Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Disember 2019

Konspirasi? Ini Jawapan Hanif Khatri Untuk Pengkritik.

POLITIK | Peguam Tun Mahathir dan PPBM, Tuan Hanif Khatri terpalit dengan tuduhan konspirasi disebabkan mewakili anak guamnya, Yusoff Rawther, dalam satu lagi dakwaan membabitkan Anwar Ibrahim, berkaitan hubungan sejenis.


 
Kali ini Anwar didakwa melakukan gangguan seksual seperti, mencium, menjilat, membuka seluar dan menunjukkan kemaluan, mengajak melakukan hubungan, memeluk, dan mengeluarkan kata-kata berbaur seksual.

Anwar, dalam satu kenyataan media pada 5 Disember lepas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berkata akan menggunakan proses undang-undang bagi membersihkan dirinya. Buat permulaan, satu notis undang-undang 7 hari dihantar kepada Yusoff untuk menarik semula dakwaan itu. Laporan polis tentangnya juga telah dibuat oleh Setiausaha Anwar Ibrahim.

Yusoff membalas tindakan Anwar dengan membuat laporan polis mengenai Akuan Bersumpahnya pada 7 Disember, dan polis telah memanggil Yusof pada 9 dan 10 Disember untuk mengambil keterangan.

Yusof hadir kali pertama pada 9 Disember di Bukit Aman bersama peguamnya, Hanif Khatri dan memberikan keterangan lebih kurang 9 jam.

Kali kedua, pada 10 Disember bersama satu saksi lain, dipercayai ahli keluarganya. Hanif tidak kelihatan bersama Yusof.

Sebagai rekod, pada 8 Disember 2019, portal Free Malaysia Today melaporkan, D5 Bukit Aman akan mengambilalih kes berprofil tinggi itu.

D5 merupakan Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman.

Bagi menjawab tuduhan netizens, Hanif berkata,

"KEDANGKALAN TEORI KONSPIRASI BERKAITAN KES YUSOFF RAWTHER !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

JAWABAN saya kepada pencipta teori konspirasi bahawa memandangkan saya adalah peguam YUSOFF RAWTHER, maka ini kononnya mengesahkan "teori" bahawa ini adalah satu konspirasi yang direka oleh TUN MAHATHIR 😊😂 :

1. Saya adalah seorang pengamal undang-undang swasta. Ya, saya ada mewakili TUN MAHATHIR sebelum ini, dan ada beberapa perkara yang saya masih kendalikan dalam beberapa fail peribadi beliau.

2. Sebagai pengamal undang-undang swasta, kami tidak berhak untuk menolak daripada mewakili sesepihak dalam mana-mana perkara MELAINKAN DALAM KEADAAN KHUSUS tertentu seperti dengan adanya kewujudan kepentingan berkonflik ataupun jika boleh diaibkan secara profesional disebabkan kaitan terus kami dengan subjek perkara berkenaan, yang mana BUKANLAH keadaan yang wujud dalam kes YUSOFF RAWTHER ini, untuk membatalkan perwakilan profesional saya.

3. Meletakkan hujah pencipta teori konspirasi di tahap tertinggi sekali pun, fakta bahawa saya berada di hadapan dalam mewakili YUSOFF RAWTHER ini, semestinya bagaikan "sudah terang lagi bersuluh" pada hakikatnya bahawa TUN MAHATHIR tidak mungkin berada di belakang perkara ini sama sekali, kerana jika tidak, nescaya keberadaan saya di barisan hadapan sudah pasti menjadi satu pendedahan jelas konspirasi itu, bukankah begitu ??!!!

4. Pada saya, kebolehan segolongan masyarakat kita untuk mencipta teori-teori konspirasi yang luarbiasa, kadang-kadang boleh menjatuhkan kebolehan HOLLYWOOD dan BOLLYWOOD dan KOLLYWOOD, ke tangga kedua, ketiga dan keempat dalam kedudukan masing-masing !! Mungkin ada baiknya, golongan itu menggunapakai ciptaan teori masing-masing untuk pembikinan cerita wayang untuk memperolehi pulangan lumayan !!😊,"
katanya dalam satu kenyataan. 


Sebenarnya, sebelum ini Hanif Khatri memang terlibat dalam beberapa kes yang menjadi perhatian awam. Misalnya peguam kepada Najib, yang membunuh Canny Ong.


Rujukan disini : https://amazingnara.com/kisah-penculikan-dan-pembunuhan-canny-ong-pada-tahun-2003-pt-4/

Sebagai peguam, ia adalah menjadi hak Hanif Khatri sepenuhnya untuk terlibat atau tidak dalam mana-mana kes yang beliau ingin wakili. - 10 Disember 2019. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...