Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Disember 2019

Malaysia Kenakan Cukai 6% Jika Anda Beriklan Di Facebook.

POLITIK | Facebook mengumumkan pihak mereka akan mula membuat kutipan cukai perkhidmatan sebanyak 6% bagi setiap penjualan iklan yang dibuat oleh peniaga dan individu berpengkalan di Malaysia mulai Januari 2020.


Perkembangan terbaru ini adalah susulan dari pengenalan cukai perkhidmatan atas perkhidmatan digital yang diumumkan oleh kabinet pada awal tahun ini.

Dalam notis itu, Facebook memaklumkan, cukai itu akan membabitkan semua jenis pengiklan yang berlokasi (merujuk kepada IP), atau beralamat, atau berpengkalan di Malaysia. Samada pihak syarikat ataupun individu.

Setiap iklan yang dijual, akan ditambahkan cukai 6% secara automatik untuk dibayar kepada kerajaan.

Selain dari Facebook, Google dan Amazon Web Services juga telah membuat pengumuman yang serupa kepada pelanggan-pelanggan Malaysia mereka sebagai notis awal.

Mulai Januari 2020, semua jenis perkhidmatan atas talian, samada beriklan, muat turun muzik, video, dan website streaming akan dikenakan Cukai Digital. - 11 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...