Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Julai 2016

9 Surat Laporan Audit 1MDB Oleh Ketua Audit Negara - Adakah Ini Puncanya Laporan Audit Menjadi OSA & Dirahsiakan Dari Rakyat?


Aku tak pasti kenapa sekarang neh susah betul nak access Sarawak Report melalui telefon dan tablet. Sedangkan sebelum neh boleh je buka website tersebut meskipun dah diblock oleh SKMM sejak setahun yang lepas.

Tujuan aku nak access website tersebut ialah kerana nak membaca laporan yang ditulis oleh mereka tentang Ketua Audit Negara yang dikatakan telah mempersoalkan kredibliti pengurusan 1MDB.

Untuk laporan penuh korang boleh baca di bawah. Aku dah screenshot satu persatu untuk rujukan kita semua. Dan aku tak pasti apa yang Salleh Keruak maksudkan sebagai fitnah dan putar belit serta menyebarkan maklumat rahsia. 

Adakah laporan yang disebarkan oleh Sarawak Report adalah benar?

Jika benar maka apa yang dimaksudkan sebagai fitnah?

Adakah olahan oleh pengarang Sarawak Report itu yang dikatakan berunsurkan fitnah, manipulasi dan putar belit?

Yang itu menteri kita perlu jelaskan satu persatu. Dalam pada itu kerajaan perlu akui bahawanya mereka terlalu melindungi Najib dalam isu 1MDB. Jika tak bersalah tak perlu risau public mengetahui tentang hasil laporan penuh oleh Audit Negara. Melindungi laporan tersebut secara keterlaluan dan menghukum semua pihak yang menyebarkan, mengedarkan, bercakap dan mempersoalkan perkara itu baru sahaja membuktikan yang kerajaan sangat risau untuk rakyat mengetahui apa yang disimpulkan oleh Ketua Audit Negara dalam hasil siasatan (audit) mereka dalam syarikat 1MDB. Dan hanya mereka-mereka yang melakukan kesalahan sahaja yang akan berasa takut. Jika tak bersalah tak perlu menyorokkan laporan tersebut dari pengetahuan awam kerana masyarakat masing-masing mempunyai akal fikiran untuk menilai dan menafsir kebenarannya. Dengan menyorokkan laporan tersebut, Najib dan kerajaan baru sahaja declare kepada rakyat mereka berada di pihak yang mana.

Hehe.

Aku screenshot sedikit point penting dari kesimpulan hasil siasatan audit ke atas 1MDB.

Baca ;



"JAN FACED LIMITATIONS WHILE ..... THE FACT THAT SOME ORIGINAL OR IMPORTANT DOCUMENTS WERE EITHER SUBMITTED LATE OR WERE NOT PROVIDED BY 1MDB.."

Nampak?

Laporan ini pernah disebut dalam PAC suatu ketika dahulu. Laporan PAC adalah viewable kepada public. Pergi aje ke website parlimen dan korang boleh baca satu persatu. Bercakap tentang siasatan PAC ke atas audit 1MDB, kalau korang nak tahu ketika proses "temubual" dijalankan, terdapat beberapa keadaan yang mana orang yang disoal boleh menolak microfon. Tindakan itu akan menyebabkan percakapan aka keterangan dia tidak akan ter-rakam melalui laporan PAC. Pelik kan? Macam neh pun boleh. Orang yang disoal hanya perlu menyebut "off the record" lalu keterangan dia akan dihilangkan atau tidak akan dinyatakan dalam laporan PAC. Walahwei. Telus la sangat 1MDB tu sampaikan yang disoal beberapa kali minta off the record.

Sambung semula.



Nampak?

Terdapat dokumen penting yang gagal diakses oleh audit negara di samping ruang siasatan yang terhad.

Lihat lagi ;



Cerita disebalik tabir tentang dana 5b.



8 hari je masa yang diambil untuk buat pelaburan USD1b oleh 1MDB. Itupun tanpa usul periksa yang jelas dan terperinci. Lebih penting
ianya diteruskan (dibuat) meskipun BOD belum memberikan kata putus yang muktamad. Dan paling teruk BOD juga tidak diberitahu bahawanya terdapat 4 syarikat yang berbeza dengan nama yang sama. Fakta penting ini tidak dinyatakan dalam kertas proposal.

Dan korang baca point 2.2.2 tu. Seriyus caca marba bhai.



Point 2.2.7. 

Company yang takde pengalaman, takde lesen untuk menguruskan dana pelaburan bernilai jutaan/billion ringgit diberikan amanah untuk membuat pelaburan bagi pihak 1MDB di Cayman Island. Company tu pula baru je berusia 1 bulan. 



Terbeliak terus mata aku baca atas neh. Dan aku start mengigil satu badan bila baca ;



Aku dah tatau dah. Aku dah tatau apa akan jadi kat aku, kat kau, kat BN, kat pembangkang, kat negara neh, kat generasi akan datang bila baca hutang 1MDB yang tinggi. Interest je dah berapa billion. Bapak gile seram.

Inila apa yang menjadi sebahagian dari yang disebarkan oleh Sarawak Report. Baca dan nilaikan sendiri. Klik sini untuk bacaan penuh.

Aku ketika ini cuma nak tahu satu benda je. Laporan audit di atas, adakah benar, palsu ataupun telah diubahsuai? Aku takmao tahu siapa yang sebarkan, bocorkan rahsia apa etc etc. Bagi aku semua tu tak penting. Sebab Najib sendiri berjanji yang hasil audit 1MDB akan dibentangkan untuk pengetahuan umum meskipun sampai la neh tak dibentang-bentang. Malahan siap OSAkan lagi hasil laporan audit berkenaan. Duhh. Siapa paksa Najib berjanji? Siapa? Takde sesiapa. Dia yang willingly buat janji secara open-house. Yang berjanji tu Najib yang kami neh nak tuntut janji je pun. Tolongla faham dan berhenti kenakan akta itu ini ke atas rakyat yang hanya mencari kebenaran bagi merungkai misteri 1MBD. Sudah-sudahlah tu menindas puak miskin. Berperikemanusiaan la sikit sebagai manusia. Kita bukan hidup selama-lamanya.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...