Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Januari 2017

Bagi Baju Pada Mangsa Nahas Pun Nak Masuk Berita? Menteri Ini Gila Publisiti Lah!

Sebelum ini ;


Amboi, itu pun nak buat laporan? Gila glamer?

Aik, bagi baju ke mangsa bot karam pun sampai perlu masuk paper? Terhegeh-hegeh gila publisiti ke menteri ini? Tshirt je pun. Tak usah la beria sangat mempopularkan diri kamu tu pak menteri oi. Dah memang kerja kamu. Dibayar gaji okay. Bukannya free.

Kerana dikritik netizens, Datuk Seri Shahidan Kassim tampil menjawab ejekan masyarakat.

Assalamualaikum dan selamat malam.Semoga Allah SWT memberkati.

PENJELASAN BAJU BRAND PAGODA DAN BERKAKI AYAM.


1)Bila berlaku kejadian kemalangan di laut maka Search and Rescue@Mencari dan Menyelamat akan di-aktifkan olih APMM@Coastguard Malaysia. Menteri APMM ialah saya@shahidan kassim.

Saya boleh terus mengetuai SAR atau pun perengkat pegawai saja yang uruskan dan saya turut sama. Dalam kemalangan MH370 Dato Sri Hishamuddin mengetuai SAR..

Ada juga agensi lain yang keluar kenyataan,saya jawab teruskan buat kenyataan. Saya berada dilapangan. Saya tidak cari publisiti.

2)Saya bersama dengan pasukan SAR dari awal lagi. Semalam saya turun ke-laut. Di tengah laut saya naik boat ikan yang membawa mangsa boat tenggelam kerana kami tidak dapat pindahkan mangsa kedalam kapal APMM kerana alun terlalu kuat.

Semasa melompat antara dua boat saya buka kasut untuk elakkan dari tergelincir. Saya selamat menaiki boat tersebut. Saya bagi semangat kepada mangsa2. Mereka juga minta beberapa perkara terutamanya powerbank. Saya telah tunai janji dekat hospital.


3)Saya tidak tahu ada orang ambil gambar. Kalau tidak tentu saya control perut saya agar lebih macho. Semasa dalam boat saya melihat ada mangsa yang sudah bercakap sendiri sebab terlampau sejuk dan lain-lain. Seorang anak muda sedang menggigil dengan teruk.


Muka bengkak.Saya buka baju saya dan beri padanya. Setelah dia pakai dia kurang menggigil dan senyum tanda terima kasih.Maka tinggallah baju brand pagoda tadi. Saya juga sejuk dan kesannya ialah saya hanya bolih tidur jam 7 pagi. Saya niat lakukan semua kerana Allah SWT. 

Kenaikan Petrol Sebanyak 15 Sen Adalah Fitnah Kerana Petrol Sebenarnya Naik Sebanyak 20 Sen - Hadiah Tahun Baru Cina!

Bermula tengah malam ini, petrol RON95 naik 20 sen, dan akan dijual pada harga RM2.30 seliter. 

Sama juga dengan RON97 yang juga dinaikkan 20 sen kepada RM2.60 seliter. Bagi bahan api diesel pula, ia tetap naik 10 sen, dan dijual pada harga RM2.15 sementara bagi diesel Euro 5 harganya ialah RM2.25 seliter. 

Dengan pengumuman ini, nampak gayanya harga bahan api di Malaysia meneruskan trend kenaikan harga bagi dua bulan pertama 2017 ini lapor portal automotif tempatan, Paultan.

Pagi tadi viral di laman sosial bahawanya harga bahan api akan naik sebanyak 15 sen bagi petrol ron 95 manakala diesel akan meningkat sebanyak 10 sen namun ianya dinafikan oleh team media sosial BN yang menyatakan sebaran berkenaan adalah satu lagi fitnah bagi melemahkan sokongan ke atas kerajaan.


Mereka memaklumkan sebaran di WhatsApp adalah palsu dan rakyat patut berhenti menyebarkannya. 

Sungguh pun terbukti petrol tidak naik sebanyak 15 sen dan dianggap 'fitnah', tetapi malangnya petrol tetap dinaikkan sebanyak 20 sen. Adakah kita patut bergembira dengan kenaikan tersebut? Kali ini minyak naik sebelum BRIM diagihkan. Nampak?

Kah Kah Kah

Sebatang Pokok Harganya RM180K? Eh, Itu Fitnah Kata JKR Terengganu Namun Yang Mendakwa Pertahankan Tuduhan..

Sebelum ini viral ;




Dan JKR Terengganu tampil menafikan tuduhan. Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok Ceiba chodatii yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.

Pengarah JKR Terengganu Ir Ab Hamid Md Daud sebaliknya berkata pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu ditanggung kontraktor utama projek itu dan ia juga tidak termasuk dalam skop projek.
 
“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Isu pokok ‘benang sutera’ berkenaan tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa penanaman tiga batang pokok berkenaan sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus merupakan satu pembaziran kerana difahamkan pokok berkenaan berharga RM180,000 sebatang.


Dalam pada itu, pergerakan Pemuda Umno Terengganu dalam kenyataan berasingan menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan.

Ketuanya Mohd Johari Abu Bakar berkata tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya menteri besar terlibat dalam isu tersebut.


“Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial.


“Pemuda Umno Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial", katanya dalam satu kenyataan media. Namun yang menuduh tetap mempertahankan tuduhan meskipun dua kenyataan media telah dikeluarkan bagi menafikan dakwaan.


Seperti yang dipetik menerusi Facebooknya ;


Kesimpulannya?

1. JKR Terengganu tak menafikan harga sebatang pokok ialah rm180,000 per batang. Hanya menafikan ia dibeli menggunakan wang kerajaan negeri sahaja.

2. Kontraktor yang mengeluarkan wang sehingga 540k untuk membeli 3 batang pokok, untuk apa? Manfaat? Keuntungan di masa akan datang? 540k bukannya kos kecik bagi kontraktor apatah lagi jika ia digunakan untuk beli 3 batang pokok.

3. Netizens turut mempertikaikan kenapa perlu import pokok dari Brazil untuk mercu tanda di Kuala Nerus? Sepatutnya gunakan pokok tempatan di Kuala Nerus atau pokok yang bersifat kemalaysiaan sebagai mercu tanda.
Kita tunggu respon mereka. 

Khalid Samad Sembah Ayam? Ini Penjelasan & Bukti Video Untuk Semua Pemfitnah.

Oleh : Parti Amanah Negara & Rausyan Fikir.

PENJELASAN ATAS FITNAH YANG DISEBAR KONONNYA AHLI PARLIMEN SHAH ALAM, YB KHALID SAMAD SEMBAH AYAM

Khalid Samad Sembah Ayam

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Takde selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik pada *orang lain* termasuklah pada Gambar Akhir daripada video CNY yang di buat DAP. 

2. Kena tahu bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan *Na* (that) *Ji* (Chicken) yang kebetulan bunyinya sama macam *Najib*. 

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam (Na Ji) yang Jahat dan selalu merugikan tuannya. 

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya semula dan berjaya ditangkap semula. 

5. YBKS telah memasukkan ayam itu *(na ji)* dalam sarang *(penjara)* dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina. 

6. Photo terakhir itu mereka semua ucapkan *Selamat Tahun Baru Cina* pada Na Ji yang sudah berada dalam sangkar (penjara). 

7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. *Gong Xi Faa Chai* yang disebut bukan kata2 penyembahan. Seronokkah buat dan sebar Fitnah? 

Allah sebut jelas dalam Al Quran... وَالْفِتْنَةُ اَکْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ؕ "...Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..." (QS. Al-Baqarah: Ayat 217)

(DISERTAKAN DENGAN LINK VIDEO Video asal Teresa Kok yg telah disedut sebahagian daripada gambarnya untuk diviralkan dgn tujuan menimbulkan fitnah dan kekeliruan seolah olah YB Khalid Samad sedang sembah ayam. 

Inilah politik memperdagangkan agama utk meraih sokongan secara fitnah dan tipu helah. https://youtu.be/lEt_-h0R9uQ 

Saksikanlah Video Asal yg telah diedit oleh **Team Cybertoper Pas yang diketuai oleh Omakkau Hanisya Abdul Hamid. 

Video di sini: https://youtu.be/lEt_-h0R9uQ 

Tolong Viralkan supaya semua tahu kerja buat cybetroper Pas mengfitnah Pakatan Harapan. 

Klip Video FITNAH :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1051134108331958&id=121753161270062&pnref=story

** Dakwaan Hanisya Abdul Hamid merupakan ketua kepada Team Cybertroppers PAS memerlukan pengesahan lanjut.

Sabtu, 28 Januari 2017

Skandal BMF : Siasat Mahathir Segera Kata PAS.

Kertas siasatan baru perlu dibuka ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dari pendedahan terbaru oleh CIA melibatkan pelbagai skandal semasa di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri itu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.
 


Info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja cantuman dari begitu banyak keraguan pada masa lalu semata-mata. Tetapi lebih utama, perlunya siasatan dari pihak berkuasa negara berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sendiri bahawa pada ketika itu tiada siasatan dilakukan walaupun saiz kerugian dialami negara amat besar iaitu USD10 bilion.
 
Malah, ia demi menyelamatkan kredibiliti dan integriti Malaysia yang terjejas dengan pelbagai dakwaan skandal sebelum ini berkaitan 1MDB juga melibatkan banyak pihak serta jumlah yang sangat besar kewangan. Ia juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan ke atas mereka yang terlibat sekiranya didapati bersalah.
 
Inilah masa kita membuktikan ketelusan dan kecekapan badan-badan penguatkuasaan berkaitan serta membuang keluar segala dilema selama ini akibat dari birokrasi dan kediktatoran yang mencengkam. Palitan kekotoran lalu mesti dibersihkan, sekali gus hak pihak-pihak pernah teraniaya dapat dikembalikan, selain memulihkan semula sistem negara yang ternoda kembali ke landasannya.
 
Sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenarnya yang tersirat di sebalik pelbagai skandal yang pernah didakwa berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan.

“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
 
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
29 Rabi‘ul Akhir 1438 | 28 Januari 2017

Jumaat, 27 Januari 2017

Saiful Dakwa Keluarga Anwar Minta Tolong Mohon Pengampuan Bagi Pihak Anwar - Keluarga Anwar Nafi Jumpa Saiful Tapi Saiful Kata Yang Datang Jumpa Tu Kenalan Rapat..

Beberapa jam sebelum ini. Saiful menulis di akaun Facebooknya. Katanya salah seorang kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui Saiful dan membuat permohonan maaf.

Kenalan rapat DSAI tersebut memohon maaf kerana menyerang dan tidak mempercayai dakwaan Saiful selama ini. Beliau memohon maaf atas kapasiti peribadinya, kata Saiful di status tersebut.

Kenalan rapat tersebut juga turut memaklumkan yang dia datang menemui Saiful dengan membawa hajat dari keluarga Anwar. Katanya, beliau mewakili keluarga Anwar berharap agar Saiful memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar tanpa perlu mengubah apa-apa pengakuan dan dakwaan sebelum ini.

"Beliau mohon saya maafkan Anwar. Katanya Anwar telah menjalani hukuman selama dua tahun, mungkin beliau sudah insaf".

"Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan merit nya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi. 

Kata beliau, dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan", kata Saiful yang dipetik menerusi status Facebook itu.

Walaubagaimanapun, Saiful tidak terus bersetuju dengan permintaan tersebut sebaliknya meminta sedikit masa untuk berfikir dan membuat keputusan. 


Dalam perkembangan yang lain, keluarga Anwar pantas menafikan dakwaan Saiful. Bercakap kepada media, Nurul Nuha menafikan keluarganya pernah menghubungi Saiful bagi meminta pertolongan. 

"Oh satu lagi fitnah. Keluarga kami tidak pernah hubungi Saiful", kata Nurul Nuha seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Untuk rekod, Saiful bukan didatangi oleh ahli keluarga Anwar sebaliknya kenalan yang mengakui akrab dengan Anwar dan mewakili keluarga Anwar. 

Apakah mungkin keluarga Anwar menjadi mangsa sabotaj seseorang dalam parti ataupun Saiful sedang mereka-reka cerita? Selagi mana Saiful tidak dedahkan nama selagi itulah masyarakat akan berteori.

Khamis, 26 Januari 2017

Kronologi Skandal Sturgeon FELDA - Dulu2 FELDA Kata Ternakan Sturgeon Mampu Jana 360 Juta Setahun..

KRONOLOGI ‘SKANDAL STURGEON’ FELDA


Pada 1 Januari 2013, FELDA telah menubuhkan Unit Pengurusan Transforvasi untuk mewujudkan pelbagai aktiviti perniagaan berpendapatan tinggi kepada FELDA. 

Antara projek dicadangkan oleh unit tersebut ialah Projek Penternakan Ikan Sturgeon. 

Baca : 2 Tahun Dilabel Penyangak Kerana Sturgeon, Kini Dakwaan Kami Terbukti, FELDA Patut Rasa Malu!

Pada 4 Julai 2013, Lembaga FELDA telah meluluskan cadangan Projek Penternakan Ikan Sturgeon secara dasar tertakluk kepada kajian terperinci yang perlu dibentangkan kepada Lembaga FELDA untuk kelulusan. FELDA telah menubuhkan FELDA Korea Malaysia Sdn Bhd pada 17 Julai 2013. 

Walau bagaimana pun, pengurusan FELDA pada masa itu tidak membentangkan laporan kajian terperinci projek kepada Lembaga FELDA sebelum projek ini diteruskan. 

FELDA Carviartive Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 7 Januari 2014 dan pada 27 Februari 2014 menandatangani dua perjanjian dengan dua syarikat Korea. 

Perjanjian tersebut adalah Technology Transfer & Supply Agreement (TTSA) yang bernilai USD10 juta; dan Design and Build Contract Agreement (DBCA) yang bernilai USD35 juta. 

FELDA Carviartive Sdn Bhd telah melaksanakan kerja-kerja rekabina dan juga kerj-kerja sivil di lokasi projek di Kuala Tahan bermula Mac 2014. 

Walau bagaimana pun, pada 5 Februari 2015, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah memutuskan untuk tidak meluluskan tapak projek di Kuala Tahan sebagai tapak Projek Penternakan Ikan Sturgeon. 

Lima suspek ‘Ops Caviar’ direman selama 7 hari Operasi meragukan, FELDA tubuh jawatankuasa khas Diatas perjalanan operasi perniagaan yang meragukan, Lembaga FELDA telah meluluskan penubuhan jawatankuasa khas pada Julai 2014 untuk menilai dan mengkaji semula operasi syarikat-syarikat subsidiari di bawah Unit Pengurusan Transforvasi. 

Hasil kajian ini telah dibentangkan kepada Lembaga FELDA pada Januari 2015. Bagi memastikan setiap syarikat beroperasi mengikut amalan tadbir urus korporat yang baik, pada Februari 2015, pengurusan FELDA telah membubarkan Unit Pengurusan Transforvasi dan kesemua projek yang sedang dilaksanakan oleh unit berkenaan diletakkan dibawah pemantauan Bahagian Pelaburan, Jabatan Kewangan FELDA. 

FELDA juga telah memutuskan untuk melantik Juru Audit luar pada 23 Mac 2015 untuk melaksanakan kajian position review ke atas Projek Penternakan Ikan Sturgeon. 

Antara penemuan utama yang dilaporkan adalah; ketidakpatuhan kepada manual dasar dan strategi pelaburan FELDA; kelemahan tadbir urus; dan kelemahan didalam pelaksanaan dan pemantauan projek. 

Susulan penemuan tersebut, pihak FELDA telah melantik sebuah firma guaman untuk melaksanakan legal review pada 19 Ogos 2015. 

Keputusan position review dan legal review telah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA pada 2 Februari 2016 untuk diambil tindakan sewajarnya. 

Pada tahun 2016, Jabatan Audit Negara telah mengaudit aktiviti-aktiviti FELDA termasuk aktiviti-aktiviti di bawah Unit Pengurusan Transforvasi. 

Penemuan audit adalah seperti di Laporan Ketua Audit Negara Sesi 2 dan berikutan laporan tersebut, pihak SPRM telah membuka siasatan terhadap projek subsidiari-subsidiari FELDA. 

Hasil siasatan tersebut membawa kepada penahanan beberapa individu oleh pihak SPRM pada 24 Januari 2017 yang terdiri daripada dua orang pegawai kanan FELDA, seorang penolong pegawai dan dua orang bekas kakitangan FELDA. 

Individu-individu yang ditahan.

Lima individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan oleh SPRM sekitar Lembah Klang pada 24 Januari 2017 dan kesemuanya direman selama tujuh hari bermula 25 Januari 2017. 

Individu bergelar Datuk adalah bekas Pengarah Besar FELDA yang mula menjawat jawatan itu pada 1 Oktober 2012. Beliau dilucutkan jawatan Pengarah Besar FELDA pada 1 Februari 2015 dan kemudiannya telah ditukar perkhidmatan ke agensi lain. 

Beliau telah bercuti tanpa gaji bermula 10 Mac 2016 sehingga kini. Bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) FELDA pula telah dilantik ke jawatan itu secara kontrak pada 1 Januari 2013 dan telah meletak jawatan pada 14 Februari 2015. 

Seorang lagi pegawai kanan yang kini menjawat jawatan sebagai Head of London Properties di FELDA Investment Corporation Sdn Bhd merupakan bekas Ketua Unit Pengurusan Transforvasi dan dilantik secara kontrak oleh FELDA pada 1 November 2012. 

Manakala dua orang lagi pegawai projek tersebut dilantik pada tahun 2013 dimana seorang telah pun meletakkan jawatan pada 27 Oktober 2014 dan seorang lagi merupakan penolong pegawai yang masih dalam perkhidmatan FELDA.

(Sumber)

Rabu, 25 Januari 2017

Lebih Baik Hantar Tilam Ke Lokasi Banjir - Jawapan Azmin Kepada Jamal.

Pagi tadi Jamal melakukan gimik terbaru di depan bangunan SUK Selangor. Gimik terbaru Jamal ini dipercayai bersempena dengan PRU yang mungkin dijadual berlangsung pada awal atau pertengahan tahun ini.

Merasakan dirinya semakin mendapat tempat dan kepercayaan di kalangan pengundi Selangor, Jamal kali ini tampil protes dengan membawa 10 katil dan aiskrim.

10 buah katil lengkap dengan tilam itu adalah simbol terhadap aktiviti rumah urut haram yang semakin berleluasa di Selangor, kata Jamal.

Set katil bujang berserta bantal dan cadar putih tersebut disusun di hadapan pintu pagar laluan masuk utama ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu kira-kira jam 11 pagi Rabu.


Setiap satu katil itu dilengkapi dengan tilam dan selimut yang ditulis dengan perkataan DAP – akronim untuk ‘Dapat Aiskrim Percuma’ manakala bantal pula mempunyai perkataan seumpama skim ‘Rumah Urut Selangorku’.
Menurut Jamal, sehingga kini masalah itu kian meruncing apabila dianggarkan kira-kira 4,000 premis urut didapati giat subur beroperasi secara haram di bawah kepimpinan kerajaan negeri diterajui Menteri Besarnya, Azmin Ali.
Rumah-rumah urut ini tumbuh bagaikan cendawan segar dan ia sangat membimbangkan apabila turut menyediakan aktiviti yang tidak bermoral untuk menarik orang ramai.
Angka 4,000 itu hanya mewakili 50 hingga 60 peratus daripada jumlah rumah urut haram di negeri ini dan ia diperoleh hasil tinjauan lebih 200 ahli persatuan sejak sebulan yang lalu,” katanya seperti dipetik dari portal pro BN, Mynewshub.













Selain dari membawa katil dan tilam, Jamal turut membawa banner yang berupa lucah bagi menyindir Azmin yang pernah dikaitkan dengan aktiviti lucah suatu ketika dahulu. Azmin bagaimanapun menafikan penyebaran klip video berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu serangan fitnah dan bermotifkan politik bagi menjatuhkan kerjayanya.
Jamal juga tidak segan silu mencetak poster berupa lucah bagi menghiasi bekas aiskrim yang dibawanya.
Tidak tunggu lama dengan gimik Jamal itu, Azmin tampil menjawab kepada media bagi mengulas gimik terbaru Jamal di hadapan bangunan SUK.
Memetik laporan dari Sinar Harian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Jamal sebaliknya ingin memberi tumpuan terhadap pembangunan di negeri ini. 

"Seperti hari ini, sepatutnya tilam-tilam itu dihantar ke pusat pemindahan banjir, bukannya diletakkan di depan SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan) Negeri Selangor . 

"Tak apalah, saya malas nak komen... saya serah kepada rakyat untuk penilaian," katanya pada Program Lawatannya di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar, di sini. 

Mohamed Azmin menegaskan, tanggungjawab beliau adalah untuk membangunkan negeri ini dan memberikan kemakmuran kepada rakyat. 

"Saya tidak ada masa untuk melayan karenah politik cetek seperti ini kerana kepentingan dan kesejahteraan rakyat itu perlu diutamakan," katanya. 

Ditanya berhubung ketegasan kerajaan negeri dalam isu judi dan rumah urut, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang kegiatan atau aktiviti haram seperti itu berlaku di Selangor. 

 "Pihak Berkuasa Tempatan telah memainkan peranan yang cukup berkesan untuk memastikan aktiviti ini tidak berkembang, malah sekiranya dikesan tindakan tegas akan diambil," katanya lagi.

Selasa, 24 Januari 2017

JKR Janji Sifar Pothole Di Malaysia, Namun Peneroka Ini Maut Angkara Lubang - Mampukah JKR Kembalikan Nyawa Yang Terkorban?

Aku-Janji Sifar pothole.


"Adalah kami jurutera-jurutera daerah JKR Malaysia berikrar dan berjanji serta komited untuk memastikan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri dibawah pentadbiran JKR sentiasa dalam status Sifar Pothole".  

Ya, kami juga bersedia tunjuk tanda bagus di hadapan media tau!


Selepas Aku-janji dan bercakap besar di hadapan media, ahh jalan kami masih lagi penuh dengan lubang di sana sini sehingga membahayakan nyawa pengguna jalanraya. 

Eh, eh malahan ada yang maut la baru-baru ini.



(sumber)

Tapi katanya mahu Sifar Pothole kononnya? Siap dengan lafaz janji pula tu!





Sifar Pothole, yeah?

Rupa-rupanya kerja buat jalan pun kena bermain dengan broker dan rasuah, patutlah..








Aku-janji konon. Padahal aku-rasuah. Heh. Salam takziah kepada waris keluarga mangsa yang terkorban. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Kita yang masih hidup perlu lawan bagi mereka yang dah menjadi mangsa. 😢😢😢😢

Gambar : Bro Lando.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...