Rabu, 20 Julai 2016

Orang Angkuh Allah Bayar Cash - PAS Kepada DAP Dalam Mengulas Isu Banjir.

Dan Idris Ahmad berkata ;
Semuanya Kerja Allah, Jangan Angkuh
Ustaz Idris Hj Ahmad
19/7/16.
Banjir, ribut, tsunami, gempa bumi, kebakaran, kemarau semuanya kuasa Allah. Manusia boleh merancang, tetapi ilmu Allah lebih hebat daripada ilmu manusia. Allah tidak larang manusia merancang untuk menghadapi bencana ini. Jika berlaku juga adalah hikmah yang tersurat dan tersirat. Sebelum ini negara dilanda dengan kemarau panjang dan panas terik. Hari ini sudah mula hujan. Setengah daerah di Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur banjir. 
Kita simpati dan berdao agar mereka bersabar atas apa yang menimpa. Cuma pesanan saya jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir. Seolah-olah macam tidak ada kerajaan. Inilah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir di penghujung tahun 2014. Marah kepada Pas jangan lupa, ini semua kerja Allah SWT. Orang angkuh selalunya Allah balas secara "cash" untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celupar dan angkuh. Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima.

-----------

Malas nak ikut campur dalam urusan pergaduhan dendam antara PAS vs DAP. Cuma aku pelik dengan perangai sesetengah pimpinan PAS neh. Bila negeri-negeri yang BN tadbir dilanda banjir boleh pula salahkan pentadbiran negeri dan mengkritik cara mereka menguruskan banjir?
Tetapi perkara yang sama dilarang pula terhadap kerajaan negeri Kelantan?
Dan kenapa Kelantan dilarang kritik pula?
Tu yang buat aku tertanya-tanya.
Kuasa Tuhan memang la kuasa Tuhan. Tak dinafikan semua perkara terjadi ini sememangnya kuasa Tuhan. Yang mengerakkan tangan untuk update blog pun kuasa Tuhan. Tapi kalau dah tersalah eja, orang tegur, takan aku nak kata weii gila, jangan tegur aku boleh la. Ko buat pasal dengan Allah kalau tegur aku sebab kuasa Tuhan yang buatkan aku update blog neh.  Nampak tak? Seriyus aku rasa Idris Ahmad neh tak faham orang kritik apa dan mengapa.. lahaiii.. kalau yang berkedudukan tinggi dalam PAS pun macam neh yang bawahan cam mana pula ya agaknya..
Fikir-fikirkanla ya.
Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...