Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 11 Ogos 2013

Karpal Singh Mahu Anwar Dan Hadi Isytihar Harta.

Aku juga mahu. Untuk semua mereka2 yang bergelar pemimpin dan wakil rakyat mereka perlu mendedahkan harta masing2.

BN atau PR atau bebas. Peraturan neh perlu dikuatkuasakan ke atas semua tanpa kira idelogi politik di negara neh.

Tindakan LGE yang dedahkan harta secara public bagi aku ada negatif dan ada positif. Bagi aku cukup sekadar dedahkan di jabatan2 tertentu bagi tujuan rekod. At least kalau ko nak tuduh2 dia terima rasuah apa ke apa mereka boleh review semula rekod pengisytiharan harta yang telah di buat sebelum neh. Begitu juga sebaliknya. Kalau harta ko sekian2 banyak neh takanla lepas dua tiga tahun jadi YB harta ko menimbun2 plak macam Khir Toyo kan?

So ia secara tak langsung boleh menyukarkan MP2 kita untuk terlibat dalam rasuah sebab diperhatikan.

Bila mereka bebas rasuah dan pengaruh dari pihak tertentu sudah tentu mereka boleh perform lebih baik untuk rakyat marhaen.

Yang untung kita juga.

Sebab tu tindakan isytiharkan harta neh kita patut sokong. Cuma takla perlu dibuat secara terbuka. Tertutup pun takpe. Kita bukan nak sangat tahu harta korang berapa. Asalkan korang dapat secara halal sudahla. Apa yang penting berani dedahkan harta untuk tujuan rekod. Kalau banyak bunyi tu ada la sebabnya.

Kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...