Isnin, 9 Oktober 2017

Individu Dedah Dokumen Tender KKLW, Persoalkan Kekayaan Shafie Afdal.

Nampaknya sejak Naib Presiden Warisan ditahan reman lima hari atas siasatan penyelewengan, ramai pihak kembali tampil mempersoalkan intergriti dan ketelusan Warisan termasuklah Presidennya sendiri.

Berikut dibawah adalah penulisan yang tular di laman sosial ketika ini yang ditulis oleh Hafizi Harris. Kami mahu pihak-pihak yang dinamakan mengambil berat akan dakwaan ini dan menjawab tuduhan yang dikemukakan supaya tidak timbul sebarang prejudis terhadap parti pembangkang. Ini kerana dakwaan tersebut telah lama tersebar sejak dari tahun lepas lagi namun tiada apa-apa penafian konkrit dikemukakan dari pihak-pihak yang dikaitkan atas tuduhan tersebut. 

Menjelang PRU ke 14 kami berharap mana-mana pihak terutamanya dari kalangan parti pembangkang boleh menjawab dakwaan yang tular kerana ia membabitkan intergriti dan ketelusan malahan jika isu-isu seperti ini dipersoalkan banyak kali oleh pihak lawan, dan penyokong anda gagal menjawabnya berikutan ketiadaan respon dari pihak-pihak yang dinamakan, ia akan mendorong kepada membentuk persepsi negatif dikalangan pemerhati di laman sosial.

Untuk perhatian Shafie Afdal dan Warisan;

Oleh : Hafizi Harris
Untuk Rakyat Atau Untuk Diri Sendiri Dan Kroni?
1. Sejak Shafie Apdal keluar UMNO 4 Julai lalu bukan main lagi para macai dan pengikutnya mendewakan Shafie Apdal. Dia dipuja seakan pemimpin Sabah yang mempertahankan hak Sabah.
2. Kekayaan Shafie Apdal Sejak menjadi Menteri tidak boleh disangkal lagi. Malah ketika beliau menjadi Menteri KPDNKK habis permit serta mempunyai pemilikan saham dalam Tesco (katanya nama isteri) atau pasaraya.

3. Cuma Shafie Apdal lebih bertambah kaya apabila menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW). Permulaan kepada kekayaan melampau Shafie Apdal, keluarga dan segala kroninya ialah kelulusan 16 Projek KKLW tahun 2010 dibawah program National Key Result Area (NKRA) Jalan Luar Bandar (JALB) negeri ketika itu yang dilaksana secara Tender Terhad. ( Iaitu tender terpilih kepada 10 syarikat setiap tajuk- syarat MOF kos RM10 juta kelulusan MOF).
3. Akhirnya Kementerian Kewangan atas permohonan surat Shafie Apdal mengeluarkan surat #kelulusan tender terhad Rujukan bil. S/K.KEW/PK/KI 1/700/8/0209/156/12-43 Jld 11 SK 7 (16) bertarikh 18 Ogos 2010, ditandatangani Dato' Fauziah Bt Yaacob dulu SUB kini TKSUP. Anda boleh semak surat disertakan. Selepas dari ini berpuluh-puluhlah syarikat mendapat tender terhad dari tahun 2010 hingga Julai 2015 habis. Habis disakau😏
4. Siapakah yang kaya raya? Datuk Chin Su Phin, Wilfred Yong Chen Leong, Datuk Christopher Chiu, Azis Jamman, Datuk Peter Anthony, SinKong, Andrew Chew dan ramai lagi.
5. Hanya menjelang tahun 2013 PM atau Menteri Kewangan mula tidak meluluskan projek tender terhad yang dipohon oleh Shafie Apdal. Amat melampau beratus ratus surat sehingga setebal 3 kaki tinggi di meja pegawai MOF tidak boleh diluluskan kerana dikhuatiri orang yang sama berulang kali dapat. Rayuan demi rayuan dibuat oleh Shafie Apdal agar semua senarai projek yang dipohon kementeriannya dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan untuk diluluskan. Beliau sanggup atas nama kroni. Seluruh negara proksi dan kroni Shafie Apdal meminta sehingga ke Sarawak. Semuanya bermain dengan Cash is King. - Boleh lihat contoh surat yang ditandatangani oleh Shafie Apdal rayuan kepada MOF. Dengan letterhead surat menterilah sepanjang 2010 itu projek habis dibolot oleh mereka.
6. Kemarahan Shafie Apdal kepada YAB PM kerana tidak meluluskan projek Tender Terhad dan Rundingan terus inilah yang menyebabkan kemarahan memuncak Shafie Apdal dan mula menyerang PM Najib dalam isu-isu IMDB. Marah sebab projek dibatalkan memanjang.
7. Jadi Shafie Apdal janganlah sombong dan riak. Macai pun jangan sembang banyak. Bagaimana ia satu perubahan kepada Negeri Sabah? yang kaya Shafie, keluarga, kerabatnya dan bukan rakyat. Habis dedak harta terkumpul nanti barulah sedar. Banyak lagi ke harta pada Zahida Rafik pelakon anak mami tu masih banyak tersimpan?😏

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...