Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Ogos 2020

DAP Sarawak Tambahkan Tulisan Cina Di Papan Tanda Nama Jalan.

POLITIK | Hari ini DAP Sarawak buat political stunt. Mereka telah membuat sticker nama jalan dalam tulisan mandarin dan menampalnya di beberapa papan tanda nama jalan sekitar Sarawak.

Tindakan oleh DAP Sarawak ini bukan sahaja tidak disokong bahkan telah mencetuskan kritikan bertubi-tubi oleh netizens.

Ini point netizens;

1. Adakah orang cina Malaysia tidak pandai membaca bahasa Malaysia?

2. Jika bercakap tentang meraikan kepelbagai budaya maka selepas ini setiap kaum mahu nama jalan diletakkan dalam bahasa mereka. Kenapa berhenti di bahasa cina semata-mata?

3. Jika bertujuan untuk pelancongan, kenapa bukan menggunakan bahasa inggeris? Ia lebih universal dan meluas. Ada datang dari Jepun, Amerika, Korea, India, tetapi hanya meletakkan bahasa cina sahaja? 

4. Ini adalah bertujuan provokasi, perkauman dan sentimen untuk mengapi-apikan masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Berdasarkan respon di ruangan komen, penyokong DAP dan PH sendiri membantah tindakan oleh DAP Sarawak itu.

Mereka memberikan hujah, walau etnik Iban adalah majoriti di Sarawak, mereka juga tidak letakkan bahasa iban di papan tanda nama jalan. Ini kerana mereka mengakui dan mengamalkan konsep BANGSA MALAYSIA yang memahami BAHASA MALAYSIA adalah tunjang kepada penyatuan dan perpaduan bangsa di Malaysia.

Dan apabila ditanyakan soalan kenapa perlunya meletakkan bahasa cina di papan tanda nama jalan, malah orang berketurunan cina sendiri menjawab, tiada keperluan. Ia adalah aksi politik. 

Bagaimanapun terdapat juga jawapan yang mengatakan tulisan cina itu adalah untuk orang-orang tua berketurunan cina yang tidak tahu membaca bahasa Malaysia. Betul ke alasan ini? Boleh percaya ke?

Dikala DAP sedang berjuang untuk memulihkan imej dari dakwaan rasis dan perkauman, ada juga dari kalangan DAP negeri yang tak bersekufu dengan pemikiran DAP pusat ya. Pelik.

Bukan itu sahaja, masih lagi menggunakan kad kaum untuk mendapatkan sokongan. Sampai bila nak berpolitik perkauman? Sudah-sudahlah tu DAP Sarawak. - 20 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...