Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Jun 2016

Tuntutan IPIC Bernilai RM26 Billion Terhadap 1MDB - Apa Yang Patut Anda Tahu.


Dan Syahredzan Johan menulis ;
Sudah 2 bulan sejak PAC keluarkan laporan tentang 1MDB. Tetapi sampai sekarang, seorang pun tidak ditahan atau didakwa.
Rakyat Malaysia pun makin lupa dan makin tidak kisah. Kita semua bergaduh tentang RUU Hj Hadi. PAS asyik serang Amanah dan DAP dan sebaliknya, PKR bergaduh sama sendiri tentang Deklarasi Rakyat. 1MDB makin tenggelam.
Hari ini 1MDB dan Ministry of Finance Malaysia Inc, di bawah Kementerian Kewangan disaman. Jumlahnya USD6.5 bilion. Bersamaan dengan lebih kurang RM26.6 bilion.
Ulang balik; Dua puluh enam perpuluhan enam bilion gantirugi.
Aku pun tak boleh bayangkan betapa banyak jumlah tersebut. Banyak sangat kosong di belakang angka tersebut.
Kalau tuntutan tersebut dibenarkan, yang kena tanggung Kerajaan Malaysia. Dan walau apapun Ahli Parlimen Langkawi cakap, akhirnya duit Kerajaan datangnya daripada rakyat juga. Kalau tidakpun, dari hasil negara. Duit yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, terpaksa digunakan untuk bayar syarikat asing.
Sebab apa? Sebab ada satu syarikat yang diuruskan dengan begitu teruk sehinggakan rugi berbilion. Bukan aku yang cakap, PAC yang cakap.
Ini bukan fitnah Tony Pua atau Rafizi Ramli. Ini bukan mainan wayang Tun Mahathir. Ini bukan propaganda The Edge atau Malaysiakini. Ini betul-betul berlaku.
Tapi tidak apa. Biarlah. Politik matang, kan? Mana boleh serang tentang perkara ini. Biarlah, sekurangnya mereka sokong RUU Haji Hadi, kan? Biarlah, asalkan Malaysia ini masih ditadbir oleh Melayu-Islam.
Semuanya akan status quo. Percayalah.
Mereka dah menang dahpun. Mereka dah terlepas pun. Satu dunia ambil tindakan terhadap isu ini, di negara kita sendiri seorang pun masih tidak dipertanggungjawabkan. Singapura siap tarik balik lesen bank, yang tidak dibuat selama 30 tahun. Tetapi kita di sini, semuanya baik-baik belaka.
Lagi baik aku tengok Game of Thrones. Sekurang-kurangnya, bila jahat menang dalam cerita tu, aku tahu ianya semua fantasi.
Dibahas pula oleh SSTDM ;
APA MAKNA KES ARBITRATION 1MDB DENGAN IPIC KEPADA RAKYAT MARHAEN?
Kemungkinan besar 1MDB akan kalah dan perlu bayar kepada IPIC.
Kita tahu antara langkah yang dibuat susulan daripada laporan PAC ialah membawa aset 1MDB masuk bawah MOF Inc.

Ini bermakna hutang dan liabiliti 1MDB di bawah MOF Inc. seperti ditanya oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Siapa bayar? Nak cari duit kat mana?) sudah menjadi satu bentuk memasyarakatkan hutang 1MDB kepada rakyat (socialization of losses to tax payers).
Itu baru hutang IPIC. Hutang KWAP macam mana? Hutang SOCSO? Tabung Haji? LTAT? Sukuk Bandar Malaysia macam mana?
Teruk ke?
Untuk perbandingan, cuba lihat dan baca laporan berhubung hutang yang diwarisi bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos.
Hampir separuh abad baru hutang tersebut yang dijadualkan habis bayar pada 2025 oleh pembayar cukai Filipina. Padanlah Filipina bermasalah dan jurang kaya-miskin sangat lebar kerana kerajaannya terpaksa tanggung hutang yang tinggi.
Generasi yang sudah pencen tiada masalah. Mereka akan pergi tinggalkan kita dengan aset dan wang KWSP. Anak-anak kecil yang baru lahir dan akan merentasi fasa-fasa getir di masa hadapan nantilah yang akan menanggung semua ini dalam bentuk pengagihan hasil mahsul negara yang terbatas kerana hutang dengan pihak luar yang perlu dilunaskan.
Maka kuranglah biasiswa, bantuan itu dan ini.
Ini belum diambil kira kalau rating kredit yang akan diturunkan kalau terus-menerus berita buruk akan pengurusan hutang MOF menjadi persoalan utama. Kos meminjam hutang akan menjadi lebih tinggi. Bocor lagi kocek dan kantung perbendaharaan negara.
Jho Low senang lenang rakyat Malaysia dirampas hak mereka.
Kemudian disambung pula oleh TITM, PAS ;
“Dari mana duit bakal dikorek Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya International Petroleum Investment Company (IPIC) berjaya tuntut RM26.5 bilion?”
Demikian persoalan terbaharu dibangkitkan Pas kepada kerajaan berhubung laporan terkini mengenai 1MDB melibatkan tuntutan IPIC dan Aabar Investments PJS dari Abu Dhabi yang mengemukakan Permintaan Timbang Tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, 1MDB hanya mempunyai lebihan tunai sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang.
“Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Memetik laporan Bernama, Permintaan Timbang Tara (RFA) itu melibatkan kegagalan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) untuk melaksanakan obligasi kontrak mereka di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS)dan tuntutan itu bernilai kira-kira RM26.5 bilion. (RUJUK)
--------------------
MASIH MAHU UNDI BN DI PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR?
FIKIR ELOK-ELOK SEBELUM MEMANGKAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...