Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Julai 2016

Jabatan Keadilan AS Failkan Saman Berkaitan Siasatan 1MDB - Mana Najib Mahu Lari?


Park sini dulu. Nasib baik foc. Sini DBKL tak boleh caj suka-suka woorr.

KAHKAHKAH

Baca update WAF, nampaknya telahan-telahan dia tentang isu 1MDB pada tahun lepas semakin lama semakin terbukti kebenarannya. Satu persatu apa yang dia jangkakan terjadi..

Tadi katanya ;



Hmm...siapakah 'Malaysian Official 1' dalam indictment yang WSJ dapat daripada Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat?

Punya lengkap indictment ni, kalah Sarawak Report, laporan PAC, laporan audit Jabatan Audit Negara.

http://www.wsj.com/public/resources/documents/1MDB-Filing-07-20-2016.pdf


WOW. Siap boleh akses secara online lagi. Best gile. Malaysian Officer tu tak lain tak bukan sudah semestinya refer kepada Naaaaaaa... hah korang habiskanla ayat aku. Macam tatau pun.

KAHKAHKAH

Apa-apa pun ini satu perkembangan yang menarik. Kita tunggu punya tunggu punya tunggu Najib menyaman WSJ pada hari selasa tapi rupa-rupanya yang kena saman tu dia pula. Pada hari rabu. Kan tak pasal-pasal..

Dan Wan Ahmad Fasyhal pernah menulis pada tahun lepas ;

MINGGU lalu badan Persekutuan Bola Sepak Dunia, FIFA, telah dituduh menutup sebelah mata ke atas jenayah pecah amanah dan salah laku kewangan di kalangan pegawai kanan dan tertinggi mereka selama lebih 20 tahun.

Tujuh pegawai kanan FIFA telah ditahan di Zurich, Switzerland atas tuduhan rasuah. Mereka bakal berhadapan dengan ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), negara yang membuka siasatan ke atas FIFA melalui cabang perundangannya, Jabatan Keadilan AS.

Walaupun berita ini membawa kegembiraan kepada ramai pihak, usaha pembersihan dan pembaikpulihan tadbir urus badan itu hanya dipandang sepi oleh pimpinannya. Usaha Jabatan Keadilan AS yang membuka tuduhan perundangan jenayah ke atas FIFA membawa kepada peletakan jawatan presidennya, Sepp Blatter.

Bagaimanapun, tindakan Jabatan Keadilan ini seharusnya menimbulkan tanda tanya lebih penting; kenapa tuduhan ke atas FIFA dibuat oleh sebuah negara yang bukanlah meraikan sukan bola sepak sebagai sukan utama negara mereka?

Apakah asas perundangan (locus standi) untuk Jabatan Keadilan menyenaraikan 47 jenis tuduhan dan juga permintaan ekstradisi ke atas pegawai kanan FIFA yang rata-rata bukan rakyat Amerika dan tidak terikat dengan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan AS?

Hal ini hanya berkemungkinan berlaku di bawah Bab 96 dalam peruntukan perundangan jenayah AS atau lebih dikenali sebagai Akta RICO.
Apa itu RICO?

RICO adalah singkatan daripada Akta Pengaruh Catut dan Pertubuhan yang Pecah Amanah di bawah peruntukan perundangan persekutuan AS yang memberi kuasa besar kepada badan perundangan AS untuk menyekat aktiviti-aktiviti jenayah kumpulan mafia dalam melakukan jenayah kewangan seperti pelaburan wang haram, rasuah, peras ugut, penipuan atas talian dan banyak lagi.

Sebelum RICO digubal, kerajaan AS berhadapan kesukaran untuk mendakwa kumpulan mafia secara keseluruhan kerana mereka licik dalam menyembunyikan jenayah.

Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan orang perseorangan yang tampak tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan mereka juga melalui syarikat perniagaan yang sah di sisi undang-undang yang bertindak sebagai ‘muka depan’ kepada aktiviti haram kongsi gelap dan mafia.

Ringkasnya RICO bertindak seperti pukat tunda untuk mendakwa individu yang bernaung di bawah badan yang menjalankan kegiatan jenayah samada mereka sendiri lakukan atau bersubahat yang berlaku di bawah perhatian badan yang tertuduh.

Untuk mengesahkan kegiatan jenayah yang tersusun telah dilakukan tertuduh, pihak pendakwa mesti membuktikan bahawa pihak defendan telah melakukan sekurang-kurangnya dua daripada 35 jenis jenayah yang termaktub dalam akta jenayah AS dan RICO dalam jangka masa 10 tahun antara kedua-duanya yang berlaku dalam naungan dan kegiatan organisasi tertuduh.

Bagaimana RICO dikenakan ke atas FIFA

Dengan tuduhan dan dakwaan ke atas FIFA melalui RICO, pihak pendakwa raya telah memutuskan bahawa FIFA adalah seperti badan mafia. Ini kerana dakwaan salah laku di kalangan ahli tertinggi FIFA sudah acap kali menjadi bahan mulut dan disiasat banyak pihak. 

Mungkin pihak pendakwa raya lihat hanya RICO sahajalah jenayah salah laku dan pecah amanah FIFA dapat dirangkumkan ke dalam satu bentuk tuduhan.

Secara zahir, tiada masalah jika RICO dikenakan ke atas defendan yang tinggal dan di bawah takluk perundangan AS tapi pertuduhan ke atas FIFA agak ganjil. Apakah RICO mempunyai hak dan kemampuan perundangan yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak di luar AS?

Ini kerana RICO digubal oleh Kongres AS dan bukannya sebahagian daripada undang-undang antarabangsa.

Dalam kes Morrison v. National Australia Bank (2010), Mahkamah Tinggi AS telah menidakkan kebolehan RICO untuk diguna pakai di luar AS. Akan tetapi mahkamah rayuan AS Sirkit Kedua (Second Circuit) dalam keputusan penghakiman kes European Community v RJR Nabisco, Inc. (2014) telah memutuskan sebaliknya iaitu RICO boleh digunakan di luar AS kalau mana akta dan perlakuan jenayah (predicate act) tertentu yang terangkum dalam cakupan RICO.

Contoh, jika warganegara AS di bunuh di luar negara, pendakwa raya boleh mengeluarkan tuduhan dan lakukan ekstradisi kepada defendan untuk dibicarakan dan dihukum di AS.

Maka mana-mana akta jenayah yang mempunyai cakupan luar batasan AS digunakan melalui RICO (seperti kes bunuh warga AS di luar negara), maka RICO juga boleh digunakan untuk mendakwa di luar batas sempadan AS.

Badan perundangan AS telah menyenaraikan 47 jenis tuduhan ke atas FIFA yang merangkumi cakupan akta jenayah seperti penipuan atas talian, pelaburan wang haram, rasuah yang berlaku di dalam negara AS atau mengguna laluan talian perbankan AS.

Inilah antara asas membolehkan AS menggunakan RICO sampai ke luar negara berasaskan undang-undang persekutuan AS.

Tatkala seluruh dunia bergembira dengan pertuduhan yang dikeluarkan badan perundangan AS ke atas FIFA, Presiden Rusia Vladimir Putin menyelar tindakan tersebut.

Media arus perdana cuba membingkaikan selaran Putin ini sebagai tanda tidak puas hati ke atas kejayaan Rusia yang disyaki mengamalkan rasuah untuk memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.

Hakikatnya media gagal melihat mesej utama yang Putin ingin sampaikan iaitu keabsahan RICO untuk digunakan di luar sempadan AS yang boleh dijadikan asas kepada cengkaman undang-undang persekutuan AS di seluruh dunia yang sebenarnya AS tiada punya sebarang hak perundangan dan kedaulatan.

Pembocor maklumat

Tuduhan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan tidak akan berhasil kalau tiada orang dalam yang membocor maklumat penting berkenaan jejak-jejak jenayah FIFA.

Individu yang disyaki bertanggungjawab bekerjasama dengan pihak penyiasat adalah Charles Blazer, mantan pegawai kanan FIFA dari AS yang beliau sendiri telah berhadapan dengan tuduhan rasuah dan gagal melunaskan cukai pada tahun 2014.

Blazer bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwa raya untuk memungkiri rakan-rakan sepenjawat di FIFA dan juga CONCACAF – badan pengelola sukan bola sepak di benua Amerika Utara dan Caribbean sebagai salah satu daripada usaha rayuan tawar-menawar (plea bargaining) untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Apakah mungkin RICO dikenakan ke atas 1MDB?

Apakah keberangkalian dan risiko 1MDB untuk berhadapan dengan akta RICO kalau mana pihak pendakwa raya di AS dapat membuktikan bahawa terdapat unsur-unsur jenayah yang tersusun dalam kegiatan 1MDB?

Pertama, banyak transaksi 1MDB atas talian antara rakan kongsi dan bank adalah menggunakan matawang US Dollar melalui sistem bayaran antarabangsa SWIFT. Faktor ini saja sudah membolehkan pihak pendakwa raya daripada US untuk menyiasat dan mengeluarkan tuduhan melalui RICO kalau mana didapati ada jenayah saluran wang atas talian (wire fraud).

Kedua, pelaburan 1MDB yang pada asalnya berada di Kepulauan Cayman dan kini setelah dijelaskan oleh pihak pengurusan 1MDB untuk dibawa ke Bank BSI di Singapura juga terdedah kepada risiko RICO. Dalam pertuduhan RICO ke atas FIFA baru-baru ini, didedahkan dua bank daripada Kepulauan Cayman terlibat dengan penyaluran dan pemindahan wang rasuah para defendan FIFA.

Bank BSI di Singapura mempunyai kejutan lebih besar di mana syarikat induknya BSI SA di Lugano, Switzerland adalah bank pertama yang diluluskan di bawah ‘Program Swiss Bank’ anjuran Jabatan Keadilan AS – satu program untuk menyelesaikan liabiliti jenayah bank-bank Switzerland daripada bersubahat dengan penjenayah yang menggunakan sistem bank mereka.

Ini bermakna Jabatan Keadilan AS mempunyai laluan ke atas mana-mana pemilik akaun BSI, termasuklah 1MDB.

Ketiga, paling kontroversi dan tidak langsung adalah berkenaan individu bernama Jho Low yang sering kali dikaitkan dengan 1MDB. Dalam satu laporan khas akhbar tersohor The New York Times (NYT) tulisan Louise Story dan Stephanie Saul, Jho Low dilaporkan sebagai telah dikenal pasti membeli beberapa lukisan dengan harga yang amat tinggi sehingga dikatakan bernilai puluhan juta dolar dalam jualan lelongan berprestij anjuran Christie’s.

Bukan itu saja, Jho Low juga dikatakan telah membeli beberapa hartanah yang bernilai jutaan ringgit menggunakan syarikat proksi berliabiliti terhad (shell company) dalam satu pembelian yang samar (opaque).

Apa yang lebih disyaki ialah Jho Low juga merupakan rakan rapat kepada Riza Aziz, yang merupakan anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan juga Menteri Kewangan yang bertanggungjawab dalam hal 1MDB.

Hubungan Jho Low dengan 1MDB walaupun acap kali dinafikan tidak dapat dibendung lagi bahawa ianya punya asas hubungan yang kukuh. Dalam laporan penuh keputusan mahkamah di Britain iaitu kes McKillen v Misland (Cyprus) Investments Ltd and others (2012), Hakim David Richards telah menjelaskan bahawa bidaan The Wynton Group – yang dikuasai oleh Jho Low – untuk membeli Kumpulan Claridge’s Hotel, telah mendapat surat sokongan penuh daripada 1MDB.

Ada banyak lagi contoh berkemungkinan besar boleh mengheret 1MDB ke dalam pertuduhan di bawah Akta RICO. Kalaupun RICO digunakan untuk pertuduhan ke atas 1MDB, ianya tidak akan berlaku secara terang-terangan sebaliknya memerlukan pembocoran maklumat daripada orang dalam seperti mana Charles Blazer lakukan kepada FIFA untuk menzahirkan keseluruhan salah laku FIFA.

Persoalannya kini, adakah 1MDB mempunyai sosok seperti Blazer yang bersedia berpaling tadah dengan 1MDB? Daripada bukti-bukti yang ada, keberangkalian itu sangat tinggi.  Soalannya, siapakah individu itu?

Sumber.

Baca, baca, baca.
Hadam analisis dia.
Ini antara benda-benda yang menarik untuk kita fahamkan kot. Hehe.
Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...