Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Februari 2017

Komplot Jadikan Mukhriz PM Dan Lim Kit Siang TPM : Mukhriz Kini Sah Menyaman Tunku Abdul Aziz.

Saman la saya jika dakwaan itu fitnah - Tunku Abdul Aziz ketika mengeluarkan kenyataan bahawanya dia mempunyai maklumat yang diperolehi dari sumber yang tidak boleh didedahkan namanya bahawanya PPBM - DAP mempunyai satu pakatan sulit iaitu jika pembangkang menang, maka Mukhriz Mahathir akan dilantik menjadi Perdana Menteri manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri akan disandang oleh Lim Kit Siang, ahli parlimen Gelang Patah yang juga pemimpin veteran dalam DAP - Democratic Action Party.

Selepas kenyataan itu dikeluarkan, pihak yang dituduh mengadakan komplot juga diejek-ejek oleh penyokong-penyokong parti PAS dan UMNO agar PPBM dan DAP bertindak menyaman jika tidak tuduhan dari Tunku Abdul Aziz akan dianggap benar - sepertimana tuduhan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang yang didakwa menerima habuan 90 juta dianggap benar oleh para penyokong Pakatan Harapan.

Hanif Khatri, peguam Mahathir dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebooknya mengesahkan bahawanya Tunku Abdul Aziz akan disaman fitnah kerana menfitnah Mukhriz mempunyai komplot mahu menjadi Perdana Menteri dan Lim Kit Siang mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Saman itu difailkan di mahkamah tinggi Wilayah Persekutuan sebentar tadi.



Pada masa kini - saman seringkali dijadikan alat oleh orang kaya;kapitalis;penindas bagi menyekat kebebasan dan hak masyarakat tertindas. Namun dalam sesetengah kes, hanya saman sahaja yang dapat membuktikan seseorang itu terfitnah atas sesuatu tuduhan yang dilemparkan. Kita tunggu dan lihat pengakhiran kes ini bagaimana kelak. Siapa yang sebenarnya berbohong dan siapa yang sebenarnya bercakap benar.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...