Rabu, 15 Jun 2016

Pegawai Khas Rosmah Hadir Ke Sidang Media Rafizi Namun Dihalang Masuk - Kenapa Rafizi Takut?


Sebentar tadi Rafizi telah mengadakan satu sidang media yang menyatakan beberapa perkara iaitu ;

1. PH akan melancarkan satu replika jet mewah Rosmah di PRK Kuala Kangsar pada esok hari.

2. Bersempena dengan pelancaran replika tersebut, satu sesi ceramah khas juga akan diadakan di kawasan yang sama bagi memberikan lebih penerangan lanjut berkaitan penggunaan jet mewah oleh Rosmah Mansur.

3. Sidang media turut akan diadakan oleh Rafizi Ramli pada esok dan lusa bagi menyalurkan lebih banyak maklumat berkaitan penggunaan jet mewah oleh Rosmah Mansur.

4. Rafizi juga turut mempersoalkan spekulasi campurtangan Rosmah dalam urusan UMNO dalam menentukan calon BN di Kuala Kangsar.

5. Rosmah dikatakan dipercayai ada kaitan dengan pemilihan Mastura disebabkan mereka sama-sama membesar di N9.

6. Disebabkan keadaan itu, calon BN Mastura Mohd Yazid gagal mendapat sokongan padu dari akar umbi UMNO Kuala Kangsar.

7. Rafizi turut mendesak agar Mastura menyatakan pendirian tentang kontroversi yang membabitkan Rosmah. Mastura dituntut agar membuat pendirian kerana andai terpilih dia akan menjadi wakil rakyat dan seterusnya akan berdepan dengan usul PH mengenai perkara itu. Mastura perlu membuat satu pendirian supaya berlaku lebih adil terhadap bakal-bakal pengundi di PRK Kuala Kangsar dalam melakukan penilaian.

Sidang media Rafizi ini turut mendapat perhatian kerana Rizal Mansor, pegawai khas kepada Rosmah Mansor telah datang dari jauh semata-mata mahu menghadiri sidang media Rafizi yang dikatakan sekali lagi akan mendedahkan kontroversi berkaitan Rosmah Mansor.

Walaubagaimanapun Rizal Mansor telah dihalang dari memasuki sidang media tersebut sejurus ia bermula.

Menurut Rizal Mansor kehadirannya ke sidang media tersebut adalah kerana mahu mendengar dengan telinganya sendiri apa yang ingin didedahkan Rafizi berbanding sebelum2 ini hanya membaca menerusi laporan media.

Dia juga mahu mencatit nota persoalan-persoalan yang bakal ditimbulkan Rafizi bagi memudahkan dia menjawab persoalan-persoalan itu kelak. Kehadirannya tidak membawa maksud yang jahat atau berniat tidak baik namun dia kemudiannya dihalang dari memasuki sidang media tersebut. Pegawai khas Rosmah turut menjelaskan bahawa dia sendiri tidak pasti kenapa dia tidak dibenarkan hadir ke sesi sidang media tersebut. 

Dalam pada itu, Rizal Mansor turut menasihatkan Rafizi bahawa jangan hanya berani di hadapan microfon semata-mata. Tindakan yang dilakukan oleh PKR terhadapnya sebenarnya tidak melambangkan keterbukaan media seperti yang sering dilaung2kan dan diperjuangkan oleh pembangkang. 

Rizal Mansor juga bersedia andaikata Rafizi Ramli mahu bertemunya secara peribadi dan menjawab semua persoalan berbangkit. Pejabatnya sedia mendedahkan semua perkara melainkan jika isu-isu tersebut tertakluk di bawah OSA.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...