Selasa, 19 Julai 2016

Pesuruhjaya PAS Terengganu Buat Bodoh Jer Selepas Kantoi Sebar Gambar Palsu

Inila salah satu sebab yang kadang-kadang buat aku jadi musykil dan was-was pada golongan yang kononnya mengakui diri pro Islam.

Kat dalam ceramah. Pongpangpongpang bab Islam kemain lagi no 1. Tapi bila dia sendiri berdepan dengan situasi-situasi yang dia ceramahkan tu, dia pun kelaut juga. Spesis macam kita-kita neh hah. Sembang je berapi.

KAHKAHKAH

Baru-baru neh Pesuruhjaya PAS Terengganu telah mengupdate satu isu menerusi facebooknya.

Ini apa yang dikemaskini olehnya.


Ustaz kita dikantoikan oleh ;


Sudahla kantoi sebarkan gambar yang takde kena mengena dengan isu yang ingin disampaikan, lepas tu delete tanpa apa-apa penjelasan susulan. Sudah tentula orang tertanya-tanya. Kenapa macam tu sikapnya. 

Lepas tu sikap yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong ustaz pun boleh tahan 'uniknya'. Hehe.

Dan ini pula 'balasan' yang diterima kerana bertindak membetulkan Ustaz kita.


Hmm. Tak pasal-pasal kawan kita kena block. Padahal dia bagitau benda betul kot. Ustaz apa kalau kena kritik sikit terus nak ahti tisu.

Apa pun tak boleh.

Dalam isu banjir, aku tak kisah pun jika ada rakan-rakan PAS nak kritik kerajaan negeri ke, DAP ke apa ke jika sungguh kritikan dorang tu berasas dan berunsurkan kebenaran dan tidak berpaksikan kepada emosi dan politik kebencian semata-mata. Perkara yang sama terpakai ke atas mana-mana parti politik dan ke atas aku juga.

Tetapi dari pemerhatian aku secara rambang neh (jika salah tafsiran aku neh, betulkanla ya), aku melihat rakan2 PAS mengkritik berdasarkan jalur emosi semata-mata. Isu banjir di Kelantan sebenarnya, kerajaan negeri memang wajar dikritik atas beberapa faktor tertentu. Pembalakan tidak terkawal bukannya isu remeh dan banjir teruk disebabkan salah satu faktor yang berpunca dari pembalakan tidak terkawal bukannya tuduhan atau dakwaan yang tidak berasas. Kita bagitau benda neh bukan sebab kita benci PAS. Benci kerajaan negeri atau apa. Kita mahu mereka lakukan sesuatu supaya perkara yang sama tidak berulang kembali ataupun mengecilkan risiko banjir buruk pada kemudian hari. Untuk kebaikan kerajaan negeri, untuk kebaikan masyarakat disitu, untuk kebaikan PAS, untuk kebaikan semua. Tetapi jika kritikan dianggap sebagai suatu luahan kebencian, apa je kita nak cakap. Penerimaan secara negatif adalah diluar kawalan kami. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...