Kes itu yang dilaporkan berlaku pada tahun 2014 ialah kes yang membabitkan suapan tertentu ke atas pihak tertentu bagi mendapatkan tender perlombongan pasir di Selangor.
SPRM juga mengesahkan beberapa akaun syarikat milik pihak yang disiasat telah dibekukan. Nilai akaun-akaun yang dibekukan itu dianggarkan 4 juta ringgit banyaknya.
Selain Nuzul Fadli, dua pengarah syarikat dan seorang kakitangan swasta turut ditahan reman selama 7 hari bermula khamis lepas.
Di media sosial, beberapa pihak menyebarkan status Azwan Ali yang mengulas insiden berkenaan.
“Aku tatang kau macam minyak penuh sejak kecil! Kau antara anak saudara paling bernasib baik dapat sanjungan Azwan Ali. Tapi itu dulu! Bila kau kahwin, kau haram jemput Che Wan (Azwan Ali)?
“Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau. “Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau!
“Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak habis caci hina Azwan Ali,” katanya seperti yang tersebar.
Kemarahan Azwan Ali itu bagaimanapun diragui ketulenannya memandangkan semakan yang dijalankan mendapati akaun Azwan Ali itu tidak terpapar di Facebook. Tidak dapat dipastikan samada Azwan Ali menyorokkan akaun sosial medianya dari pengetahuan umum ataupun telah memadamkan ia.
Selain itu, respon Ummi Hafilda Ali yang juga adik kepada Azmin Ali mencuri tumpuan netizens yang mengikuti perkembangan kes penahanan anak saudaranya itu.
"Orang makin tua makin berkat. Ini makin tua tempah tempat kat penjara macam Mat Aljuburin (Anwar Ibrahim) tu.. Tak ke suwei hidup. Lepas tu dosa sendiri taknak ngaku. Create pulak double dosa fitnah org yang innocent perjuangkan kebenaran dengan pelbagai teori konspirasi dan fitnah dajal.
ALLAHUAKHBAR.. TAK TAKUT MATI. KAU BOLEH TIPU BERJUTA MANUSIA TAPI INGATLAH KAU TAK BOLEH TIPU ALLAH YANG SATU. ALLAH IS GREAT..DOA DOA ORANG TERANIAYA TIADA HIJAB DI ANTARA LANGIT DAN BUMI. YAKINLAH.
Arwah abah dah pesan apa Min (Azmin Ali) ingat tak bila kita ditimpa bala dan musibah walaupun sebesar zarah terhiris jari dengan pisau or berdarah terhantuk kaki, cuba tanya pada diri, apakah dosa yang aku dah buat??? Jangan menuding jari salahkan orang lain. That is kifarah penghapus dosa," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Ummi Hafilda turut mempertahankan tindakan SPRM yang menahan anak saudaranya dengan berkata beliau telah lama menghidu kemungkaran anak saudaranya bersama Azmin Ali.
"Ini bukan pasal PRU. Saya makcik dia, i mean boy. Saya tahu kemungkaran dia dan Pak Teh dia, Azmin. SPRM dah ikut lama dekat setahun. Bukti kukuh baru cekup. Tak payah awak fitnah SPRM pula. Tidak tahu hujung pangkal," respon Ummi yang membidas salah seorang pengkomen yang mengaitkan siasatan SPRM dengan konspirasi menjatuhkan pentadbiran Azmin Ali di Selangor.
Terdahulu kerajaan negeri menafikan Azmin terlibat atau ada kaitan dengan siasatan yang dijalankan SPRM.