Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Mei 2020

PAS Lapor Polis, Dakwa Leman Raja Lawak Sebarkan Fitnah.

POLITIK | Media rasmi PAS, Harakah Daily melaporkan PAS Kawasan Sik telah membuat satu laporan polis ke atas Sulaiman Ibrahim yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawak pada petang Jumaat.


Laporan itu dibuat berikutan Sulaiman Ibrahim didakwa menyebarkan posting berbaur fitnah di halaman Facebooknya pada 26 Mei.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Sik, Ustaz Mohamad Subky Sulaiman.

Menurut Subky, muat naik bertarikh 26 Mei jam 10:56 malam tersebut telah mengaitkan nama beliau dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor secara khusus yang menjadi fitnah terhadapnya.

“Dengan membuat gambaran bahawa saya secara langsung terkait dengan dakwaan palsu bahawa AJK PAS termasuk Sanusi suka bergaduh, ingin membuat kekerasan fizikal kepada penulis dan menggambarkan AJK PAS Sik sedang bermusuhan akibat isu balak.

“Dengan niat jahat dan fitnah, penulis dengan sengaja menulis bahawa Muhammad Sanusi dengan tujuan memburuk dan memfitnah beliau sebagai broker balak iaitu satu serangan peribadi terhadap YAB Menteri Besar Kedah.

“Juga bermaksud menggambarkan Sanusi sebagai tidak berintegriti dan melangkaui undang-undang ketika beliau bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah 2008 – 2013),” ujarnya dalam laporan itu.

Menurut Subky lagi, tujuan laporan tersebut dibuat supaya siasatan dan pendakwaan undang-undang dapat dilakukan terhadap Leman Raja Lawak kerana didakwa dengan sengaja mereka-reka cerita yang berniat menyemai kebencian ramai. -  30 Mei 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...