Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Merah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merah. Papar semua catatan

Isnin, 14 November 2016

Ini Rakaman Jamal Kacau Penyokong #BERSIH5 Sebelum Hidung Berdarah (Video Inside).

Kurang ajar gila. 

Tak padan dengan hidung berdarah. Sepatutnya Jamal mendapat lebih teruk dari itu sebab dia dan ahli kumpulannya bersikap biadap dan kurang ajar termasuklah terhadap orang tua yang menyokong BERSIH 5.


Rakaman itu didedahkan oleh portal Malaysia.

Lihat ;



Dalam rakaman itu jelas memaparkan yang Jamal bersama beberapa anggota gerakan #Merah telah menghampiri penyokong-penyokong BERSIH 5 untuk memprovokasi isu risalah yang diedarkan oleh BERSIH 5 sebelum itu.

Jamal turut mendekati seorang pakcik yang agak berusia dan memprovokasinya secara beramai-ramai namun individu tersebut tidak mengendahkan kelakuan Jamal sebaliknya terus menghisap rokok.

Di akhir rakaman, Jamal turut menganggu seorang pemuda dan memaksanya menerangkan tentang risalah yang diedarkan oleh BERSIH 5 namun belum sempat pemuda tersebut membuka mulut, Jamal secara tiba-tiba menolak badan pemuda itu.

Individu itu bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dalam kekecohan tersebut apabila beberapa penyokong2 Jamal juga seakannya mahu memukulnya selepas Jamal menolak pemuda tersebut. Nasib baik polis berada di tempat kejadian makanya dapatla membendung kelakuan ganas Jamal dan ahli kumpulannya.

Dan video ini satu lagi rakaman yang terang-terang membuktikan Jamal sedang memprovokasi dan melakukan kekasaran terhadap orang lain. Kenapa dia masih bebas?

Ahad, 13 November 2016

Kejap Polis Tumbuk, Kejap Budak Zuraidah Pukul, Lepas Tu Zuraidah Pula Dikatakan Tumbuk Jamal - Yang Mana Satu Betul Neh Jamal?

KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAHKAH

Hadoi.

Hidung baru keluar darah sikit. Takan dah gila kot. Eh jap. Jamal memang bukan dah lama gila ke?

KAHKAHKAH!

Jamal dan Gerakan #Merah hari neh buat kecoh kat Ampang. Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang hari neh bersama kumpulan #BERSIH5 buat kempen tentang BERSIH di sekitar Ampang. Edar-edar risalah apa semua. Ketika sedang sibuk buat kerja-kerja kempen, si Jamal dan gengnya datang menyemak dan menimbulkan kekacauan sehingga polis yang berada disitu perlu masuk campur bagi mengawal keadaan.


Ketika sedang kelam kabut itulah hidung Jamal Yunos sedang berdarah. Puncanya tak ketahuan tetapi dipercayai ditumbuk secara tak sengaja oleh geng2 dia juga. Sebab polis hanya memegang badan dan tangan dia. Mana ada usik muka langsung kalau kita perhatikan rakaman yang tersebar di media sosial.

Dalam rakaman yang tersebar juga, Jamal yang memulakan aksi menolak anggota polis yang kemudiannya polis bertindak balas dengan memegang anggota badan Jamal.

Kemudiannya insiden meleret kepada aksi tolak menolak antara gerakan #Merah dengan pasukan polis yang terpaksa berhempas-pulas menenangkan gerakan Merah yang berkeras untuk keluar dari shopping-complex. 

Tujuan pasukan polis berbuat demikian ialah untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian yang lebih ganas ini kerana jika gerakan Merah dibiarkan keluar mereka mungkin akan berjaya mengejar kumpulan BERSIH 5 dan seterusnya mungkin berlaku insiden yang lebih buruk. Ini berdasarkan kepada tingkah laku Jamal dan ahli kumpulannya yang mengejar geng2 BERSIH 5 yang sedang giat berkempen kat situ.

Dalam kejadian tersebut juga, Jamal punya gila, sanggup biarkan darah kering melekat kat hidung dia semata-mata nak jaja kat media.


Padahal boleh je pergi tandas dan bersihkan darah tu. Bukan banyak mana pun nak dijaja2 ke orang. Sebelum ini Jamal pernah kongsikan satu aksi dia dipukul kayu. Kononnya nak tunjukkan kepada orang awam betapa dia kuat. Kuat otak kaw. Hidung berdarah sikit dah merengek-rengek macam la sakit sangat siap jaja darah kering lagi untuk raih simpati. 

KAHKAHKAH

Dalam isu hidung Jamal berdarah ini juga, pada awalnya Jamal mengatakan polis tumbuk dia. Berulang kali dia bercakap yang polis tumbuk dia, polis tumbuk dia.

Lepas seketika, tiba-tiba dia cakap kat media yang budak2 Zuraidah pula yang bantai dia. Dia kata YB Zuraidah yang arahkan budak dia untuk pukul Jamal.

Kemudian tak sampai 10 saat dari kenyataan di atas, dia kata Zuraidah tumbuk dia.

Apahal dia tu?

Dementia ke apa?

KAHKAHKAHKAH!

Kejap polis tumbuk. Kejap budak2 YB Zuraidah tumbuk. Kejap Zuraidah tumbuk. Yang mana satu betul?

Kalau ikut rakaman video jangan kata pendemo BERSIH, Zuraidah punya batang tubuh pun takde dalam kejadian tu tau. 

Yang ada geng2 Merah dan anggota polis je.

Dan kalau kita perhatikan video tu, masa awal2 Jamal diarah ke belakang (kembali kepada geng2 dia) oleh 2,3 anggota polis, tak berdarah pula hidung dia time tu.

Start berdarah masa budak2 dia tengah kecoh2 nak keluar. Dia tiba2 muncul kata polis tumbuk dia, polis tumbuk dia. 

Sebenarnya aku syak bebudak dia juga tercederakan dia semasa aksi tolak menolak tu. Dia dah malu la tu nak mengaku geng2 sendiri terbantai dia.

Tak pasal2 polis, budak2 Zuraidah dan Zuraidah yang dia tuduh2 mencederakan dia. Choiiii.



Rakaman video ;

Ahad, 6 November 2016

TMJ Sindir Gerakan #Merah Kaw-Kaw Dengan Video Parody (Video Inside).

Semalam Gerakan #Merah ada buat perhimpunan di hadapan bangunan Malaysiakini bagi menuntut penjelasan berhubung isu menerima dana dari luar negara, Soros untuk mengucarkacirkan keadaan politik dan keamanan negara ini.

Baca : Halimunan Turut Hadir Ke Demo Merah Lawan Malaysiakini.

Dilaporkan lebih kurang 10,000 (abah kau 10,000) yang hadir dalam demo tersebut, menurut kata ketua Gerakan Merah iaitu Jamal Yunos.

  Dalam demo tersebut, beberapa aksi memukul badan diadakan sebagai sesi pertunjukan ataupun gimik mungkin berikutan kegagalan mereka memasuki premis Malaysiakini bagi meruntuhkan bangunan tersebut selepas didapati premis tersebut dilindungi pihak polis. Pertunjukan itu adalah pertunjukan silat mengikut kenyataan dari Gerakan Merah.

Ini adalah video silat oleh kumpulan Merah pada semalam ;



Dan video pertunjukan di atas mendapat respon dari Tengku Mahkota Johor (TMJ). TMJ menggunakan cara unik bagi membalas video pertunjukan tersebut.

Ini adalah video 'jawapan' kepada kumpulan berkenaan ;




Video parody TMJ kepada kumpulan merah ini mencecah perkongsian hampir 12,000 dalam masa 3 jam selepas dimuat-turut oleh fb Johor Southern Tigers.

Rata-ratanya disokong oleh ramai orang terutamanya oleh bangsa Johor.

Dalam video berkenaan, sekumpulan lelaki berbaju merah seolah2nya sedang bersilat dan memukul diri sendiri di satu kawasan dan tiba-tiba munculnya kelibat TMJ. TMJ kemudiannya, dengan menggunakan pistol menembak semua sekali dan berpaling pergi sambil membuat aksi seperti 'entah apa-apa la kumpulan badut sarkis berbaju merah neh, sekali aku tembak mampos kau semua'. 

Hehe.

Untuk rekod, TMJ turut menyatakan dia tidak berpihak kepada kumpulan kuning mahupun kumpulan merah.

Amacam? Kumpulan Merah nak jawab ke tak parody dari TMJ neh? Kena sindir kaw-kaw neh? Tak panas ke woi?

KAHKAHKAHKAHKAH!

Ini Bukti 10,000 Orang Hadir Demo #Merah Di Pejabat Malaysiakini. (Termasuk Halimunan)

KAHKAHKAH

KAHKAHKAH

KAHKAHKAH

Seriyus bro? 10,000 orang datang berdemo?

 
Laporan berita di atas memetik kenyataan dari Jamal Yunos yang mengatakan demo siang tadi dihadiri lebih kurang 10,000 orang. Pada awalnya plan nak bawa 30,000 yang tiba-tiba jadi 20,000 tetapi yang datang CUMA 10,000 JER. (kehkehkehkehkehkehkeh).

Dan ini pula gambar-gambar yang kita petik dari sebaran bloggers UMNO sendiri. Bukan dari pembangkang tau.

Tengoklah sendiri betul ke tak betul 10,000 yang datang berdemo ;









Beberapa gambar yang disebarkan oleh mereka tetapi hampir kesemuanya mensasarkan kepada satu sudut je. Maksud aku highlightkan pada ruang tertentu je.

Perasan tak?

Hanya dari bahagian depan. Lepas tu sasarkan kat geng2 yang pegang placard tu. Nak tahu kenapa? Sebab hanya sudut-sudut tu je ada kelibat merah dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat oleh mata kasar kita. Manakala di sudut-sudut lain pula ialah si halimunan-halimunan yang datang berdemo untuk memberikan sokongan.

KAHKAHKAKAHKAHKAH

Dan mereka kata ;


Tak malu betul temberang orang. Tak payah guna kalkulator pun. Korang pergi zoom kat gambar2 tue dah buat kiraan sendiri. Malaysiakini anggarkan 700 orang? Itupun aku rasa tak tepat. 500 ada la kot.

KAHKAHKAHKAH.

Dan yang bangangnya, ada pula yang percaya ;



Macam takde otak. Untuk menilai gambar2 yang tersebar tu. Gunakanlah akal untuk kaji sikit.


Tak kisah la 100 orang ke 200 ke 500 ke yang datang protes. Sebut je la angka kehadiran dengan betul. Tak perlu malu. Demo lawan GST kat bangunan KASTAM pun tak sampai 500 orang protes pun. Kat depan bangunan Parlimen untuk halang wakil rakyat pembangkang angkat sumpah pun kecik je bilangan orang yang datang berhimpun.

Point aku ialah. Berhenti anggap kuantiti adalah faktor penting untuk satu-satu demo tu berjaya atau tidak. Ia boleh jadi salah satu faktor kejayaan tetapi bukan bermaksud jika tanpa kuantiti ini, demo akan gagal.

Impak atau kesan-akibat dari demo itu yang lebih mendatangkan kontroversi sebenarnya.

Sambung balik cerita penipuan dari geng2 sebelah sana. Demo #merah kat depan pejabat Malaysiakini tadi, memang tak sampai 1,000 orang pun. Tak payah nak memperbodohkan penyokong2 korang dengan angka 10,000 la 12,000 la apa la. Bukan aku suka sangat nak menyibuk tapi malangnya memang ada yang ikhlas pula bersama-sama Jamal neh. Bagi yang ikhlas-ikhlas ini fikir mereka owhh perjuangan demi ABATA. Agama. Bangsa. Dan negara. Padahal habuk pun takde.

Bercakap tentang penerimaan dana dari luar. Aku pun tak suka. Tetapi boleh ke kita pasti bahawanya BN sendiri tak menerima mana-mana dana pilihanraya dari pihak luar?

Apatah lagi Malaysiakini pun dah nafi. PDRM sedang siasat kan? Tak payah nak political sangat la. Kalau korang percaya pada PDRM, tunggu la abang-abang polis kau siasat. Aku tak rasa benda neh akan ada progress. Agak2 dalam sebulan takde apa-apa action dari polis, dah boleh sangat dah kita anggap case neh lebih kepada propaganda politik. Polis pun mungkin akan berbasa-basi time tu cakap dalam siasatan, dalam siasatan padahal taknak direct clearkan nama pihak2 yang terjejas dari segi imej dan reputasi supaya benda neh jadi permainan politik. Ini adalah apa yang aku jangka akan berlaku.

Nak tahu betul ke tak, tunggu selepas sebulan. Aku dah masak dengan perangai pakcik Khalid kau tu.

Isu yang babitkan pembangkang. Mesti ada belit-belit. Isu yang babitkan intergriti kerajaan belum siasat dan nafi laju2. Contohnya isu dakwaan Misuari tentang penglibatan pimpinan Malaysia dalam penculikan di Sipadan pada tahun 2000. Belum siasat pun, keterangan Misuari pun tak diambil, bukti yang ada dalam tangan Misuari pun tak berpindah ke PDRM, dah laju2 nafi. Pelik kan? 

Aku bukan kata aku percaya pada dakwaan tersebut. Tetapi sekurang2nya polis perlu ada usaha untuk memastikan kesahihan dakwaan tersebut.  Jumpa Misuari minta la bukti. Yang dia sibuk cakap besar depan media buat apa. Bak sini bukti tu kalau betul ada sangat. Biar aku siasat. Betul ke tak cerita kau neh Misuari. Tapi polis hanya nafi. Laju-laju pula tu. Orang macam biasa. Spekulasi la. Kenapa, kenapa, kenapa. Kan? Malas nak cakap lebih-lebih. Oke la bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...