Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Jun 2020

Sampai Bila Umat Islam Perlu Jadi Korban Pemandu Mabuk Soal Ustaz Ridhuan Tee.

Ustaz Ridhuan Tee | Sampai bila umat Islam jadi korban pemandu mabuk?

Jangan kerana terlebih COVID-19, sehingga terlepas pandang korban arak. COVID-19 itu tersembunyi hikmah, tetapi arak ini bala. Sebab itu COVID-19 susah sangat nak pergi kerana sudah terlekat bala arak. Hina sungguh kita semua diam membisu dalam isu arak dan pemandu mabuk. 


Lagi berita kemalangan maut akibat pemandu mabuk. Sampai bila nak dengar semua ini? Saban hari, berita pemandu mabuk kemalangan dan melanggar orang lain yang tidak berdosa. Kita yang Islam sahaja yang ambil kisah. Yang lain macam mana?

Paling sedih, yang mabuk terhoyong-hayang melanggar orang adalah bukan Islam, yang kena langgar hingga mati adalah orang Islam. Pendek kata, bukan Islam yang menyebabkan orang Islam mati dalam sebuah negara yang didakwa negara Islam. 

Mengalir air mata membaca berita seperti ini…Mana maruah kita?


Lebih malang lagi, undang-undang pemandu mabuk arak ini terlalu longgar. Nyawa pemabuk bukan Islam terpelihara, orang Islam kehilangan nyawa. Adilkah semua ini? Macam orang berniaga dadah, ultra kiasu berniaga dadah kaya kaya, yang mati ketagihan adalah orang Islam. Adakah semua ini suatu perancangan. 

Kenapa ultra kiasu, majoriti bukan Islam, persatuan-persatuan agama-agama bukan Islam dan peniaga-peniaga arak, diam membisu dalam soal arak dan pemandu masuk? 

Adakah kamu ada kepentingan? Ini soal nyawa, hidup dan mati… 

Teramat kita sedih, kenapa persatuan agama bukan Islam, seperti Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) diam seribu bahasa? Hina sungguh mereka ini. Nampak seolah-olah lagaknya seperti lembu suci, tetapi hakikatnya masih jauh daripada suci. Bersih pun belum tentu.  

Saya bertanggungjawab sepenuhnya tulisan saya ini. Jika kamu tidak faham agama kamu sendiri, mari saya ajarkan. Entah-entah jenis yang minum juga.

Kalau dalam isu kaitan sedikit dengan agama Islam, begitu pintas kamu campurtangan, seperti isu Jawi dan Khat. Jika kami cuba campurtangan dalam hal ehwal agama kamu, yang memang kami tak pernah buatpun, bukan main lagi lagak kamu. Sentuh isu lambakan rumah ibadat di tanah haram, terus meloncat.  Tetapi isu arak kamu jadi bacul? 

Hina sungguh mereka ini dan agama mereka ini jika membenarkan arak dan pengambilan arak. 

Setahu saya tidak ada satupun agama bukan Islam, Hindu, Sikh dan Kristian. Begitu juga dengan ajaran dan kepercayaan Buddha, Konfucius, Tao dan sebagainya membenarkan atau menghalalkan arak (mabuk). Peliknya, kenapa mereka diam? 

Ingatan saya kepada pemimpin-pemimpin PN, PH dan pemimpin agama ini, jaga kemuliaan agama masing-masing, jika kamu dakwa agama kamu itu mulia. Jangan bersembunyi di sebalik pakaian kamu dan bermain di sebalik kata-kata.  Kami sebagai rakyat sudah bosan. 

Semua orang tahu, tidak ada satupun agama membenarkan arak atau semua perkara maksiat mungkar yang ditentang oleh Islam. Semua agama atau ajaran, galakkan kemuliaan. Peliknya kenapa kamu sebagai pemimpin agama tidak jaga kemuliaan agama kamu sendiri, terutama dalam isu arak dan pemandu mabuk? 

Tidak timbul isu langsung, arak adalah hak orang bukan Islam kerana tidak ada satupun agama yang menghalalkan arak, kecuali desakan hak asasi manusia sahaja. Jika arak begitu baik dan bermanfaat untuk manusia, kenapa tidak hidangkan sahaja dalam pesawat atau terus galakkan ibu-ibu mengandung mengambil arak.  

Justeru, sudah sampai masanya kerajaan yang diterajui PN melihat isu arak ini dengan serius. Buktikan bahasa PN benar-benar mendengar suara akar umbi dan menjuarai isu rakyat. Nyawa mereka yang terkorban tidak boleh digantikan dengan keuntungan cukai arak. Hanya orang yang merasai kehilangan yang benar-benar dapat menceritakan berbanding dengan kita yang hanya melihat dan membaca berita.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...