Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Julai 2016

Kerana Nga Kor Ming, Pemuda UMNO Bertempur Dengan Polis (Video Inside)


UMNO dah tiru perangai pembangkang dulu-dulu yang mana rajin bertempur dengan polis. Tapi itu kisah dulu-dulu. Pembangkang sekarang police-friendly. Dorang punya demo tak seperti dulu. Dari A sampai Z patuh arahan polis macam patung. Sampai beria tunjukkan dorang mesra polis melalui beberapa edaran gambar seperti bagi bunga dan bergambar contohnya. Lepas tu update kat fb macam bangga-bangga je. Ya, memang betul fikiran kau. Demo BERSIH yang aku kutuk neh.

KAHKAHKAH.


Aku dah tak fikir bahawanya demo aman merupakan satu demo atau protes jalanan yang berkesan lagi. Aku dah berubah seiringan dengan pertambahan usia (ekeke) dan pengalaman. 


Petang tadi Pemuda UMNO buat kecoh depan pejabat DAP cawangan Cheras isu Nga Kor Ming. Bijak betul Nga Kor Ming mengheret DAP dalam permainannya disitu. Dan bodoh juga PEMUDA UMNO p serang DAP atas isu Nga Kor Ming. Nga Kor Ming wish dan sindir duit raya atas kapasiti individu. Korang kalau nak attack p la kat rumah dia laju-laju atau pejabat dia laju-laju. Baru nampak ada motif yang betul. Lagipun serangan keterlaluan ke atas isu Nga Kor Ming neh sebenarnya secara tidak langsung telah menenggelamkan isu Lim Guan Eng yang disiasat atas dua pertuduhan rasuah.


Kes Lim Guan Eng neh pun aku tak faham cerita. Bila pemimpin BN disiasat (belum didapati bersalah, baru proses didakwa) laju2 pula geng-geng pembangkang suruh berhenti, bercuti bagai.


Tapi bila geng sendiri yang didakwa, haram nak suruh bercuti. Aku dah cakap dulu. Kita suruh dia bercuti bukan bermaksud kita declare dia bersalah. Kita mahu dia bertenang-tenang hadapi pendakwaan, ada cukup masa nak buat persediaan dan tak kacau tugas-tugas rasmi babitkan jawatan rasmi dia dalam kerajaan tu.


Sementara itu bagi la penyandang no 1 atau no 2 pangku jawatan Ketua Menteri. Instead of bercuti, aku dengar dorang ada plan nak buat snap election. Mulanya macam tak faham. Kenapa snap election time LGE kena dakwa. Kau gila apa. Nanti kalah cam mana. Tapi aku silap. Baca kekawan punya ulasan. Ada macam logik disitu. Snap election untuk beri peluang pada Betty bini Lim Guan Eng bertanding satu kawasan DUN dan dia akan pangku jawatan Lim Guan Eng sebagai CM andai Lim Guan Eng didapati bersalah atau perlu bercuti. Lim Guan Eng mungkin tak percaya pada kedua-dua individu yang pegang jawatan timbalan tu. Aku tak pasti. Tapi aku percaya juga P.Ramasamy memang tak boleh pakai. Malaon nakharom tu tak layak pun dilantik ke situ.


Aku tak baca lagi mana-mana kenyataan pemimpin DAP tentang ini. Tapi mungkin analisa kekawan ada logiknya disitu. Kalau tidak untuk apa SNAP ELECTION secara tiba-tiba neh? Sedar tak Penang sedang diserang kaw-kaw isu terowong dasar laut? So ada kemungkinan DAP akan kalah juga. Janganla over confident. Keputusan PRN Sarawak dan dua by-election baru-baru neh kan dah membuktikan. Tapi mungkin jika dorang proceed plan untuk buat juga election, dorang akan propaganda dakwaan ke atas Lim ialah satu serangan bermotifkan politik. Nak bagi gambaran bahawa situasi Lim Guan Eng sama macam Anwar Ibrahim.


What the hell.


Ah jauh sangat dah aku. Berbalik pada isu pejabat DAP kena serang.


Ini video yang merujuk pada kejadian ;





Caption video dari Malaysiakini ;

Suasana di luar ibu pejabat DAP di Cheras, Kuala Lumpur dan Selangor petang ini kecoh dan tegang apabila ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan digempur Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU.
Mereka yang disertai pemimpin Gerakan Merah mahu meyerahkan memorandum membantah DAP yang mengeluarkan kenyataan bahawa 'Duit raya dikatakan rasuah".
Keadaan menjadi tegang apabila mereka memekik meminta wakil DAP turun menerima memorandum.

Sia-sia. Pada aku perbuatan demo pemuda UMNO aka Gerakan Merah tadinya tu adalah sia-sia. Dan berkemungkinan besar sengaja mengambil kesempatan bagi menambahkan kontroversi. Isu kecik je pun. Guna FB, blog kau bidas dia kaw-kaw dan ajak pengundi Taiping jangan pangkah dia sudah. Tak perlu bersusah demo bagai buang masa. Pelan-pelan plan biar orang kenal wajah sebenar Nga Kor Ming. Kalau nak kepercayaan pengundi buat la kerja bantula rakyat kat kawasan situ. Jangan asyik sibuk buat kerja2 propaganda murahan yang bertaraf sampah.

Kalau kau nak berdemo sambil laung hidup melayu, hidup melayu apa bagai tu baik kau focus atas tajuk ekonomi dan isu-isu yang menindas melayu. Salah satu tajuk khusus yang kau boleh tumpu ialah isu pembuangan kerja oleh syarikat High 5. Yang terjejas tu semua melayu. Demo la. Lawan la. Kritik la. Tajuk am ialah isu-isu perumahan. Kau bukan tatau berapa ramai yang tengah garu kepala fikir masalah rumah. Nak beli rumah deposit. Kerajaan memang la bagi free deposit tapi nak apply kena ada SnP. Maknanya kau tetap kena dahulukan duit kau dulu beb. Tak selesai tajuk. Dan aku suka macam mana parlimen Besut selesai masalah perumahan rakyat. Modal 20k. Rumah 3 bilik 1 bilik. Tapi khusus untuk yang ada tanah dan focus pada orang miskin. Bagaimana dengan golongan pertengahan pula? Cukup makan pakai tak bermaksud mereka tak perlu dibantu bagi memiliki rumah kediaman sendiri kot. Pemuda UMNO nak berdemo, biarlah atas isu-isu kritikal yang benar-benar menindas rakyat. Ini atas isu sakit ahti. Betul-betul memboringkan.

Lepas balik demo bangga-bangga update fb aku lawan DAP. Aku berani. Berani tolol kau.

Orang berdemo, dia berdemo. Orang demo lawan isu, dia berdemo tanpa tujuan jelas. Bodoh lagi membodohkan.

Maaf cakap la. Walaupun aku meluat dengan Nga Kor Ming tapi pemuda UMNO neh dua kali lima juga dengan apa yang dibantah dorang tu. 

KAHKAHKAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...