Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Jun 2016

Walau Dengan Hutang Melangit 1MDB, Walau Dengan Kos Sara Hidup Yang Tinggi, BN Tetap Menang Bergaya.


Najib berkata benar. Tuhan memang beri kemenangan luar biasa kepada BN. Tuhan memang beri kemenangan luar dugaan kepada BN. BN menang bergaya mengalahkan lawan-lawannya dalam kedua-dua pilihanraya kecil yang berlangsung serentak berikutan kematian penyandang2nya yang terkorban dalam nahas helikopter.

Berikut adalah susunan fakta-fakta berkaitan keputusan PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

1. Pengundi cina mula kembali mengundi BN. Di Kuala Kangsar (KK selepas ini) kawasan majoriti cina terbesar di Jerlun menyaksikan 52.3% (568) telah memangkah BN, 38%(415) telah memilih AMANAH manakala PAS hanya mendapat sebanyak 88 undi sahaja. 

2. Di Sungai Besar (SB selepas ini) menyaksikan pengundi cina mula berpecah kepada dua blok, iaitu dengan separuh darinya memilih BN manakala separuh darinya menyokong AMANAH. PAS pula hilang sebahagian besar pengundi2 cinanya di semua kawasan majoriti cina. Undi cina yang paling tinggi PAS dapat di kawasan majoriti cina ialah 292 berbanding AMANAH sebanyak 3502 dan BN sebanyak 2909.

3. Perbezaan undi cina di antara BN dan AMANAH di kawasan-kawasan pengundian tidak melebihi 50 undi.

4. Trend pengundian di Sarawak kini berulang semula di SB dan KK apabila pengundi cina mula kembali memangkah BN secara beransur-ansur.

5. Manakala di kawasan melayu, AMANAH gagal memberikan saingan sengit kepada PAS.

6. Di SB misalnya, parti itu gagal mendapat lebih daripada 20 di sesetengah kawasan pengundi melayu.

7. Di SB pengundi melayu berpecah kepada 3 blok di mana PAS bersaing hebat dengan BN namun AMANAH hanya mendapat sejumlah kecil sokongan.

8. Trend pengundian di SB ialah ;

- Pengundi cina berpecah kepada dua blok utama = AMANAH VS BN dan PAS mendapat sedikit sokongan.

- Pengundi melayu berpecah kepada dua blok utama = PAS vs BN dan AMANAH mendapat sedikit sokongan.

- Ini memberikan kemenangan mudah kepada BN disebabkan pecah undi di antara blok-blok pembangkang.

- Calon BN, Budiman menewaskan calon PAS dan AMANAH dengan berjaya memperolehi sokongan sebanyak 16,800 undi.

Calon AMANAH : 7609
Calon PAS : 6902

Majoriti : 9191
Undi Rosak : 370
Peratusan mengundi : 74% (88% pada GE13)

Jumlah yang tidak keluar mengundi : 10675

9. Trend pengundian di KK.

- Sama seperti di SB, pengundi cina berpecah kepada dua blok utama iaitu di antara PH (AMANAH) VS BN dengan PAS mendapat sedikit sokongan. 

- Pengundi melayu masih memilih di antara PAS dan BN dengan AMANAH mendapat sedikit sokongan.

- Tidak jauh berbeza dengan trend pengundian di SB, BN juga turut menang dengan majoriti yang agak besar di KK.

- Calon BN, Mastura menang dengan 12,653 undi.

Calon PAS di tempat kedua : 5684
Calon AMANAH di tempat ketiga : 4883
Majoriti : 6969
Undi Rosak : 239
Peratusan mengundi : 71% (84.1% pada GE13)

Beberapa sebab dipercayai menjadi punca kenapa peratusan yang keluar mengundi merosot.

1. Masyarakat menyimpan wang untuk bercuti pada hari raya. 

2. Merasakan mengundi di PRK tidak sepenting PRU.

3. Merasakan tidak akan mengubah apa-apa sekalipun siapa yang menang pada PRK.

4. Sesetengahnya mungkin berasa marah dan protes akan isu tertentu.

Dengan keputusan mengundi yang dilihat jauh berbeza dari trend pengundian GE 13, pembangkang sedang bergelut dengan masa hadapan yang tidak stabil terutamanya di Selangor.

Pembangkang berada di kedudukan bahaya di kawasan melayu andaikata pertembungan tiga penjuru terus berlaku di antara BN vs PH vs PAS.

Pembangkang juga tidak semestinya akan perolehi kemenangan mudah di kawasan majoriti cina apabila kaum cina mula memangkah BN seperti GE11.

Undi cina yang berpecah dua yang tidak melebihi 50 undi memberikan signal awal bahawa PH kini tidak lagi mendominasikan undi kaum cina.

Pada GE13, BN hanya mendapatkan 2% undi cina di kedua-dua kawasan. 98% pengundi cina berpihak kepada PR (pembangkang pada ketika itu).

Isu-isu nasional seperti ;

1. Hutang 1MDB yang besar dan kegagalan 1MDB menguruskan hutangnya ;

2. GST ;

3. Skandal penyelewengan yang didedahkan audit setiap tahun ;

4. Ketirisan dalam membelanjakan wang kerajaan ;

5. Pemborosan dan gaya hidup mewah yang sering dikaitkan dengan Rosmah Mansur ;

6. Termasuklah isu mengenai penggunaan jet peribadi baru-baru ini ;

7. Pemotongan pelbagai jenis subsidi ;

8. Pemotongan bajet di beberapa buah kementerian ;

9. Skandal 1MDB yang mendapat liputan meluas dunia termasuklah isu tuntutan IPIC yang bernilai 26b;

10. Termasuklah campurtangan Mahathir dalam mengkritik pentadbiran Najib secara besar-besaran

Tidak sedikit pun melemahkan sokongan terhadap pentadbiran Najib bahkan bertambah kuat dari sehari ke sehari.

Antara faktor-faktor yang memperlihatkan BN semakin kuat ialah ;

1. Kegagalan DAP dalam melawan isu-isu yang membabitkan kaum cina. BN dengan menggunakan MCA, GERAKAN dan PCM berjaya membuatkan DAP kelihatan bodoh dalam menangkis serangan yang dilemparkan oleh BN dalam isu-isu tertentu. BN juga menggunakan cybertroopers berbayar dengan gerak kerja tersusun lagi terancang dalam mengkritik pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Ini secara tidak langsung menghasilkan persepsi tidak enak di kalangan masyarakat cina yang memerhati.

2. Kegagalan pembangkang untuk bersatu. Perpecahan yang berlaku di kalangan pembangkang membuatkan pengundi hilang kepercayaan dan minat untuk menyatakan sokongan.


3. Cash is king. Projek is raja. Kemampuan BN menawarkan projek segera dan wang tunai.

4. Undi rosak agak tinggi di kedua-dua kawasan PRK menandakan protes. Boleh jadi datangnya dari penyokong BN ataupun pembangkang yang muak dengan senario politik terkini.

Bagaimana caranya untuk pembangkang berjaya mendapatkan sokongan pengundi sekaligus menjadi benteng rakyat bagi menafikan dominasi BN?

Bersatu.

PAS, PKR, DAP dan PAN perlu bersatu berganding bahu mengalahkan BN dengan mengenepikan segala perbezaan. 

Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan BN kembali berkuasa dengan kedudukan yang lebih kuat dan kukuh seperti sebelumnya.

Fikir-fikirkanlah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...