Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Hadi Awang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadi Awang. Papar semua catatan

Khamis, 24 November 2016

Sekali Lagi Hadi Mohon Tunda Bentang RUU355 - Kenapa?

Mohon penangguhan kerana ia perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada pihak-pihak tertentu. Kerana ia mewujudkan pertikaian yang mendorong kepada salah faham dan akhirnya mengundang kepada perbahasan di luar topik.

Lebih kurang inila pointnya kenapa ahli parlimen Marang minta tangguh dari membahaskan usul persendirian RUU355 di Parlimen pagi tadi.

Aku dengar penjelasan speaker Pandikar Amin Mulia tadi. Dia menjelaskan usul yang dibawa oleh Hadi belum pun masuk ke peringkat bacaan pertama.

Gambar : Google
  Proses dia secara ringkasnya begini.

1. Bacaan pertama - bahas, bantah atau setuju. Bawa ke kabinet, bincang, perincian dan kajian.

2. Bacaan kedua - bahas, bantah atau setuju. Perlu wujud jawatankuasa ke untuk bincang, perinci, kaji, tambah baik, usul berkenaan.

3. Bacaan ketiga - bahas, bantah atau setuju.

Menurut ahli parlimen Setiu pula. Usul Hadi neh tak lepas frasa penting lagi. Aku lupa la nama dia. Tapi selagi usul Hadi tak masuk ke peringkat yang dia sebutkan tu, usul Hadi takan lepas bacaan 1.

Maksudnya kat sini apa?

Hah, tu tanya la BN.

Bila tonton perbahasan Parlimen tadi aku rasa jangan aku, ramai sebenarnya tak faham proses bagaimana satu2 usul tu boleh dibahaskan di Parlimen.

Dan proses ini akan makan masa jikalau, pihak kerajaan main propaganda dengan kau.

Dan bagi pendapat aku, Hadi apabila dia dah bersedia bawa usul tersebut ke Parlimen dengan bantuan Azalina, kena la bersedia dengan segala macam hujah, kritikan dan jawapan.

Asyik minta tangguh sebab nak berikan pemahaman jelas.. untuk apa? Hadi sendiri tak faham ke macam mana? Dah lama tertangguh neh beb.

Bahas la dulu.

Baru orang boleh faham ke tak faham ke macam mana. Tapi, jap. Kata Setiu tak boleh bahas (bacaan 1) jika tak diluluskan kat peringkat apakemendantah namanya tadi tu dia sebut.

So, takan Hadi tak faham atau tidak mengetahui tentang hal tersebut?

Aku nampak permainan kat sini. Tak pasti mereka bekerjasama nak memainkan penyokong ke ataupun memang PAS yang kena main dengan BN. Susah nak cakap. Kena tengok balik perbahasan tu buat kali kedua. Ada sapa2 upload la versi cut? Aku tengok live tadi. Takde rakaman bhai.

Hahaha.

Untuk pengetahuan korang juga, Hadi minta tangguh ke sesi mesyuarat yang seterusnya maksudnya ke sesi mesyuarat parlimen pada tahun 2017 tau. Penggal pertama. Dia taknak baca/bahas pada penggal ini.

Nah, video kat bawah. Ehsan Malaysiakini.  


Ahad, 11 Ogos 2013

Karpal Singh Mahu Anwar Dan Hadi Isytihar Harta.

Aku juga mahu. Untuk semua mereka2 yang bergelar pemimpin dan wakil rakyat mereka perlu mendedahkan harta masing2.

BN atau PR atau bebas. Peraturan neh perlu dikuatkuasakan ke atas semua tanpa kira idelogi politik di negara neh.

Tindakan LGE yang dedahkan harta secara public bagi aku ada negatif dan ada positif. Bagi aku cukup sekadar dedahkan di jabatan2 tertentu bagi tujuan rekod. At least kalau ko nak tuduh2 dia terima rasuah apa ke apa mereka boleh review semula rekod pengisytiharan harta yang telah di buat sebelum neh. Begitu juga sebaliknya. Kalau harta ko sekian2 banyak neh takanla lepas dua tiga tahun jadi YB harta ko menimbun2 plak macam Khir Toyo kan?

So ia secara tak langsung boleh menyukarkan MP2 kita untuk terlibat dalam rasuah sebab diperhatikan.

Bila mereka bebas rasuah dan pengaruh dari pihak tertentu sudah tentu mereka boleh perform lebih baik untuk rakyat marhaen.

Yang untung kita juga.

Sebab tu tindakan isytiharkan harta neh kita patut sokong. Cuma takla perlu dibuat secara terbuka. Tertutup pun takpe. Kita bukan nak sangat tahu harta korang berapa. Asalkan korang dapat secara halal sudahla. Apa yang penting berani dedahkan harta untuk tujuan rekod. Kalau banyak bunyi tu ada la sebabnya.

Kah kah kah

Ahad, 24 Februari 2013

Siapa yang terima BR1M, Bodoh - Hadi Awang.


Kenyataan dikeluarkan oleh Presiden PAS. Di petik dari Malaysia Digest. Aku baca semalam dah. Kenyataan Hadi Awang adalah seperti berikut ;


PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has described those who accept the 1Malaysia People's Aid (BR1M) cash aid as stupid.
He said the cash aid would never do the people any good because it is a tool for BN to fish for vote in the coming general election.
"The cash aid is a stupid idea and the people who accept is are just as stupid," he said at the Chinese New Year gathering, organized by Non-Muslim PAS Supporters Congress (DHPP), at Jalan Putra last night.

Some 200 people attended the gathering.

Present was Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Abdul hadi's comment on BR1M was echoing the sentiment expressed by Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who had likened the recipients of the BR1M to "chicken and cows" recently.

Then aku nampak MD berikan link kat mana depa petik kenyataan ini. Rupanya, ia berasal dari NSTP.

Wowww...

Rupanya media MCA yang buat citer. Adakah citer neh betul? Baiklah ada 2 kesimpulan aku nak buat kat sini. Ikhlas. Jika citer neh tipu, abaikan post ini. Abaikan sepenuhnya. Abaikan sehingga mendengar penjelasan dari tuan guru sendiri. Keadilan terpakai untuk kedua belah pihak. So dengar dari kesemua pihak then buat la kesimpulan dari situ.

Kesimpulan jika citer neh benar pula. Aku ada pendapat berbeza.

1. Pendapat aku ungkapan BODOH kepada penerima BRIM itu keterlaluan.

2. TGHH kata BRIM adalah alat BN untuk raih sokongan.

3. Ya, aku setuju. Memang itu la tujuan BN sekalipun.

4. Tetapi BRIM juga adalah lambang perjuangan kita [peserta bersih 2] dan lambang ketakutan BN terhadap tuntutan, perjuangan dan keazaman rakyat yang inginkan perubahan. 

5. BRIM wujud setelah kita semua dibantai secara beramai2 di BERSIH 2. Tidak kah anda ingat? Owh, ya PDRM memberikan anda layanan baik kerana anda VVIP. Lainlah kami rakyat marhaen. Stok2 kena belasah je la.

6. Mengatakan BODOH kepada penerima2 BRIM kerana mereka mengambil BRIM itu terlalu kasar bunyinya.

7. TGNA pernah keluarkan statement, jika bn bagi [beri] bantuan [brim] amek, time undi pangkah pas.

8. Ini amatlah kontra dengan kenyataan awal TGNA.

9.  Sesiapa yang layak amek BRIM, mereka patut amek. Dan seterusnya siapa mereka nak undi, hak masing2.

10. Aku sejujurnya tak percaya BRIM boleh ubah mindset penyokong2 tegar PR dan mereka2 yang berfikir. Bagi aku situasi langsung tak berubah. Yang undi PR tetap undi PR. Yang undi BN, tetap undi BN. Yang jadi faktor perubahan ialah pengundi atas pagar dan anak muda. Jika di lihat forum2 analisis pru dan politik mereka semua berikan konklusi yang sama. 

Anak muda

Atas pagar.

Aku tergolong dalam kumpulan yang non partisan. Aku hanya memilih mereka yang buat kerja tanpa peduli label parti. Kalau wakil bn yang buat kerja bertanding dengan wakil pr yang tak buat kerja, meskipun aku mahu buat perubahan tetapi aku akan pilih wakil dari bn. Bukan kerana dia bn tetapi kerana dia buat kerja.

I don't give a damm politik taksub, melulu, sokongan membuta dan etc2.

Kalau wakil pr dan wakil bn dedua2 buat kerja, sudah tentu wakil pr yang aku undi. 
Kalau wakil pr buat kerja dan wakil bn tak buat kerja, sudah tentu wakil pr yang aku undi.
Kalau wakil pr dan bn dedua tak buat kerja? Nak undi sapa? PERGI MAMPOS. Aku takan undi sesiapa pun. 

Kenapa aku kena naikkan wakil rakyat yang tak buat kerja? Untuk makan gaji buta ek?

Berbalik kepada tajuk asal, atas faktor ini la aku percaya BRIM sebenarnya tidak memperbodohkan mereka2 yang berfikir.

Menerima BRIM bukanlah bermaksud anda BODOH.

Bukan semua penerima BRIM adalah mereka2 yang tidak berfikir dan tidak konsisten.

Kita tidak tahu keperluan hidup mereka semua bagaimana dan apa. Kalau la mereka dapat kembali merasa sedikit hasil pembayaran cukai mereka, apa salahnya mereka amek? Takan tak boleh amek sebab BN gunakan BRIM untuk meraih undi? Adakah PAS yakin PR tidak tawarkan apa2 pemberian wang tunai kepada mana2 rakyat marhaen? Adakah PAS berbincang sesama parti komponen PR akan mahsuhkan BRIM selepas pengambilalihan pusat?

Ya. Benar. Penawaran BRIM itu boleh dihapuskan dan digantikan dengan polisi yang lebih terkesan kepada kehidupan rakyat. Tetapi sekarang itu yang BN tawarkan, amek saja. Ia bukan duit orang lain. Ia duit kita semua.

Cerdik la sikit.

BN boleh tawarkan apa2 saja.

BRIM, KRIM, TRIM dan blabblablabal..

Tetapi time undi BN tak boleh kawal dan pegang tangan kita.

Apa2 bantuan yang kita layak dapat, kita apply adalah hak kita sepenuhnya. Peduli hapa kita BN nak meraih undi sekalipun. Bukan la ia sesuatu yang pakatan rakyat dan PAS itu sendiri tak buat.

Bukan kah PAS itu sendiri berkempen macam2 untuk meraih undi dan sokongan rakyat?

Ka saja berkempen untuk buat lawak?

Ikut cara mana pun korang berkempen hak korang la. Janji ikut peraturan. Jika BN bertujuan meraih sokongan dengan pengenalan BRIM hak dia la. Dia bebas merayu sokongan dan rakyat bebas memilih.

Mana2 parti politik yang berkempen, mana2 parti politik yang memperkenalkan bantuan itu dan bantuan ini, memang la bertujuan untuk meraih kepercayaan dan sokongan untuk membolehkan mereka berkuasa atau terus berkuasa.

Bezanya samada mereka memperkenalkan bantuan untuk membantu rakyat secara ikhlas agar kita hidup bahagia bersama2 ataupun memperkenalkan bantuan kerana mahu bantu diri mereka secara ikhlas agar mereka boleh hidup bahagia sendiri2.

Ia terpakai kepada semua parti politik. Cukupla dengan politik pembodohan, ketaksuban dan membuta tuli. Jadilah mereka yang berfikir, kerana dengan berfikir, anda tak pernah rugi. 

Jumaat, 16 November 2012

Presiden PAS kena SEMBUR.



Hilang hormat CTS kepada Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang apabila berperangai seperti kebudak-budakan dengan melayan kerenah Kumpulan R memijak kain pemidang anti Wang Ehsan. Tindakan Presiden PAS ini memijak kain pemidang bertulisan wang ehsan seolah-olah menghina penerima wang ehsan yang diberikan kepada 144,901 Rakyat Kelantan. Mereka buat kempen pijak tanda protes pada kerajaan pusat dan penerima wang ehsan, pada waktu MuktamarPAS kali ke 58 sedang berlangsung.

Tindakan Presiden PAS ini seolah mengikut jejak langkah tuannya Lim Kit Siang and Son yang dahulu memijak gambar ADUN-ADUN Perak yang keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas. CTS meminta agar Pemuda PAS agar meneruskan kerja gila ini.

Insyallah, 144,901 penerima ini punya ibu bapa dan saudara mara. Mereka akan menilai. Pemuda BN jangan tiru kerja Gila Pemuda PAS ini. Mereka terdesak untuk naikkan isu ini sebab mereka sudah tidak ada isu lain untuk menyerang BN Kelantan.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/11/gambar-haji-hadi-awang-berperangai.html#FhfYyv3puILJz4Ec.99


Penjelasan.

Ini ialah kempen pijak2. Kempen pijak2 tue maksudnya kita nak pijak benda tue. Contohnya kalau kita buat kempen berdemo so kita demo2 je la. Lepas tue kita buat kempen protes online di facebook, so kita akan serang page yang dimaksudkan..  contoh yang terkini ialah serang page IDF israel tue.. so lain kempen lain cara pembawakan dia.

Dalam isu di atas, ia adalah kempen pijak2. Kempen pijak2 tue kena la pijak banner yang dimaksudkan. Nampak tak gambar tapak kaki? Significantnya gambar kaki disitu ialah disebabkan ini ialah kempen pijak2. Sebab tue Tuan Guru Hadi Awang pergi pijak banner tersebut. Dan takde gambar2 orang pun. Hanya ada perkataan je la.

Jadi tak payah nak salah sangka or nak kecewa bagai or nak rasa hilang respect ke apa. Lain kali tengok dan fahami butiran setiap kempen sebelum komplen. Contoh nya kempen save pahang, stop lynas. Kempen jalan kaki dari pahang ke kuala lumpur. So dia jalan kaki la. Takan terbang plak? Tengok la nama kempen itu sendiri.

Bukan lah mereka susahkan sapa2 pun kalau mereka nak berkempen cara mana sekalipun. Itupun lebih baik dari baling kasut time orang bagi khutbah, ataupun baling cat merah, ataupun provoke orang yang nak buat himpunan aman.. sekurang2nya pr dan aktivis bebas berkempen melalui pelbagai cara untuk up kan isu2 yang mereka anggap relevant.. itu lebih baik daripada fitnah dan tohmah orang tak habis2. 

Memandangkan orang2 umno tak reti nak berkempen.. jadi belajar la dari kami oke. Baling cat merah dan rosakkan kenderaan orang bukan kempen tapi gampang. Tatau takpe, belajar jangan meroyan.

kah kah kah

Rabu, 20 April 2011

Entry hot : [isu video seks] Eskay nak sumpah depan kaabah.

Alahai.. si eskay neh dah sanggup bersumpah2 pula. Dah tue dia pilih bersumpah depan kaabah. Apakah ada beza kalau sumpah depan kaabah dan sumpah tempat lain? Apakah dibolehkan bersumpah sedangkan eskay neh dah buat tuntutan untuk tubuhkan siasatan diraja. Dah tue? Proceed je lah dengan tuntutan tersebut.

Apa kerja separuh2 jalan neh. Heran aku. Baca bawah ;



Sumpah-sumpah neh bukan budaya orang islam. Patutlah dulu aku pernah baca berkaitan isu neh. Akan datang, di akhir zaman semua manusia akan bersumpah untuk membuktikan bahawa mereka ialah dipihak yang benar. Sehingga kita tak dapat bezakan mana satu yang bersumpah palsu dan mana satu yang bersumpah benar.

Alah cam kat mahkamah tue. Main sumpah2. Boleh ke? Sebelum bagi kenyataan bersumpah dulu. Bukan tak pernah terjadi berapa banyak kes penipuan yang dilakukan oleh saksi. Sumpah tetap sumpah. Tipu jalan juga.

Jadi apa relevantnya sumpah di sini? Apa yang aku tahu berkaitan isu sumpah neh sepertimana yang aku pernah dengar kata2 seorang yang beriman dulu ialah ;

1. seseorang yang bersumpah mestilah faham yang dia sudah kehabisan jalan / iktihar untuk membuktikan dia di pihak yang benar.

2. seseorang yang bersumpah mestilah sudah menggunakan semua jalan perundangan dunia dan sedar bahawa jalan2 tersebut tidak dapat membersihkan nama dia daripada tuduhan tersebut.

3. seseorang yang bersumpah mestilah bersolat sunat istiqarah dan meminta bantuan dari Allah swt.

4. seseorang yang bersumpah bukanlah orang yang fasiq dan terlibat dengan dosa-dosa besar. Ini disebabkan agar dia tidak menjadikan sumpah dia sebagai alat untuk membebaskan diri daripada segala tuduhan yang dilemparkan.

Nah..bukan mudah rupanya untuk bersumpah. Apatah lagi bersumpah di depan kaabah. Apa yang perlu eskay buat ialah proceed je dengan rci tue. Biar kita sama2 tengok dan nilai. Biar kita sama2 kupas kebenaran tersebut. Amacam eskay? Jangan lah belum apa2 dah main sumpah2.Lagipun kalau semua orang bersumpah untuk membuktikan mereka dipihak yang benar apa guna pula pdrm dan mahkamah di malaysia neh? Heh.

Dan yang neh pula kenyataan terbaru shuib ;



Arhh sudah. Tadi korang bertiga gak yang beria2 sanggup bersumpah. Tapi sekarang tiba2 korang babitkan dsai dan tuan guru pula. Apa kes? Ko nak bersumpah itu ko punya pasal lah. Yang tiba2 dsai dan tuan guru kena bersumpah pasai apa? Dsai dah serahkan kes neh pada pdrm. Dsai pun dah cakap kalau nak proceed rci, proceed lah. Awatnya kecoh2 pulak neh? Awattt???

Benda simple je. Mereka bertiga angin pasal kena dakwa. Mereka kata tak sebarkan video lucah. Dah tue yang upload kat u tube sapa? Takan nak tuduh pdrm pula?
Lagi satu isu masalah empat saksi tue kena fahamlah. Bila ada adegan seks, ko dah tahu lokasi dia kat mana, ko call jabatan pencegahan maksiat. Bila jabatan pencegahan maksiat datang serbu, mereka nampak. Automatik kat situ mereka yang tahan pasangan yang berkhalwat adalah mereka yang menjadi saksi juga.

Haittt... simple je. Tapi masih tak faham2. Shuib pun sedar zaman sekarang sukar nak cari orang benar2 boleh dipercayai. Kalau ko sendiri sukar nak percayakan sapa2, lagilah kami sendiri tak boleh nak percayakan ko. Ngertik ngak?

Artikel penuh shuib di sini.

Rakyat malaysia bersatu dalam 1 facebook? Apa tue?

Ameno : Sumpah2.. kena makan sumpah baru tahu..

Isnin, 10 Januari 2011

Amaran keras : Penyokong Hadi Awang jangan berlagak!

Adooiii terkilan aku baca satu laporan berita pasal aduka kena ketuk dengan penyokong hadi baru2 neh. Tak agak2 dah orang yang buat macam tue kat aduka. Apa benda lah yang dia buat sampai kurung2 dia plak. Salah ke dia nak jumpa Hadi Awang dan menuntut beberapa penjelasan? Yang sampai nak halang dan kurung dia watpe? Spesis rejim ala zionist umno plak aku tengok. Kalau dulu dok heboh kutuk2 umno tp kalau neh perbuatan penyokong pas apa ada beza?

Bukan aku nak backup aduka tue. Siyes. Aku tahu setiap tindakan mesti ada asas. Asas dia kena kurung sebab nak tanya Tuan Guru Hadi Awang beberapa soklan. Kenapa dia nak tanya? So hak dia lah dah dia sokong PAS kan? Nasib baik dia berani nak tanya depan2 daripada fikir benda yg bukan2. At least dia ada keberanian. Yang keberanian dia kemudian nya disekat2 pula. Bangang betul penyokong hadi awang. Ada aku kesah?

Ya, ya aku tak salahkan Tuan Guru Hadi Awang sekarang neh. Aku bersangka baik. Aku percaya Tuan Guru tak tahu. Kalau dia tahu, aku rasa tak wujud insiden tersebut. Memandangkan penyokong2 tuan guru Hadi Awang yang buat bangang, maka layaklah penyokong tuan guru Hadi Awang gak yang kena bidas.

Sebenarnya dah agak lama aku baca dan sering kali ternampak penyokong2 yg taksub hadi dan taksub nasha neh bersepah memaki hamun sesama geng sendiri kat blog2, terutamanya blog tulang besi. Aku bukan nak marah ke apa, aku faham niat korang. Tapi penyampaian korang tue melampau2 sampai babitkan hal2 peribadi dan kain dalam blogger tue watpe NGOK!

Caci maki jangan cakaplah. Penuh blog tue dengan maki hamun sesama ahli pas. Wat malu aje. Kalau dah member sama member apa salahnya cakap baik2? Kalau dah tulang besi salah, aduka taruna salah then balas lah guna hujah balik. Orang tue bagi hujah, korang plak bagi maki. Spesis ikut perangai rejim zionist umno. Aku taknak nanti tak pepasal PAS yang dapat nama buruk disebabkan tindakan beberapa penyokong ala-kipas-susah-mampus yang beria2 taksub segala bagai. Konon takley tegur tuk guru lah apa lah.

Come on lar. Tuk guru pun manusia. Hadi awang manusia. Nik Aziz manusia. Nasharuddin isa manusia. Nasrudin Tantawi pun manusia. So kalau ada perkara2 yg ahli2 PAS rasa tak selesa dan mereka nak tegur, biarlah mereka tegur. Yang sampai korang nak halang kebebasan PENYOKONG/AHLI PAS saling tegur menegur perbuatan pemimpin kenapa? Pada awal nya aku yang mengikuti benda neh dah tengok banyak kali, tulang besi tegur cara baik. Aku ulang semula..
cara baik. Lama kelamaan dia hilang sabar tue pasal terkeluar segala bagai perangai amarah dia kat blog. Mana tak marah kalau asyik kena provoke je? Kalau aku, mau naik setan.

Benda neh simple je beb. Small matter. Aduka ada benda tak puas ahti kat Hadi awang. Tulang besi pun sama. Memang secara ikhlas aku pun ada yang tak berkenan dengan Tuan Guru Hadi Awang haddle beberapa isu kepimpinan. Ustaz Nasha tue pun sama. Bukan aku nak kondem dia. Cuma dia punya suara entah dah berapa tahun aku tak dengar. Asyik2 muka sama je yang melalak buat kerja. Kalau tak Dr. Lolo, khalid samad, habis2 Tuan Guru Nik Aziz yang kena kutuk dengan penyokong2 seberang sana. Ikut logic, muka2 yg paling banyak bidas kerajaan tentulah muka2 tue yg paling banyak kena kutuk.

Tapi yang nama HADI AWANG dan USTAZ NASHA neh jarang sekali aku nampak kena balun ngan puak2 seberang sana. Habis2 pun isu amanat hadi awang. Yang lain?Haram.. macam tidur je. Meneruskan warisan paklah ke? Jangan sampai nanti jatuh terduduk baru nak menyesal beb. Terengganu dah hilang. Pengalaman dah dapat. Cuba amek iktibar sket. Nasihat orang tak seme buruk dan teruk. Tapis lah. Yang mana baik, collect. Yang mana buruk, reject. Jangan tolak seme. Suara ahti penyokong/ahli PAS adalah suara ahti rakyat marhaen juga.

Bukan nak tuduh ada pakatan PAS - UMNO. Takde. Cuma nak peringatkanlah. Kalau betul ada niat nak gabung dengan umno cakap terus terang. Supaya kami seme boleh buat pilihan tepat. Kalau takde pakatan UMNO-PAS pun kena cakap terang2 gak. Bukan apa takut salah faham. Aku tahu perang saiko maiko neh. Pernah aku terfikir saja umno saiko dari dalam bagi PAS berpecah. Maybe dorang taknak attack hadi dan nasha untuk bagi suspicious kat penyokong2 pr. Pernah. Mmg pernah aku terfikir. Tapi bukan seme fikir cam aku fikir. Yelah, pasal dah macam tak nampak langsung Nasha dan Hadi bersuara ble umno menyerang pas bertubi2? Wat de hell!

Balik2 nik aziz, nik aziz, nik aziz. Balik2 husam, husam, husam. Balik2 khalid, khalid, khalid. Balik2 mahfuz, mahfuz, mahfuz. Balik2 azizan, azizan, azizan. Balik2 tantawi, tantawi, tantawi. Apa dalam PAS dah takde ke tokoh kepimpinan yg layak bersuara untuk BIDAS segala bagai fitnah UMNO? Kalau macam tue, undur diri bagi pada mereka yang layak. Dan yang layak ialah yang buat kerja.

Belum masuk lagi isu perang propaganda UMNO bilamana tiba2 wujud konon nya dalam PAS ada team DSAI vs team Tuk guru. Satu team memberikan taat setia kepada DSAI. Satu team memberikan kesetiaan kepada tuk guru. Wat de hell! Karut! Marut! Segala bagai macam tue sekali penyokong2 hadi buat fitnah! Erk.. ye ke penyokong hadi? [Neh tanya bai.. tanya je bukan fitnah.. habis2 kuat pun spekulasi aje neh. Heh]

Adoiii benda simple cam neh pun ada yang tak boleh DETECT! Memang dalam PAS ada yang tak suka DSAI. Alasan tak SUKA tersebut sebab imej DSAI yang dah tercalar teruk akibat difitnah oleh UMNO bertubi2. Namun ada juga berita2 yang bukan fitnah. Memang betul DSAI pun ada buat SILAP. At least manusia ini, dari SILAP bangkit untuk tidak mengulangi kesilapan dia lagi. Bukan aku sokong DSAI sangat. Kalau tanya aku pun, aku ada calon lain untuk jawatan perdana menteri malaysia jika PR benar2 mengambil-alih putrajaya. Namun takanlah disebabkan tulang besi menentang HADI and the geng tiba2 dia dilabelkan sebagai orang suruhan DSAI untuk mengucarkacirkan PAS dari dalam? Tapi yelah apa2 pun mungkin berlaku. Kemungkinan tue tetap ada. Aku tak tolak 100%. 50-50 lah. Tapi selagi tuduhan tersebut tak terbukti, tuduhan adalah tetap tuduhan. Dan sehingga kini tak terbukti pun yang tulangbeli agen PKR dalam PAS. Heh. Apatah lagi agen UMNO. Heh

Kepada yang suka sangat maki hamun member2 sendiri, penyokong2 sendiri, ahli2 sendiri patut cermin muka kat cermin masing2 dulu. Ble orang hentam musuh lue segala bagai lue gelak meroyan sakan tepuk tangan gembira lue suka ahti! Tapi ble orang hentam pemimpin lue, segala riuh lue kecoh bagai nak bakar tangan yg mengkritik. Apa neh bhai? Pemimpin takde yg maksum. So jangan taksub. Alang2 mandi biar basah. Alang2 jadi orang islam biar betul. Alang2 nak banteras kezaliman, biar sampai akar umbi. Kalau musuh lue, lue benci ble dia wat zalim, apsal perkara yg sama lue tak buat ble pemimpin lue buat zalim bhai? Adoiii neh la nama nya lue bukan adil. Orang adil tak pandang individu sebagai pengukur. Dia pandang adil sebagai pengukur. Bilamana lue halang orang len bersuara untuk menuntut beberapa keadilan, lue adalah zalim. So ble orang zalim macam lue nak tuntut keadilan, lue ingat orang nak patuh ke bhai? Lue jangan fikir sendiri. Lue ajak member2 yg spesis se-otak lue untuk berfikir sekali. Ada faham? Heh

Ameno : BONGOK punya penyokong yang taksub!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...