Sabtu, 11 Februari 2017

Najib Laju-Laju Nafi Ada Menteri Bakal Berhenti Kerana 1MDB - Kenapa Agaknya Tu?

Petang semalam di Twitter, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan secara berteka teki kononnya terdapat seorang menteri bakal meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan isu 1MDB.


Kenyataan itu seterusnya mengundang persoalan di kalangan media, siapakah menteri kanan yang dimaksudkan oleh Azmin? Beberapa nama turut naik menjadi spekulasi netizens antara Khairy Jamaluddin, Zahid Hamidi dan Idris Jusoh (rujuk sini).

Pun begitu, Najib dengan pantasnya menafikan kenyataan tersebut di laman sosial.

"Tiada menteri yang memaklumkan kepada saya tentang perletakkan jawatan. Saya menganggap Azmin melakukan pembohongan untuk menimbulkan kekacauan melainkan dia mendedahkan nama menteri tersebut", memetik kenyataan Najib Razak di Twitternya malam tadi.


Penafian itu dikeluarkan oleh Najib Razak selang beberapa jam selepas Azmin mengeluarkan kenyataan di Twitternya. Selalunya, apa yang dinafikan secara pantas oleh Najib merupakan petunjuk ada sesuatu disebalik isu yang ditimbulkan. 

Di WhatsApp juga terdapat sebaran mesej tentang nama menteri yang dikatakan bakal meletak jawatan namun dipercayai berita palsu tersebut sengaja disebarkan untuk mencipta suasana huru hara sekaligus mengaitkan penyokong pembangkang dengan penyebaran berita fitnah.

Sungguh pun begitu, Azmin tetap tampil mempertahankan dakwaannya.

Dalam kenyataannya kepada media, Azmin berkata, tidak mengejutkan apabila Datuk Seri Najib Razak menafikan ada anggota kabinetnya akan meletak jawatan. 

Kata Azmin, maklumat mengenai peletakan jawatan itu disampaikan orang terbabit sendiri kepadanya baru-baru ini. "Maklumat itu (datang) terus daripada orang yang berkenaan. 

"Tunggu, kita akan umumkan," kata Azmin. Timbalan presiden PKR itu bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam amal Jaksa Pendamai (JP) Selangor di Klang.

Dalam pada itu, Nazri Aziz menyifatkan kenyataan Azmin adalah bertujuan untuk mengalihkan spotlight dari pembangkang kepada kerajaan kerana kemasukkan Zaid ke dalam parti DAP.


"Saya rasa apabila Datuk Zaid Ibrahim menyertai DAP, ia menyebabkan berlaku perpecahan besar di kalangan pembangkang". 

"Jadi sekarang mereka cuba mencipta sesuatu untuk mengalihkan perhatian," katanya. 

Nazri Aziz juga menafikan bahawa beliau adalah individu yang mahu meletakkan jawatan dari kabinet Najib.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...