Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Jun 2016

Bekas Ketua Editor, Wartawan Minta Maaf Kerana Terbit Artikel Fitnah TSKI - TSKI Terima Permohonan Maaf

MEDIA PERLU JAGA HARGA DIRI, ELAK JADI AGEN AHLI POLITIK

Alhamdulillah pada bulan Ramadhan yang barakhah ini, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap portal The Malaysian Insider (TMI) berakhir hari ini setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara baik. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah merekodkan Perhakiman Persetujuan dimana pihak TMI yang diwakili oleh defendan pertama dan kedua, Jahabar Sadiq dan Amin Iskandar telah memohon maaf kerana menerbitkan dua artikel yang bersifat fitnah sehingga mencemarkan reputasi baik saya. 

Mereka turut mengakui bahawa kedua-dua artikel tersebut adalah berdasarkan khabar angin dan menyatakan rasa kesal mereka serta memberi akujanji tidak akan mengulangi mana-mana bahagian tuduhan tidak berasas serta fitnah jahat tersebut pada masa akan datang.

Notis mengenai Penghakiman tersebut jua telah dikeluarkan ke atas Ahli Lembaga Pengarah Edge Insider Sdn Bhd, Ho Kay Tat dan Tong Kooi Ong bahawa perintah pelaksanaan penghakiman boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka mengingkari akujanji yang terdapat dalam Penghakiman tersebut. 

Meskipun saya melihat perbuatan defendan-defendan menerbitkan artikel berunsur fitnah adalah bagi melaksanakan satu misi jahat yang akhirnnya berjaya, saya memilih untuk tidak memanjangkan persengketaan ini. Pada hemat saya permohonan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.

Permohonan maaf oleh para defendan sekaligus telah membuktikan bahawasegala tuduhan salahlaku dan tidak bermaruah yang dikenakan terhadap saya adalah jahat, tidak berasas dan direka hanya untuk menjatuhkan saya dari jawatan Menteri Besar Selangor. 

Adalah besar harapan saya agar perkara sebegini tidak berlaku ke atas sebarang pemimpin atau individu kerana ternyata perbuatan fitnah demi menjatuhkan seorang pemimpin secara terancang adalah amat jijik dan tiada tempat dalam sistem demokrasi Malaysia.

Institusi dan pengamal media, terutama mereka yang sering melaungkan bahawa mereka memperjuangan keadilan dan kebenaran, sepatutnya memastikan berita-berita yang mereka terbitkan mengandungi fakta tepat dan benar demi memelihara kewibawaan diri mereka sendiri dan institusi kewartawanan, Jagalah harga diri dan elakkan terpengaruh dengan agenda politik jahat oleh kumpulan politikus yang tiada maruah serta hanya mementingkan kuasa.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak jemu menyokong dan memberi semangat agar saya terus berkhidmat untuk rakyat dan negara.

Walaupun saya dijatuhkan dengan cara jahat, saya menerimanya dengan lapang dada kerana saya masih mengekalkan prinsip dan jatidiri.

Khalid Ibrahim
Ahli Parlimen Bebas
Bandar Tun Razak

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...