Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Februari 2017

Tikus-Tikus Besar Merayap2 Atas Badan Pesakit - Ini Jawapan HKL Kepada Pengadu.

"Tikus-tikus berkeliaran di Hospital Besar Kuala Lumpur, 5th Floor , Ward 25. Dari hari pertama di HKL memang dah nampak tikus2 ni, cuma malam tadi memang free & dapat peluang ambik gambar ni. 

Tikus-tikus ni akan keluar pada pukul 11 mlm ke atas. Mereka akan keluar masuk tong sampah, merayap2 atas meja/locker pesakit untuk mencari makanan. Ada juga yg merayap2 atas badan pesakit untuk mendapatkan makanan", - Mazua Zulkifli

Merayap-rayap atas badan pesakit? Yucks! Dalam hospital pula tu!


Selepas aduan ditularkan pesakit





Bukan setakat dua tiga ekor malahan berpuluh-puluh ekor tikus di sana, seriously Hospital Kuala Lumpur?


Sebenarnya, tak patut betul untuk sebuah hospital ada masalah tikus, hospital kerajaan pula tu. Namun Hospital Kuala Lumpur ada alasannya tersendiri mengapa mereka masih bergelut mengatasi masalah tikus di premis mereka. Ini jawapan mereka susulan dari aduan tersebut.

Para Pelanggan Yang Dihormati, 

Terlebih dahulu pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas maklumbalas yang dikemukakan berkenaan aduan tersebut. 

Pihak kami amat mengalu-alukan maklumbalas daripada seluruh pelanggan untuk membantu pihak hospital mempertingkatkan kualiti kebersihan dan perkhidmatan kami. 

2. Untuk makluman tuan, pembersihan dan usaha-usaha pembasmian tikus-tikus memang dijalankan secara berkala oleh syarikat konsesi Radicare Sdn Bhd. Kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sampah memang dijalankan mengikut syif dan waktu-waktu yang telah ditetapkan. Manakala pembasmian tikus-tikus dijalankan secara mingguan. Di samping itu juga, pemeriksaan dan pemantauan berkala turut dijalankan oleh Unit Kesihatan Awam, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tindakan segera (task force) akan dibuat sekiranya mendapat aduan daripada pihak wad dan pelanggan sekiranya belum sampai waktu jadual pembersihan. 

3. Usaha-usaha ini masih belum berjaya memandangkan kedudukan Hospital Kuala Lumpur yang berhampiran dengan medan selera dan Pasar Chow Kit menjadikan HKL sebagai laluan utama haiwan tersebut. Selain itu juga, persekitaran yang penuh dengan aktiviti pembangunan menyebabkan habitat haiwan ini tergangggu dan mencari habitat lain yang lebih selamat, iaitu di HKL. Ditambah pula dengan situasi di wad yang penuh dengan makanan kerana kebanyakan pesakit dan penjaga membawa makanan dari luar dan menyimpannya di dalam loker sehingga kadang-kadang mereka tidak menyedari makanan tersebut telah basi, menjadi tarikan kepada spesis tersebut. 

4. Pihak kami akan meneruskan usaha-usaha pembersihan dan pembasmian sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Unit Kesihatan Awam, kerana bahan-bahan yang digunakan untuk pembasmian tikus-tikus tersebut perlu mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia agar tidak menjejaskan kesihatan para pesakit. Selain itu juga, pihak konsesi dalam usaha untuk menukar tong-tong sampah bertutup di setiap katil pesakit sebagai langkah penambahbaikan. 

5. Segala komen dan pandangan tuan/puan tersebut amatlah kami hargai dan segala kesulitan yang dihadapi semasa mendapatkan rawatan di hospital ini amat kami kesali. 

Salam hormat. 
Pengurusan HKL

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...