Ingatan itu disampaikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mengulas penghijrahan Amiruddin itu, Tuan Ibrahim berkata beliau terkejut dengan perkara itu kerana Amiruddin seorang yang mudah dibawa berbincang dan tidak bermasalah dalam parti.
"Secara peribadi saya terkejut dengan tindakan beliau...(tetapi) PAS menghormati keputusannya.
"Namun beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam baiah yang beliau lafazkan," katanya seperti dilaporkan oleh Malaysiakini.
Wakil rakyat PAS, sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen, dikatakan perlu membuat baiah yang perkahwinan mereka akan jatuh talak jika mereka meninggalkan PAS.
Amiruddin dalam sidang media bersama Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan BERSATU Kedah petang semalam mengumumkan penyertaannya ke parti itu secara rasmi.