Jumaat, 10 Februari 2017

Ini Cerita Sindiket Jual-Beli Warga Asing.

Oleh : Chegu Bard.

1 Febuari 2017

Pada 21 Januari 2017 , cheGuBard menerima satu masej whats app dari Sri Lanka meminta bantuan mengenai seorang pekerja asing yang ditipu di Malaysia. Masej bertujuan memastikan nombor itu ialah cheGuBard dari 'NGO' SAMM yang sedia membantu atas nama kemanusiaan, bila dibalas 'ya' penghantar masej memberitahu akan menelefon dan bercakap melalui telefon.

Hampir tengah malam, tiba - tiba panggilan telefon dari nombor yang awalnya +971.... pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad Abuzar.


Abuzar seorang ekspatriat , warga Pakistan dan kini bermastautin di Dubai. Dia maklumkan adiknya Muhammad Azfar Sanjani seorang "charted accountant", selain lulusan sarjana Akauntan adiknya juga mahir dalam bidang pengarahan dan membuat video serta berpengalaman bekerja dengan beberapa agensi perfileman besar di Bollywood.

Adiknya di Pakistan telah menerima tawaran untuk bekerja dalam bidang profesional di Malaysia dengan tawaran gaji lumayan. Untuk mendapatkan tawaran itu adiknya telah membayar lebih dari USD 4,000 dan beberapa bayaran sampingan lain. Malangnya pada 18 Januari dia mendapat panggilan telefon dari adiknya memaklumkan dia ditipu dan ditempatkan sebagai buruh kasar dengan tempat penginapan yang sangat teruk.

11 Januari Azfar telah tiba di Malaysia dengan diuruskan oleh agensi pekerjaan tersebut. Bermalam semalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan 12 Januari dibawa ke Johor Bharu. 13 Januari kumpulan besar warga Pakistan ini mula dipisah - pisahkan. Azfar dan seorang lagi telah dibawa oleh seorang majikan berbangsa Cina. Selepas dua hari itu adiknya menghubungi keluarganya di Pakistan dan Dubai memaklumkan dia ditipu.

Abuzar merayu, katanya bagi pihak ibunya dan seluruh keluarga dia minta SAMM bantu keluarkan adiknya. Dia maklumkan pasport adiknya dipegang majikan. Jika mahu pasport untuk pulang dia perlu membayar RM7,000 pula lagi. che'GuBard sebut dengan dia jangan bayar apa - apa dan SAMM akan cari adiknya sampai dapat.

SAMM Muar diaktifkan dan diminta membuat carian kerana lokasi disyaki ialah Muar. Hasil carian dikenal pasti , Azfar ditempatkan disebuah kawasan rumah kongsi yang sangat teruk, kotor dan padat. Tidak ada tandas, untuk buang air hanya pergi ke semak berhampiran. Dia diminta bekerja di kilang perabut di Lip Gee Sdn Bhd yang terletak di Parit Bakar Tengah, Muar.

Satu 'cover report' dibuat memaklumkan perkara ini. 23 Januari pasukan SAMM Muar memasuki kawasan tersebut dan mengenal pasti Azfar. Dia ditemui dalam keadaan 'berlemuih'. Dia hanya diminta membawa barang penting sahaja, malah beg baju juga ditinggalkan. Dia terus dibawa ke Kuala Lumpur bagi tujuan ke Kedutaan Pakistan. cheGuBard sendiri sudah berhubung dengan kedutaan Pakistan dan sdr. Hisham sedia menanti. Tanpa pasport hanya dengan sijil - sijil akademik serta wang Azfar dibawa ke Kuala Lumpur.

Sampai di Kuala Lumpur kami putuskan tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu Azfar berdepan masalah kerana tidak punya pasport. Maka dia terus dibawa ke kedutaan.

Sebaik sahaja dia memulakan proses lapor diri di kedutaan , cheGubard, Saiden dan Anwar (tiga kami bersama azfar masuk ke Kedutaan) minta diri. Masih kuat di ingatan lagi Azfar tarik tangan cheGubard ke satu sudut, depan Saiden dan Anwar dia keruk poket dan sampul surat besar yang dibawa.... dengan kedua tapak tanganga yang penuh berkeromot duit USD, Pakistan dan Malaysia dia kata ambillah yang perlu dan hanya tinggalkan dia sedikit sementara abangnya sampai dari Dubai esok.

che'GuBard cuma capai RM300 terus dihulur pada Saiden untuk minyak dan lain - lain belanja mereka dari Muar. che'GuBard genggam balik tangan Azfar terus minta dia simpan semua... (rasanya ada dalam RM10,000 nilai wang dalam duit Malaysi). che'GuBard cuma pesan pada dia pesan arwah Pa'aq pesan... bila kau dengar orang susah dan perlu bantuan pergi bantu tanpa pikir macam mana orang tu nak balas bantuan kau.... sebab bila kau perlu bantuan yakinlah Allah akan hantar bantuan dalam bentuk yang tidak disangka... dia terus menangis. Dia kata kena terus berhubung sebab dia nak balik dan tubuh SAMM di Pakistan. ermmm... apalah yang digoreng dek Anwar dan Saiden dalam kereta sepanjang perjalanan dari Muar ke Kuala Lumpur agaknya. Sebelum melangkah Saiden dan Anwar berpeluk, che'GuBard elak sebab baunya sungguh 'wow' mungkin kerana sebelum itu dia sendiri bercerita tidak mandi beberapa hari kerana air mereka mandi itu sendiri kotor dan busuk.

25 Januari, Abuzar telefon, kaatanya dia di Kuala Lumpur bersama adiknya, esok dia mahu bawa adiknya pulang ke Pakistan. Dia ajak jumpa nak rai dan ucap terima kasih, che'GuBard cuma minta maaf sebab memang tak sempat, ucap selamat jalan dan selamat sampai. Sempat pesan pada dua beradik ini jangan serik datang Malaysia, sini sama seperti negara lain ada orang baik ada orang jahat tetapi Tuhan tetap satu.  Abuzar pun menangis dalam telefon , cuma konfius memang Pakistan ni cepat menangis atau adik beradik Sanjrani ni cepat sedih, dia tak tahu che'GuBard tak boleh jumpa sebab kena kerja shift malam... hahah kalau tak kerja mana nak bayar - bayar bil dan ansuran hutang bang oiii...

Apa pun bangga SAMM sampai ke luar negara orang sebut namanya, sesungguhnya anugerah Allah yang besar pada che'GuBard dalam perjuangan ini bukan jawatan atau kekayaan tetapi adik beradik keluarga besar SAMM... apa pun orang nak cakap lantaknya che'GuBard ada keluarga besarnya.

Tahniah buat Anwar Asyraf Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM kerana beberapa hari sebelum bernikah sanggup buat misi menyelamatkan ini. tahniah buat Saiden Runner yang walaupun kerja gaji hari tapi tinggal kerja untuk bersama. Peliknya kes Azfar ini bukan terpencil tetapi ia sering berlaku cuma tidak ada tindakan... macam mana agensi penipu ini mudah sangat dapat permit... adakah orang besar Imigresen atau pejabat Menteri sendiri berada dibelakang mereka ? Nama agen yang menipu yang dimaklumkan Azfar ialah Chua Chon Kai nombor telefon dia 0176015225

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...