Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Barang naik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barang naik. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2012

'Kenaikan harga gula, bahan bakar tak akan beban rakyat'


Menteri yang cakap. Dia cakap tidak akan membebankan rakyat. Dia bercakap bagi pihak siapa? Diri dia or mewakili rakyat? Isu nya mudah. Nak tahu benda neh beban ke tak beban ke ko kena tanya rakyat sendiri. 

Direct, jangan tapis2. Bagi aku keluar tv3. Aku nak cakap dalam berita. Aku nak cakap kenaikan apa jenis barang makan dan apa jenis barang keperluan asas pun memang membebankan rakyat. Lepas tue kita buat sesi telefon. Jangan tapis2 gak. Tengok ramai yang setuju dengan aku atau ramai yang sokong kenyataan menteri. Ada berani kah?

Dan aku suka nak petik pandangan facebooker di mkini yang cakap ;

nak tau beban pada rakyat @ tidak, try la naikkan harga  -mkini-

Ya, aku setuju dengan pandangan dia. Kalau ko nak tahu benda neh beban ke tak beban kepada rakyat, SEKARANG ko NAIKKAN seme barangan keperluan tue, naik dan potong segala bentuk subsidi yang wujud. Mari kita sama2 saksikan siapa yang terkena.

Dan dalam waktu yang sama, kebodohan menteri malaysia memang terserlah. Dia pongpang2 cakap kenaikan tak membebankan lepas tue dalam masa yang sama dia pongpang2 sembang pasal kedai rakyat 1malaysia. Dah kalau tak membebankan buat apa ko buat kedai rakyat 1malaysia? Bodoh ke tak bodoh jawab nya tue?

Susah. Memang susah. Susah orang2 cerdik diperintah oleh orang2 bodoh. Tolonglah orang2 bodoh, beramboslah dari situ. Itu bukan tempat korang. Menderita kami yang cerdik neh. Please lah faham.

kah kah kah

Kenaikan terbaru harga gula dan bahan api tidak akan terlalu membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.


Menurutnya, kenaikan harga gula tidak memberi impak yang besar kepada pengguna kerana setiap isirumah hanya menggunakan purata 5kg sebulan.


Bercakap ketika sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, beliau kenaikan (20 sen) harga gula sekilogram hanya membabitkan tambahan RM1 sebulan kepada mereka.


Ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik), timbalan menteri menjelaskan bahawa kenaikan harga bahan api juga merupakan peningkatan kecil kepada purata pengguna jalan raya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Tan berkata kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif yang mampu membantu meringankan beban rakyat dalam menangani masalah peningkatan kos sara hidup.


Beliau memberitahu Dewan Rakyat ini termasuk memberi subsidi dan mengawal harga serta memastikan bekalan barang kawalan termasuk barangan keperluan.


Menurutnya, kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan inisiatif yang diharapkan dapat mengawal kenaikan harga barang runcit agar pengguna yang berpendapatan rendah masih mampu membeli berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan mereka.-MKINI-

Lihat petikan kaler merah. Tidak terlalu membebankan rakyat tetapi buat alternatif untuk meringankan beban rakyat? Korang faham dia cakap apa? Yang sebenarnya memang membebankan rakyat, mengaku je terus terang. And alternatif ko pun alternatif sampah. Langsung tak guna dan haprak.

Sebenarnya kalau dibuat betul2, ada jek alternatif yang lebih baik tapi masalahnya kerajaan suka buat kerja cincai boncai. Ada ramai cerdik pandai yang sudi salur idea kat kerajaan tapi kerajaan nak terima ka idea kami? Pergi mampos. Kroni dulu, untung dulu, rakyat paling terakhir. Itupun time undi. Itulah hakikatnya di malaysia.

Ameno : Tak membebankan rakyat macam ko jek kot.

Selasa, 23 Ogos 2011

Harga kangkung naik disebabkan masalah global!

Video wajib tonton. Kalau korang tak tonton macam mana korang nak faham masalah neh betul2? Sebab tue lah wajib tonton untuk faham

Apa

Bagaimana

Macam mana

Mengapa

Kenaikan harga kangkung di malaysia neh boleh dikaitkan dengan fenomena global?


Tonton sampai habis dan fahamkan. Benda neh lah kerajaan tak faham2. Dan dalam masa yang sama dok pongpang cakap rakyat tak faham2. Padahal yang tak faham sekarang kerajaan. Bukan nya kita rakyat. Susah betul bercakap dengan kerajaan yang pentingkan diri sendiri. Bila larh dorang boleh berambos sebagai kerajaan. Dah menyampah rasanya aku..

kah kah kah 

Ameno : Harga air kosong pun masalah fenomena global.. Muahahah..

Ahad, 21 Ogos 2011

Kerajaan tak salah isu barang naik di malaysia - Menteri meroyan baru wakeup tidur.


Kah kah kah

Lawak gile !!!

Aku tak faham perangai menteri neh. Napa dia suka meroyan tanpa memahami situasi sebenar? Perhatikan ulasan menteri neh di bawah ;

1. Kerajaan BN tiada kuasa untuk naikkan harga barang.

Owh ? Apa? Itu alasan ka? Itu boleh di anggap alasan ka? Gula beras minyak monopoli cukai pentadbiran lue pegang seme then lue boleh pongpang2 canang cakap lue takde kuasa nak naikkan harga barang segala bagai? Kalau dah takde kuasa boleh pula umumkan ye? Lagi satu jangan lupa lue punya video neh. Lihat sini. Dap punca kenaikan harga2 barang di malaysia ma. Bukan masalah global. Itu kan hujah anak buah lue juga. So apa lagi? Lue kasi rembat lah sama dap. Wa pun nak tengok neh.

kah kah kah

2. Hal neh memang disedari oleh pihak PAS.

Larhhh.. lue dah salah faham. PAS sedar lue ialah pemangkin / penentu kepada harga barang2 di malaysia je. Contohnya kalau lue turunkan cukai berjenama barangan mewah untuk mem rosmah maka rosmah boleh beli belah beg branded dengan harga yang lebih rendah lagi. Sebab cukai kemasukkan rendah ma. Sama gak dengan lain2 barang. Kalau lue boleh buat sistem pengagihan keuntungan yang cantik dan winwin situation di antara pengilang - pemborong - peniaga sudah tentu lah customer macam wa neh dapat benefit baik punya. Ini tidak, lue biar suka2 pemborong dan pengilang tentukan harga. Sebab apa? Semakin mahal barang jualan = semakin tinggi untung = semakin banyak cukai lue dapat ma. Lue mesti suka punya. Rakyat macam wa larh yang tersiksa.

3. Kerajaan sangat berpengalaman dalam menangani isu kenaikan harga.

Bab neh wa setuju. Antara cara2 yang kerajaan gunapakai ialah ;

- Iklan jimat cermat <-- duit bayar iklan ada. Duit kawal kenaikan harga barang takde.

- Banner jimat cermat satu malaysia <-- bayar kroni buat banner ada duit, duit untuk rakyat takde.

- Nasihatkan rakyat jimat cermat <-- Dan lue pula sewa bil api + air beratus2 ribu sebulan. Cantek.

- Suruh rakyat beli kereta nasional dan barangan buatan malaysia <-- dan lue layan import guna duit gaji yang rakyat bayar tiap2 bulan kat lue.

- Bagi nasihat suruh menabung dan kerja lebih masa <-- supaya lue boleh rembat wang rakyat dan bila anak2 bermasalah lue boleh blame mak bapak yang sibuk cari duit sampai tiada masa utk anak2.

- Iklan rancang kewangan dan membeli belah secara bijak <-- dan lue pula beli belah sampai rabak guna duit rakyat pun okey. Beg seratus ribu pun cantik. Konon lue ada bakti sama rakyat. Bakti apa? Wa satusen pun tak merasa makan bakti tue. Makan ahti ada wa rasa. Banyak kali pula tue.

- Iklan jaga kesihatan tubuh badan dan berdiet serta bersenam <-- Ya betul tapi lue sendiri gemuk dan buncit nak mampos. Bukan salah kalau lue gemuk or buncit dan segala bagai tapi salah bila lue sendiri gemuk nak mampos lue nasihatkan orang lain supaya kurus padahal lue tak cermin diri.

- Berita2 merapu mengenai obesiti, penyakit, amalan jimat cermat mula ditulis oleh wartawan2 upahan lue <-- Ya taktik yang tak pernah basi. Orang bodoh percaya. Wa bijak. Wa nampak permainan manipulasi minda rakyat neh. Wa dikalangan yang berfikir. Lue tak boleh kawal wa sampai mampos. Lue surrender je lah beb.

- Drama2 swasta menteri bagi jaminan, bagi janji, tangkapan dua tiga kali peniaga tamak dibuat <-- Ya, ya ini pun taktik yang tak pernah lapuk. Sekali lagi wa copypaste. Orang bodoh percaya. Wa bijak. Wa nampak permainan manipulasi minda rakyat neh. Wa dikalangan yang berfikir. Lue tak boleh kawal wa sampai mampos. Lue surrender je lah beb


- Nasihatkan rakyat bertubi2. Sambil2 salahkan rakyat <-- Jalan terakhir lue. Itu je modal lue ada. Rakyat confirm salah. Lue confident betul. Wa minta 1ominit berucap dalam buletin utama kalau lue siyes cakap lue betul. Wa takmo edit2. Wa siyes nak kutuk lue dalam tv. Itupun kalau lue bagi can. Wa memang suka nak buat tue. 

kah kah kah

Sekian.

Berita asal : sini

Ameno : Myfootlah kau!

Rabu, 10 Ogos 2011

Harga tong gas rm230? Wak lue lah !

Gila apa? Takan harga tong gas semahal neh? Setahu aku rm75 je beb. Paling mahal pun takde lah sampai  seratus. Korang baca bawah jap ;


Nampak tak? Kalau aku dok sarawak memang mampos lah jawabnya. Kalau harga tong gas dah cecah rm230 setong, macam mana pula harga refill? Maksud aku setiap kali kita nak beli gas memasak bila tong gas dah habis gas kita kan akan buat macam trade in. Tong lama dia amek, tong baru dapat kat kita. So harga refill gas memasak tue berapa pula? Mahal gak ke?

Gila betul kos sara hidup kat sarawak. Mahal. Lebih mahal dari kl. Tapi kalau tengok dari sudut ekonomi, sarawak antara negeri yang miskin. Miskin pasal taib lah. Sapa lagi. Tak sangka sarawakian masih memilih taib dan mengundi bn pada prn yang lepas. 

Dorang memang suka hidup susah kot. Kepada pengundi bn je lah. Walaupun kita semua tahu bahawa sarawak mampu menjana hasil yang banyak dan mencukupi untuk rakyat mereka. Malahan kl dan jb sepatutnya dah lama kalah whorrr.. apa yang berlaku? Lue fikirlah sendiri.

Sumber penuh baca sini

Ameno : Macam neh punya mahal hidup di sarawak... patutlahh..

Ahad, 31 Julai 2011

Telur masin 80sen sebijik dan tipsi jimat duit sempena ramadhan.

Korang tahu tak telur masin tue apa? Ada sesetengah orang panggil ia telur asin. Tak kisahlah tue telur asin ka masin ka janji product yang aku maksudkan dalam kepala hotak aku sama dengan apa yang korang bayangkan dalam kepala hotak masing2.


Sebenarnya untuk pengetahuan korang harga telur masin di perak ialah rm0.40sebijik. Ya betul. Itu harga yang aku silap dengar. Harga sebenarnya ialah rm0.80sen sebijik. Ya. Ini harga yang aku tak silap dengar tapi rasa macam nak silap buat bayaran. Sejak bila harga telur masin di perak neh mahal nak mampos?

Memang benar aku jarang makan telur masin. Asal nak makan telur masin je mesti time ramadhan. Asal time ramadhan je mesti rasa nak makan telur masin. Apasal hah? Trend ka? Tradisi ka? Ataupun wajib? 

Kah kah kah

Pandai2lah korang fikir sendiri. Yang penting sekarang telur masin dah naik harga. Harga asal sebelum najib jadi piem ialah 40sen sebijik. Setahun dia jadi piem naik 20sen kepada 60sen sebijik. Dua tahun dia jadi piem naik lagi 20sen. Dari 60sen sebijik kepada 80sen sebijik. Harga neh kuatkuasa bila aku taktau. Aku pun dah malas nak tanya makcik tue. Dah lah aku silap dengar harga dia.

makcik harga telur masin neh berapa? [aku bawa rm10 je so kena tanya harga. Kalau rm100 aku bantai redah beli tak hengat donia. Siyes]

rm0.40sen <-- Makcik tue jawab. harga aku silap dengar.

rm0.40 yer makcik?

tak. 0.80sen sebijik <-- harga yang buat aku rasa macam nak teranjang seseorang.

ok. Saya nak 3 biji je <-- untuk 2 hari lepas kot. Kalau jimat cermat ler cara makan nya. Ye tak?

kah kah kah

Gila punya mahal. Itu baru telur masin. Belum apa kejadah barang lain. Sebab tue aku nak kongsi dengan korang tipsi aku jimat cermat time bulan ramadhan. Takyah pening2 kepala hotak korang nak fikir hari neh buka makan apa, nak beli lauk apa, nak buat kuih apa, nak bajet berapa dan segala bagai.

Ikut je plan aku yang nak masuk tahun keempat di perak neh. Caranya mudah. Iaitu berbuka di masjid. Lantak ko lah buka kat masjid mana atau apa. Asal nama tempat tue masjid, ada sediakan juadah berbuka, ko serbu lah sana. Meriah beb. Aku dah buat untuk 3 tahun berturut. Amat jarang2 sekali aku berbuka kat rumah. Aku pun tak perlu penat lelah macam orang lain yang beria2 masak segala bagai. Aku hanya perlu sediakan keperluan serba sedikit dan berlenggang2 ke masjid dengan seronok. 

So kalau korang nak jimat macam aku dan keluarga aku, jangan segan2 lepak masjid. Ini siyes punya cakap. Bukan main2. Mari kawan dengan masjid sebab boleh berbuka puasa percuma + dengar ceramah + dapat ilmu percuma.

Hidup is sempoi. Terlalu membazir untuk dibiarkan ia di isi dengan masa2 memasak juadah untuk berbuka puasa di bulan ramadhan.  <-- motto hidup seorang pemalas macam aku. Tak sia2 mak aku panggil aku pemalas. Memang sebijik kena dengan perangai aku.

kah kah kah

Ameno : Malas masak takpe, jangan malas benda lain beb. kah kah kah

Selasa, 26 Julai 2011

Subsidi beras di hapuskan.

Okey neh berita yang baru diterima dari member. Belum keluar kat mana2 lagi. Berita yang diterima adalah seperti berikut ;

BERMULA JUN 2011 - DIMAKLUMKAN SUBSIDI BERAS 15% (BERAS NASIONAL)10KG DI TARIK BALIK OLEH KEMENTERIAN PERTANIAN....

Maksudnya apa? Maksudnya ialah ;

subsidi untuk beras 10kg yang sebanyak 15% tue telah ditarikbalik oleh kementerian pertanian. Adakah ini salah satu proses pengurangan subsidi secara berperingkat?  Aku tidak tahu. Penarikkan subsidi neh lazim akan mempengaruhi harga beras. Bukan kah akan berlaku kenaikan harga andai subsidi untuk beras ditarikbalik?

Subsidi beras hapus = beras naik harga <-- Bukan kah ini sepatutnya berlaku?

Ia diluluskan pada bulan jun 2011. Tapi sampai sekarang kita belum lihat kerajaan mengwar2kan berita neh lagi. Kenapa? Adakah mereka tunggu beras tersebut berada di pasaran dan tunggu orang perasan perubahan harga baru terkecoh-kecoh nak umumkan? 

Haizhh.. penat lah nak maki kerajaan hari-hari. Maki - maki pun harga barangan terus meningkat. Kalau kicap dia suruh kita tukar jenama. Habis tue neh beras. Adakah mungkin totok umno akan bagi alasan macam neh ;

Sila berhenti makan beras?

Sila bertukar makan ubi kayu?

Sila berdiet?

kah kah kah

bn = barang naik = memang sinonim!

Sumber dari sini

Ameno : BN lue blah larrhhh... bagi orang lain rule lah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...