Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Ogos 2020

Logo PEJUANG Ditroll, Penyokong Tun Mahathir Anggap Ia Penghinaan Ke Atas Tulisan Jawi.

SOSMED | Kumpulan penyokong Tun Mahathir mempersoalkan tindakan pihak yang menyindir (troll) logo PEJUANG merupakan satu perbuatan menghina tulisan jawi.

"Admin TTKM tidak sensitive huruf Jawi di persendakan..

Setiap huruf Jawi ada makna nya..

Jahil sungguh..,"
kata Aidiel Jamal.

Kenyataan itu turut disokong oleh halaman Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sebelum ni ramai pejuang jawi. Hari ini page TTKM menghina huruf jawi. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima. Penghinaan kepada huruf hijaiyah.

Astaghfirullahalzim,"
tulis adminnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ianya bermula dari grafik Tentera Troll Kebangsaan Malaysia yang tular seperti dibawah ini.


Dan tindakan mempersoalkan troll itu kemudiannya mengundang beberapa troll baru dari halaman itu dan ianya turut disambut oleh Fahmi Reza.



 

Sebagai rekod, tindakan troll pemimpin dan logo parti politik termasuklah para menteri adalah perkara biasa di Malaysia. Ia dilakukan oleh netizens untuk berhibur dan berbalas hujah secara santai. - 19 Ogos 2020

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...