Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Oktober 2017

Mengenang Masjid Subang Airport - Ada Apa Dengan Rumah Yang Dirobohkan?

Oleh : Malaysian Dateline

Masjid Subang Airport atau lebih dikenal sebagai Masjid Ustaz Dahlan yang terletak berhampiran terminal lama lapangan terbang Subang sebuah masjid yang terkenal, terutama bagi para aktivis gerakan Islam hampir seluruh negara. 


Masjid tersebut dikenal sebagai Masjid Ustaz Dahlan, kerana beliau menjadi imam yang sangat disayangi dan dihormati jamaah. Saya masih seperti terdengar rentak suara Ustaz Dahlan yang serak-serak basah, sedikit kelakar, menjadi imam, memberi kuliah, nasihat kepada jamaah dan ia sangat disayangi oleh ahli jamaah. Di depan masjid itu terletak rumah keluarga pegawai masjid – Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul. 

Hampir 30 tahun mereka mendiami rumah itu. Di samping itu, di sudut yang lain di situ, ada gerai makanan yang sering dipenuhi oleh para jamaah, terutama pada hari Jumaat, sementara di sudutnya pula pelbagai jualan. Semuanya ini menjadikan Masjid Ustaz Dahlan itu begitu hidup.

Saya terkenang semuanya ini disebabkan terjadi kehebohan baru-baru ini apabila pihak Pejabat Tanah dan Daerah Petaling serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hendak merobohkan dua rumah bekas pegawai masjid tersebut – Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul kerana tanah itu hendak digunakan untuk projek baharu oleh pemilik tanah – Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB). 

Di tengah kehebohan itu, saya teringat kembali masjid tersebut, Almarhum Ustaz Dahlan dan anaknya, Haji Fikri, serta juga Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul, penggerak utama masjid itu. Abd. Razak Said menjadi bilal, sementara Yaakob turut penggerak utama masjid itu. 

Saya terbayangkan bagaimanakah jika Almarhum Ustaz Dahlan masih ada hayat dan menyaksikan apa yang berlaku minggu lalu itu. Tentu ia merasa amat sedih. Yang pasti, mereka yang menyaksikan peristiwa tu ramai yang menitiskan air mata, terkenang semuanya. 

Saya juga turut terkenang bagaimana Ustaz Dahlan dan masjidnya itu menjadi tumpuan begitu ramai jamaah dari seluruh negara, bersolat lima waktu, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat jadi tumpuan jamaah yang dekat dan juga yang jauh. 

Bilal Razak dan Yaakub berperanan besar mengendalikan massjid itu. Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz dan ramai lagi pemimpin Pas dan gerakan Islam yang lain sering berkunjung dan membrikan kuliah di masjid tersebut. 

Malah sekali sekala Ustaz Fadzil beriktikaf di masjid Ustaz Dahlan itu. Yaakublah yang membawa para tokoh ini.Jamuan sering saja diadakan, tidak menunggu malam Jumaat. 

Ada saja yang sponsor makanan dan sangat mewah. Saya masih terbayang, Ustaz Dahlan mengarahkan itu dan ini kepada para pettugas dan sama-sama menjamah hidangan di dalam dulang. 

Di bulan Ramadzan lebih meriah lagi. Sentiasa penuh jamaah bertarawikh dan menikmati jamuan moreh. Pada hari Jumaat, ramai yang datang dari jauh untuk bersolat Jumaat di masjid tersebut. Ia benar-benar menjadi tumpuan orang ramai. 

Maka itu tentu saja ramai yang sedih, malah menitiskan air mata, apabila menyakskian peristiwa kekecohan itu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering berkunjung ke masjid tersebut. Bagaimanapun masjid tersebut kini masih wujud dan berfungsi, tetapi kemeriahan masa lalu itu kini hanya menjadi kenangan. 

Yang pasti setiap orang yang pernah bejamaah di masjid Ustaz Dahlan itu akan selalu terkenang segalanya, justeru yang dinamakan kenangan itu tidak boleh dirobohkan walau dengan berapa banyakpun jentolak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...