Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Oktober 2017

Walaupun Berpindah, Tol Bukit Kayu Hitam Tetap Akan Ditutup Pada 1 Januari 2018.

PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataannya pada hari ini menegaskan operasi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan tetap ditutup mulai 1 Januari 2018 meskipun selepas berpindah ke lokasi baru. 

Ini bagi menjawab tuduhan yang sedang tular di laman sosial kononnya Plaza Tol Bukit Kayu Hitam tidak ditutup sebaliknya hanya berpindah ke lokasi lain.


"PLUS ingin memaklumkan bahawa operasi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan berpindah ke lokasi baharu mulai 1 November 2016 bermula jam 6 pagi.

Namun demikian selepas beroperasi di lokasi baharu pada tarikh tersebut, kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2017 sahaja," kata PLUS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan tadi.

PLUS turut menjelaskan penutupan tol tersebut adalah bersempena dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan penutupan lima tol secara serentak berkuatkuasa 1 Januari depan.

Dalam pada itu PLUS turut memaklumkan perpindahan ke lokasi baharu itu adalah disebabkan projek pembangunan kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) yang akan memulakan operasinya bermula 1 November ini.

Operasi tol juga akan dilanjutkan masa bermula 6 pagi hingga ke 2 pagi pada setiap hari bermula esok. 


Sebelum ini blok pembangkang menyebarkan satu gambar yang membayangkan seolah-olahnya Najib telah melakukan penipuan apabila mengumumkan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan ditutup sebaliknya berdasarkan kepada banner yang tersebar ia hanyalah berpindah lokasi dan bukannya ditutup.

Kerana Dia Suami Yang Taksub PAS Luah Isteri..

Sejak berkongsikan cerita rumahtangganya kepada umum dan mendedahkan dokumentasi perceraiannya di Facebook, Puan Asiah terus menjadi sasaran kritikan banyak pihak.

Kebanyakan netizens yang berparti samada pro PAS mahupun Amanah akan menulis komen-komen yang bersifat batu-api, manakala netizens yang tidak berparti akan menulis komen-komen yang menyakitkan hati Puan Asiah dan mengecam tindakan berani matinya yang menggunakan Facebook untuk mendedahkan masalah rumahtangga.

Setiap hari ketika mengemaskini status facebook dan berkongsikan kedukaan Puan Asiah mengenai masalah rumahtangganya, pasti akan ada komen-komen yang menghina beliau. Malahan ia sampai ke tahap membabitkan anak-anak beliau. Sehingga kawan anak-anaknya memberitahu kepada anak-anaknya bahawanya dirinya sudah menjadi syaitan kerana berkawan dengan syaitan.


Walaupun tidak menyatakan secara jelas tetapi Puan Asiah mendedahkan antara 3 punca yang kenapa akhirnya beliau terpaksa memilih perceraian sebagai jalan akhir bagi menyelesaikan masalah rumahtangga beliau.

Berikut dibawah adalah luahan beliau;

"Ada 3 peristiwa penting dalam rumah tangga saya, yang mengakibatkan saya hilang hormat kepada encik suami kerana ketaksuban bodoh dia kepada PAS. Saya rasa suami yang berpemikiran begini tidak layak untuk memimpin saya di dunia dan di akhirat.

1) Mei 2014 - Adik saya, Ali Abd Jalil dibelasah belasan anggota Unit Amal PAS selepas demonstrasi Hari Pekerja, sehingga lebam teruk seluruh badan dan hampir pecah gegendang telinga. 

Suami saya minta bantuan rakan-rakannya yang ada jawatan dalam Dewan Pemuda PAS. Antaranya ialah Khairil Nizam Khirudin (sekarang Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat). Mulanya mereka komited untuk siasat. 


Tetapi tiba-tiba Khairil Nizam dengan angkuh mencabar keluarga kami untuk saman saja Unit Amal PAS di mahkamah. Keluarga kami bersetuju untuk selesai secara baik tanpa melibatkan mahkamah. Kami hanya minta PAS kenal pasti anggota Unit Amal yang terlibat dan minta maaf kepada adik saya. 

Arul PSM telah aturkan pertemuan dengan Mat Sabu (ketika itu Mat Sabu masih di dalam PAS) di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. 

Tetapi pada hari pertemuan, PAS membatalkannya tanpa sebarang notis. Ayah saya cuba minta bantuan dari Dr. Hatta Ramli (ketika itu Dr. Hatta masih di dalam PAS). 

Dr. Hatta selamba jawab, ala... itu pergaduhan biasa antara budak-budak muda. Saya rasa begitu kecewa. Adik saya tidak mendapat keadilan dari sebuah parti yang mencanangkan Islam di sana sini. 

Apa reaksi suami saya? 

Dia bersetuju dengan tindakan pimpinan PAS. Kata suami, antara menjaga imej parti Islam dan memberi keadilan kepada seorang individu, imej parti Islam lebih utama didahulukan. Suami saya begitu taksub mengutamakan parti anutannya berbanding membela ahli keluarga yang tertindas.

2) Julai 2015 - Ketika ini berlaku pertelingkahan dalaman PAS. Isu baiah politik cerai taklik talak tiga terbongkar. Saya begitu marah bila mengetahui betapa murahnya PAS meletakkan nilai seorang isteri demi untuk kepentingan politik. 

Apa reaksi suami saya? 

Dia bersetuju dengan baiah cerai taklik talak tiga dan berpendapat baiah adalah satu sunnah Nabi yang mulia di sisi agama. Suami saya berikan hujah-hujah yang sama sebiji macam artikel di bawah :- 

http://www.sinarharian.com.my/…/10-fakta-apa-itu-sumpah-bai… 

Saya tanya suami, adakah jika dia diarahkan oleh pimpinan PAS untuk lafaz baiah seperti itu, dia akan buat? Dengan yakin suami saya kata, dia sanggup! Kerana dia yakin dia takkan meninggalkan parti PAS sehingga akhir hayat, maka talak tiga ke atas saya takkan jatuh sampai bila-bila. Saya rasa begitu jijik dengan pemikiran begitu. Lelaki yang siuman tidak akan menggadaikan isteri untuk parti. Kenapa isteri yang dijadikan taruhan?

3) Ogos 2016 - Saya mendapat maklumat berkaitan kes buli seksual di Maahad Tahfiz Al-Barakah milik pak lebai Kazim. Sumber saya sahih, bukan dicedok dari page Wardina atau Syed Azmi. 

Apa reaksi suami saya? 

Bila saya maklumkan pada suami, reaksi pertama dia ialah, ini semua fitnah golongan munafik terhadap ulama'. Bila saya tunjukkan bukti yang saya ada, dia mula percaya bahawa kejadian itu benar-benar berlaku. 

Tetapi suami saya kata, tak usahlah bongkar kes itu, kerana lebih baik melindungi nama baik ulama' untuk jaga imej Islam. Saya rasa sangat marah. Saya ada ramai anak lelaki. Bayangkan jika kejadian yang sama menimpa anak-anak lelaki saya. 

Adakah suami saya akan berdiam diri, berpeluk tubuh, simpan semua cerita, demi untuk jaga nama ulama'? Suami saya kata, ya, dia akan simpan cerita begitu, kerana mafsadah memburukkan nama ulama' lebih besar berbanding maslahah membela nasib mangsa.

Pemikiran bodoh sebegitu tidak akan timbul sehari dua. Ianya kesan doktrin yang disuap ke dalam otak selama bertahun-tahun terhadap ahli PAS. 

Ahli PAS yang taksub sudah tidak reti menggunakan akal dan pertimbangan untuk berfikir sendiri. Akal mereka telah di sub-con kepada pimpinan. 

Itulah yang saya nampak pada suami saya. Jika dia gagal melindungi isteri, anak-anak dan ahli keluarga, maka dia bukan lagi lelaki yang saya ingin hormati," katanya mengakhiri penulisan tersebut..

Netizens Sebarkan Wajah, Identiti Datuk Seri Yang Bantai 3 Anggota RELA.

Semalam media melaporkan individu yang berpangkat Datuk Seri telah menyerahkan diri ke Balai Ampang Jaya selepas diminta untuk hadir ke balai bagi membantu siasatan kerana dikaitkan dengan dakwaan memukul dan mencederakan tiga anggota RELA semasa mereka sedang menjalankan tugas menjaga lalu lintas pada jumaat lepas.

Baca : Datuk Seri Akhirnya Serah Diri

Individu berkenaan dilaporkan ditemani oleh 11 yang lain termasuk peguamnya semasa menyerah diri ke Balai Ampang Jaya. 

Beliau kemudiannya ditahan dan permohonan reman akan dibuat oleh polis pada hari ini.

Tertanya-tanya siapakah identiti Datuk Seri yang penuh misteri ini, netizens mula melakukan siasatan sendiri.

Individu yang dikenali dengan nama Zack Rahim menjadi pemula yang membocorkan identiti Datuk Seri tersebut.

Menurut Zack Rahim, Datuk Seri tersebut dipercayai bernama Dr. Nicky Liow Soon Hee dan baru berusia 29 tahun. Beliau didakwa memiliki syarikat Winner Emperor Holdings Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai WEH.


WEH adalah satu syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan pelaburan hartanah.

Beberapa gambar Nicky Liow turut disebarkan di post berkenaan.





Bagaimanapun sehingga kini pihak polis dan media belum menamakan individu berkenaan dan tidak dapat dipastikan samada apa yang disebarkan netizens ini adalah benar ataupun sebaliknya.

Isnin, 30 Oktober 2017

Ditroll Dalam #Bajet2018, Ini Respon Wan Azizah Kepada Najib - AIM Jasa Anwar, Jangan Lupa!

"Kita sesungguhnya berasa simpati dan berbaur kagum dengan ketabahan seorang insan bernama Wan Azizah atau lebih dikenali dengan nama Kak Wan. 

Yang menempuh liku-liku hidup beliau yang begitu mencabar namun berkat-berkat kesabaran Kak Wan terus cekal berjuang. Nampaknya Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini. Justeru marilah kita memberikan tepukan kepada Kak Wan Azizah Binti Wan Salleh, yang berada di atas sana.. contoh.. (Najib tergelak) contoh sahabat Amanah Iktiar Malaysia yang telah berjaya..," kata Najib semasa membentangkan #Bajet2018 pada jumaat lepas.

Pembentangan Bajet 2018
Pada awalnya ramai menyangka kenyataan Najib itu ditujukan buat Wan Azizah, Ketua Pembangkang Malaysia yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim. 

Ahli Parlimen pembangkang turut menyangkakan sedemikian berdasarkan kepada reaksi mereka yang menepuk meja dan membuat wajah seperti sedang tertanya-tanya dan berasa pelik.

Bagaimanapun saat Najib mengumumkan nama penuh Kak Wan dan apabila layar di Parlimen menunjukkan wajah Kak Wan yang dimaksudkan oleh Wan Azizah, akhirnya ramai la faham bahawanya Najib sedang 'troll' pembangkang dan para penyokongnya sekaligus.

Perkara itu menjadi topik antara yang hangat diperkatakan netizens bagi yang mengikuti pembentangan bajet secara langsung pada ketika itu.

Hari ini semasa membahaskan #bajet2018, Wan Azizah Ismail mengingatkan semua pihak bahawanya AIM sebenarnya diwujudkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih berada dalam kerajaan. 

“Saya nak ingatkan dewan yang mulia ini, asal usul usaha ini, ia (AIM) bermula hasil penyelidikan dan kertas cadangan dari pasukan Universiti Sains Malaysia yang telah diangkat pada tahun 1987. 

“Oleh siapa? Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri pelajaran pada waktu itu, menjadi program khas dalam usaha membasmi kemiskinan rakyat. 

“Program khas inilah diberi nama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kejayaan Kak Zah membuktikan kejayaan program yang dihidupkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya di parlimen.

Bagaimanapun Najib tidak hadir ke Parlimen pada hari ini. 
 

Datuk Seri 'Bantai' 3 Anggota RELA Serah Diri, Ditemani 11 Orang Semasa Ke Balai..

Lelaki bergelar Datuk Seri yang dipercayai memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), menyerah diri kepada polis.
Suspek, 29, kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 4 petang tadi, lapor Berita Harian hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata perintah reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok. 

Ketika hadir ke balai polis, suspek menaiki Bentley dan ditemani oleh 11 orang termasuk peguamnya lapor China Press.

Suspek ditahan berikutan perbuatannya memukul Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie, 21, dan Lee Weng Poh, 27, kira-kira jam 6.30 pagi, Jumaat lalu.

Mangsa bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa tubuh akibat dipukul dan ditendang suspek di sebuah tokong dekat Kampung Baru.
Kejadian berlaku apabila mereka meminta suspek mengalihkan Toyota Vellfire yang diletak di tepi jalan kerana menghalang lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 pagi itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Terdahulu The Star melaporkan kenyataan Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin yang berkata ketiga-tiga anggotanya yang cedera dipukul ditawarkan ganjaran wang tunai 10,000 setiap seorang jika kesemua mereka menarik semula laporan polis yang dibuat pada jumaat lepas. Tawaran itu dibuat oleh Datuk Seri, individu yang memukul ketiga-tiga anggota RELA berkenaan.
"Kami tidak akan dipengaruhi dan tidak akan menarik balik (laporan polis). Jika dia melakukan jenayah dia harus bersedia menghadapi akibatnya," kata Zulkifli Abidin seperti dipetik The Star.

Dalam pada itu, Ketua pengarah Rela Zulkifli Abidin turut memberi sijil kepujian kepada mereka bertiga kerana bersikap profesional ketika menjalankan tugas. 

Gambar Hiasan
Sabtu lalu portal Malaysiakini melaporkan seorang Datuk Seri yang baru berusia 29 tahun telah memukul tiga anggota RELA hanya kerana diminta untuk mengalihkan kenderaan berikutan kenderaannya itu dipercayai telah menghalang lalu lintas.

Tidak berpuas hati dengan permintaan tersebut dan dianggap seperti tidak menghormati 'orang yang lebih berpangkat', Datuk Seri itu kemudiannya memukul dan mencederakan seorang anggota RELA dan kemudiannya turut memukul dan mencederakan dua yang lain apabila kedua-duanya cuba menghalang Datuk Seri itu daripada terus memukul rakan setugas mereka.

Kes yang dilaporkan itu kemudiannya menjadi viral dan hangat diperkatakan dikalangan netizens dan ramai yang ingin tahu wajah Datuk Seri yang diperkatakan apatah lagi beliau hanya berusia 29 tahun.

Segalanya Yang Anda Patut Tahu Tentang OPS Lalang & Bagaimana Page Pro Mahathir Jilat Ludahnya Sendiri..

Apa itu OPS Lalang?

👉 Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.

Tindakan OPS Lalang

👉 Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.


Yang ditahan

👉 Antara mereka yang ditahan di bawah ISA ialah ;

1.Lim Kit Siang
2.Chandra Muzaffar
3.Karpal Singh
4.Dato Lim Kim Sai
5.Chan Kit Chee
6.Kua Kia Soong- Dong Jiao Zong
7.Lim Fong Seng Pengerusi
8.Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
9.Ibrahim Ali

10.Mohamed Fahmi Ibrahim Pemuda UMNO
Ops Lalang
Ops Lalang - Laporan The Star
Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah tahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh 5 pemimpin parti DAP, beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.

Pada mulanya bilangan yang ditahan ialah 97 orang, yang boleh dikategorikan kepada: parti politik: 37 orang; gerakan sosial: 23 orang; individu: 37 orang.

Punca OPS Lalang

👉 Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti;

➔ Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

➔ Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiao Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. 

➔ Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan gaya pendidikan sekolah Cina.

Bermulanya insiden perkauman

👉 Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiao Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid memboikot sekolah selama 3 hari. 

Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim , Anwar Ibrahim mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO.
Gambar - Malaysiakini
Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru menghimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung Jalan Abdul Aziz , kediaman Dato Harun Idris.

Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'. Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang ini disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.

Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras-Kajang.

Cubaan menambahkan lagi api perkauman 




👉 Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.


Antara kejadian lain yang dilaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu merupakan Ketua Pemuda Umno yang menyeru orang Melayu di Kampung Baru supaya membasahkan keris dengan darah orang Cina. 

Selain itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga bekas Menteri Besar Perlis berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya sekotak mancis api.

Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai pula pada masa tersebut menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata repal M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.
Amuk Si Adam - 18 Oktober
Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia.

Pembangkang jadi kambing hitam

👉 Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang dan kerajaan yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak. Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

Spekulasi umum

👉 April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir muncul sebagai pemenang. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.


Hanif Omar kata Mahathir tak terlibat 

👉 Sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.  

Sebaliknya, Hanif ( kanan ) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut. 

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang. 

Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

Selepas hilang kuasa, MCA punca kejadian

👇👇👇👇👇


Menurut perkongsian dari page pro Mahathir, SSTDM, OPS Lalang sebenarnya didalangi oleh MCA berikutan tindakan pemimpin-pemimpin parti itu memainkan lagu perkauman.

Salah MCA, Najib

👉 Pemuda UMNO pada ketika itu ialah Najib Razak, antara yang lantang membalas-balas sikap MCA yang semarakkan api perkauman.

Bagaimanapun Najib Razak tidak ditahan pada ketika itu sungguhpun bersikap lantang (membalas balik kritikan dengan nada provokasi) dan menganjurkan perhimpunan di TPCA.

Berhenti kerja

👉 Artikel yang dikongsikan oleh admin page itu ditulis oleh Ku Seman Ku Hussain yang pernah menjadi Editor Kanan Utusan Malaysia dan Pengarang Mingguan Malaysia.

Tahun lepas Ku Seman Ku Hussain menghantar surat perletakkan jawatannya di Utusan dan isu tersebut diperkatakan oleh ramai pihak yang terlibat dalam bidang kewartawanan. Ku Seman Ku Hussain berkhidmat di Utusan sejak tahun 1984 sebelum berhenti secara mengejut pada tahun 2016.

Meskipun tidak memperjelaskan sebab meletak jawatan, ramai percaya ia ada kaitan dengan sikap kritikalnya terhadap pentadbiran Najib terutamanya dalam isu 1MDB dan derma 2.6b.
Malahan beliau turut didakwa telah menerima surat amaran akibat kelantangannya itu kononnya telah menjadi lidah pembangkang di Utusan. 

Bagaimanapun Malaysiakini melaporkan tindakannya meletak jawatan ada kaitan dengan sikap tidak berpuas hati beliau dengan keputusan syarikat yang memindahkannya keluar dari bahagian akhbar ke sebuah anak syarikat. 

Akhirnya kebenaran terbukti


Respon netizens
Kritikan netizens di page itu bagaimanapun tidak disahut oleh admin page SSTDM. Sekurangnya-kurangnya dua perkara terbukti benar walaupun terlewat untuk diakui oleh pihak-pihak tertentu iaitu ;

→ yang memainkan lagu perkauman dan mengapi-apikan keadaan ialah parti-parti pro kerajaan pemerintah dan mereka yang mempunyai jawatan yakni MCA dan UMNO..

→ tapi yang ditangkap pemimpin-pemimpin DAP dan PAS dan yang dipersalahkan bertahun-tahun kononnya nak mencetuskan peristiwa 13 Mei kembali adalah parti-parti pembangkang..

Sumber rujukan ;
 






http://www.keadilandaily.com/mahathir-seolah-akui-malaysia-negara-polis-suhaimi-said/

https://www.malaysiakini.com/columns/155852

https://www.malaysiakini.com/news/155640
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...