Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 Mei 2020

Menteri PPBM Dilapor Akan Umum Letak Jawatan Hari Ini.

Politik | Portal Suara TV melaporkan seorang menteri dari PPBM akan membuat sidang media bagi mengumumkan perletakan jawatan.

Nama menteri itu tidak disebutkan. PPBM ketika ini berpecah teruk dengan dua kem utama, iaitu proksi Tun dan proksi TSMY.


Proksi Tun enggan bekerjasama dengan UMNO Najib dan menjangkakan PPBM akan terkubur pada GE15 memandangkan UMNO sama sekali tidak akan berkompromi dalam soal pembahagian kerusi.

Semua seat PPBM adalah seat tradisi UMNO. Dan UMNO tak punya sebab untuk serahkan seat itu kepada PPBM kerana ini hanya akan mengecilkan penguasaan parti itu dalam Parlimen dan gabungan akan datang.

Sebelum ini spekulasi bertiup kencang 3 menteri dan seorang timbalan menteri telah uturn dari menyokong PN kepada menyokong PH kembali.

Spekulasi itu juga hadir bersama angka 129 dan melihatkan kepada respon cybertroopers UMNO di sosial media, ia juga tak boleh dianggap sebagai dakwaan tak berasas. Beberapa kumpulan cytro telah mula melancarkan gerakan bubar parlimen kerana tidak mahu melihat PH kembali menjadi kerajaan.

Reaksi bercampur baur turut diperlihatkan ke atas penyokong PH. Ada yang gembira dengan perkembangan itu. Dan ada juga yang mempersoalkan tindakan PH menerima semula katak-katak yang mengkhianati mandat rakyat.

Sesetengahnya turut mempersoalkan jika Tun kembali menjadi Perdana Menteri. Dan ada yang lebih rela menjadi pembangkang kerana merasakan ia bukan masa yang sesuai untuk PH kembali memerintah memandangkan lebih lama PN memerintah lebih dapat membuktikan bagaimana agama dan kaum digunakan oleh pihak tertentu sewaktu menjadi pembangkang bagi memecahkan kestabilan masyarakat.

Selain itu sentimen anti DAP juga boleh dimuktamadkan dengan mendesak kerajaan haramkan DAP dan tangkap pemimpin DAP yang didakwa korup. 

Kegagalan berbuat dua perkara ini sahaja membuktikan semua tuduhan ke atas DAP adalah fitnah terancang memandangkan kerajaan sekarang berkuasa penuh mengambil sebarang tindakan perundangan ke atas DAP yang dituduh ibu segala kejahatan. Undang-undang negara kita menghukum orang jahat. Kerana DAP jahat sudah tentulah boleh dihukum. 

Isu-isu di atas hanya dapat disedari secara realiti dan fakta ke atas pihak yang suka membuat tuduhan rambang.

Oleh kerana itulah reaksi penyokong PH juga tidak senada dalam melihat perkembangan terbaru ini. - 29 Mei 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...