Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 Ogos 2020

Diganggu Hantu Dalam Lokap SPRM Punca Zahid Md Arip Petik Nama Isa Samad.

ULASAN | Tahukah anda dalam hujah pembelaan Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Isa memberitahu mahkamah, yang Zahid Md Arip yang juga bekas pegawai khas politiknya telah diganggu hantu?

Kata Isa, Zahid Md Arip memberitahunya bahawa Zahid terlalu tertekan kerana diganggu ‘hantu’ di sel tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terpaksa memetik nama Isa dalam kes rasuah RM3 juta supaya terlepas daripada pertuduhan rasuah.

“Saya jumpa dia (Muhammad Zahid) semasa bapa saudaranya meninggal dunia (kenalan Mohd Isa) pada 2018, saya bertanya khabar serta menegurnya mengapa kelihatan kurus. Dia kata semasa dalam tahanan reman ada macam-macam benda.

“Dia ditahan di bangunan lama SPRM, dia kata salah satu sel berhantu. Disebabkan ketakutan dan tertekan dia terpaksa ‘implicate’ (membabitkan) nama saya untuk melepaskan dirinya,” kata Isa dalam hujah pembelaannya.

Isa turut menambah yang beliau telah meminta Zahid untuk membetulkan kenyataannya namun Zahid tidak berbuat demikian.

“Saya memintanya (Muhammad Zahid) betulkan, dia kata akan buat tetapi tiada ada apa berlaku sehingga saya berjumpanya di pejabat SPRM. Saya katakan lagi “Zahid betulkan sebelum bawa ke mahkamah sebab ini soal maruah saya”. Dia kata “kejap saya buat” tetapi tiada apa yang berlaku sehingga saya dibawa ke mahkamah,” katanya lagi.

Isa juga sempat menyelar kelakuan Zahid yang suka melompat-lompat parti semasa berhujah membela diri.

"Saya bagi dia jawatan (pegawai khas politik) walaupun hati kecil ini tidak minat (Muhammad Zahid), sebab rekod dia tidak elok, suka lompat-lompat (politik).

"Perangai dia memang begitu, dia mesti nak lepaskan diri. Sebab itu dalam politik dia lompat-lompat di mana ada keuntungan, di situ dia akan pergi. Itu peribadi dia, style (perangai) dia," katanya semasa membela diri.

Mahkamah turut diberitahu, perlantikan Zahid sebagai Setiausaha Politik kepada Isa Samad adalah atas permintaan bekas Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak.

Punyalah pelik. Dah beratus orang ditahan dalam lokap SPRM. Dah beratus kes dibicarakan. Dah beratus saksi disoalsiasat. Ini kali pertama terjadinya kes terpaksa petik nama kerana diganggu hantu. Malah Isa sendiri pernah ditahan SPRM. Pernah disoalsiasat juga. Logik sungguh kenyataan pembelaan Isa Samad ini kan. - 18 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...