Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Analisis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Analisis. Papar semua catatan

Ahad, 17 November 2019

#PRKTanjungPiai - Analisis Kesalahan Kempen Pakatan Harapan.

ANALISIS #PRKTANJUNGPIAI| Ini adalah bahagian kedua.

Bahagian pertama disini.

Seperti yang diketahui, BN memenangi PRK Tanjung Piai dengan jumlah majoriti yang sangat besar, iaitu melebihi 15,000 undi.

Di Tanjung Piai, demografi penduduk adalah seperti berikut;

57% melayu
42% cina
1% india

Dengan majoriti besar yang diraih BN, ini bermakna undi melayu dan cina pergi kepada calon BN dan bukannya calon PH. 

Apa agaknya yang difikirkan pengundi Tanjung Piai?

Mari analisis corak kempen pemimpin Pakatan Harapan.


1. Calon PH ada melakukan kesalahan apabila mengeluarkan kenyataan mengenai masalah sawit. Beliau suruh peneroka bersyukur dan cakap duduk kampung nak beli apa sangat pun. Dia cakap nak beli minyak je. Dan sampai ke akhir kempen, tak tarik balik pun kenyataan yang membunuh peluang kemenangan. Awal-awal kempen dah bagi modal kepada pembangkang untuk serang. Lepas tu siap cakap, isu sijil tu dia malas layan. Mana boleh. Dia kena fitnah. Kena faham PH terkait dengan penipuan sijil, kegagalan menjawab secara tegas hanya akan membuahkan pandangan negatif. Itupun nasib baik ada yang rajin cut video untuk betulkan fitnah tu. Nak menang tapi malas jawab isu. Itu masalah.

2. Tindak tanduk dan kenyataan beberapa menteri sepanjang kempen PRK Tanjung Piai. Kita petik Lim sebagai contoh la. Ada ke patut takut-takutkan masyarakat dengan isu vernakular. Ini amat bertentangan dengan aspirasi Tun yang mahu satukan rakyat dibawah sekolah satu sistem. Apa-apa tah dia mengarok kat masyarakat cina pasal sekolah vernakular. Dia sebagai menteri sepatutnya kena pujuk masyarakat cina, sekolah satu sistem tak menghilangkan identiti bangsa dan agama seseorang pun. Bukannya hasut-hasut perkauman. Tak betul juga nak tuduh jika BNPAS memerintah tiada menteri cina. BN dah tadbir 60 tahun mana pula takde menteri cina. Agak-agaklah nak membohong pun. Dia sepatutnya kempen mengenai polisi dan gerak kerja MoF. Itukan portfolio dia. Kenapa ambil alih peranan Waytha. Inilah dikatakan masalah. Bila dia takde point nak attack calon BN, maka cybertroopers PH pun ketandusan idea nak attack. Last-last buat poster Rosmah kutuk beramai-ramai kat Facebook. Tak faham bagaimana ini boleh tambah undi. 

3. Meniru cara BN berkempen ketika BN menjadi kerajaan dulu. Kebetulan-kebetulan itu, susah betul kita nak yakinkan pengundi itu adalah kebetulan.  

4. Malah BERSIH 2 sendiri pun tak lalu nak cover. Mereka terpaksa bersuara sebab dah terlalu teruk cara kempennya. Agih itu ini jangan cakaplah. Ada yang kata dah lulus awal. Mestilah orang nak tengok bukti dokumentasi. Bukan janji mulut je. Even dah lulus awal pun, kenapa umumkan ketika PRK? Bukan ambil kesempatan ke tu? Itulah orang marah. Cuba jika BN yang buat? Kamu tak kutuk ke? Tapi bila kamu buat, ia jadi betul pula ya? Itu yang BERSIH 2 tegur. Padang tak rata. Kita neh nak betulkan sistem atau buat perangai pemimpin terdahulu? Cuba clearkan sikit apa halatuju kita.

5. Ada buat PC. "Kami baru habis meeting neh. Dah setuju nak bagi nelayan RM1000. Ini bukan baru. Dari dulu lagi dah ada ye". Dah tu. Kenapa perlu buat PC dan bagitau macam tu pada waktu PRK MB Johor oi. Hal sebegini jangan dipandang remeh. Kita taktahu sejauh mana dia masuk kat dalam akal pengundi sehingga pengundi rasa kita neh tak layak dipangkah. Ingat, 15,000 lebih majoriti tau. 15,000 lebih.

6. Macam kempen Teresa dan Nga Kor Ming. Guna ayat si gemuk. Mangkuk tandas. Boleh jadi contoh yang baik ke tidak pada masyarakat? Kalau nak tahu, baru-baru neh, Public Health Malaysia baru je highlightkan isu body shaming. Kita pun kemain la hebahkan poster tu bagi memberikan kesedaran. Sekali menteri kita? Malu tau. Tak seiringan langsung dengan usaha yang kerajaan nak tunjukkan. Mangkuk tandas. Ini apa? Bagaimana ini boleh tambah undi. Patut ke tak patut kita guna mangkuk tandas? Bukankah kita kena turun padang dan jelaskan isu. Bukan senang nak luang masa jumpa pengundi. Masa neh lah nak tunjukkan bukti kerja. Ini ada pula mangkuktandaskan orang. Kita dok persoalkan. Patut tak PAS guna ayat kafir harbi kafir zimmi. Ia kan menyakiti hati masyarakat cina. Tapi sukati kita pula nak guna perkataan-perkataan yang tak mencerminkan politik matang dan idea. Kan tak bagus begitu. Parti politik neh patut jadi contoh yang baik dari segi sikap, perkataan dan tindakan. Tapi apa yang masyarakat nampak, mereka neh asyik nak hasut perkauman dan kebencian. Tak kirala siapa pun. Hal ini menyakiti masyarakat semua kaum semua agama

7. Masa inilah, geng-geng PKR nak bergaduh sesama sendiri pula. Patutnya Timbalan AMK tak boleh keluarkan kenyataan media dan serang Ketua AMK. Bukan lama sangat pun. 3 hari je lagi nak pangkah undi. Bagi modal kat pembangkang satu isu. Tapi pengundi nampak PH neh huru hara la. Isu dalaman selesai cara dalaman. Marah sangat, lepas habis je PRK kau gaduhlah walaupun tak digalakkan gaduh ikut media tapi dah alang-alang nak huru hara kau pulun je la semua. Kongres pun bulan 12. Ada masa lagi nak gaduh lepas habis PRK. Balinglah kerusi ke meja ke periuk ke semua boleh baling. Tapi ini tidak, time-time tu juga nak kacau. Kartel, kartel. 

8. Peja. Peja tu dah sebut benda tak patut disebut. Sangat tak patut disebut. Sekarang dari orang was-was pasal kerajaan pintu belakang. Dah semakin ramai pula yang yakin hal itu akan berlaku dalam masa terdekat, berdasarkan statement Peja tu la. Jadi, jika ada yang desak Tun Mahathir letak jawatan, jangan cuba salahkan penyokong. Tu Peja tu, tanya dia. Kenapa dia cerita benda-benda begitu kat penyokong BN. Takan mulut dia kena paksa bercakap begitu pula.

9. Bagi penyokong DAP, mereka ada rasa kena buli. Mereka ada fikir isu Zakir Naik, EXCO Perak kes rogol, Superman Hew isu komik dan LTTE adalah isu untuk merendahkan intergriti DAP.

Mereka yakin sangat, mereka telah dipermainkan PPBM.

10. Bagi penyokong melayu PH, mereka pun rasa kena buli. Mereka ada fikir isu jawi, Adib, Waytha, Zakir Naik, isu tahanan SOSMA, Kongres Maruah Melayu, isu Islam, DAP telah menekan kerajaan khususnya parti PPBM.

11. Bagi penyokong india PH, mereka rasa masyarakat india kena buli sebab kritikan kerap ke atas Waytha, Kula, Ramasamy dan seangkatan dengannya.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah kegagalan menyampaikan maklumat secara cekap, menyeluruh dan tepat. Dan kegagalan Menteri PH menguruskan krisis secara bijak. Ya, mana boleh menteri serang menteri. Bodoh namanya tu. Mana boleh menteri serang keputusan kerajaan. Itu bangang. Korang pamerkan betapa huru haranya dan tak senadanya pemimpin kerajaan dalam satu-satu tindakan - ini menambahkan ke atau menghilangkan keyakinan pengundi. Cuba fikir?

Kalau dah penyokong sendiri pun rasa lain macam, prasangka, negatif, pengundi pula bagaimana? Cuba fikir?

Dari sudut rakyat mereka melihat, apalah huru hara kerajaan hari ini. Boleh pula sesama sendiri attack sesama sendiri. Ada penyokong PH kata, inilah demokrasi. Demokrasi abah kau. Perbezaan pandangan itu memang la biasa tapi kalau dah perbezaan itu sampai kau attack menteri lain sehingga mempertikaikan bidang kuasanya, itu perbezaan ke ataupun serangan? Itu seranganlah. Tak patut kita buat kerana apa sahaja keputusan KDN adalah keputusan mewakili PH juga. Sama macam keputusan MoF macam keputusan PH juga la. Ini menteri MoF pertikaikan KDN, apa ke logiknya? 

12. SPR tiba-tiba buat hal pasal permit kempen rumah ke rumah. Sekali Peguam Negara cakap lain. Tahu tak apa gambarannya kat sini? SPR sengaja nak cari salah pembangkang. Ada orang bagi arahan. Nampak?

13. Isu tempatan kurang dikupaskan. Banyak main isu nasional tah kita pun tak jelas sangat bagaimana ia akan mempengaruhi pengundian. Maybe ada think tank yang dah kaji isu. Kita pun tak boleh cakap sangat sebab kerja mereka dilapangan penat dan mencabar juga. Hadirin ceramah berkurangan, ini beri mesej.. Tapi itulah kita tak tackle dengan pantas. Hal ini susah nak salahkan sesiapa sehingga lah jelas bagaimana jentera kempen berfungsi di atas lapangan. 

14. Masa ceramah mega, pemimpin kita ada bersembang mengenai polisi dan membetulkan beberapa serangan. Tetapi entah bagaimana hal itu tak diterjemahkan dalam bentuk poster dan kenyataan. Media bukan kerjanya nak sebar propaganda PH ya. Media nak highlight isu sensasi je. Tapi itulah, PH tiada jentera kempen yang extract kenyataan pemimpin dan terjemahkan dalam bentuk poster ke? Kalau macam tu memanglah kesalahan besar. Tengoklah BN. Mereka bukan takat create video demi video, siap buat poster pelbagai lagi. Hal ini PH kena perbaiki pada masa-masa akan datang.

15. Walaupun last tapi ini penting sebenarnya. Gagal tunaikan janji manifesto dan gagal yakinkan pengundi kenapa PH gagal tunaikan janji adalah bukan berpunca dari keengganan mereka menunaikan janji. Faham tak?

Mereka juga nampaknya tak suka pada budaya uturn, flip flop dan tak faham polisi ekonomi persekutuan dan negeri. Analisis ini bukan direka-reka ya, ini dapatan Ilham Centre. Buatlah sesuatu bagi membetulkan keadaan. - 17 November 2019.

#PRKTanjungPiai - Analisis Kesalahan Kempen Cybertroopers Pakatan Harapan.

ANALISIS #PRKTANJUNGPIAI| Ini adalah bahagian pertama.

Seperti yang diketahui, BN memenangi PRK Tanjung Piai dengan jumlah majoriti yang sangat besar, iaitu melebihi 15,000 undi.

Di Tanjung Piai, demografi penduduk adalah seperti berikut;

57% melayu
42% cina
1% india



Dengan majoriti besar yang diraih BN, ini bermakna undi melayu dan cina pergi kepada calon BN dan bukannya calon PH. 

Apa agaknya yang difikirkan pengundi Tanjung Piai?

Kita analisis dulu beberapa kesalahan kempen online pro Pakatan Harapan.

Yang pertama : Tiada jentera kempen online yang tersusun bagi mengatur penyampaian maklumat dan mengutip isu-isu yang berlegar di sosial media. Ini kesalahan yang paling utama. Tiada kepalanya. Tiada anak-anaknya. Tiada strategi. Tiada arah. Tiada panduan.

Yang kedua : Apabila tak punya arah, maka serangan tiada hala tuju. Apa yang mereka rasa boleh jadi isu, itulah mereka buat tajuk. Contohnya, serangan ke atas PAS. Sepatutnya serangan ke atas PAS beberapa kali dah cukuplah. Mungkin 2 atau tiga hari dah boleh cover apa yang patut. Ada point juga kritik pendirian PAS yang berubah-ubah tu tapi itu bukanlah matlamat utama pun. Namun, sesetengah dari cybertroopers PH benar-benar menjadikan isu tersebut sebagai peluru utama. Kat mana-mana sepanjang kempen komen benda tu je. Hal ini bukan salah atau tak salah, tetapi adakah hal ini akan mempengaruhi pemikiran pengundi, itu yang pentingnya. Adakah sudah melakukan dapatan di lapangan bagi memahami isu tempatan. Itu soalnya. Jika apa yang pengundi fikirkan tak sama macam apa yang kita mainkan di sosial media, ini bermakna kita guna peluru yang salah.

Yang ketiga : Suka copypaste tanpa memahami konteks terlebih dahulu. Nak tahu kenapa kita tak layan isu LPA? Sebab kita baca dan fahamkan isu. Apabila kita sendiri baca dan fahamkan isu, maka kita dah boleh nampak isu neh memang harakiri. Kau main, kau kena balik. Jadi sebagai pemain sosial media, jangan suka-suka asal nampak ada point nak serang, kau pergi hebahkan. Kau fikir kau tengah buat kerja serangan tapi sebenarnya kau bantu menjatuhkan Pakatan Harapan lagi ada. Kadang-kadang percaturan jentera kempen parti yang menguruskan isu-isu untuk disebarkan tak semestinya tepat dan tak semestinya kita kena ikut. Jika kita fikir kemenangan mereka, perlu juga kita suarakan mana salah silap dan bukannya menjadi pak turut. Sama juga seperti poster kira berapa hari si Wee tu bangun berbahas. Diingatkan, berapa hari bangun dan berbahas tau. Sedar tak PH sekarang dikritik kerana masalah kehadiran yang teruk dalam dewan. Jadi isu sebegitu kalau kau main, kau yang kena tembak balik. Mereka kata kau lupa cermin.

Yang keempat : Wee neh pernah jadi MP Tanjung Piai. Serangan tak focus pada masa dia menjadi MP apakah dia buat di Tanjung Piai. Buat kerja kah? Tak buat kerja kah? Tahu tak kenapa ini merupakan satu kelemahan? Kerana ia mengambarkan Wee neh buat kerja semasa jadi MP. Maka sebab itulah kita takde apa-apa point nak serang pasal kerja dia. Nampak tak kelemahan pemilihan isu sangat-sangat memainkan peranan. 

Yang kelima Bila tiada jentera kempen online yang tersusun secara automatiknya kita dah hilang cengkaman akan isu-isu yang dimainkan pembangkang atas talian. Kita ketinggalan terlalu banyak dari segi penyampaian maklumat dan menangkis serangan. Sebenarnya, kempen gerila tak sesuai untuk PRK. Kerana PRK ini serangan dia berpusat. Maka kita yang nak jawab pun perlu focus kepada isu-isu yang mereka sebarkan atas talian tu. Bukannya kita buat isu syok sendiri. Kena faham kedudukan. Kita neh kerajaan. Mereka tu pembangkang. Mereka buat isu, kita menjawab. Dan bukan sebaliknya. Contohnya isu Nga Kor Ming masuk masjid. Isu Hj Karmaine terlepas cakap pasal harga sawit. Isu Teresa bagi hadiah minyak sawit. Isu agihan beras. Semua neh tular tanpa jawapan balas. Bila dia tergantung, tiada penyelesaian, kita tak tahu sejauh mana dia pergi kepada pengundi dan mempengaruhi pemikiran mereka. Dan mesti ada yang fikir apasal pula kita tak boleh buat isu, ya, isu memang tak dibuat kerajaan kerana kerajaan ini dah ada kuasa. Dia tak buat isu, dia terus kepada tindakan. Macam kes LPA tu la. Kenapa buat isu kritik pasal sewa blablabla tu. Tak perlu. Jika kita dapati ada unsur salahguna kuasa, pembaziran, kita terus lapor SPRM. Bukannya tunggu lepas 3 tahun baru membising. Ingat, kerajaan ini dah bertukar pada Mei 2018. Kuasa ada ditangan kamu. Fahamkan ini.  

Yang keenam : Poster paling ilmiah ialah poster pasal harga sawit. Lepas tu konten video paling ilmiah meskipun cara penyampaian sangat membosankan ialah menjawab isu janji manifesto PH dari ARMADA. Selain itu taktahu nak sampaikan mesej apa untuk tarik pengundi. Last-last kena cari ucapan pemimpin sembang masalah ekonomi dan kemiskinan. Yang tu siapa? Anwar Ibrahim. Yang lain banyak sembang pasal isu yang mengarut. Ambil contoh, 5 dalil nak menangkan PH seperti ucapan Lim, sesuai ke jadi bahan kempen? Kicauan yang kata sokongan melayu cina kuat semasa turun kempen, sesuai ke jadi bahan kempen? Nak lawan tapi buntu idea perlawanan. Ini masalah tahu tak.

Yang ketujuh : Percaya atau tidak, poster serang Rosmah pun ada. Betul-betul ketandusan idea serangan. Poster mengenai polisi dan apa yang ingin PH buat kat Tanjung Piai tak ada. Hanya poster cari gaduh sahaja yang ada.

Yang kelapan : Serangan berbaur perkauman. Nak melebarkan sayap rasis di saat rakyat kita dah berpecah teruk. 

Undilah calon tok imam.
Undilah calon melayu. Ramaikan MP melayu di Parlimen.
Melayu je bodoh. Cina mesti pilih cina juga.

Ini apa-apa punya strategi tah. Mana boleh kita tawarkan kelebihan calon kerana dia imam, melayu, muslim. 

Kelebihan calon sepatutnya kepada manifestonya, pemikirannya, cara kerjanya. 

Jadi bila itu tak ditekankan, macam aku sebutkan di atas tadi tu, serangan tak focus kepada Wee masa dia jadi MP Tanjung Piai, Karmaine pula dijenamakan sebagai tok imam, bagaimana ini boleh appeal pengundi?

Dalam video kempen Barisan Nasional, semasa mereka temuramah pengundi, hanya 2 je yang sebut pasal DAP. Dua mamat tu mesti perjuangan mereka bangsa, agama, bangsa, agama. Haha. Yang tu, jika nak kempen rasis bolehla kot pengaruh. 

Tapi yang lain semua sebut pasal apa tahu tak?

MANIFESTO. JANJI. EKONOMI.

Faham tak?

Maksudnya, ya, kaum pun pengaruh juga tapi kan, perut lebih penting untuk dijaga. 

Maknanya, stail kempen cybertroopers PH yang asyik petik bab bangsa agama bangsa agama neh tak laku la di mata pengundi. Ini kesalahan. Kena akui. Kita dok sembang parti lawan rasis last-last sapa kempen rasis. 

Satu lagi, memainkan isu yang tak boleh naikkan sokongan.

i. Janji nak belanja UMRAH - mereka kata itu rasuah. Tapi entah bagaimana, perkara sama dilakukan oleh parti kerajaan mereka diam pula. Kat sini ATAS PAGAR kata KRITIKAN TERPILIH.

ii. Haji Wee - satu serangan peribadi yang tak membantu menambahkan undi pun.

iii. Wee bergambar dan berpeluk dengan warga emas - satu serangan peribadi yang tak menambahkan sokongan juga. Serangan ini kemudiannya dibalas dengan serangan Haji Karmaine, Mat Sabu dan beberapa pimpinan PH lain yang bersalaman dengan wanita pula. Serangan peribadi VS serangan peribadi. Apa yang dapat, buang masa bergaduh di sosmed.

iv. Wee tolak TULISAN JAWI. Tolak HUDUD. Nampak macam isu neh besar sangat pada orang melayu pembangkang. Tak. Nak tahu kenapa. Macam neh secara ringkasnya.

PH > DAP tolak hudud & jawi
BN > MCA tolak hudud & jawi (PAS sokong parti ini). Dah alang-alang perlu pilih salah tahu baik pilih yang PAS ada bersama, sebab nanti mereka boleh tunggang PAS untuk melakukan desakan dan penambahbaikan. 

Isu yang kita fikir besar, ia tak besar pada pemikiran pengundi pun.

Kalau kita tengok pula, jentera kempen BN sangat kemas dan padu. Dari segi penyampaian maklumat dan hebahan, serta pemilihan isu. Bila isu pasal tulisan jawi dan kenyataan Papa Gomo tu viral, mereka dengan pantasnya menangkis serangan. Maksudnya kat situ mereka duduk berbincang sesama kem mereka. Bagi mendapatkan jawapan balas yang terbaik untuk disebarkan. 

Hal itu, patut ditiru oleh PH pada PRK yang seterusnya jika ada. Buat masa sekarang, take time untuk recover dan muhasabah diri. Jangan sesekali salahkan pengundi. Sudah ada pemain sosial media pro PH menyalahkan pengundi tau.

Mereka lebih rela pilih penyamun. Mereka itu mereka ini. Baru setahun setengah tak boleh sabar. 60 boleh sabar pula. Ini semua komen-komen yang merendahkan hak memilih pengundi. Tak usahlah beremosi. Apabila sudah kalah, jari tu semua sila hala ke diri sendiri. Mengkaji kelemahan kita berkempen itu lebih utama daripada cari gaduh dengan pengundi. - 17 November 2019.

Selasa, 10 April 2018

Menjawab Analisis Manifesto #GE14 PAS VS BN VS HARAPAN Tulisan Muein Abadi - Amin Ahmad!

Oleh : Amin Ahmad

Baru-baru ini saya terbaca di garis masa Facebook tulisan seorang pensyarah sains politik UKM, sdr. Muein Abadi bertajuk “KEPUTUSAN AKHIR ANALISIS MANIFESTO PRU-14”

Saya terpanggil untuk mengulas tulisan beliau tersebut. Ini kerana saya berpendapat ada beberapa kekurangan dalam analisa beliau yang menurutnya dibuat berasaskan empat komponen yang diajukan oleh Fareed Zakaria di dalam bukunya From Wealth to Power. 


 
Terlebih dahulu elok saya nyatakan bahawa saya dan sdr. Muein telah kenal hampir 10 tahun. Pada waktu itu beliau masih seorang pelajar di UKM dan saya pula hadir ke sana untuk membentangkan satu kertas kerja kepada pelajar-pelajar sains politik di sana. Beliau maklum akan rasa kurang bersetuju saya terhadap sebahagian analisa beliau.


Latar belakang


Eloklah saya mulakan tulisan ini dengan menyentuh kerangka analisa yang beliau pakai. 


Pertama sekali mengenai penulis buku tersebut. Fareed ialah seorang pemikir terkenal di Amerika Syarikat. Beliau mengajar di universiti terkemuka, menjadi hos dan menulis di pelbagai media terkenal. Meskipun beliau menganggap dirinya seorang ‘centrist’ (kumpulan pertengahan dalam spektrum ideologi politik), umum melihat banyak pandangannya cenderung mendokong konsep-konsep Liberal.


Penerbit buku ini, Princeton University Press menjelaskan buku ini ditulis oleh Fareed sebagai satu percubaan untuk menjawab beberapa persoalan penting iaitu apakah yang membuatkan negara-negara yang kaya menjadi kuasa-kuasa besar? Bagaimana negara-negara yang kaya mula memperluas pengaruhnya ke luar negara? Menurutnya, ini akan memberi pemahaman kepada sumber-sumber terpenting dalam ketidakstabilan politik antarabangsa iaitu sebuah kuasa baru.


Fareed mempertanyakan jika lazimnya negara-negara kaya menjadi kuasa-kuasa besar, bagaimanakah boleh dijelaskan ketidakgiatan Amerika Syarikat pada lewat abad ke-19. Beliau kemudian menjelaskan bahawa rancangan perluasan pengaruh Amerika ketika dan sebelum itu terpaksa dikekang kerana kurangnya kuasa pemerintah pusat yang boleh menampung kuasa ekonomi untuk tujuan dasar luar. 


Menurutnya, Amerika ialah sebuah negara yang kuat tetapi kuasa pemerintahnya lemah. Hanya kemudian, bila kuasa-kuasa negeri dipindahkan kepada pemerintah pusat dan daripada cabang legislatif kepada eksekutif, pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat dapat menggunakan sumber untuk pengaruh antarabangsa.

Ini adalah sedikit gambaran mengenai latar belakang buku tersebut yang dijelaskan oleh penerbitnya. 



Di dalam ulasannya, sdr. Muein menjelaskan lebih lanjut bahawa kerangka yang cuba dimajukan oleh Fareed berdasarkan ‘State-centered realism’ yang diukur dengan empat komponen iaitu i) autonomi negara, ii) skop tanggungjawab negara, iii) keupayaan negara mengekstrak sumber dan iv) kesepaduan negara. 


Menurut Fareed di dalam bab dua bukunya itu, “…state-centered realism predicts that nations try to expand their political interest abroad when central decision-makers perceive a relative increase in a state power.” (Terjemahan bebas: Realisme-berpusatkan pemerintah meramal bahawa negara-negara cuba untuk meluaskan kepentingan politik mereka di luar negara bila pembuat-pembuat keputusan pusat merasa satu peningkatan relatif dalam kuasa pemerintah). 

Kritikan awal saya kepadanya ialah terjemahan State yang dipakai oleh beliau. Setakat pergaulan saya dengan ramai rakan-rakan dalam bidang politik ekonomi Amerika, serta bahan-bahan bacaan yang ada, perkataan State banyak diguna untuk merujuk kepada pemerintah, bukan negara. Ini bukanlah bermaksud perkataan ini langsung tidak pernah digunakan dalam maksud Negara.


Saya mengesan kepelikan terjemahan penggunaan perkataan State sebagai Negara bila membaca analisa-analisa sdr. Muein. Namun, beliau mempertahankan bahawa State dalam konteks analisa Fareed itu merujuk kepada Negara. Beliau menambah bahawa dalam bidang sains politik memang ada perbincangan tentang Strong State dan Weak State 


Saya tidak ada masalah dengan penggunaan istilah Negara yang Kuat dan Negara yang Lemah untuk Strong State dan Weak State berdasarkan terjemahan beliau kerana pada hemat saya konteks perbincangan Strong State dan Weak State ini boleh jadi berbeza. Skop salah guna istilah boleh menjadi sangat luas. Pada satu tahap, Negara yang Kuat boleh bermaksud pemerintahan diktator manakala pada satu tahap lagi ia boleh juga bermaksud pemerintahan yang berkesan dalam melaksanakan agenda-agendanya. 


Saya berpendapat, terjemahan yang lebih tepat ialah i) autonomi pemerintah, ii) skop tanggungjawab pemerintah, iii) keupayaan pemerintah mengekstrak sumber dan iv) kepaduan pemerintah.
 

Fareed menjelaskan di dalam bukunya: “State power is a function of national power and state strength. The stronger the state, the greater its ability to extract national power for its ends. This variable is a continuum that must be measure along several axes. The first is a state scope: how broadly does the state define its own responsibilities? 

A minimal state generally confines itself to internal order, external defense, basic infrastructure, and the like, while a maximal state expands state responsibilities to include functions such as adjudication of civil disputes, the redistribution of wealth and extensive infrastructure development.” (Terjemahan bebas: “Kuasa pemerintah ialah satu fungsi kuasa nasional dan kekuatan pemerintah.Pembolehubah ini ialah satu persambungan atau keselanjaran yang mesti diukur melalui beberapa paksi. Yang pertama ialah skop pemerintah: berapa luaskah pemerintah mendefinisikan tanggungjawabnya? Sebuah pemerintahan terbatas umumnya menghadkan dirinya kepada keteraturan dalaman, pertahanan luar, infrastruktur asas dan seumpamanya, manakala sebuah pemerintahan maksima meluaskan tanggungjawab pemerintah untuk memasukkan fungsi-fungsi seperti pemutus pertikaian sivil, agihan kekayaan dan pembangunan infrastruktur yang banyak.”) 

Seterusnya Fareed menjelaskan yang diabaikan dalam skop pemerintah ialah siapakah yang menentukan definisi tanggungjawab pemerintah: atau dalam maksud lain adakah pemerintah berautonomi atau adakah perumusan atau kegiatan untuk mencapai tujuannya secara mudah mencerminkan kepentingan masyarakat? 


Fareed kemudian menjelaskan dimensi kedua kekuatan pemerintah ialah alat-alat pembuat dasar pusat: adakah pemerintah mempunyai kapasiti dan kepaduan untuk menjalankan keinginan mereka? 


Tambahnya lagi, sementara kedaulatan, kestabilan dan birokrasi yang setia dan mahir umumnya menguatkan kapasiti pemerintahan yang hebat, dua faktor penting menonjol, iaitu keupayaan pemerintah mengekstrak kekayaan dan tahap kuasa untuk membuat keputusan dalam pemerintahan. Tegas Fareed, tanpa pembuatan keputusan berpusat dan tanpa akses kepada sumber material, mana-mana pemerintah tidak boleh dikatakan kuat. 


Bagi saya jelas setakat ini, Fareed yang merupakan Pengarah Urusan majalah terkemuka Foreign Affairs ketika menulis buku ini bercakap tentang pengaruh negara yang lemah di peringkat antarabangsa kerana kecilnya kuasa pemerintahan, bukan kerana negara itu lemah. 


Seperkara lain yang perlu difahami ialah Liberal yang saya kaitkan dengan Fareed bukan merujuk kepada konsep liberalisme dalam pengertian kuasa terbatas kerajaan. Liberal di Amerika percaya kepada peranan besar pemerintah. 


Konteks buku ini penting difahami dalam menilai analisa sdr. Muein yang saya sifatkan agak tersasar.
Analisa Sdr. Muein


Kritikan 1


Dalam analisa sdr. Muein, beliau membayangkan autonomi negara menjadi lemah jika dilihat kepada manifesto Pakatan Harapan berdasarkan kenyataan Eksekutif dikawal oleh Legislatif dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dilemahkan. Penjelasan ini sedikit pelik.
Jika memakai terjemahan saya, analisa beliau mungkin akan membayangkan autonomi kerajaan (bukan pemerintah, kerana kita memakai sistem Raja Berperlembagaan) lebih kecil kerana Eksekutif dikawal oleh Legislatif dan skop JPM dikecilkan. 


Pertama, sdr. Muein tidak menjelaskan mengapa kawalan badan legislatif terhadap eksekutif menjadikan autonomi negara itu lemah. Beliau seharusnya sedar bahawa pengasingan kuasa memang sedia wujud dalam format sebuah negara demokrasi. Bukan sahaja badan legislatif tetapi seharusnya badan kehakiman juga memainkan peranan semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif. Sifat Parlimen (badan Legislatif) adalah untuk menggubal undang-undang dan menyemak tindakan eksekutif. Legislatif itu sendiri adalah sebahagian daripada kerajaan dan negara. Badan eksekutif tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. 


Hatta penubuhan UKM dan bayaran gaji pensyarah yang sdr. Muein nikmati itu terikat kepada undang-undang yang dibentuk di peringkat legislatif.

Saya juga tidak nampak bagaimana skop JPM yang dikecilkan mengurangkan autonomi negara. Perbelanjaan besar JPM mula berkembang sejak zaman Pak Lah dan semakin berkembang di zaman Najib. Adakah autonomi negara kita lebih lemah sebelum itu? Seingat saya Dr. Mahathir jauh lebih berani di pentas antarabangsa sehinggakan ada yang menggelarkannya sebagai Suara Dunia Ketiga. Sdr. Muein juga boleh mengingatkan saya jika ada pencerobohan negara atau mana-mana pulau atau tanah pernah dijual di zaman Dr. Mahathir berbanding kemudian.


Sebab itu saya merasakan dakwaan autonomi negara lemah berdasarkan manifesto PH seperti yang dianalisa oleh Muein jauh tersasar. Sebaliknya, jika sdr. Muein memakai terjemahan autonomi pemerintah lebih kecil ia mungkin lebih logik. Saya tidak pasti apakah bentuk kekuatan yang sdr. Muein mahu negara kita tunjukkan kepada dunia sehingga memerlukan autonomi maksimum. 


Jelas, daripada tulisan-tulisan Fareed sendiri, pengertian pemerintahan terbatas tidak semestinya lemah. Lebih kecil tidak semestinya lemah. Bahkan bagi kebanyakan ahli ekonomi ia lebih baik. 

Menghadkan tempoh PM dan menurunkan kuasa JPM kepada kementerian-kementerian yang ada bukanlah melemahkan autonomi negara seperti tafsiran sdr. Muein. Itu dipanggil mengurangkan potensi salah guna kuasa dan desentralisasi kuasa. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri jika mahu dibincang lanjut. Saya fikir negara kita mempunyai cukup undang-undang untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada pemerintah sekiranya kita berdepan dengan situasi kecemasan yang memerlukan misalnya keputusan darurat. 


Kritikan 2 – Kepaduan Pemerintah


Sdr. Muein seterusnya menganggap Kesepaduan Negara (berdasarkan terjemahannya) rendah di bawah manifesto PH. Anehnya, beliau menjadikan kekangan kuasa Eksekutif oleh Kementerian dan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai alasan.


Pertama sekali, saya ingin bertanya apakah beliau tidak tahu bahawa Kementerian itu ditadbir oleh Eksekutif? Atau mungkinkah beliau sebenarnya ingin memaksudkan bukan Kementerian, tetapi Legislatif? 


Tulisan sdr. Muein yang membayangkan Kesepaduan Negara akan terjejas hanya kerana pemansuhan Akta MKN agak lucu buat saya. Beliau membayangkan PM, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Panglima2 ATM dan Ketua Polis Negara akan terjejas. 


Akta MKN hanya mula diguna pakai pada tahun 2016. Tentangan terhadapnya banyak berpunca daripada kuasa yang diberikan kepada PM untuk mengisytiharkan sesebuah kawasan sebagai kawasan keselamatan tanpa perlu mendapat perkenan DYMM SPB YDP Agong. Majlis Keselamatan Negara telah wujud sebelum adanya Akta ini. Kerahan pada pihak keselamatan selama ini boleh saja berlaku tanpa memerlukan Akta ini. 


Setakat pembacaan saya, PH tidak pernah menyatakan akan menghapuskan MKN itu sendiri. Hanya Akta yang baru itu. 


Saya sekadar ingin bertanya kepada beliau – bagaimanakah hubungan antara pihak-pihak yang dinyatakan di atas sebelum adanya Akta MKN? Apakah negara kita memang terlalu naif dalam aspek ini? 


Saya tidak berhajat mengulas panjang perihal ini. Saya cuma ingin menambah bahawa kepaduan pemerintah untuk menjalankan apa yang diinginkan oleh mereka sudah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. 


Kritikan 3, 4 dan 5 – Keupayaan Pemerintah Mengekstrak Kekayaan, Skop Pemerintah dan Visi Antarabangsa


Sdr. Muein seterusnya menggambarkan manifesto PH terikat kepada komitmen asing dalam hal keupayaan pemerintah mengekstrak sumber. 


Beliau seharusnya berhati-hati atau meningkatkan kemahiran membacanya kerana jelas dalam halaman yang dimaksudkannya, PH hanya menjelaskan bahawa mereka akan mengadaptasi kerangka kerjasama kerajaan dan masyarakat sivil. Dalam sesetengah badan ini kerajaan Malaysia memang sudah pun menjalinkan kerjasama dari semasa ke semasa. 


Saya tidak pasti sama ada beliau sudah membaca beberapa dokumen yang ditulis di bahagian itu misalnya Open Budget Initiative, Open Contracting Partnership dan Open Government Partnership. 


Sekiranya beliau membaca, adalah wajar beliau menjelaskan di bahagian mana inisiatif-inisiatif itu akan menjejaskan keupayaan mengekstrak kekayaan negara. Malaysia memang bersandar kepada banyak piawaian antarabangsa selama ini. Saya tidak ada masalah sekiranya piawaian-piawaian yang diambil bertujuan meningkatkan pertanggungjawaban dan ketelusan kerajaan. 

Kemudian sdr. Muein menjelaskan skop negara di mana pemerintah yang meningkatkan perbelanjaan awam seperti negara berkebajikan dinamakan Maximal State’manakala PH pula memilih laluan menjadikan Malaysia sebagai Minimal State. 


Saya tercari-cari justifikasi beliau tentang hal ini kerana tidak ada muka surat rujukan disertakan. Sebenarnya, perdebatan tentang peningkatan atau penurunan perbelanjaan awam mungkin memerlukan satu perdebatan yang lain. 


Saya sendiri telah menulis dalam status FB yang lain mendedahkan daripada Laporan-laporan Ekonomi Negara betapa hutang negara telah meningkat daripada sekitar RM300 billion pada tahun 2008 kepada RM685 billion pada tahun 2017. Peningkatan lebih 100%. Itu belum termasuk jaminan hutang syarikat-syarikat milik kerajaan.

Tanpa memahami realiti perbelanjaan awam ini, saya fikir tindakan mudah melabel Maximal State dan Minimal State ini tersasar. Saya lebih cenderung mengatakan ketiga-tiga parti atau kerjasama politik ini cenderung memaksimakan perbelanjaan awam cuma dengan cara berbeza. Sama ada itu baik atau tidak, ia bergantung kepada konteks. 


Dalam aspek Visi Antarabangsa, sdr. Muein hanya menyatakan PH mahu Malaysia terikat dengan paradigma Liberal-Institutionalism seperti ASEAN, Komanwel, OIC, PBB di samping mahu menjadi kuasa pertengahan. Sdr. Muein sepatutnya menjelaskan apakah bentuk hubungan sedia ada antara Malaysia dengan pertubuhan-pertubuhan ini dan mengapa beliau mengatakan Malaysia terikat? Terikat dari segi apa? Adakah ia positif atau negatif? Jika negatif, apakah beliau mencadangkan Malaysia keluar daripada semua pertubuhan tersebut? Apakah impaknya? Banyak persoalan boleh ditanyakan daripada gambaran rambang yang dibuat oleh beliau. 


Oleh kerana beliau tidak menulis dengan jelas, biarlah saya yang menulis bahawa PH menyatakan hasrat memimpin negara-negara membangun, mengembalikan status sebagai negara berkecuali dan memperkasa Wisma Putra. Selebihnya boleh dirujuk pada Janji 60 PH. 


Kesimpulan


Saya fikir kecelaruan dalam tulisan sdr. Muein berpunca daripada pemahaman Maximal State sebagai Strong State atau Negara yang memaksimakan perbelanjaannya adalah Negara yang Kuat. 


Dalam wacana politik ekonomi. Ia tidak semestinya begitu, bahkan istilah Strong State khususnya sangat terdedah kepada salah guna seperti yang saya jelaskan dalam latar belakang penulisan ini. 


Fareed menulis tentang Strong State dalam kerangka menyokong usaha perluasan pengaruh Amerika di peringkat antarabangsa. Walhal, beliau sendiri menjelaskan dari segi ekonomi (bahkan politik) Amerika memang sudah menjadi sebuah negara yang kuat pada abad ke-19. Tetapi kekuatan Amerika itu tidak dapat digunakan di peringkat antarabangsa kerana banyak batasan perlembagaan, agihan kuasa pemerintah pusat dan negeri dan lain-lain pada masa itu. 


Kita ambil misalnya dari kertas kerja Politics and Economics in Weak and Strong State yang menjelaskan bahawa “…both weak and strong state create distortion in the allocation of resources, and consequently, both excessively weak and strong states are likely to act as an impediment to economic development. While strong states tend to impose high taxes, discouraging investment and enterpreneural effots of its citizens, weak states fail to invest in public good such as infrastructure, roads, legal rules for contract enforcement etc.” (Terjemahan bebas: “kedua-dua pemerintah yang lemah dan kuat memberi gangguan dalam peruntukan sumber, dan seterusnya, jika pemerintah sangat lemah dan sangat kuat cenderung bertindak sebagai penghalang pembangunan ekonomi. Sementara pemerintah-pemerintah yang kuat cenderung untuk mengenakan cukai-cukai tinggi, tidak menggalakkan pelaburan ikhtiar perusahaan warganya, pemerintah-pemerintah yang lemah gagal melabur dalam kepentingan awam misalnya infrastrutkur, jalan-jalan, peraturan-peraturan sah untuk penguatkuasaan kontrak dsbgnya.).


Di sini saya telah menunjukkan bagaimana lazimnya penggunaan istilah Strong State dan Weak State digunakan. Pada pandangan saya, jika orang awam membaca tulisan sdr. Muein, sangat mudah bagi mereka terkeliru dengan permainan istilah. 


Paling tidak, bagi mengelak salah faham, beliau seharusnya menjelaskan kata-kata kunci yang digunakan, dan memaklumkan bahawa ada pengertian-pengertian yang lebih biasa digunakan bila merujuk sesetengah istilah. 

Beliau sebenarnya boleh menggunakan banyak lagi perkataan yang lebih neutral jika dibandingkan percubaannya menggunakan perkataan seperti ‘terikat’ yang memberi konotasi negatif. Cara beliau menulis 'terikat' itu membayangkan seolah-olah negara tidak ada Perlembagaan, tidak ada faktor-faktor pengimbang kuasa dan membuat perjanjian-perjanjian tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Saya telah mengulas tulisan beliau dan mempersoalkan beberapa hal yang sebenarnya penting dijawab. 


Saya tidak berminat hendak mengulas tentang analisanya kepada parti-parti lain. Saya lihat sebahagiannya tidak ada benda yang baru.

Nota tambahan :


Saya seorang yang tidak melihat kerangka hubungan antarabangsa terpisah daripada persoalan domestik. Kerana kedaulatan negara itu bermula daripada Perlembagaan yang umumnya menentukan lebih banyak persoalan domestik berbanding hubungan antarabangsa. Kita tidak boleh mencabut sifat Perlembagaan yang memberi kuasa besar kepada pemerintah pusat di samping agihan kuasa yg ada. Itu sifat kedaulatan (boleh panggil autonomi) yang sebenar. Tambahan pula kita sebagai sebuah negara kecil tidak mungkin berhajat untuk memperluaskan pengaruh kita dalam lapangan antarabangsa sama seperti Amerika (kerana buku Fareed itu menyentuh persoalan negara itu). Kita ada cara tersendiri sejak zaman berzaman.


Kita boleh pilih hendak memahami analisa berdasarkan kerangka itu. Cuma jika kita nak cakap pasal manifesto pilihan raya, maka kita mesti bersedia untuk menerima realiti bahawa kita nak pilih wakil rakyat dan parti yang memimpin negara di mana perbelanjaan besar negara akan lebih banyak diguna untuk persoalan domestik, perbincangan di Parlimen lebih banyak bercakap tentang soal domestik. Jika kita nak syok sendiri bahawa negara kita kuat (seolah2 sama macam AS) kerana kita pakai kerangka itu, terpulang.


Rujukan :


1. Princeton University Press, From Wealth to Power – The Unusual Origins of America’s World Role. Rujuk capaian https://press.princeton.edu/titles/6306.html


Sebahagian kandungan buku ini boleh dibaca di Google Books https://books.google.com.my/books?id=KfFfF9XucUAC&printsec=frontcover&dq=From+Wealth+to+Power+Fareed+Zakaria&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwj4pMbSz6zaAhWLpI8KHWFCBYgQ6AEIJzAA#v=onepage&q=state%20autonomy&f=false


2. Definisi State boleh pelbagai, bergantung kepada konteks. Yang berminat boleh membaca Index of State Weakness in Developing World yang diterbitkan oleh Brookings Institute di capaian https://www.brookings.edu/wp-content/uploads/2016/06/02_weak_states_index.pdf.


3. Untuk memahami lebih lanjut tentang persoalan Strong State dan Weak State, boleh juga merujuk kepada perbincangan di blog Center for International Private Enterprise, The Meaning of A Strong State https://www.cipe.org/blog/2009/09/30/the-meaning-of-a-strong-state/ dan kertas kerja Daron Acemoglu, “Politics and Economics in Weak and Strong State” di capaian http://www.nber.org/papers/w11275.pdf.


4. Untuk membaca kritikan terhadap buku Fareed misalnya, rujuk capaian https://mises.org/library/wealth-power-fareed-zakaria. Mises Institute ialah sebuah institut yang mendokong faham libertarianisme, atau dalam pemahaman mudahnya batasan kuasa kerajaan. 


5. Artikel Fareed tentang hal ini boleh dirujuk di capaian https://archive.nytimes.com/www.nytimes.com/books/first/z/zakaria-wealth.html

Isnin, 14 Ogos 2017

ECRL Tidak Akan Membebankan Kewangan Negara Atau Tinggalkan Hutang Untuk Generasi Akan Datang - Aktivis Pembangkang Jawab Hujah Prof Jomo.

Oleh : Anas Abd Jalil 

ECRL tidak membebankan negara sebaliknya pegangan reserves matawang asing (foreign exchange reserves) negara adalah kos sebenar yang terpaksa ditanggung rakyat. Tulisan saya ini bukanlah bermaksud untuk mengatakan bahawa hutang ECRL akan dibayar dengan menggunakan reserves matawang asing di Bank Negara. 

Tapi saya mahu menunjukkan bahawa pegangan reserves matawang asing yang tinggi sebenarnya adalah kos kepada keseluruhan rakyat, manakala ECRL adalah ‘kenikmatan’ ekonomi yang wajar dirasai oleh semua rakyat dan merupakan pemberian generasi kita kepada generasi akan datang. 

ECRL - Google
Pegangan reserves matawang asing oleh Bank Negara Malaysia sekarang adalah sebanyak USD 98 billion. Manakala, kos pembinaan ECRL adalah RM55 billion iaitu bersamaan dengan USD 12.81 billion pada nilai tukaran semasa. Jumlah reserves matawang asing ini sebenarnya merupakan satu kos kepada negara. 

Jumlah reserves matawang asing yang dipegang Bank Negara Malaysia itu mewakili jumlah nilai Malaysia 'mensubsidi' defisit akaun semasa (current account deficit) negara Amerika Syarikat termasuk lain-lain negara yang mencatatkan imbangan akaun semasa negative dengan Malaysia yang dinilaikan dalam matawang USD. (bacaan lanjut berkenaan akaun semasa negara boleh dibaca di sini http://www.investopedia.com/terms/c... ).

Reserve matawang asing ini diperolehi hasil dari net-export (export ditolak import bagi barangan dan perkhidmatan) kepada Amerika Syarikat (dan negara lain) yang membolehkan negara Malaysia diwakili oleh Bank Negara Malaysia dapat mengumpul reserves dalam matawang USD hasil dari export itu, dan negara kita kemudiannya putuskan untuk tidak membelanjakan USD yang diperoleh dari hasil eksport tadi. 

Sebaliknya kita memutuskan untuk peramkan sahaja hasil export yang kita peroleh itu dalam bentuk computer bytes di dalam data server computer United States Federal Reserves (Bank Pusat Amerika Serikat). 

Kos untuk US Federal Reserves menghasilkan reserves USD ini di atas computer screen mereka adalah tiada kos, makanala kos untuk Malaysia mendapat USD adalah dengan Malaysia harus mengeksport barangan/komoditi hasil daripada pengeluaran menggunakan factor-faktor produktif yang ada dalam negara (buruh, capital, teknologi dan hasil mahsul bumi). 

Dengan melihat dari perspektif ini, maka bagi sesebuah negara secara keseluruhannya, ‘import is a gain and export is a cost’ (iaitu dalam konteks negara, import adalah merupakan satu keuntungan manakala export adalah merupakan kos sebenar). 

Ini kerana bagi mengeksport, kita perlu mengolah faktor-faktor produktif tadi untuk menghasilkan barangan bagi tujuan export, manakala kita dibayar dengan reserve USD di atas skrin computer sahaja. Apatah lagi jika reserves itu tidak digunakan, ia menjadi kos lepas (opportunity cost) yang ditanggung negara (termasuk rakyat). 

Sekali lagi ditegaskan, nilai reserves matawang asing negara yang berjumlah USD 98 billion sekarang ini adalah merupakan kos kepada negara kerana ia merupakan jumlah nilai Malaysia mensubsidi defisit akaun semasa Amerika Serikat dan negara negara lain yang punya imbangan perdagangan negatif dengan Malaysia. 

Ini bermakna demi untuk meningkatkan jumlah reserves matawang asing di dalam pegangan Bank Negara Malaysia, maka negara Malaysia perlu menekan rakyat malaysia daripada berbelanja dan menikmati import. 

Oleh kerana kita menolak ideologi pasar bebas, maka kerajaan perlulah bijak untuk membenarkan import jenis apa yang difikir oleh pembuat polisi akan dapat meningkatkan produktiviti negara pada masa akan datang dan import apa yang dapat menambahbaikan kehidupan rakyat pada masa sekarang. 

Dengan tujuan untuk memaksimalkan penggunaan hasil net-export negara, serta untuk mengurangkan opportunity cost yang ditanggung negara; maka daripada negara membiarkan hasil itu tidak digunakan (hanya kelihatan di atas computer screen di US federal reserves), adalah lebih baik bagi sesebuah negara mengggunakan USD yang diperoleh dengan hasil export tadi untuk mengimport mesin, technology, kepakaran asing dan lain lain keperluan yang difikir akan dapat meningkatkan produktiviti ekonomi negara pada masa akan datang dan yang akan memberi peluang pekerjaan berproduktiviti tinggi kepada engineer-engineer kita serta melatih buruh buruh kolar biru yang kita ada sekarang. 

Dengan ini, ECRL akan menyumbang bukan sahaja kepada peningkatan produktiviti negara pada masa akan datang, malah projek ini akan memberi kenikmatan pengangkutan awam kepada penduduk luar bandar di Pantai Timur Semenanjung setelah ianya siap kelak. 

Ia juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat serta memberi keuntungan kepada kontraktor-kontraktor tempatan juga. (walaupun projek ini beri keuntungan kepada kapitalis , tapi ia juga akan menambahkan bilangan industrial proletariat, dan inilah yang disokong oleh ekonomis Marxian). 

Manakala lambakan reserves matawang asing yang hanya berupa bytes-bytes computer di atas skrin komputer US Federal Reserves tidak akan memberikan apa apa manfaat pada penduduk kampong, sudahlah kita perlu mengekport hasil mahsul bumi dan barangan yang dikeluarkan oleh faktor produktif negara untuk mengumpul reserves ini. 

Tulisan ini tidak bermakna kerajaan akan membayar hutang untuk membina ECRL itu menggunakan reserves matawang asing negara, tapi andaikata kerajaan terpaksa berbuat demikian maka negara masih mampu membayar hutang ECRL sepenuhnya dalam matawang USD pada tahun depan sekalipun. 

Tapi perlukah kita berbuat begitu? Ada yang berhujah mengatakan kononnya kos ECRL sebanyak USD 12.81 billion ini (RM55 billion) yang mana dananya diperoleh dengan berhutang (hanya 85% daripada jumlah keseluruhan) akan membebankan generasi akan datang. 

Namun faktor-faktor produktif negara yang digembleng hanya kurang dari satu generasi ketika ini telah berjaya mengumpulkan reserve matawang asing yang berkali-kali lebih tinggi berbanding dengan nilai kos pembinaan ECRL itu (reserves matawang asing negara meningkat sebanyak USD100billion, dari USD 20 bilion kepada USD 120 billion dalam tempoh hanya 10 tahun dari 1998 – 2008). 

Jika menggunakan hujah seperti di atas untuk menolak ECRL, kita juga boleh berhujah bahawa generasi kita telah mensubsidi generasi akan datang dengan meninggalkan jumlah reserve matawang asing yang banyak, dan mereka boleh menggunakan reserves itu untuk membayar kos hutang ECRL. 

KESIMPULANNYA DI SINI; 

yang sebenarnya generasi kitalah yang telah mensubsidi generasi akan datang dengan membina infrastuktur-infrastruktur yang berguna seperti LRT, MRT , ECRL serta jalan-jalan raya, Peninsular Gas Utilisation pipeline dan banyak lagi untuk dinikmati generasi akan datang. 

Persoalan berkenaan hutang ECRL? generasi kita juga sudah tinggalkan lambakan reserves matawang asing yang jumlahnya berkali ganda daripada kos pinjaman ECRL itu sendiri.

Tambahan

Untuk lebih jelas, saya akan tunjukkan dengan statistic di bawah dan saya akan bandingkan dengan Australia, saya juga akan jelaskan kenapa saya buat perbandingan dengan Australia. 

Reserve matawang asing negara kita pada tahun 1998 adalah USD 20.23 billion

Pada Jun 2008 reserves matawang asing negara meningkat kepada USD 120 billion (peningkatan sebanyak USD 100 billion dalam tempoh sedekad).

Pada Jun 2010, reserve matawang asing negara jatuh kepada USD 85 billion.

Pada August 2014, reserve matawang asing negara meningkat kepada USD 117 billion (peningkatan sebanyak USD 37 billion dalam tempoh 4 tahun).

Pada Sep 2015, reserve matawang asing negara jatuh kepada USD 85 billion. 

Namun kini (July 2017) meningkat kepada hampir USD 99 billion. (peningkatan sebanyak USD 14 billion dalam tempoh kurang 2 tahun, peningkatan yang jauh lebih tinggi daripada kos keseluruhan ECRL). Rujukan bagi statistic reserve matawang asing yang dipegang Bank Negara Malaysia boleh dilihat website IMF di link ini; http://www.rba.gov.au/statistics/frequency/reserve-assets.html statistic reserves matawang asing dari website Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=stats_reserves 

Sebelum tahun 1998 akaun semasa negara selama beberapa tahun adalah negative dengan reserve sebanyak USD 20 billion sahaja. Namun semenjak tahun 1999 hingga kini, akaun semasa negara sentiasa mencatatkan pertumbuhan positif dan reserves matawang asing meningkat dengan begitu mendadak seperti yang dinyatakan di atas. https://tradingeconomics.com/malaysia/current-account 

Jumlah reserves matawang asing yang meningkat dengan kadar yang begitu tinggi dalam ini bermakna Malaysia berlebihan mengeksport dengan tujuan untuk mengumpulkan reserves matawang asing semata-mata. Alasan waktu itu adalah kita harus mengumpul reserve dalam matawang asing dengan jumlah yang banyak untuk mengelakkan serangan ke atas matawang ringgit. 

Namun satu-satu matawang itu hanya akan diserang spekulator sekiranya negara itu mengamalkan fixed exchange rate policy dan pada masa yang sama berada dalam keadaan balance of payment negara (imbangan pembayaran negara) berada pada paras negative (contohnya di Vanezuela kini). Ini adalah topik untuk diskusi pada masa yang lain. Negara kita jauh daripada masalah di atas. 

Imbangan akaun semasa negara adalah positif dan balance of payment negara adalah positif (kerana itulah reserves matawang asing negara meningkat).

Australia

Reserve matawang asing bagi negara Australia adalah pada paras USD 84 billion sahaja pada July 2017, dan pada paras USD 52 billion pada August 2016. 

Manakala akaun semasa Australia pula sentiasa berada pada paras negative semenjak tahun 1980 hingga kini. Ini bermakna secara kolektifnya, negara-negara luar yang berdagang dengan Australia, semenjak dari tahun 1980 lagi sehingga kini mensubsidi defisit akaun semasa Australia. https://tradingeconomics.com/australia/current-account Justeru, rakyat Australia menikmati hasil import yang lebih banyak daripada apa yang mereka export ke luar. 

Seharusnya pembuat polisi di Australia harus lebih ‘ketakutan’ daripada malaysia, kerana negara mereka mencatatkan akaun semasa negatif semenjak tahun 1980 yang jumlahnya semakin membesar saban tahun dan dengan nilai reserve matawang asing yang kurang daripada Malaysia. https://tradingeconomics.com/australia/current-account. Persoalannya, kenapa tiada serangan matawang berlaku kepada Australia oleh para penyangak matawang? 

Kerana Bank Pusat Australia tidak mengamalkan fixed exchange rate, makanya speculator matawang tahu bahawa reserves matawang asing yang ada di Bank Pusat Australia tidak akan digunakan untuk mempertahankan pariti nilai matawang Australia.(Sekiranya anda memahami situasi ini, ia memudahkan untuk anda memahami situasi di Vanezuela kini). 

Statistik akaun semasa Malaysia boleh dilihat di sini; https://tradingeconomics.com/malaysia/current-account 

Statistik akaun semasa Australia boleh dilihat di sini, di posisi negative semenjak tahun 1980 lagi; https://tradingeconomics.com/australia/current-account 

Jumlah reserves matawang asing Bank Pusat Australia boleh dilihat di sini; http://www.rba.gov.au/statistics/frequency/reserve-assets.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...