Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Disember 2019

Pengusiran Paksa Kampung Segambut Permai, Pemaju Cuma Bagi Pampasan RM7K.

SOSMED | Isu mengenai Pengusiran paksa di Kampung Segambut Permai.

Berikut dibawah adalah laporan dari PSM.

Sivaranjani Manickam | Kampung Tradisi 80 Tahun Diusir Paksa
 

"Pemilik tanah" yang hanya diberikan mlikan tanah pada tahun 2002 tidak berminat langsung untuk berbincang dgn peneroka asal dan menganggap penduduk perlu keluar dengan sagu hati 7 ribu.

MP turun, Pejabat Tinbalan Menteri Wilayah turun, "pemilik tanah" nak langgar juga.


Latar Belakang

1. Penerokaan Kampung Segambut Permai, yang dulu dikenali sebagai Kampung Ayam, adalah berdasarkan saranan Allahyarham Dato Harun, bekas Menteri Besar Selangor. Orang kampung telah menetap di rumah kediaman mereka sejak 1960an.

2. Pada 1960an hingga tahun 1981, Kampung Ayam berkembang menjadi penempatan orang Melayu, Cina dan India. Masjid, surau, dewan dan tadika telah dibina oleh kerajaan untuk menampung keperluan orang kampung. Dengan restu kerajaan, elektrik dan air paip juga disediakan untuk penggunaan orang kampung pada awal tahun 1980an.

3. Pada tahun 1981, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mendapat hak pemilikan pajakan tanah Kampung Segambut Permai tanpa pengetahuan peneroka asal. Hal ini hanya terbongkat apabila seorang penduduk kampung cuba memohon lot tanah Segambut Permai di Pejabat Tanah Wilayah pada tahun 2000.

4. Pada tahun 2002, Pemilikan pajakan tanah dipindahmilik daripada PKNS kepada Kemasekutu SDN BHD tanpa pengetahuan penduduk asal sekali lagi.

5. Pada tahun 2012, orang kampung telah menerima notis pemindahan pertama yang dikeluarkan oleh Kemasekutu SDN BHD. Satu mesyuarat berkenaan pemindahan telah dianjurkan oleh Ketua Cawangan UMNO Segambut Permai dan sebahagian penduduk tidak dijemput hadir.

6. Seorang peguam yang bernama Rewentharen Suppiah mendakwa bahawa beliau bertindak sebagai peguam cara bagi pihak penduduk kampung. Tanpa penglibatan dan pengetahuan penduduk, satu Penghakiman Persetujuan yang bertarikh 17/10/2013 menyatakan persetujuaan penduduk untuk mengosongkan premis masing-masing. Sejak itu, penduduk asal telah digugat pengusiran paksa.



Hasil perbincangan, Menteri Wilayah, Khalid Samad bersedia menawarkan rumah kepada mangsa perpindahan. Adapun setakat ini kami dimaklumkan, pihak pemaju tidak berganjak dari keputusan mereka. 

Hanya wakil menteri yang mahu berkompromi dengan mangsa perpindahan. Rundingan dengan pihak pemaju, meskipun wakil menteri turun padang, ia tetap tidak menemukan hasil yang memberangsangkan. Pemaju tetap enggan melayan tuntutan pampasan sewajarnya.



Berikut laporan dari PSM.

"Hari ini komrad-komrad PSM bersama Ahli Parlimen Segambut, Timbalan Menteri Wanita Hannah Yeoh, dan Kementerian Wilayah campurtangan menangguhkan pengusiran paksa Kampung Segambut Permai.

Terima kasih YB kerana dapat desak tuan tanah untuk tangguh sehingga dua minggu, sampai Kementerian Wilayah atur rumah ganti untuk orang kampung.

Menteri Khalid Samad berikan surat undertaking tadi.

Tapi masalah pokoknya belum selesai. Kenapa kah peneroka bandar yang telah berusaha bangunkan tanah selama 40 tahun dinafikan hak mereka?

Tanah diberikan oleh PKNS kepada syarikat Kemassekutu walaupun orang kampung telah pohon. Permohonan orang kampung tak dilayan.

Undang hanya iktiraf tuan tanah baru, walaupun orang duduk selama 3 generasi sebelum Kemassekutu itu wujud.

PSM memperjuangkan isu sebegini selama lebih 25 tahun. Masa BN pun sama, masa PH pun sama.

Kita perlu PH mengubal Undang-undang yang lindungi dan iktiraf hak peneroka bandar.

Harap dari pengelaman hari ini, YB-YB akan bergerak kearah itu.

Jika tidak, satu lagi peristiwa perobohan rumah orang kampung menanti pada masa terdekat
," demikian laporan itu.
- 11 Disember 2019.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...