Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Disember 2019

Lagu Negaraku Hanya Boleh Dinyanyikan Dalam Bahasa Melayu Sahaja - Tun Mahathir.

POLITIK | Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad menegaskan lagu kebangsaan, Negaraku hanya boleh dinyanyikan dalam bahasa melayu sahaja.

Jelasnya, semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu dan mahir untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan memandangkan ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.




Menurut beliau, kebenaran hanya diberikan terjemahan lagu Negaraku yang ditulis dalam bahasa lain bagi meningkatkan kefahaman orang bukan Melayu dalam memahami maksud sebenar lagu terbabit.

“Kita tak boleh nyanyi Negaraku dalam bahasa lain, tapi makna Negaraku boleh dimasukkan dalam buku untuk mudahkan orang bukan Melayu faham. 


“Tetapi, bukan untuk dinyanyikan dalam bahasa lain, menyanyi tetap kena guna bahasa kebangsaan kita,” katanya.

Sebagai rekod, jumaat lepas lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa mandarin tular di laman sosial dan ramai pihak mengecam perkara itu.


Lagu Negaraku turut dinyanyikan dalam bahasa arab dan rata-rata netizens berpendapat hal tersebut tidak sepatutnya berlaku dan menyalahi perlembagaan.

KPM dalam satu kenyataan menyatakan perkara tersebut akan disiasat dan langkah-langkah susulan akan diambil selepas laporan berkaitan disiapkan.  - 10 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...