Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 Julai 2019

Pelik Sungguh, Video Disahkan Tulen Tapi Pelaku Tak Dikenali - Shahbudin Husin.

SHAHBUDIN HUSIN | PELIK SUNGGUH, VIDEO DISAHKAN TULEN TAPI PELAKU TAK DAPAT DIKENALI.

Kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang mengesahkan video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali adalah tulen, tetapi pelakunya tidak dapat dikenali, hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya dalam kepala rakyat jelata.


Dalam kenyataannya, Abdul Hamid berkata, ketulenan video itu adalah hasil analisis CyberSecurity.

“Kebarangkalian video tersebut tulen adalah tinggi.

“Hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan,” kata Abdul Hamid dalam satu kenyataan, petang semalam.

Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum ini mengakui beliau adalah lelaki dalam video yang tersebar itu, sambil mendakwa pasangannya adalah Azmin.

Haziq kini sudah diberhentikan sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama serta dipecat daripada PKR. Jawatannya ketika dipecat ialah Ketua AMK Santubong, Sarawak.

Berdasarkan perbualan rakyat dan respon di media sosial, ramai yang tidak dapat menerima apa yang dinyatakan Abdul Hamid itu.

Kata mereka, bagaimana video itu boleh disahkan tulen, tetapi dalam masa yang sama pelakunya tidak dikenalpasti?

Bukankah kedua-duanya saling berkaitan dan tidakkah polis ingin menjalankan siasatan lebih mendalam?

Apakah kenyataan IGP ini tidak lebih hanya bertujuan melindungi seseorang dan kerana adanya arahan daripada pihak atasan?

Kata mereka, adalah pelik apabila pihak berkuasa yang memiliki segala peralatan canggih masih gagal mengesan pelaku video tersebut, sedangkan mata rakyat biasa pun tidaklah sukar mana menelah siapa pelakunya.

Persoalan lain yang ditimbulkan ialah apakah kedua-dua pelaku dalam video itu gagal dikenalpasti atau salah seorang daripadanya saja yang tidak diketahui?

Jika kedua-duanya tidak dapat dikenalpasti, apakah kes ini akan ditutup begitu saja selepas ini?

Atau jika salah seorang daripada dapat dikenalpasti dan seorang lagi tidak, maka apakah pelaku yang dikenalpasti itu akan didakwa di mahkamah dan yang seorang lagi akan bebas begitu saja?

Kalau ini yang berlaku, di manakah keadilan, walhal hubungan seks mesti melibatkan perlakuan dua orang manusia?

Dalam waktu yang sama, tidak kurang yang mempertikaikan bahawa sekiranya pihak polis gagal mengesan pelaku dalam video yang berbentuk HD, bagaimanakah selama ini mereka menangkap penjenayah yang hanya dirakam melalui CCTV yang lebih kabur gambarnya?

Apakah mencari penjenayah yang dirakam melalui CCTV yang kabur lebih mudah berbanding mengenalpasti pelaku dalam video berbentuk HD?


Apa pun, di sebalik kenyataan IGP semalam, selain ia menimbulkan lebih banyak tanda tanda, tidak kurang yang melihatnya sebagai satu lagi lawak jenaka Malaysia Baru.

Najib Dakwa PH Yang Guna Duit Tuntutan Bayaran Balik GST..

Najib Razak | Ini menarik.
Lampiran ini adalah penjelasan dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Ahmad Badri yang diberi kepada PAC untuk isu wang tuntutan balik GST. (muka surat 215).

Datuk Ahmad Badri yang dilantik sebagai KSU Perbendaharaan oleh kerajaan PH menjelaskan:

1. Baki wang GST dalam akaun kerajaan setakat 1 Jun 2018 adalah RM22.85 bilion iaitu lebih tinggi dari jumlah keseluruhan wang tuntutan GST sebanyak RM19.4 bilion.

2. Bermakna ianya cukup untuk membayar semua tuntutan GST. Wang GST tak hilang atau disalahgunakan. Malah, bakinya adalah lebih dari jumlah tuntutan GST.

3. Tiada keperluan untuk membayar seluruh tuntutan RM19.4 bilion pada masa itu kerana tuntutan masih dalam siasatan dan semakan.

Saya tertarik kepada soalan Ahli Parlimen PH Willie Mongin yang bertanya jika wang tak hilang dan cukup untuk bayar, kenapa mereka perlu adakan siasatan PAC?

Saya boleh jawab.

Apa yang sudah berlaku ialah baki RM22.85 bilion itu telah digunakan oleh kerajaan PH untuk menampung 3 bulan tax holiday di mana tiada hasil dari kutipan GST atau SST serta untuk menampung perbezaan dari hasil SST yang jauh lebih rendah berbanding hasil GST.

Saya juga perhatikan dalam laporan PAC bahawa tiada rekod kerajaan PH membayar balik satu sen wang tuntutan GST dari bulan Mei 2018 selepas mereka ambil alih kerajaan sehingga akhir tahun 2018.

Sepatutnya, tuntutan GST untuk April dan Mei 2018 dibayar balik pada bulan Mei dan Jun 2018 tetapi PH tak bayar satu sen pun.

Sebenarnya, pihak yang telah salahgunakan wang tuntutan GST adalah kerajaan PH - bukan BN.

Tetapi Guan Eng cuba salahkan kerajaan BN dahulu dengan menuduh kita rompak duit GST.

Ianya juga digunakan sebagai alasan oleh mereka untuk menjarah RM82 bilion dari PETRONAS.

PH sudah habiskan baki wang GST RM22.85 bilion itu

Tapi PETRONAS dijarah untuk cover balik.

Lepas itu, nak tuduh BN pulak.

Oleh kerana penipuan Guan Eng yang nak menutup penyalahgunaan baki wang GST RM22.85 bilion, 13 ahli parlimen serta pegawai-pegawai atasan kerajaan perlu menghabiskan masa untuk bermesyuarat dan mengeluarkan laporan PAC ini.
Oleh kerana Guan Eng ini, satu Malaysia telah ditipu.

Oleh kerana pembohongan Guan Eng, parlimen kita menjadi kecoh beberapa kali.

Itulah sebab Dewan Rakyat di bawah kerajaan PH telah menolak usul untuk laporan PAC GST ini didebat.

Kalau didebat, Guan Eng akan sangkut dan pembohongan mereka akan lebih ternyata. - 20 Julai 2019.

Polis Banyak Buang Masa Siasat Video Semburit - KPN.

The Malaysian Insight | POLIS banyak membuang masa apabila terpaksa menyiasat rakaman seks dua lelaki yang tersebar lebih sebulan lalu, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador. 


Katanya, masa banyak terbuang itu kerana kes itu bersifat politik.

“Semua ini politik. Saya digesa dari hari pertama untuk sahkan ketulenan video.

“Sekarang selepas disahkan, saya dituduh buat kenyataan politik,” katanya, seperti dipetik The Star Online.

Hamid turut mengingatkan parti politik supaya tidak mengheret pihak lain dalam konflik dalaman mereka.

“Saya seru kepada mereka kalau nak berpolitik biarlah di dalam kancah perimeter mereka sendiri, jangan limpahkan ke luar menyebabkan orang ramai rasa terbeban,” katanya.

Kelmarin, Hamid mengesahkan siasatan polis mendapati rakaman seks yang tersebar adalah tulen tetapi sukar untuk mengaitkannya dengan mana-mana individu seperti didakwa.

Pada 11 Jun lalu, tiga klip rakaman seks yang menunjukkan dua lelaki berhubungan intim itu mula tersebar melalui WhatsApp.

Seorang ahli PKR, Haziq Abdullah Abdul Aziz kemudian membuat pengakuan beliaulah lelaki dalam rakaman itu dan menuduh Timbalan Presiden parti Mohamed Azmin Ali pasangannya.

Azmin keras menafikan tuduhan dan menyifatkannya sebagai perancangan jahat untuk memusnahkan masa depan politiknya.

Penyebaran rakaman seks itu mencetuskan krisis dalam PKR apabila pendukung Azmin mendakwa Anwar Ibrahim selaku presiden parti tidak mempertahankan timbalannya.

Kelmarin, 28 ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR termasuk wakil rakyat membuat kenyataan bersama meminta Anwar menunjukkan kepimpinannya dalam menghadapi fitnah terhadap pemimpin parti.

Semalam, semasa merasmikan permukiman PKR di Port Dickson, Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad pemimpin parti komponen supaya berhenti bertelagah sesama sendiri sehingga boleh menyebabkan mereka hilang kuasa.

Beliau mengingatkan bahawa mandat yang rakyat beri dalam pilihan raya umum setahun yang lalu adalah untuk membetulkan negara dan bukannya untuk terus berebut mendapatkan kuasa. – 20 Julai 2019.

Jual, Pajak, Pinjam, Tipu, Fitnah, Itulah Kekuatan PH - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | i) Bukan jual. Pajak!

Khazanah jelaskan mereka bukan jual kepentingan 3.45% mereka dalam Bank CIMB dengan harga RM1.7 bilion seperti yang dilaporkan oleh The Edge semalam.
"Dana harta negara itu dalam satu kenyataan hari ini berkata saham-saham tersebut dipindahkan menurut perjanjian pemberian pinjaman sekuriti yang dimeterainya masing-masing dengan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd, Credit Suisse Securities (Europe) Limited dan J.P. Morgan Securities PLC berkaitan dengan bon boleh tukar yang diterbitkan baru-baru ini." https://www.malaysiakini.com/news/484209

Pendek kata, Khazanah sudah pajak kepentingan 3.45% Bank CIMB semalam untuk mendapat pinjaman.

Ini berbeza dengan kepentingan saham CIMB bernilai RM364 juta yang benar-benar dijual pada akhir tahun lalu oleh kerajaan PH:

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/12/04/khazanah-sells-small-stake-in-cimb/

Jual, pajak, pinjam, tipu, fitnah.

Jual, pajak, pinjam, tipu, fitnah.

Itulah kekuatan kerajaan PH.

---
ii) Seperti yang saya tulis semalam, Media The Edge sahkan bahawa Khazanah telah membuat pinjaman sebanyak AS$500 juta (RM2.1 bilion) dalam matawang asing.
Pinjaman ini dibuat dengan menggunakan kepentingan saham 3.45% Bank CIMB bersamaan dengan 335.7 juta saham milik Khazanah sebagai pajakan.

Pinjaman ini tidak dikenakan apa-apa faedah (zero coupon) tetapi peminjam ada hak untuk menukar pinjaman ini kepada pembelian terus saham CIMB dengan harga RM6.14 satu saham.

Harga saham CIMB kini antara RM5.15 hari ini tetapi sebelum PRU14, adalah setinggi RM7.30.

Jika harga saham CIMB memulih kepada tahap sebelum PRU14, peminjam akan menukar pinjaman dengan harga RM6.14 satu saham dan menjualnya serta-pada harga RM7.30.

Peminjam bolehlah untung RM390 juta serta-merta dengan modal RM2 bilion.

Melainkan harga saham CIMB tidak ada peluang memulih ke atas RM6.14, realitinya ialah Khazanah telah menjual kepentingan 3.45% kepentingan saham CIMB dengan harga effektif RM2 bilion walaupun pada masa ini mereka mengumumkannya sebagai satu pinjaman dan bukan penjualan.
Macam ini:

a) Kalau harga saham CIMB memulih dan melebihi RM6.14, saham itu akan menjadi milik peminjam untuk dijual. Khazanah tak payah bayar balik pinjaman RM2 bilion itu.

b) Kalau harga tak memulih, Khazanah perlu bayar balik RM2 bilion dengan sepenuhnya. Saham CIMB dikembalikan kepada Khazanah.

Disember 2018 lalu, Khazanah telah jual saham CIMB bernilai RM364 juta.

Minggu ini pula jual lagi saham CIMB bernilai RM2 bilion.

Jumaat, 19 Julai 2019

Asyraf Wajdi Cadang Anwar & Azmin Bersara Polis Selepas KPN Sahkan Video Tulen.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki | VIDEO SAH TULEN: ANWAR-AZMIN WAJAR BERSARA POLITIK
1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius senario pertelingkahan kepimpinan tertinggi negara yang dilihat begitu rakus berebut jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup membuka aib masing-masing melalui pendekatan politik jijik.


2. Jika disandarkan kepada rasional kenyataan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta YB Datuk Seri Azmin Ali meletakkan jawatan jika didapati video seks sejenis yang dikaitkan dengan beliau disahkan ketulenannya oleh pihak berkuasa, maka Anwar Ibrahim juga patut mengambil tanggungjawab yang sama.

3. Ini kerana Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga pada tahun 2011 telah mengeluarkan kenyataan ketika itu mengatakan hasil siasatan forensik video ‘china doll’ berkenaan dengan adegan seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim juga adalah tulen.

4. Kenyataan ini hampir serupa dengan kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador hari ini yang mengesahkan ketulenan video yang dikaitkan dengan Azmin Ali.

5. Hakikatnya lebih 20 tahun politik tanahair diwarnai dengan skandal politik yang jijik lantaran perbalahan dan perebutan kerusi PM yang semacam tiada kesudahan, sedangkan rakyat berterusan sengsara dek kerana ekonomi negara yang makin menghimpit.

6. Maka Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyarankan dan mendesak agar kedua-dua pemimpin, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpalit dengan skandal memalukan negara agar melepaskan jawatan dan bersara daripada politik!

7. Buat pimpinan Pakatan Harapan, Pemuda ingin ingatkan bahawa rakyat sudah memilih kamu untuk membela nasib mereka bukannya berebut jawatan dan harta rampasan lepas perang yang tiada penghujungnya sejak PRU 14 lalu. Jika tidak mampu menguruskan negara, bubarkan sahaja Parlimen dan serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih teraju kepimpinan yang baharu!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Kerajaan Terpaksa Ikat Perut & Jual Aset Yang Tak Bawa Hasil Kerana Tindakan Pemerintah Terdahulu..

A. Kadir Jasin | Kalau hari ini kerajaan persekutuan terpaksa jimat cermat, potong sana potong sini ia adalah pasal hutang yang kerajaan dulu tinggalkan terlalu banyak.


Hutang dalam tempoh peralihan di antara kerajaan BN dan PH adalah RM741 bilion. Kemudian kerajaan juga kena tanggung jaminan hutang RM349.8 bilion.

Campur semua jadilah RM1,090.8 bilion atau lebih satu trilion. Jadi betullah dakwaan kerajaan baru yang hutang dan jaminan hutang kerajaan lebih RM1 trilion.

Untuk beberapa tahun ke hadapan ini kita terpaksa ikat perut dan jual mana-mana harta yang tak bawa hasil atau boleh bawa hasil besar.

Sebagai contoh, manakala tanggungan hutang 1MDB sebanyak RM32.2 bilion, harta 1MDB hanya RM10 bilion. Kalau jual semua pun tak cukup. Pasal itulah kita kena tanggung.

Wallahuaklam.

Hutang Negara Terus Meningkat, Najib Persoalkan Kerajaan PH

Najib Razak | Dua minggu lalu, saya bongkar hutang terus negara dah cecah RM800 bilion.
Kerajaan PH membisu.

Penyokong PH pula kata saya bohong.

Sekarang, media The Edge juga sahkan..

Hutang terus dah cecah RM800 bilion.

Naik RM117 bilion kepada RM804 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017.

Bagaimanapun, The Edge memetik "sumber dalaman" dari kerajaan PH.

Lapor bahawa ini hanya keadaan sementara. Akan turun pada akhir tahun.

Kerana kerajaan sedang cari jalan untuk kurangkan. (apa lagi? Jual aset negara dan jarah PETRONAS serta BNM lagi lah)

The Edge juga cuba pertahankan kerajaan.

Kata saya betul dengan dakwaan RM800 bilion itu kerana saya lebih faham hutang negara.

Kerana saya juga pernah menaikkan hutang negara.

Mereka kata hutang negara naik dari RM398.6 bilion dari akhir tahun 2008 sehingga tahun akhir bulan Mac tahun 2018.

Perlu dijelaskan bahawa kenaikan ini ialah dalam tempoh 9 1/4 tahun ataupun purata kenaikkan RM43 bilion setahun.

Defisit bajet juga turun untuk 8 tahun berturut-turut.

Tapi PH naikkan hutang negara RM117 bilion itu dalam masa begitu singkat sahaja. Defisit bajet juga jauh lebih tinggi.

RM117 billion itu hampir 3 kali ganda RM43 bilion purata masa BN.

Belum masuk lagi PH angkat RM82 bilion dari PETRONAS.

The Edge tak cerita ini pulak.

Tidak boleh dinafikan hutang naik masa saya PM.

Tapi;

- aset negara bertambah dengan jauh lebih tinggi,

- ekonomi terus berkembang pada kadar yang tinggi,

- kita sering dinaikkan penarafan kredit.

- bantuan rakyat bertambah setiap tahun,

- dividen-dividen tabung dan dana rakyat tinggi,

- pasaran saham menjadi paling tinggi 
dalam sejarah.

Kini, PH pula naikkan hutang dengan kadar jauh lebih pantas tapi:

- aset-aset negara dijual secara lambak,

- bantuan dipotong ekonomi merudum, 

- Petronas dijarah, dividen-dividen tabung dan dana rakyat paling rendah dalam sejarah; dan 

- negara sering diturunkan penarafan kredit. Petronas pun terkena.

- pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia.

Yang itu, The Edge tak lapor pulak?

https://www.theedgemarkets.com/article/state-nation-what-rm800-bil-direct-government-debt-means

Khamis, 18 Julai 2019

Penasihat Menteri Ekonomi Sarankan Anwar Ibrahim Bersara.

KHALID JAAFAR | Mereka yang tinggal dalam rumah kaca jangan melempar batu pada orang lain. Begitulah kata orang bijak bistari. Anwar Ibrahim seperti lupa kata-kata ini. Apatah lagi budak-budak beliau. Mereka mungkin tidak pernah mendengarnya. 


Anwar dan budak-budaknya seakan-akan bermain politik sebagai satu perjudian. ‘Up the ante’ adalah istilah permainan poker. Inilah yang dilakukan Shamsul Iskandar bila dia ‘menasihati’ Azmin Ali untuk bercuti.

Anwar yang ketagih kerusi Perdana Menteri telah sekali lagi melakukan ‘tactical blunder’ dengan mengulangi saranan Shamsul. Bola tanggung buat Azmin Ali. Menjawab dengan tenang soalan wartawan, Azmin berkata : “Read my lips, tell him to look at the man in the mirror.”

Maka terburailah kembali kisah video china doll yang sudah hampir dilupakan. Ketua Polis Negara ketika itu mengatakan hasil siasatan forensik video tersebut adalah tulin. Nah, apakah Anwar masuk perangkap Shamsul Iskandar? Kejituan dari saranan Ketua Penerangan itu adalah Anwar perlu melepaskan jawatan kepresidenan parti KEADILAN.

Dalam tahun-tahun 1990an dia menggambarkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke 5. Menjelang PRU14, beliau digembar gemburkan sebagai Perdana Menteri ke 7. Selepas PRU14, pastilah Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke 8 yang kononnya sudah ada perjanjijian. Hanya sejengkal sahaja lagi dari kerusi Perdana Menteri.

Walaupun hanya tinggal sejengkal Anwar tidak sabar. Dia bimbang ada orang yang akan memintasnya. Dia pun melempar orang yang dia sangka saingannya dengan batu. Dia tidak sedar dia tinggal dalam rumah kaca.

Atau seperti permainan dam ular dan tangga, Anwar hanya tinggal dua mata untuk sampai ke garisan penamat. Malangnya di mata terakhir sebelum di garis penamat, dia ditelan ular. Maka jatuhlah semula kegarisan permulaan. Umur sudah lanjut, perjalanan kembali jauh. Seeloknya Anwar Ibrahim bersara sahajalah dari politik. - 18 Julai 2019.

Kelibat Menteri & Timbalan Menteri Di Pusat Operasi Penyebaran Rakaman Video..

UTUSAN ONLINE | Ketika pertelagahan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memuncak ekoran isu video seks sejenis, kini timbul pula desas-desus benarkah terdapat penglibatan Menteri dan Timbalan Menteri di sebalik penyebaran video yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.


Persoalan itu dikatakan timbul selepas polis dipercayai berjaya menemukan ‘pusat operasi’ kepada penyebaran video berkenaan yang turut dipercayai digunakan untuk merakamkan video pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum ini, di mana dalam pengakuan tersebut dia juga mendesak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Mohamed Azmin.

Menurut sumber Pakatan Harapan (PH) Selangor, ada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan di ‘pusat operasi’ tersebut tetapi sama ada mereka mempunyai kaitan dengan penyebaran video seks sejenis itu masih menjadi tanda tanya.

“Saya dimaklumkan ada rakaman CCTV yang memperlihatkan kelibat Menteri dan Timbalan Menteri di premis itu, soal siapa Menteri dan Timbalan Menteri itu dan apakah benar mereka terlibat kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat serta mendedahkannya,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Bagaimanapun, usaha Utusan Online untuk mendapatkan pengesahan polis mengenai serbuan di ‘pusat operasi’ tersebut masih belum berjaya kerana pihak polis agak berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan buat masa ini.

Setakat ini, polis sudah menahan sembilan individu termasuk Haziq Abdullah dan Setiausaha Politik kepada Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, serta difahamkan turut menyiasat salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor bagi mengenal pasti dalang utama pembikinan dan penyebaran video seks sejenis tersebut.

Anwar bagaimanapun tegas menafikan tuduhan bahawa beliau dalang utama penyebaran video tersebut, manakala Mohamed Azmin pula menafikan penglibatan dalam aksi seks berkenaan dengan menuduh ia fitnah jahat yang dilakukan pihak dalaman parti bagi tujuan menjatuhkannya.

Namun, semalam, Presiden dan Timbalan Presiden PKR itu, yang pernah suatu ketika dahulu begitu akrab saling berbalas kenyataan secara terbuka, dengan Anwar meminta Mohamed Azmin meletak jawatan jika video tersebut tulen dan kemudiannya dibalas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu agar Anwar cerminkan diri terlebih dahulu. - 18 Julai 2019.

Speaker Sahkan Anak Bekerja Dengan Guan Eng Tapi Nafi Bertindak Bias..

POLITIK | Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof menafikan beliau bertindak tidak adil atau dipengaruhi dengan sentimen ketika membuat "ruling" ke atas Lim Guan Eng semalam. 



Pembangkang sebelum ini membuat usul agar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dirujuk ke JawatanKuasa Hak & Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan mengelirukan dewan dengan mendakwa BN merompak wang GST ketika berucap di Parlimen tahun lepas.

Menurut pembangkang, kenyataan Lim Guan Eng bercanggah dengan laporan PAC yang dikeluarkan pada 15 Julai 2019, yang mana mengesahkan wang tersebut tidak hilang sebaliknya dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Yang Disatukan.

Speaker bagaimanapun membuat ruling Lim Guan Eng tidak perlu dirujuk memandangkan laporan PAC juga mengesahkan terdapatnya perlanggaran amalan (akta GST) ketika wang GST diuruskan.

Di sosial media kemudiannya, netizens membuat pendedahan anak lelaki kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof bekerja dengan Menteri Kewangan Lim Guang Eng.

Mereka membayangkan perkara itu mungkin mempengaruhi pertimbangan Speaker ketika membuat ruling ke atas kenyataan Lim Guan Eng.

“Ini bukan perkara yang saya sorok-sorokkan. Tapi anak saya dah 31 atau 32 dan dia bebas bekerja dengan siapa-siapa saja.

"Saya rasa ini bukan penting. Yang penting saya bertindak bebas, tak dipengaruhi sesiapa sekali pun.

“Saya tak ambil pusing perkara ini. Ini normal,”
katanya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri ketika bertanyakan Speaker mengenai hal itu.

Speaker juga mengesahkan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang akan mempertikaikan keputusannya terhadap Lim Guan Eng kelak. - 18 Julai 2019.

Rabu, 17 Julai 2019

Ringkasan Butiran Transaksi Kad Kredit Najib Razak Yang Terkait Skandal SRC - 1MDB.

BICARA NAJIB | Pada 15 Julai 2019, saksi pendakwaraya ke 47, Naib Presiden Kanan Ambank, Yeoh Eng Leong, 58, mendedahkan dua kad kredit milik Najib Razak digunakan untuk membelanjakan RM3.3 juta dalam masa satu hari, di De Grisogono, butik barang kemas mewah, di Itali pada 2014.


Selain itu Yeoh turut mengesahkan beberapa butiran pembayaran lain yang menggunakan kad kredit Najib Razak dimana butirannya adalah seperti berikut; 

👉 Pada 8 Ogos 2014 di De Grisogono Store;

Kad Visa Platinum.

1. Euro 100,000 (RM440,928.71)
2. Euro 3,500 (RM50,432.50) 


Pada 13 Ogos 2014;

Kad Master Platinum

1. Euro 100,000 (RM433,986.28)
2. Euro 100,000 (RM433,986.28)
3. Euro 50,000 (RM216,993.14)
4. Euro 100,000 (RM433,986.28)
5. Euro 100,000 (RM433,986.28)
6. Euro 100,000 (RM433,986.28)
7. Euro 100,000 (RM433,986.28)
8. Euro 10,000 (RM43,398.62)


👉 RM449,586.95 ribu untuk kad Visa Platinum

👉 RM2.8 juta untuk kad Master Platinum

Pada 22 Disember 2014;

👉 Kad kredit Master Platinum digunakan di Chanel Store Honolulu, Amerika Syarikat sebanyak : RM466,330.11.

Pada 4 Januari 2015;

👉 Kad kredit Master Platinum digunakan di Shangrila Hotel Bangkok, Thailand sebanyak : RM127,017.46.

Kesemua bayaran di atas adalah dari akaun semasa AmBank Datuk Seri Najib Razak dengan tiga nombor berakhir 880. - 17 Julai 2019.

FELDA Hadapi Masalah Kewangan, Tak Mampu Beri Biasiswa Pelajar Cemerlang.

SOSMED | Tular satu surat yang merujuk jawapan FELDA kepada pemohon biasiswa Dana Khas Pelajar Cemerlang ke luar negara. 


Menurut surat jawapan yang bertarikh 21 Jun 2019 itu, pemohon tidak diberikan biasiswa tersebut kerana FELDA menghadapi masalah kewangan.

"Adalah dimaklumkan, Dana Khas Pelajar Cemerlang Ke Universiti Luar Negara FELDA (DKPCLNF) telah diwujudkan pada tahun 2006 bagi membantu dan memberi peluang Generasi Baharu FELDA melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara.

Namun pada tahun 2019, FELDA tidak dapat meneruskan pembiayaian pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda ke luar negara bagi kesemua pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM disebabkan kekangan kedudukan kewangan yang sedang dialami oleh FELDA,"
tulis surat itu.

Surat yang disebarkan oleh halaman Najib Razak itu bagaimanapun melaporkan biasiswa anak FELDA ditamatkan.

"Biasiswa untuk anak-anak Felda ditamatkan.

Kalau dulu, kita membantu rakyat. Rakyat kroni saya.

Hari ini rakyat diketepikan PH.

Mungkin Ikon Felda atau kroni-kroni Putrajaya dapat bantu membela nasib mereka,"
kata Najib Razak.

FELDA belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjawab dakwaan itu setakat ini. - 17 Julai 2019.

Dulu Saya Dah Pernah Dedah Keborosan Najib Membeli Belah Di De Grisogono - Rafizi.

RAFIZI RAMLI | Najib Belanja RM3.3 juta Membeli Belah
Beberapa tahun lalu, saya tampil mendedahkan bagaimana Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Najib Razak membelanjakan sejumlah RM3.28 juta membeli barang kemas mewah di gedung De Grisogono.


Pembelian itu dibuat menggunakan kad kredit peribadinya, yang kemudian dibayar menggunakan wang rakyat dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Beberapa tahun sebelum itu, jaguh penyatuan ummah Umno-PAS itu telah meluluskan rompakan wang rakyat dari tabung pencen kepada anak syarikat 1MDB yang menjadi tabung peribadinya.

Semua ini saya dedahkan secara bersiri sejak tahun 2014.

Pendedahan saya mengenai keborosan Najib membeli belah barang kemas mewah di De Grisogono itu disiarkan pada 3 Mei 2017, seperti di bawah:
https://rafiziramli.com/2017/05/sprm-perlu-sahkan-senarai-penerima-dana-src-yang-masuk-dari-akaun-peribadi-dato-seri-najib-tun-razak/

Minggu ini, maklumat secara terperinci yang saya dedahkan dua tahun lalu kini menjadi bahan bukti rasmi di mahkamah.

Selama bertahun-tahun, penyokong Umno menjadi kuda tunggangan Najib dengan menjerit fitnah setiap kali bukti penyelewengan dibentangkan.

Kata mereka, semua ini direka oleh Rafizi untuk memfitnah Najib.

Mereka tidak kisah yang Najib tidak saman saya atas pendedahan-pendedahan ini.

Mereka hanya tahu menjerit fitnah.

Kata mereka, kalau ada bukti, bentangkanlah di mahkamah.

Kini, semua bukti dibentangkan satu persatu di mahkamah. Tepat seperti yang pernah saya dedahkan selama ini.

Tapi saya tahu penyokong bawahan Umno akan terus menjadi kuda tunggangan Najib dan akan terus menjerit fitnah, walaupun bukti itu terbentang di depan mata.

Malah, Najib sekarang ada lebih banyak kuda yang boleh ditunggangnya untuk menutup kes jenayah penyelewengan yang dihadapinya.

Tidak cukup dengan kuda-kuda dari Umno, dia sekarang juga berjaya menggunakan kuda-kuda dari PAS untuk menjerit fitnah setiap kali bukti penyelewengannya dikemukakan.

Maka selepas ini bertempiklah kuda-kuda penyatuan ummah PASU (PAS dan Umno) menjerit fitnah, walaupun satu persatu bukti terus dibentangkan.

Mereka yakin kerana kononnya orang Melayu paling ramai, dengan memainkan api perkauman, mereka akan dapat undi Melayu dan akan menjadi kerajaan balik, yang seterusnya memberi nyawa kepada Najib.
Kira-kira politik itu ada logiknya, tetapi tidak semestinya tepat.
Benar orang Melayu adalah pengundi paling ramai.

Tetapi bukan semua orang Melayu adalah kuda yang boleh ditunggang oleh seorang bekas Perdana Menteri yang mahu menyembunyikan jenayahnya dengan menghasut api perkauman.

In Sha Allah, akan ada cukup orang Melayu yang memahami bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan watak Najib yang sebenarnya.

Biarlah kuda-kuda PASU terus menjerit fitnah.

Semoga mata dan hati kita tidak ditutup dari melihat kebenaran.

Dalang Video Semburit : Setiausaha Politik Anwar Ditahan Bagi Membantu Siasatan.

POLITIK | Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disahkan antara yang ditahan bagi membantu siasatan polis terhadap penyebaran rakaman seks dua lelaki yang dituduh melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali. 

Farhash dilaporkan ditahan bersama dua yang lain ketika berada di Johor. Dua individu yang berumur 28 dan 34 itu bagaimanapun tidak dinamakan Malay Mail dalam laporan tersebut. Namun di sosial media, salah seorang individu yang ditahan bersama Farhash dikatakan bernama Yuvaraj. Lokasi yang menjadi perbincangan untuk membongkarkan rakaman sulit itu pula berlaku di sebuah rumah di Jalan Ampang.


Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian melaporkan Farhash direman empat hari, sehingga sabtu.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"Saya sahkan dua individu itu direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes video tersebut.

"Seorang lagi lelaki yang juga ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan selepas keterangannya diambil,"
katanya.

Setakat ini polis telah menahan sembilan individu termasuk Haziq bagi melengkapkan siasatan dalang penyebar video lucah.

Pada Ahad, polis menahan enam orang termasuk Haziq Abdullah Abdul Aziz, bekas ketua Pemuda PKR Santubong yang mengaku beliau adalah lelaki dalam rakaman seks itu dan mendakwa berhubungan intim dengan Azmin.

Ini adalah kali kedua Haziq disiasat selepas ditahan semalaman sebulan yang lalu.

Polis memberitahu media tempatan, rakaman seks antara dua lelaki yang tersebar lima minggu lalu dipercayai didalangi pemimpin PKR sendiri.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga berkata pihak polis menyiasat segenap aspek termasuk dakwaan penglibatan seorang wakil rakyat di Selangor dalam kes penyebaran rakaman seks itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan perintah reman enam hari terhadap Haziq manakala lima yang lain yang ditahan bersamanya sejak Ahad lalu dijangka dibebaskan esok. – 17 Julai 2019.

Selasa, 16 Julai 2019

Pemimpin Berdepan Siasatan Harus Bercuti.

KENYATAAN MEDIA | Pemimpin Berdepan Siasatan Harus Bercuti

Kemusykilan ramai berhubung proses penyiasatan polis yang sekarang ini beralih kepada penyebaran video lucah dan bukannya ketulenan video yang melibatkan seorang Menteri seharusnya merupakan satu peringatan bahawa rakyat masih meragui tahap kebebasan agensi penguatkasaan negara walaupun sudah lebih setahun kerajaan bertukar. 


Keraguan masyarakat ini akan menjadi lebih parahsekiranya pihak berkuasa dilihat ataupun disyaki membuat siasatan bagi tujuan melindungi individu-individu yang berkuasa. 

Di dalam semangat Malaysia Baharu semua pihak terutamanya pemimpin politik dan penjawat awam perlu bertanggung jawab membantu mengembalikan keyakinan umum kepada agensi penguatkuasaan negara terutamanya kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara disamping melindungi integriti dan kebebasan mereka untuk menjalankan tanggungjawab dengan bebas dan adil. 

Justeru itu, pemimpin-pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan salah laku boleh membantu agensi penguatkuasaan kita dengan sekurang-kurangnya bercuti sementara dari menjalankan tugas rasmi sehingga siasatan ke atas mereka selesai dijalankan sepenuhnya. 

Tindakan ini penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bebas dan adil serta menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin-pemimpin ini tidak cuba berselindung di sebalik jawatan tinggi, kedudukan di dalam parti apatah lagi di belakang Perdana Menteri sebagai perisai pertahanan mereka. 

Mengambil contoh jika seseorang pegawai kerajaan yang berhadapan dengan siasatan pihak berkuasa, beliau akan dilepaskan dari tugasan hakiki buat sementara waktu dan jika didakwa di mahkamah, beliau akan digantung tugas serta-merta. 

Justeru, atas prinsip hak kesaksamaan dan kesamarataan dibawah undang-undang menyatakan bahawa anggota pentadbiran termasuk para menteri dan exco-exco negeri sekurang-kurangnya diberikan layanan yang sama ataupun lebih tegas. 

Saya juga ingin mengingatkan bahawa jasa bakti serta kedudukan penting seseorang itu tidak boleh mengaburi kedaulatan undang-undang. Undang-undang harus "buta" dari ketidak-adilan apatah lagi memilih bulu. 
Atas sebab-sebab tersebut serta bagi memastikan integriti pihak PDRM dan SPRM sentiasa terpelihara, sudah tiba masanya untuk anggota pentadbiran untuk berpegang kepada prinsip yang dilaungkan mereka.

Saya menyeru agar pemimpin-pemimpin yang didakwa terlibat dengan salahlaku agar bercuti secara sukarela bagi memberi laluan kepada siasatan dijalankan secara sepenuhnya. 

YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan 
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Banyak Permohonan Tanah DBKL Secara Jualan Terus Selepas Ku Nan Jadi Menteri

BERNAMA | Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa selepas Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 2013, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima banyak permohonan daripada pihak pemaju untuk membeli tanah milik DBKL secara 'outright sales’ (jualan terus) yang dikemukakan melalui bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.


Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib, 65, ketika membacakan penyataan saksinya berkata penjualan tanah secara 'outright sales' bukanlah satu kebiasaan kepada DBKL.

“'Outright sales' ini bermaksud penjualan tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur secara terhad kepada pihak pemaju untuk projek-projek tertentu umpamanya Projek Rumah Mampu Milik.

“Sebelum ini, konsep pembangunan di atas tanah DBKL adalah melalui konsep Perjanjian Usahasama di antara pihak DBKL dengan pihak pemaju,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim pada hari ketujuh perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan.

Ahmad Phesal yang kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia berkata bagi mencapai sasaran Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membina sebanyak 80,000 unit Rumah Mampu Milik di Kuala Lumpur, Tengku Adnan mengarahkan supaya DBKL mengenal pasti tanah milik DBKL yang berpotensi untuk didirikan rumah mampu milik tersebut.

Saksi pendakwaan ke-18 itu berkata memandangkan penjualan tanah milik DBKL secara 'outright sales' adalah perkara yang baharu pada ketika itu, maka pihak DBKL tidak ada satu Prosedur Operasi Standard (SOP) bertulis untuk tatacara penjualan tanah milik DBKL secara 'outright sales'.

Namun, Ahmad Phesal berkata DBKL melaksanakan 'outright sales' berasaskan kepada apa-apa dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

“Penjualan secara 'outright sales' boleh memberikan pulangan kepada DBKL dengan lebih cepat kerana pihak DBKL tidak mempunyai tanggungjawab dan obligasi secara langsung ke atas tanah yang dijual selepas pembayaran penuh dibuat oleh pemaju dan pindah milik tanah telah selesai.

“Selain itu, DBKL dapat mengenal pasti syarikat yang membuat pembelian 'outright sales' adalah syarikat yang berkemampuan dan berwibawa serta diyakini boleh menyempurnakan projek mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya yang memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh tiga tahun bermula 18 Julai 2012.

Menyentuh mengenai prosedur atau amalan penjualan tanah DBKL secara 'outright sales' Ahmad Phesal berkata proses itu bermula dengan permohonan oleh pihak pemaju untuk membeli dan membangunkan mana-mana tanah milik DBKL melalui surat yang telah dihantar oleh pemaju kepada Menteri Wilayah Persekutuan (Tengku Adnan) untuk sokongannya.

Beliau berkata tanah tersebut dikenal pasti oleh pemaju sendiri melalui carian rasmi yang dibuat oleh pihak pemaju di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG).

“DBKL tidak pernah membuat apa-apa iklan untuk mempelawa mana-mana orang untuk membeli mana-mana tanah milik DBKL,” katanya.

Menjawab soalan peguam Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili Tengku Adnan, sama ada projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RUMAWIP KL) itu adalah satu projek yang berjaya bagi pihak DBKL, Ahmad Phesal menjawab "Saya berpandangan projek itu penting dan berjaya kerana ia dasar kerajaan pada masa itu untuk menjual rumah mampu milik kepada penduduk berpendapatan rendah bawah RM3,000”.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Tan bahawa Tengku Adnan merupakan seorang menteri yang prihatin terhadap keperluan warga kota dengan menyediakan rumah mampu milik untuk penduduk berpendapatan rendah.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan. - 16 JULAI 2019

Identiti Pelaku Semburit Ditentukan Di Mahkamah.

SOSMED | Undian online yang dilakukan oleh OhMedia di halaman Facebook mereka mendapati 82% pengguna memilih mahu tahu siapakah individu dalam video berbanding dalang. 


Setakat ini sebanyak 15,000 pengguna telah melakukan undian. Baki 18% pula memilih mahu tahu siapakah dalang penyebar video.

"Pelaku dah kenal, baik cari dalang min," kata Niezam.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata rakyat di negara ini mahu tahu kesahihan video intim bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu yang dikaitkan dengan timbalannya, Mohamad Azmin Ali.

Menurut beliau, rakyat juga turut mahu mengetahui dalang di sebalik penyebaran empat video intim berkenaan yang tular bulan lalu.

"Adahu tahu kedua dua benda itu," katanya kepada media.

Dalam perkembangan berkaitan PDRM mengesahkan sedang menyiasat dakwaan kononnya penyebaran video itu ada kaitan dengan ADUN Selangor.


Polis juga berkata pengesahan identiti pelaku dalam rakaman video semburit hanya akan dilakukan dalam mahkamah.


Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Huzir Mohamed ketika mengesahkan Agensi keselamatan siber nasional, CyberSecurity Malaysia, sudah menyerahkan laporan mereka kepada polis mengenai identiti dua lelaki yang dirakam berasmara di atas ranjang dan dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali. - 16 Julai 2019.

Apandi Saman Lim Kit Siang RM10j.

METRO | BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan saman menuntut ganti rugi RM10 juta terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Mohamed Apandi sebagai plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Saibullah MV Nathan & Co dengan menamakam Lim sebagai defendan pada 5 Julai lalu.

Ia ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Shuhada Ramli pada 19 Julai ini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, defendan ada menulis dan menyebabkan penyiaran atau penerbitan artikel bertajuk: “Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity” pada 6 Mei lalu.

Ia disiarkan di dalam portal berita, Malaysiakini yang mempunyai jumlah pembaca yang ramai di kalangan masyarakat pada hari yang sama.

Plaintif mendakwa artikel itu adalah fitnah dan pembohongan yang membawa makna beliau terbabit, membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB itu.

Beliau mendakwa artikel itu ditulis dengan berniat jahat dan mahu menjatuhkan imej serta maruahnya.

Selain ganti rugi am, beliau turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan.

Beliau turut memerintahkan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan semula perkataan fitnah itu.

Isnin, 15 Julai 2019

Duit GST Tidak Hilang, Kerajaan BN Terlebih Anggar Kutipan, Kata PAC.

The Malaysian Insight | Duit GST tidak hilang, kerajaan BN terlebih anggar kutipan, kata PAC.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mendapati kerajaan Barisan Nasional menggunakan duit itu untuk membiayai perbelanjaannya. 


KERAJAAN menggunakan wang yang tidak dipindahkan ke akaun bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk membiayai perbelanjaannya, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Kerajaan terdahulu membuat anggaran berlebihan kutipan GST kerana ia hanya 65% daripada jumlah GST yang dipungut,” kata Pengerusi PAC Dr Noraini Ahmad hari ini.

“Wang itu tidak hilang,” kata ketua jawatankuasa Parlimen dalam satu kenyataan hari ini. – 15 Julai 2019.

Wee Ka Siong Perjelaskan Kronologi Isu KOJADI - Yayasan 1MDB.

Wee Ka Siong | KRONOLOGI ISU KOJADI - YAYASAN 1MDB

Saya selalu juga berjumpa dengan Pengerusi Koperasi Jayadiri Berhad (KOJADI) Datuk Ng Peng Hay sebelum ini. Kebetulan pula pejabatnya terletak di Wisma MCA, Jalan Ampang. Setiap apa yang diperkatakan beliau, masih segar dalam ingatan saya. Tambahan pula, saya sentiasa mencatat perkara-perkara penting di dalam buku nota.

 

 
Berikut kronologi apa yang berlaku dalam isu KOJADI - Yayasan 1MDB :

16 Ogos 2012

Sepucuk surat KOJADI yang ditandatangani Ng Peng Hay telah dihantar kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi memaklumkan penerimaan geran RM15 juta daripada Yayasan 1MDB. Geran ini bertujuan melaksanakan skim mikro kredit atau bantuan yang memberi manfaat kepada ramai ahli tanpa mengira kaum khususnya dalam mencungkil bakat dan merangsang keusahawanan muda untuk menubuh atau mengembangkan perniagaan mereka. Mengikut peruntukan Seksyen 50(g) Akta Koperasi 1993, koperasi dibenarkan menerima derma dan geran daripada pihak ketiga.

30 Ogos 2012
SKM membalas surat KOJADI dengan mengatakan bahawa pihaknya tiada halangan berhubung hasrat KOJADI untuk menerima geran tersebut.

18 Mei 2018

Beberapa hari selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya (PRU14), pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan surat menuntut KOJADI membayar cukai pendapatan termasuk penalti atau denda. Jumlah yang perlu dilunaskan ialah RM1,031,606.44.

11 Jun 2018

Lembaga Pengarah KOJADI akur dengan tuntutan LHDN dan melangsaikan kesemuanya.

21 Disember 2018

Lim Guan Eng enggan memberi peruntukan RM50 juta dalam bentuk pinjaman kepada KOJADI walaupun Bajet 2019 telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Menurut laporan media, Guan Eng kata peruntukan tersebut hanya akan diberi sekiranya KOJADI dipisahkan dengan MCA. Wah! Ini memang Menteri Kewangan yang sangat berkuasa (powerful) sehingga keputusan parlimen pun dia boleh ketepikan, patutlah orang menggelar Guan Eng sebagai “tokong”. Tapi ini jelas ada muslihat politik dan satu bentuk penyelewengan kuasa serta mendiskriminasikan KOJADI!

Guan Eng nampaknya keliru bahawa KOJADI dan MCA adalah dua organisasi berlainan. Benar KOJADI diasaskan oleh parti MCA tetapi bukan semua ahli parti adalah Ahli koperasi tersebut. Mereka perlu menabung di KOJADI barulah layak menjadi ahli KOJADI. Kini koperasi bertaraf 5 bintang ini memiliki ahli koperasi seramai 60,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum. Mana mungkin untuk ahli MCA saja? Guan Eng tidak memahami apa itu Akta Koperasi. Parti politik bukanlah pertimbangan dalam kelulusan pinjaman. Sebaliknya, peminjam mestilah ahli koperasi, bukan ahli parti politik. Guan Eng, pakailah otak sikit!

26 Disember 2018

Datuk Ng Peng Hay menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung geran Yayasan 1MDB sebanyak RM15 juta dan meminta nasihat SPRM. Saya dimaklumkan oleh Ng bahawa beliau bertindak sedemikian atas persetujuan Lembaga Pengarah Kojadi & pihak koperasi yang mengambil inisiatif SENDIRI untuk menulis surat kepada Dato’ Seri Shukri Abdull, tanpa diminta oleh mana-mana pihak.

Peliknya, Peng Hay yang menulis surat ini terus membuat salinan surat kepada Lim Guan Eng! Mula nampak seolah-olah wujud “kesepakatan” antara Peng Hay dengan Guan Eng.

Penubuhan Yayasan 1MDB adalah di bawah KPDNKK manakala SKM di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Apa pula kena mengena dengan Kementerian Kewangan? Haha....

30 Januari 2019

SPRM membalas surat KOJADI dan mengatakan bahawa kes 1MDB masih dalam siasatan, langsung tidak menyebut tentang Yayasan 1MDB! Dalam masa sama, surat tersebut turut mengatakan akan memaklumkan kepada KOJADI jika memerlukan bantuan atau kerjasama.

Jadi, apa yang salahnya jika KOJADI hanya bertindak mengikut tertib dan lunas undang-undang? 14 Ahli Lembaga Pengarah telah memperjelaskan bahawa apa yang diputuskan dalam mesyuarat pada 27 Jun 2019 hanyalah menyusuli perkara ini dengan SPRM melalui surat dahulu bukannya memutuskan wang kepada SPRM pada 28 Jun 2019 tanpa merujuk kepada peguam dan pucuk pimpinan. Kesimpulannya, Ng Peng Hay berbohong dan membelakangkan keputusan Lembaga. Kenapa Guan Eng percaya sangat dengan kata-kata Peng Hay?

Kenapa pula hanya Peng Hay seorang sahaja yang dibela Guan Eng berbanding 14 ahli lembaga pengarah yang lain?Guan Eng puji Peng Hay sebanyak 3 kali, semasa menjawab soalan di dalam Dewan Rakyat, ketika keluar Dewan dan mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen dan pada keesokan harinya Kementerian Kewangan sekali lagi mengeluarkan kenyataan media memuji Peng Hay.

Yang ganjilnya kenyataan media memaklumkan setakat ini nilai wang 1MDB yang berjaya diperolehi atau dituntut ialah RM900 juta dan ada pihak memulangkan dana Yayasan 1MDB sebanyak RM6.1juta serta disahkan ianya bukan pemulangan wang Yayasan 1MDB dari KOJADI. Tetapi Peng Hay dipuji, pasal apa?

Kebenaran pasti muncul. - 14 Julai 2019.

BN Rompak RM25b Kos ECRL Terbukti Penipuan - Wee Ka Siong.

Wee Ka Siong | Soalan saya di Dewan Rakyat mengundang rasa tidak senang pemimpin kerajaan sehingga Ahli Parlimen Kota Melaka (PH) terpaksa membangkitkan Peraturan Mesyuarat.
 

 
Kononnya soalan saya tidak relevan dan melanggar Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat. Malah, jumlah perkataan soalan turut dipersoalkan.

Isu pokok di sini ialah mengenai projek ECRL.

Saya hanya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan :-

(a) apakah komponen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak lagi dilaksanakan selepas kos terdahulu RM65.5 bilion dikurangkan kepada RM44 bilion. Bukankah ini satu pengecilan skop (downsizing) yang pasti akan
mengurangkan kos pembinaan dan ianya bukan
penjimatan berdasarkan skop asal; dan

(b) kenapa Kerajaan tidak mengguna pakai cadangan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan iaitu Tony Pua pada 15 November 2016 yang menganggarkan kos sebenar ECRL hanya RM29 bilion sahaja.

Sementara soalan tambahan saya ialah mengenai dakwaan Tony Pua yang pernah kata kerajaan BN terdahulu menggelapkan RM25 bilion.

Kenyataan MRL pada 9 Mei 2019 mengatakan perjanjian ECRL yang dimeterai 3 tahun lalu tidak ada elemen 'over pricing'.

https://www.thestar.com.my/…/neither-mrl-govt-claimed-rm21…/

Ini bermakna, tohmahan Tony Pua (kini Setiausaha Politik Lim Guan Eng) kononnya RM25 bilion digelapkan daripada projek ini terbukti satu penipuan.

https://www.roketkini.com/…/kos-ecrl-sepatutnya-lebih-rend…/

Saya juga bertanya, jajaran ECRL kini tidak lagi melalui Gombak dan Bentong sebaliknya beralih ke Putrajaya dan Jelebu. Jadi apa perubahan trafik dan ramalan pendapatan (revenue) ECRL?

Jajaran turut dipendekkan, tidak lagi sampai ke sempadan Thailand. Apa pula kesan atau implikasi dari sudut aliran trafik kargo dari selatan Thailand? Tidakkah ia menjejaskan implikasi ECRL itu sendiri dan juga pelabuhan Kuantan?

Nampaknya Menteri tidak mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan secara spesifik.

Apa yang dapat kita rumuskan ialah :

1. Menteri Pengangkutan Anthony Loke kata jajaran ECRL yang pada asalnya sepanjang 688km dipendekkan kepada 648km bukanlah pengecilan skala projek (downsizing).

2. Kerajaan PH menolak formula Tony Pua (kini Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng) yang kata kos untuk projek ECRL sepatutnya lebih rendah iaitu RM29 bilion.

3. Kenyataan MRL pada 9 Mei 2019 mengatakan perjanjian ECRL yang dimeterai 3 tahun lalu tidak ada elemen 'over pricing'. Jadi, dakwaan Tony Pua, Rafizi Ramli dan Dr Hatta Ramli yang pernah kata kerajaan BN terdahulu menggelapkan RM25 bilion terbukti satu penipuan.

 

Ahad, 14 Julai 2019

Rakyat Lebih Mahu Tahu Video Tulen Atau Tidak, Bukan Sibuk Hal Dalang - Shahbudin.

SHAHBUDIN HUSIN | DI SEBALIK DALANG PEMBIKINAN DAN PENYEBARAN, RAKYAT LEBIH INGIN TAHU KETULENAN SERTA PELAKU VIDEO HAZIQ

Pihak polis dilaporkan telah mengenalpasti dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.


Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, siasatan mendapati wujud konspirasi tertentu dalam pembikinan video itu yang bertujuan untuk menjatuhkan seseorang.

“Siasatan kes ini tertumpu kepada dua aspek iaitu kami menyiasat mereka yang terlibat dalam pembikinan video itu dan mereka yang menyebarkan video berkenaan.

“Dalam kes ini, kami mengesan terdapat konspirasi dan pakatan pihak tertentu dalam pembikinan dan penyebaran video seks berkenaan,” katanya sebagaimana dilaporkan media.

Setelah lebih sebulan isu video ini menjadi bualan masyarakat dan setelah salah seorang yang menjadi pelakunya, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau adalah lelaki dalam tayangan itu dan pasangannya adalah Azmin, pihak polis akhirnya mula memberi bayangan bahawa siasatan mereka sudah menampakkan perkembangannya.

Berdasarkan kenyataan Abdul Hamid, jelas bahawa siasatan polis ialah untuk mengesan dalang di sebalik pembikinan dan mereka menyebarkan video tersebut.

Apa maksud dalang di sebalik pembikinan video itu?

Adakah ia bermaksud mereka yang merakam dan memasang kamera sehingga kejadian itu dapat dirakam atau mereka yang mengedit dan memotong-motong video berkenaan untuk diviralkan di media sosial?

Jika itu yang disiasat, adakah ini bermakna video itu adalah tulen dan asli?

Kenapa dalam hal ini pihak polis tidak mengumumkan siasatan berkenaan sama ada video itu tulen atau sebaliknya?

Adakah dengan dalang di sebalik pembikinan yang disiasat ia bermaksud pelaku dalam video berkenaan adalah benar-benar seperti yang didakwa oleh Haziq?

Se
lain itu, pihak polis juga dilaporkan sedang menyiasat mereka yang mengedarkan video itu yang didakwa bertujuan untuk menjatuhkan seseorang.

Isu yang lebih penting di sini sebenarnya ialah bukan tentang penyebaran video itu, tetapi siapakah dua pelakunya yang sebenar?

Kalau yang menyebarkannya disiasat, ditahan dan didakwa di mahkamah, bagaimana dengan pelaku-pelaku yang melakukan hubungan seks sejenis itu yang juga merupakan suatu kesalahan dari segi undang-undang?

Adakah mereka tidak dianggap bersalah atau kesalahannya dinilai lebih kecil berbanding mereka yang menyebarkannya?

Meskipun semua pihak mengalu-alukan hasil siasatan pihak polis, namun di samping dua aspek siasatan yang disebut oleh Abdul Hamid iaitu dalang di sebalik pembikinan dan mereka yang menyebarkannya, rakyat secara umumnya lebih ingin tahu tentang ketulenan dan pelaku-pelaku sebenar dalam tayangan video itu.

Harap-harap pihak polis tidak lupa memberitahu kepada rakyat apa yang benar mengenai perkara tersebut. - 14 Julai 2019.

Kenapa Hapus Tol Jadi #Forevertoll Soal Wee Ka Siong..

Wee Ka Siong | i) Jawapan Menteri Kewangan pagi ini di Dewan Rakyat untuk isu pembelian 4 lebuhraya tol dengan nilai RM6.2 bilion oleh kerajaan PH.

1. Kerajaan akan pinjam RM6.2 bilion melalui penerbitan bon.

2. Kerajaan tak bayar satu sen. Pinjaman ini dibayar balik melalui caj kesesakan yang dikutip dari rakyat.

3. Caj konsesi akan terus dikutip dari Rakyat selepas konsesi tol tamat.

4. Dia dakwa rakyat akan jimat sebanyak RM180 juta semasa tempoh konsesi tol kerana ada diskaun 30% untuk caj kesesakan pada masa luar puncak dan bebas tol pada masa bukan puncak iaitu pada tengah malam.

5. Tapi dia tak sebut pula berapa Rakyat perlu lebih bayar setiap tahun akibat "caj kesesakan" terus dikutip selepas konsesi tol tamat.

Ini bermakna masa PH, rakyat terus membayar selepas konsesi tol tamat.

Janji PH untuk mansuh tol sebenarnya adalah janji terus kutip tol untuk selama-lamanya.

---
ii) Dulu 'toll free' sekarang 'toll forever'

Cara kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih 4 lebuh raya sama seperti mendahulukan duit (advance) kepada syarikat konsesi. Ia dibuat menerusi terbitan bon dan ia sebenarnya ditanggung oleh rakyat.

Apabila PH memperkenalkan caj kesesakan, ia bermakna rakyat perlu membayar untuk menggunakan lebuh raya ini walaupun kontrak syarikat konsesi sudah tamat. Ianya berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional apabila merobohkan plaza tol yang membawa maksud 'tol dimansuhkan'.

Banyak kali saya tanya mengenai caj kesesakan yang ditukar nama daripada kutipan tol. Bagaimana Guan Eng boleh kata rakyat dapat berjimat apabila Rakyat kena menanggung pembayaran pinjaman serta faedah RM6.2 bilion itu serta diperlukan untuk terus membayar caj kesesakan setelah konsesi tol tamat.

Dulu PH berjanji untuk memansuhkan tol. Sekarang mereka perkenalkan tol untuk selama-lamanya. Saya tak faham dan tak nampak apa rasionalnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng kata ianya tidak membebankan rakyat.

Sementara soalan tambahan saya mengenai 'premium over book value' gagal dijawab Guan Eng. Adakah Guan Eng sebagai akauntan 'provinsional' (sementara) tidak faham istilah ini?

Ramai penganalisis yang berpendapat tawaran RM6.2 bilion itu adalah RM2.8 bilion lebih tinggi dari "book value" atau nilai buku untuk 4 lebuhraya tersebut.

Itulah sebab Menteri tak mahu jawab.

Dia juga tak jawab soalan saya tentang pendapatan empat lebuhraya tersebut untuk setiap tahun sejak tahun 2015 kerana tahu bahawa trafik untuk semua lebuhraya tersebut semakin turun setiap tahun setelah projek penyambungan LRT1 dan LRT2 serta MRT1 dibuka dan tol di Lebuhraya Persekutuan dimansuhkan sepenuhnya.

Tiga dari empat lebuhraya itu mengalami kerugian tiap-tiap tahun. Hanya Lebuh Raya Damansara - Puchong (LDP) yang masih untung.

Trafik dijangka akan terus menurun dan kerugian akan bertambah besar pada masa hadapan apabila LRT3 dan MRT2 dibuka.

Kenapa nak ambil alih syarikat-syarikat yang tidak untung?

Oleh itu, Menteri juga tak mahu jawab.

Dulu Setiausaha Politik Guan Eng, Tony Pua ada mengeluarkan formula khas untuk tol. Menurut formula Tony Pua, Lebuhraya MEX boleh diambil alih dengan nilai RM344 juta. Kenapa tak ambil alih MEX? Kalau ikut formula Tony Pua, kerajaan hanya perlu membayar RM300 juta saja untuk ambil alih LDP. Tetapi kenapa sekarang PH perlu memperuntukkan RM6.2 bilion untuk LDP dan 3 lagi tol yang tidak untung?

#TolPercumaJadiTolSelamanya
#TollFreetoTollForever

 

Najib Balas Tony, Jangan Bagi Jawapan Setengah Masak..

NAJIB RAZAK | Saya ingat hanya telur boleh setengah masak je.

Tak sangka jawapan balas Tony Pua ini pun boleh setengah masak.



Pada 9 Julai lepas, saya bongkarkan sekali lagi bahawa Rakyat akan terus membayar faedah dan pinjaman RM6.2 bilion kerajaan PH untuk membeli balik 4 lebuhraya itu melalui caj tol (yang dijenamakan semula sebagai caj kesesakan) untuk selama-lamanya walaupun tempoh konsesi tamat.

Rakyat yang akan tanggung. Bukan kerajaan.

Tapi Tony Pua tak puas hati dan telah keluarkan kenyataan bahawa kerajaan juga perlu bayar untuk pemansuhan tol zaman saya PM.

Dia kata, sebab itu saya hukum rakyat dengan GST supaya ada wang untuk mansuh tol.

Pertama sekali saya nak tanya Tony:

Harga barang sudah turun selepas GST dimansuhkan, tak?

SST telah turunkan harga barang ke, seperti apa yang dia pernah ucap.

Bantuan kepada rakyat meningkat atau menurun selepas GST dimansuhkan?

Bagaimana pula dengan hutang negara?

Ok. Kita pulang ke isu tol.

Tony memetik isu tol Batu Tiga dan tol Sungai Rasau.

Konsesi kedua tol itu sebenarnya tamat pada tahun 2018.

Tapi pada tahun 2011 semasa saya PM, kerajaan lanjutkan konsesi kedua tol selama 20 tahun.

Yang sepatutnya tamat pada tahun 2018 kini tamat pada tahun 2038.

Kenapa BN lanjutkan konsesi untuk 2 plaza tol itu?

Kerana pada tahun 2011, kita beli balik syarikat PLUS sepenuhnya dari tangan swasta supaya syarikat itu kini milik 51% kerajaan dan 49% oleh KWSP.

Selepas beli balik, kita rundingkan semula perjanjian konsesi.

Kita lanjutkan dua tol itu untuk 20 tahun supaya kadar kenaikkan 10% setiap dua tahun yang dipersetujui PM ke-4 ditukar menjadi 5% setiap 3 tahun.

(Namun kadar tol untuk semua lebuhraya milik PLUS tak pernah naik sepanjang tempoh saya PM kerana kerajaan bayar pampasan kepada PLUS untuk tidak naikkan)

Dan kita lanjutkan konsesi untuk 2 plaza tol itu selama 20 tahun sebagai pampasan.

Bagaimanapun, selepas dilanjutkan pada tahun 2011 kedua tol itu telah dimansuhkan sepenuhya pada tahun 2018 - iaitu tarikh asal tamat konsesi sebelum dilanjutkan.

Ya, kita bayar pampasan untuk mansuhkan tol itu.

Pampasan dibayar 51% kepada kerajaan sendiri dan 49% kepada KWSP.

Bukan dibayar kepada syarikat swasta seperti kes 4 lebuhraya PH itu.

Yang Tony tak beritahu ialah tawaran RM6.2 bilion PH itu sebenarnya adalah 2.7 kali ganda nilai buku 4 lebuhraya itu.

Itulah sebab harga saham syarikat Gamuda melonjak naik setelah durian runtuh pengambilan tol ini diumumkan.

So, Tony patut boleh bezakan:

1. BN tak berjanji mansuhkan tol. Kita buat sahaja. Kita tak tipu pengundi seperti PH.

2. Kerajaan BN bayar pampasan kepada kerajaan sendiri dan kepada KWSP - bukan syarikat swasta.

3. Setelah konsesi tamat, BN robohkan plaza tol dan tak kutip apa-apa lagi.

4. PH pula akan terus mengutip tol dalam bentuk "caj kesesakan" untuk selama-lamanya walaupun konsesi tamat.

5. PH janji tol-free tapi apa yang rakyat dapat ialah tol-forever.

Yang lagi peliknya ialah Tony sendiri yang pernah kata kos pengambilan lebuhraya LDP hanya antara RM300 juta hingga RM1.33 bilion sahaja.

Kenapa sekarang PH nak tawar RM2.47 bilion untuk beli balik baki tempoh konsesi lebuhraya LDP?

Pengambilan balik Lebuhraya MEX yang Tony kata hanya RM344 juta itu bagaimana pula?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...