Jet itu dianggarkan bernilai sebanyak US 35 juta dollar atau kira-kira RM133 juta Ringgit Malaysia.
Memetik laporan portal tempatan The Edge , pihak berkuasa Singapura telah merampas (menyita) jet jenis
The Bombardier Global 5000 di Lapangan Terbang Seletar Singapura sejak dua minggu lalu.
Menurut laporan itu lagi, pesawat itu dirampas kerana pembeliannya adalah berpunca dari sumber wang penyelewengan 1MDB dan antara aset yang menjadi pertikaian dalam saman DOJ. Jet itu turut disebut dalam perbicaraan kes mahkamah yang membabitkan seorang pegawai bank Yeo Jiawei yang didapati bersalah kerana terlibat dalam penggubalan wang haram di Singapura pada tahun lepas.
Saman DOJ sebelum ini, turut memetik pembelian jet tersebut ada kaitan dengan wang yang dicuri keluar dari 1MDB yang mana ia menjadi kesalahan dalam akta pengubalan wang haram di negara tersebut kerana melupuskan wang haram menggunakan sistem perbankan Amerika Syarikat. Saman DOJ menuntut untuk menyita segala aset yang berkaitan 1MDB yang bernilai US 1b pada tahun lepas.
Skandal 1MDB ialah skandal korupsi paling kontroversi di negara ini sejak 2 tahun lepas yang dipercayai turut membabitkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.