Laporan dari Malaysiakini pula pernah menyiarkan satu surat dari individu yang concern tentang pembinaan projek terowong dasar laut yang baginya akan merosakkan keseimbangan ekosistem dan alam sekitar.
Individu berkenaan mempersoalkan kenapa kerajaan tidak bertindak mengumumkan hasil kajian tersebut kepada umum kerana setakat ini umum seolah-olah seperti tidak tahu apa-apa langsung berkaitan perkembangan kajian tersebut. Malahan tiada 'tanda-tanda' bahawanya suatu kajian geological sedang dijalankan di kawasan-kawasan yang terbabit dengan pembinaan terowong dasar laut memandangkan tiada 'kelibat' peralatan-peralatan berkaitan kajian ditemukan.
Individu itu mendesak agar konsortium mendedahkan sepenuhnya hasil kajian kepada umum untuk dinilai rakyat sendiri bagi menafikan persepsi bahawanya ianya mungkin 'fake-study'.
Malahan kerajaan negeri turut dipersoalkan kewajaran membayar konsortium yang terpilih bagi melakukan kajian maju-daya (kebolehlaksanaan) dengan sejumlah tanah yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Tanah2 tersebut seluas 9 hectar yang terletak di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1).
Rujuk surat berkenaan itu disini.
Rentetan dari laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 14 June 2016 itu, Lim Guan Eng dan Zarul kemudiannya mengadakan satu lagi sidang media (tergempar?) bagi menjelaskan kekeliruan yang wujud.
Zarul dalam sidang media yang disiarkan menerusi laporan TV3 semalam menyatakan bahawa kajian maju-daya (kebolehlaksanaan) yang sedang dijalankan bagi membina terowong dasar laut telah siap sebanyak 83% dan tidak pernah diarahkan henti oleh kerajaan negeri.
Zarul turut menjelaskan bahawanya dia tersilap cakap ketika mengatakan bahawa kajian berkenaan diarahkan henti tanpa sebarang alasan diberi. Zarul mengatakan dia berpuasa adalah punca kenapa dia tersilap cakap. Lim Guan Eng turut membenarkan penjelasan Zarul kerana turut hadir di sidang media berkenaan. Lim Guan Eng turut mengulangi bahawanya Zarul berpuasa kerana itu dia tersilap mengeluarkan kenyataan ketika di sesi sidang media sebelumnya.
Alasan itu kemudiannya diperlekehkan dan dipersendakan oleh netizens kerana dianggap merendah-rendahkan akal manusia.
Mana mungkin seseorang yang sekalipun dia berpuasa boleh lupa samada kajian tersebut masih dijalankan ataupun telah diarahkan henti apatah lagi ianya berlaku pada bulan lepas. Tak mungkin jurucakap Konsortium Zenich-BUCG boleh melakukan kesilapan besar itu memandangkan dia berjawatan tinggi dalam konsortium berkenaan. Jawatannya ialah pengerusi. Bukannya office boy.
Aku menonton sidang media pembetulan pada semalam yang disiarkan oleh TV3. Dalam sidang berkenaan reaksi wajah Zarul seolah-olah seperti kehilangan arah dan sedang mematuhi arahan. Bahasa badannya jelas menunjukkan dia berada dalam 'confusion-state' dan tidak bersedia langsung untuk melakukan sidang media pembetulan. Lim Guan Eng pula sepertinya seorang bapa yang sedang membetulkan anaknya yang berbuat salah.
Menurut pendapat aku, kemungkinan besar dia telah 'dibrainwash' kerana mengeluarkan satu kenyataan yang menyebabkan tindakan negeri Pulau Pinang dipersoalkan.
Nampaknya isu terowong dasar laut dan 3 projek lebuhraya ini bukan sekadar projek yang biasa-biasa. Misteri-misteri dan persoalan-persoalan yang dikaitkan dengan projek-projek berkenaan perlu diperjelaskan secara terperinci oleh kerajaan negeri dalam bentuk dokumentasi dan forum khusus. Harapnya kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia melakukan pencerahan dan penerangan kepada rakyat Penang andai benarlah korang kena fitnah. Jangan asyik nak mengatakan korang difitnah tanpa membuktikan bahawanya korang sememangnya kena fitnah.
Kbai.