Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 Mei 2020

Dakwaan Rasuah, Polis Sahkan Khalid Samad Tak Terlibat.

POLITIK | Portal Malaysiakini melaporkan polis tidak akan menyiasat Khalid Samad atas dakwaan rasuah yang dikaitkan ke atas pegawai bekas Menteri Wilayah itu.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Mohd Zakaria Ahmad dipetik sebagai berkata Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak terlibat dalam perkara tersebut.

Kes ni tak ada kena mengena dengan (bekas) menteri berkaitan.

“Jadi, tak ada sebab untuk pihak polis panggil dia," katanya dalam laporan itu.

Sebelum ini beberapa media tempatan melaporkan Azli Yusuf ditahan polis pada 16 mei kerana didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Laporan itu juga menyebut Khalid Samad akan dipanggil bagi membantu siasatan. Khalid seterusnya menjelaskan di Twitternya, Azli ditahan dan disiasat polis berdasarkan aduan daripada sebuah syarikat arkitek yang mendakwa menerima Arahan Pembangunan (DO) palsu daripada seorang "broker".

Khalid juga mendakwa broker berkenaan menggunakan nama Azli yang dikatakan telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya. Khalid seterusnya berkata pihaknya akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dengan adil.

Rentetan dari insiden itu, Najib dan pro PN kemudiannya menyindir Khalid dengan menyebarkan beberapa gambarnya bersama individu yang didakwa menjadi broker dan membayangkan bekas menteri itu berkemungkinan tidaklah 'bersih'. - 29 Mei 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...