Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Mac 2017

Segalanya Yang Anda Patut Tahu Tentang Permohonan Rumah Mampu Milik Yayasan Sultan Ibrahim.

Dengan kemaskini. 22 Mac 11.24 pm

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada semalam telah mengumumkan kejutan kepada rakyat Johor dengan memperkenalkan skim perumahan mampu milik, lantaran prihatin dengan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat negeri itu.

Dan ini adalah apa yang anda patut tahu tentang skim perumahan tersebut.

Apa itu Projek Perumahan Impian Sultan Ibrahim?

Projek Perumahan Impian Sultan Ibrahim ialah satu projek perumahan yang dikhususkan untuk bangsa Johor bagi memiliki kediaman sendiri.  

Projek rumah impian mampu milik ini akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) dengan kerjasama Bank Rakyat, menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil yang dirasakan bersesuaian.

Depositnya bagaimana?

Harga rumah mesra rakyat yang ditawarkan untuk seunit ialah tidak melebihi dari 100,000 ringgit Malaysia. Pemohon yang berjaya dalam proses permohonan hanya perlu membayar duit deposit sebanyak rm1.00 sahaja. Apa yang menarik dengan projek ini ialah;

- Peminjam layak mendapat pinjaman penuh sehingga 100% harga rumah.

- Peminjam juga tidak perlu bersusah memikirkan tentang deposit rumah kerana deposit bagi permohonan yang berjaya hanyalah rm1.00 sahaja.

- Pemohon juga layak menikmati kadar pembayaran balik yang mudah

- Pemohon yang berjaya juga akan dapat menikmati rumah yang berkualiti pada harga mampu milik kerana Sultan Johor telah menjanjikan hanya bahan binaan yang berkualiti sahaja yang akan digunakan bagi menjayakan projek perumahan impian ini. 

Keluasan rumah?


Menurut maklumat awal yang diterima;

- Setiap jenis unit kediaman adalah tanpa pagar bagi mewujudkan masyarakat yang mesra dan dan bersatu

- Sekurang-kurangnya rumah jenis banglo atau semi-d dengan 3 bilik dan 2 bilik air pada harga bawah rm100,000 per unit.

Dalam projek ini, ada tiga jenis rumah yang akan dijual kepada orang ramai pada 3 harga yang berbeza. 

Jenis
Harga
Pendapatan
Jenis A
RM100,000 – RM150,000
Tidak melebihi dari 8,000 sebulan
Jenis B
RM150,000 dan ke atas
Terbuka kepada pemohon
Jenis C
RM80,000 – RM100,000
Tidak melebihi rm5,000 sebulan
** Tertakluk kepada syarat-syarat dan pindaan.

Syarat permohonan

Kriteria bagi permohonan melalui SPMM YSI adalah seperti berikut;

Individu yang lahir di Johor dan berusia 18 tahun ke atas

⇨ Bujang ataupun telah berkahwin 

Setiap individu hanya layak memohon satu kali dan bagi pasangan yang berkahwin, mereka hanya boleh memohon sekali sahaja.

Pemohon mestilah individu yang belum memiliki rumah di mana-mana kawasan di Malaysia

Setiap permohonan yang berjaya tertakluk kepada pendapatan. Pendapatan tertentu diperlukan bagi memohon satu-satu jenis unit rumah seperti yang disyaratkan dalam jadual di atas. 

Nak mohon kat mana? 

Rakyat negeri Johor dialu-alukan hadir ke Galleria di Plaza Kotaraya pada hari Rabu (22 Mac) bermula jam 2 petang untuk majlis pelancaran selain mendapatkan maklumat lanjut tentang panduan permohonan pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim yang telah pun dilancarkan siang tadi. Setiap pemohon boleh melengkapkan proses pra-pendaftaran ketika berkunjung ke Galleria dan juga secara online.

Untuk memohon secara online sila ke laman web ini :

http://www.yayasansultanibrahim.org.my/  


Semasa proses pra-pendaftaran setiap pemohon perlu memberikan butiran seperti;

⇨Nama penuh
Nombor Kad Pengenalan
⇨Alamat Email
⇨Nombor Telefon Bimbit Untuk Dihubungi
Setiap pemohon yang membuat pra-pendaftaran akan menerima butiran lanjut tentang permohonan menerusi email ataupun SMS oleh itu sila pastikan anda memberikan maklumat yang tepat ketika mengisi maklumat pra-pendaftaran. 

Untuk makluman juga, setiap pemohon perlu mengisi borang di SUK selepas terpilih dalam proses pra-pendaftaran. Pinjaman perumahan akan diproses oleh Bank Rakyat selepas pemohon mendapat surat kelulusan dari Yayasan Sultan Ibrahim.

Kami di pihak AW mengucapkan selamat memohon kepada bangsa Johor. Akhirnya skim mesra rakyat pada harga yang benar-benar mesra rakyat direalisasikan oleh Sultan Johor untuk rakyatnya. Inila skim yang sepatutnya ditiru oleh kerajaan kita. 😏😏😏😏

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...