Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Ogos 2020

Agong Pun Patuh Arahan Kuaratin, Kenapa Pula Khairuddin Dapat Pelepasan Istimewa Soal Netizens.

POLITIK | Hari ini Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali telah dikecam bertubi-tubi oleh netizens. Alasan kononnya negatif ujian covid19 selepas pulang dari Turki bukan sahaja tidak meredakan kritikan ke atas menteri itu bahkan ianya bertambah teruk.

Beberapa grafik troll turut dibuat bagi tujuan menyindir perlakuan menteri tersebut.

Sebenarnya, arahan kuaratin 14 hari bagi mereka yang pulang dari luar negara tertakluk ke atas semua tanpa mengira lapisan darjat, pangkat dan status seseorang.

Selain itu, meskipun ujian pertama kali dilaporkan negatif, individu itu tetap perlu menjalani kuaratin 14 hari kerana itulah tempoh masa covid19 incubation.

Alasan Turki adalah zon hijau juga adalah tidak tepat.

Berdasarkan kedudukan semasa berdasarkan rekod harian (18 Ogos 2020), terdapat pertambahan 1,263 kes baharu di Turki dan 20 kematian baru. Keseluruhan kes kematian adalah 6,016. Yang disahkan telah dijangkiti adalah 252k dan 233k telah sembuh setakat 18 Ogos. Ini berbeza dengan kes kumulatif yang terdapat di Malaysia. Malaysia adalah zone hijau tetapi bukannya Turki. Entah bagaimana sumber yang memaklumkan kepada Harian Metro itu mendapatkan faktanya tidaklah diketahui. Apa yang pasti cerita tipunya itu telah menyebabkan imej Khairuddin tercalar habis.

Rujukan dari Harian Metro disini :
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/611707/khairuddin-negatif-covid-19

Kes ini pada awalnya didedahkan oleh Teresa Kok di Parlimen pada Selasa dan menjadi sensasi kerana Menteri dianggap tidak menunjukkan contoh yang baik terhadap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan hari ini.

Jika menteri sendiri tidak patuh, cuai dan memandang remeh akan arahan ini, apa sebab rakyat perlu dipaksa mematuhinya? Sampaikan kena denda pula. Bukankah ini mengundang persoalan undang-undang double standard terhadap kelas rakyat dan kelas menteri?

Selain itu netizens turut membangkitkan betapa YDPA sendiri mematuhi arahan kuaratin 14 hari selepas beberapa pegawai Istana disahkan positif Covid19. Takde pula YDPA dan Permaisuri ke sana ke mari ataupun beri alasan negatif ujian ketika diperiksa kali pertama.

Apa istimewanya Khairuddin yang dibenarkan melanggar protokol kuaratin 14 hari sedangkan kes Khairuddin ini lebih besar dari apa yang dilalui Agung. Agung sendiri walaupun tak keluar dari negara, tetap mematuhi arahan. Khairudin patut rasa malu. - 19 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...