Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Mac 2017

Nik Abduh Kalah Pemilihan - Ini Cara Ahli PAS Ajar Pemimpin PAS Yang Mesra UMNO Dakwa Sumber Parti.

Kekalahan teruk Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, anak kepada pemimpin yang satu masa dulu paling berpengaruh dalam PAS, dalam pemilihan PAS Pengkalan Chepa baru-baru ini menunjukkan suara akar umbi PAS yang tidak selesa dengan pemimpin yang dilihat mesra dengan Umno, menurut sumber dalaman parti, lapor Free Malaysia Today.

Nik Abduh - Sumber Free Malaysia Today
Portal itu melaporkan dengan memetik sumber yang rapat dengan pimpinan kanan parti Islam itu. Laporan itu menyebut, sama ada ketua Pemuda PAS itu “serius” atau tidak dalam menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa itu adalah tidak relevan.
“Kekalahan beliau merupakan petanda pemimpin parti yang rapat dengan Barisan Nasional akan ditolak.  Akar umbi PAS mempunyai cara tersendiri menyatakan pandangan mereka kepada saf kepimpinan,” kata sumber itu kepada portal berkenaan.
Sabtu lepas, Nik Abduh meraih 37 undi, tewas kepada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin yang memperoleh 207 undi, seterusnya mempertahankan jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa.
PAS Pengkalan Chepa diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Nik Abduh bagaimanapun dilaporkan berkata beliau menerima pencalonan itu “sekadar suka-suka”.
“Saya hanya bertanding sekadar suka-suka sahaja. Jawatan yang sudah ada ini (ketua Pemuda PAS) pun sudah tidak larat hendak pikul,” kata Nik Abduh dipetik Utusan Malaysia.
Namun spekulasi tersebar luas yang mendakwa Nik Abduh sudah lama berkrisis dengan Nik Amar. Mereka membayangkan wujudnya dua team yang bertentangan di antara satu sama lain di kawasan akar umbi dan itu menjadi sebab kenapa Nik Abduh kalah teruk di peringkat pemilihan kawasan. 
Bagaimanapun Nik Abduh menafikan penyebaran spekulasi itu.  
“Biarlah yang lapar fitnah itu beraya sekejap,” katanya mengenai dakwaan kekalahan itu beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...