Aku membaca penulisan Syed Azmi ;
I received this Telegram screenshot this morning. By the look of it is in January this year.
I am so sorry that I have to blurr it because I have asked the sender to make a police report on this and I believe it is the right thing to do. Let the police do their work. Have faith.
But the sender gotten this respond from his police friend " Ok. Tq. Saya dah hantar gambar ni tadi ke kawan saya yang polis. Dia cakap kalau rasa ada kaitan dengan saya boleh la pergi report. Ada ke patut cakap macam tu."
So now I will try to report to my friend pulak. Hopefully positive.
Anyway, here is my view :
You do know how sometimes you get invited randomly on weird group, if its wrong, please make a police report at that instant.
This is a real paedophile group activities in Malaysia. If I could share all the names I would. One of them have a year tagged on his name like xxxx86, let's assume its age? They are still young.
I cried actually when I consult my team on this. We have blurr this pic the best we can but I have to admit if it were me, I just blasted away.
But there is 2 issue that I wanted to highlight.
Parents posting photos of complete child body in social media beware. The photos can be circulated and can be used in the wrong way. This is also a reminder to myself and my family. Seems harmless but once the photo is victimised there is no turning back. Please understand. I am not against it, I put uncomplete photos as much as possible so it will not be misrepresent ugly thoughts.
Next, when this issue came out today. Some people now are aware and some even feel so scared. But do you know that is another group that becomes curious and later on interested to venture into it. I don't believe paedophile or porn lovers are genetic. It is by cultivating interest. This is why in our culture we don't just simply say things infront of kids because we do not know how their mind works.
The word is clearly shows a wrong doing but it cannot be left hanging. It has to come with another added paragraph that explain why it is wrong so naive readers can be educate. It doesn't even help that we don't have a good sex education system here.
Remember years ago when people start using sodomy everywhere? Same thing here.
Lastly, I am sharing this as an awareness post to show how close to home the case is. They cannot afford subscription online and such so these group are more dangerous. And they can be among us.
It is also wrong to accept community to ridicule other gender as a sex object at whatever age. Some topic of second or third wife is often joked as a sex adventure and I don't think it is said in respectable manner. We cannot allow public to accept this behaviour. I think you get the picture. Same goes with stereotyping LGBT as just sexual pleasure issue. It is wrong and you know it. Doesn't mean you are not keen means you can rudicule them. You do unjust to others, the universe will take its time to pay it back to you when you least expected.
Another thing, we have allowed products to brandt with taglines that sounds sexual like on the way to JB "hisap sampai cantik", "ketat rapat baru sedap", "suami lemas dalam dakapan", "panjang puas". We just laugh at it. But I think it leaves serious repercussions in our society.
What would i know, I am just a boy.
We have to work and get ourselves educated together on this.
I am looking into it and if possible share about it here on my Facebook. Hope that helps.
Lastly, can all of us send our prayers to Nurin and Sharlene and their family. I will never forget them as victims of such maniac.
Syed Azmi small lamb 👊
Do share if you believe the cause needs to be addressed.
----------------
1. Syed Azmi menulis bahawanya berdasarkan kepada tarikh perbualan, ianya berlaku pada bulan Januari 2016. Sekarang neh dah bulan Jun 2016.
2. Kenapa kawannya mengambil masa yang agak lama untuk dedahkan perkara ini?
3. Kawannya dijemput secara tak rela untuk masuk ke group tersebut. Dan aku percaya selepas beberapa ketika semasa dia mula perasan group tersebut group apa, dia mula mengambil beberapa screenshot sebagai bukti untuk membuat laporan.
4. Laporan telah dilakukan yang aku percaya berdekatan dengan tarikh waktu dia mula2 screenshot bukti2 berkenaan.
5. Dan aku percaya sesuatu telah berlaku yang tak mahu dihebahkan oleh Syed Azmi.. oleh kerana dia public figure, menggunakan populariti yang ada padanya, dan dia pun akhirnya membuat laporan polis, maka kes berkenaan menjadi viral dalam sekelip mata.
6. Suka tak suka, mahu tak mahu, akhirnya satu siasatan akan dilakukan dan masyarakat memerhatikan. Paling kurang intergriti polis jadi taruhan kat sini.
7. Bukan niat nak memperkecilkan PDRM, tetapi tindakan sesetengah pegawai polis yang kurang cekap, malas menjalankan tugas, mengambil remeh aduan rakyat dan tidak peka kepada tanggungjawabnya membuatkan rakyat berfikir yang polis kita tidak amanah dalam menjalankan tugas. Sesetengah dari mereka memang bagus dalam menjalankan tugas. Tetapi sayangnya sesetengah sahaja. Bukan semuanya.
8. Oke berbalik kepada kes pedofil. Baru2 neh kecoh kes pedofil melibatkan seorang warga Britain bernama Richard Huckle.
9. Richard Huckle bukan sekadar pedofil biasa. Dia ialah pedofil sadarstik. Iaitu seseorang yang suka kepada kanak2 dan mahu aktiviti2 dia itu dirakamkan, diiktirafkan dan dibangga2kan oleh golongan pedofil lainnya. Sebab itu dia memblog aktiviti2 nya itu. Malaysia katanya antara negara yang paling mudah untuk mencabul, merogol dan meliwat kanak2. Mangsa Richard Huckle paling muda ialah bayi berusia 6 bulan. Bayi itu orang Malaysia.
10. Tidak cukup dengan blog, btw blog tersebut hanya boleh diakses melalui saluran tertentu, cara tertentu. Mereka sebut sebagai "DARK WEB". Aktiviti2 mereka itu takan dapat dikesan oleh individu2 normal macam kita. Itu kerja orang2 jahat. Orang yang memang mencari benda2 macam tu tahu la caranya. Kita yang tak buka website porn, blog2 sadarstik memang takan tahu sebab tak pernah nak amek tahu mahupun peduli. Bukan menjadi sebahagian dari aktiviti kita pun. Richard Huckle juga telah membukukan aktiviti2 itu sebagai panduan kepada pedofil2 di luar sana. Gambar kanak2 yang mendorong nafsu seks mereka juga turut dikongsikan. Gambar2 Richard Hucker sedang melakukan aktiviti2 tak senonoh kepada kanak2 lelaki dan perempuan turut dirakamkan dan dibukukan untuk pedofil2 diluar sana.
11. Richard Huckle ialah pedofil ber-ahti kering. Dia berulang alik ke Malaysia sejak tahun 2005. Sekarang berusia 30 tahun. Dia menjadi guru tuisyen dan dikatakan kanak2 miskin paling ramai menjadi mangsa dia. Dia menggunakan sentimen keagamaan bagi mendekatkan diri dengan kanak2 yang dia minat untuk meneruskan aktiviti jijiknya itu.
12. Media Malaysia melaporkan 23 mangsa ialah dari kanak2 dari Malaysia tetapi media antarabangsa menyebut paling kurang 200 kes pedofil membabitkan kanak2 Malaysia dan Richard Huckle mengakui bertanggungjawab atas 71 daripada 91 pendakwaan yang di kenakan ke atas Richard Huckle.
13. 200 ratus dan lebih? Kanak2 miskin? Sentimen keagamaan? Malaysia sasaran mudah? Ini keyword yang penting. Fahamkan. Kenapa Malaysia sasaran yang mudah.
14. Perlakuan Richard Huckle bermula dari tahun 2006 hingga 2014 ketika dia berada di Malaysia. Dia menggunakan kerjayanya sebagai guru tuisyen sambilan bagi mendekati kanak-kanak.
Berikut adalah sebahagian dari perlakuan jijik Huckle ;
- Pertama kali datang ke Malaysia pada usia 18 atau 19 tahun pada tahun 2005. Menjadi guru sukarela Bahasa English. Setahun kemudian ke Kemboja dan merakam gambar tidak senonoh kanak2 berusia 3 tahun ketika tinggal bersama keluarga berkenaan.
- Kembali ke Malaysia pada tahun 2006. Menjadikan dua adik beradik perempuan berusia empat dan enam tahun sebagai alat pemuas nafsunya. Merakamkan gambar2 mereka sebelum pulang semula ke Britain.
- Pada tahun 2007, dia kembali ke Malaysia dan tinggal di satu perkampungan. Bekerja sebagai guru di kawasan berkenaan dan tinggal bersama satu keluarga. Dua beradik dari anak2 keluarga tersebut juga menjadi mangsa seksual Richard Huckle.
- Pada tahun 2010, Huckle sekali lagi ke Malaysia. Kali ini sebagai pelajar. Di Kuala Lumpur Metropolitan University. Dia mengambil jurusan Teknologi Maklumat. Dan bekerja sebagai Jurugambar bebas. Kesempatan itu digunakan untuk terlibat dalam event2 majlis harijadi kanak-kanak. Huckle seterusnya mendapat kepercayaan pasangan keluarga Kristian sebagai guru Tuisyen dan seterusnya 5 kanak2 yang tinggal di rumah kebajikan menjadi mangsa. Huckle mengambarkan dia seorang penganut katolik yang alim.
15. Richard Huckle juga membuat pengakuan terbuka di hadapan ibunya apabila ibunya bertanyakan Richard Huckle tentang aktiviti songsangnya itu. Ini bukti bahawa Richard Huckle berbangga dengan apa yang dia lakukan. Pedofil sardastik memang bahaya. Apabila kita takut kepadanya, bercakap tentangnya, dia menganggap sedang menerima reward ataupun award atas perlakuan songsangnya. Itu yang buat dia semakin ghairah. Dia memang nak masyarakat takut kepadanya, bercakap tentangnya, mengambil perhatian perbicaraan kesnya.
16. Oleh kerana terlalu jijik dan merasa keji dengan perbuatan Richard Huckle, si ibu menelefon polis dan minta polis membawanya pergi.
17. Polis menemui 20,000 paling kurang gambar2 kanak2 berjantina lelaki dan perempuan dalam komputer milik Richard Huckle. Juga terdapat rakaman video bagaimana Huckle menjerat mangsanya. Bahkan perlakuan tak senonoh Huckle bersama mangsa2nya turut dirakamkan.
18. Dalam satu sesi perbicaraan di mahkamah, Richard Huckle membuat pengakuan bahawanya seorang kanak2 perempuan berusia 3 tahun setia kepadanya seperti anjing. Katanya begini ; "Saya seperti menang loteri, kanak2 berusia 3 tahun setia pada saya seperti anjing dan takde sesiapa pun peduli tentangnya".
19. Tajuk buku yang bakal diterbitkan Richard Huckle ialah : Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide = Pedofil Dan Kemiskinan : Panduan Untuk Pedofil (Pencabul Kanak2).
20. Richard Huckle dah kena tahan tetapi manual bukunya masih ada di DARK WEB. Entah siapa yang akan amek dan lakukan sesuatu dengannya. Yang pasti panduan itu akan membantu pedofil2 lain meneruskan aktiviti2 yang diajar oleh Richard Huckle kepada kanak2 lain di luar sana. Tujuan Huckle menerbitkan buku tersebut adalah untuk mencari dana bagi membiayai aktivitinya untuk tahun2 berikutnya.
21. Salah seorang mangsa bernama Maria menyatakan Richard Huckle mengambil gambar bogelnya. Malahan gambar bogel kakaknya turut diambil. Mereka bertemu di gereja sebelum Richard Huckle menambat kepercayaan si ibu.
22. Kanak2 yang menjadi mangsa itu juga turut mengakui kepada pendakwaraya bahawanya dia enggan kembali ke Malaysia, tempat dia diganggu oleh Huckle. Malaysia ialah titik hitam dalam sejarah hidupnya.
23. Mengimbas semula sejarah bagaimana Huckle dikantoikan ialah apabila pasukan penyiasat Australia menahan webmaster bagi satu aktiviti porn online yang dikenali dengan nama LOVE ZONE. LOVE ZONE ialah website untuk para pedofil memuaskan nafsu songsang mereka. Website berkenaan mempunyai 9,000 lebih ahli berdaftar.
24. Pasukan penyiasat kemudiannya menyamar sebagai webmaster bagi menjejaki pesalah pefodil. Salah seorang user yang begitu kerap dan aktif sekali dalam website berkenaan ialah Huckle. Tindakan Huckle itu kemudiannya dicurigai pasukan penyiasat. Untuk rekod, webmaster asal website berkenaan bernama Shannon McCoole. Ada satu syarat khas bagi memastikan keahlian2 dalam website berkenaan kekal aktif iaitu setiap ahli perlu memuat-naik gambar2 mangsa terbaru mereka secara berterusan sebagai bukti mereka ialah pedofil yang aktif (wujud).
25. Sejak itu mereka mengumpul maklumat tentang Huckle dan menjejakinya. Sehinggalah membawa kepada penahanan dan pendakwaan di London. Kes Huckle menjadi siasatan polis Britain pada akhir tahun 2014. Namun kes berkenaan disiasat secara bertutup sehinggala hakim membenarkan media melaporkan ia secara meluas pada 1 June 2016. Mangsa2 Huckle kebanyakkannya terdiri dari kanak2 Malaysia dan pasukan penyiasat Britain kini dikritik hebat oleh pelbagai pihak kerana merahsiakan siasatan berkenaan dari pihak penguasa Malaysia. 16 bulan selepas Huckle ditahan polis, barulah mereka memaklumkan kepada Malaysia.
26. Dalam perkembangan terkini, pasukan penyiasat turut memaklumkan bahawanya kini pedofil mengorak selangkah lagi ke hadapan dalam aktiviti berkenaan apabila mereka akan 'grooming = mendidik' kanak2 tertentu untuk menjadi pemuas nafsu pedofil..
27. Aku baru2 neh ada tengok satu dokumentari mengenai satu tempat di Bangladesh. Sangat menjijikkan. Ada satu tempat kat negara tersebut macam LORONG BELAKANG MATI yang dijadikan sarang bagi aktiviti pelacuran. Dan yang lebih teruk sekali ialah kanak2 juga disuruh melacur. Ada yang dijual dan ada yang diajar untuk melacur. WHATTHEHELL la dunia sekarang. Kanak2 diajar untuk melacur. Seorang kanak2 dalam video berkenaan membuat pengakuan yang dia tak rela buat aktiviti tersebut. Dia dipegang2 oleh lelaki dewasa..
28. Dan tengokla.. masyarakat dia. Miskin hina macam tu pun boleh fikir nak seks romen kanak2 lagi. Memang syall.
29. Dan aktiviti pedofil neh kadang2 melibatkan ahli keluarga sendiri. So, bahaya ke tak bahaya ke korang rasa? Kita rasa seram. Abang kita pedofil ke. Adik kita pedofil ke. Bapa kita pedofil ke. Pakcik kita pedofil ke. Sepupu kita pedofil ke. Nak protect macam mana kalau dalam rumah kita sendiri ada pedofil?
30. Bagi aku takde cara lain. Penyelesaian agama bagi pihak tertentu nampak macam tipikal tapi itu cara yang aku guna. Bilik kat rumah biar terbuka, biar takde pintu pun takpe janji takde sesiapa boleh buat apa2 aktiviti paranormal pada anak2 kita.
31. Pergi mana2 pun bawa anak2. Bawa. Jangan tinggal. Bila bawa jangan lalai. Biar anak2 dalam kereta sampai lemas. Aiyoo.. kita faham kemalangan tetapi kecuaian bukan kemalangan kawan.. melainkan kita mmg ada penyakit lupa itu lain la.
32. Dah takde cara lain lagi dah. Anak2 kau, kau semua lindungi la sebaik yang mungkin. Jangan percaya sesiapa pun. Jangan. Asal namanya lelaki, sesiapa sahaja boleh menjadi pedofil. Dan orang itu mungkin yang paling kita tak sangka sanggup berbuat demikian pada anak2 kita.. nafsu manusia bukan semuanya kita tahu..
33. Aku tertarik juga dengan point Syed Azmi. Pendedahan dia tu bukan sahaja membuatkan ibu bapa yang prihatin menjadi lebih peka pada persekitaran anak2 bahkan juga turut membuka peluang pada yang memang berminat dengan kanak2.. maksudnya, pedofil2 neh akan mencari cara macam mana nak join group2 tersebut, berkenalan dengan bebudak dalam group2 tersebut, dan mungkin merancang melakukan aktiviti2 tertentu.. ada macam2 kemungkinan tu.
34. Mereka belajar tentang DARK WEB. LOVE ZONE. Mereka akan mencari, yes mencari. Dan macam mana kita nak banteras mereka? Takde cara lain lagi. Kalau mereka kawan2 kau, report polis secara anonymous. Kawan2 ada potensi berdendam lainla kalau family. Rasa kasih itu ada sebagai barrier selalunya. Kalau mereka anak2, kau, report polis. Kalau mereka sedara mara kau, report polis juga. Jangan simpati walau sebesar beras sekalipun pada pedofil2 neh. Silap2 anak kau pula jadi mangsa.
Fikir2kanlah..
BTW. Richard Huckle mesti berbangga sebab dia berjaya buat masyarakat kita takut sampai macam neh sekali gayanya..
Rujukan :