagi dibalas dah aku tambah soklan baru kan? 

Jawab la MITI. Aku tunggu neh. Buat apa jadi menteri kalau syok di gelangang sendiri? Hanya jawab soklan yang favor kepada diri sendiri dan fitlter soklan yang tak favor kepada diri sendiri? Aku ingatkan najib je pengecut.. demmmm seme sama je ek dalam umno?

kah kah kah

Jumaat, 27 Julai 2012

PERODUA di ISRAEL?

Kalau ya apa masalahnya?


Menurut MSO ;
Cuba perhatinkan gambar kereta yang ditanda dengan bulatan merah itu. Apakah itu bukan Myvy... kereta keluaran Produa yang terhebat di Malaysia. Para penggemar automobil Malaysia berbangga dengan kereta ini ia adalah buatan Malaysia. Kalau kita setuju dengan dakwaan itu, persoalan timbul apakah Malaysia menjadi pengeksport Myvy ke luar negara termasuk negara Yahudi Isreal yang kita benci kononnya? Gambar ini dirakam di satu persimpangan jalan di Israel.  Menurut amalan negara Zinois itu plat berwarna kuning adalah kereta milik orang Yahudi, manakala berwarna putih bukan Yahudi. Kereta yang sama jenis dengan Myvy ini platnya berwarna kuning?Mungkin sesiapa ada idea untuk memberi jawaban untuk menafikan Malaysia bukan mengeksport Myvy ke Israel atau lebih tepat lagi tidak berdagang dengan Israel seperti dinafikan. Wasalam.

Sama seperti kita gunakan facebook, seperti itu juga lah kita harus berbangga jika ada orang israel sanggup keluarkan duit mereka untuk beli kereta kita. Jika kita ikut susur galur yang betul, duit2 itu kemudiannya akan kembali kepada palestine melalui sumbangan2 dan derma daripada team perodua dan kakitangan mereka.

Tapi sebenarnya banyak jek kereta2 di dunia neh seakan2 sama. So susah nak cakap hanya berdasarkan kepada satu gambar yang kabur dan jarak jauh macam neh. Tak pasti samada ia memang myvi ataupun sebaliknya.Tapi kalau sungguh pun myvi maka bagus juga. Berkembang juga kereta ciptaan malaysia even di israel sekalipun.

kah kah kah

Selasa, 14 Februari 2012

Apa kaitan web Israel neh dengan Malaysia?

Tatau lah aku. Bahasa pun bahasa yang aku tak faham. Macam mana aku nak tahu benda neh apa ke apa.. hasil translate pun aku cuma dapat faham sikit2. Sudah tentu ia tak gambarkan keadaan yang sebenar kalau faham pun sikit2 kan? 

Lihat bawah neh ;





Okey neh ada dua keratan screen yang aku amek dari web tersebut. Link nya disini. Klik sendiri kalau nak tengok apa2 ke. Aku pun tak pasti web tue memang sah milik israel atau apa sapa2 yang pandai check boleh check untuk sahihkan yang tue. Cuba aku nampak dia tulis gov di alamat dia so maybe lah benda neh di bawah kerajaan israel.

Merujuk kepada printscreen di atas neh beberapa persepsi timbul dalam otak aku ;

1. Israel menulis tentang sejarah perdagangan malaysia dan indonesia dengan israel. Agak ringkas tapi aku rasa dia telah masukkan point2 yang perlu diketahui.

2. Israel ada mengecam [atau menulis dengan persepsi tidak baik] mahathir.

3. Israel menulis bahawa malaysia tidak menghalang perdagangan dengan israel meskipun mahathir kuat menentang israel. [israel menganggap ia sebagai menentang israel walhal mahathir dipercayai menentang kezaliman israel ke atas rakyat palestine]. Perdagangan dengan israel dibenarkan dalam perundangan malaysia itu sendiri.

4. Israel juga menulis bahawa jika syarikat malaysia mahu mengimport product dari israel mereka perlu dapatkan kebenaran dari kerajaan. Berupa lesen. Alah macam yang kita dah dedahkan sebelum neh.

5. Israel menganggap syarikat2 yang diberikan lesen import di malaysia adalah sangat sedikit. 

6. Visa perniagaan yang dikeluarkan ke atas rakyat israel juga amat jarang berlaku. Ada tetapi jarang. Israel neh macam komplain lah. Senang cakap.

7. Israel juga menulis bahawa syarikat2 di malaysia tidak suka jika kerajaan tahu mereka menjalankan hubungan perniagaan dengan israel. Maknanya benda neh kena rahsia arh. Gila kot pemikiran syarikat neh. Dah lesen import pun apply dari kerajaan.. macam mana pula kerajaan boleh tidak tahu. Bengong!

Itu seme stastistik dan ulasan yang berakhir pada tahun 2002. Rasanya zaman mahathir lain zaman najib lain kan? Israel, dont worry lah. Aku percaya hubungan malaysia dan israel kini lebih erat berbanding zaman mahathir. Betul tak?

kah kah kah

Kalau rajin baca dan fahamkan sendiri. Apa yang aku fahamkan neh pun hasil google translate beb.

Ameno : Perdagangan malaysia - israel, memang dibenarkan dalam undang2 negara kata website israel.. urmm

Ahad, 12 Februari 2012

Najib, betul ke ISRAEL jadi agent kelapa sawit malaysia?


Tanya najib lah senang. Sebab dia ketua ma. Maybe dia boleh explain lanjut apa yang sedang berlaku neh. Laman web yang dimaksudkan ialah ini ==> http://www.israelfundingcorp.com/palm_oil_for_sale.html

Laman web tue juga pongpang2 pasal malaysia dan sime darby. Laman web tersebut juga pongpang2 konon nya dorang neh agent. Amek minyak kelapa sawit dan kelapa sawit dari malaysia untuk dijual kepada negara lain. Senang cakap bertindak sebagai orang tengah.

Aku punya pandangan ialah aku tak pasti kisah neh betul ke tak betul tapi aku tetap meminta najib jawab sebab cara ia menulis seolah2 ia melibatkan seme syarikat2 yang proses kelapa sawit di malaysia. Of course neh termasuk yang kerajaan punya including GLC juga. 

So apa citer neh najib? Jawab lah. Janganlah pongpang2 pasal anwar israel anwar israel bagai. Aku bukan nak tuduh2 tapi mohon penjelasan jek. Yang selalu umno bagi kat anwar tuduhan. At least kami neh takde ikut perangai tersebut. Kami tanya untuk kepastian jek. Cuba jelaskan najib weh. Jangan nak diam2 jek. Kang orang cipta persepsi jangan nak memandai2 marah ek. Bai.   

Ameno : Sapa sebenarnya support israel neh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...